Aku ada kawan. Nama dia ABCDEFG. Semalam dia mimpi result SPM. Haaaa cuak tak? K tak real gila nak buat orang cuak. Masa tunggu result PMR dulu pun aku ada mimpi results jugak. Seram. Sama seram macam mimpi ABCDEFG. Tak nak tanya apa yang dia mimpi. Bila dia kata seram aku pun macam.... ooooooo. ok. walaupun tak tau tapi aku seram jugak. Mainan tidur.
Throwback SPM
Masa SPM semangat lain sikit. Dulu IC jaga sambil lewa. Tak pernah tau IC ada dalam locker atau dekat kelas atau dalam laci atau selit dekat cermin. Tak tau tak tau. Tapi bulan SPM aku memang letak elok dalam locker. Kalau bukak locker benda first yang kau nampak ialah IC, yaaaa sampai macam tu sekali. Please percaya. tak percaya aku tampar. Eh.
Semangat dia lain sebab selama ni semua alat tulis letak dalam pencil case tapi bila SPM semua kena ikat-ikat macam ikat sayur. Semangat SPM ni kalau boleh semua benda kau nak bawak masuk. Walaupun tak ada pensil tekan tapi kau bawak lead 0.5. walaupun soalan objektif hitamkan guna pensil tapi kau bawak liquid masuk. walaupun sejarah kau tetap bawak calculator. Begitulah nak dikhabarkan tahap paranoidnya.
Ada satu kertas ni aku lupa bawak pemadam. Pengawas bagi pemadam Faber Kastel. Kualiti bagus, lagi bagus dari yang Zahid Hamidi bagi, eh. Sejak dari paper tu aku guna pemadam yang pengawas tu bagi. Ehehehe.
berkepuk jugak alat tulis aku bawak masuk dewan. Tapi bila sampai paper Fizik pen asalnya ada 8 tinggal 2. Tiba exam Bio aku pinjam orang punya. baiklah, mari buat sedikit calculation. Sejarah paper 3 je dah habis 1 pen. Kertas 3 Sejarah merupakan salah satu kertas yang aku tak akan ambil lagi sampai bila-bila. Aku betul-betul maksudkan sampai bila-bila. Aku menulis selama 2jam 20minit tanpa henti sebanyak 12 muka surat. 2jam 20minit tu kira paling awal siap dalam dewan. 40minit lelebih tu berangan sebab nak baca balik pun dah tak larat. Berangan sambil urut-urut jari. Jari naik lebam.
Ikat-ikat alat tulis ni tak pernah jadi masalah untuk pelajar perempuan. Getah rambut boleh dapat dimana-mana. Tapi bila budak lelaki yang guna getah rambut - aku macam...
musykil. Hmm hmm.
Aku guna getah rambut adik aku je. Bila mak aku telefon, mak aku tanya nampak getah rambut Syahmina tak. Aku suruh mak aku tipu yang aku tak ambik. Stressed tau setiap kali telefon mak aku, nanti dengar suara latar belakang adik aku menjerit "pulangkan balik getah rambut sayaaaaaaaaaaaaa!"
Adik aku percaya lepas mak aku tipu. Sebab bila aku telefon dah tak ada suara sumbang atau apa-apa.
Aku menaip ni bila kawan aku kata dia mimpi results.
Ada sebab lain aku menaip,
sebab adik aku dah jumpa getah rambut dia
dalam pencil case aku
petang semalam.
Gulp!
Aku tak suka ditangkap menipu, walaupun dengan adik sendiri.
4 comments:
asal semangat sangat buat blog ni?
Dia bukan semangat. Dia macam lepas spm ni tak ada benda nak buat eheh
Fikir ditangkap menipu dalam exam -.-'
Hihi saja buat tajuk saspens
Post a Comment