Monday, December 26, 2016

Minimalist


Hari tu beli ayam kat Maryland,

"Are you from Andalusia?" - akak kaunter

"No, I'm a Malaysian" 

Huhuhu mungkin aura  tak sabar nak pergi Spain tu terzahir sampai ke rupa (garu dagu)



London (2days) - Spain (6days) - London (2days)

Being Minimalist as usual

Bismillah

Saturday, December 24, 2016

2k16 timeline

Sekejap je dah nak sampai ke penghujung 2016. Bila rewind peristiwa dari

Jan 2016, 

ntah seribu satu kisah boleh dimuntahkan.

Sem 4 di KMB, masih terkejar-kejar untuk finalized TOK Essay, IA, penempatan Uni.

Dalam masa yang sama kena siapkan diri untuk peperiksaan IB.

Bila fikir-fikirkan, baru faham kenapa orang kata IB ni tak mudah.


May 2016,

Disibukkan pula dengan suasana final IB Exam.

Elok satu subjek tamat, elok satu buku disimpan rapi ke dalam kotak.

Diikat dan disusun untuk junior tahun hadapan.

Bilik dikemas, tangan mula giat melambai-lambai rakan.


Jun 2016,

Keluar pula keputusan di tengah kawasan perkampungan.

Ada yang bergurau sebelumnya, "kalau aku tak lepas, mak kata duduk dekat dapur kacau rendang je"

Siapa sangka perancangan Allah itu lebih baik.

Dia tahu apa yang paling hambaNya perlukan pada ketika itu.

Kita bukan menang sekali, tapi dua kali ketika syawal.

Menang kerana kembali kepada fitrah,

menang lagi kerana menerima segalanya dengan redha.


Sep 2016,

Setelah disibukkan dengan persiapan ke bumi asing,

Allah izinkan juga sampai ke sini dengan aman dan selamat.

Dikejutkan pula dengan kehadiran beberapa rakan sekelas,

yang rupanya Allah hadirkan supaya kita tidak berseorangan.


Dec 2016,

Alhamdulillah, masih diberi nikmat bernafas dengan nafas iman dan islam.

Esok akan bergerak ke London, sedikit pengisian sebelum ke Spain.

Alhamdulillah tak pernah terfikir untuk diberi peluang ke tanah Islam yang pernah gemilang suatu ketika dahulu.

Perasaannya mungkin berlainan jika Islam masih tertegak di situ.

Mungkin perasaan yang bakal hadir, ibarat pulang ke kampung.

Ibarat kampung  kita tapi sudah dipenuhi dengan orang asing.



Persamaan dalam timeline 2016 ni, setiap masa memang akan disibukkan dengan sesuatu. Nak cakap pasal sibuk dunia memang tak akan pernah habis pun. Yang akan membezakan kita adalah sejauh mana sibuk tu digunakan untuk Islam kembali. Atau sebenarnya diri ni lebih banyak disibukkan dengan hal-hal jahiliyyah? T^T


- Reflection 2016

Saturday, December 17, 2016

Jaulah - kompas niat

Dengan keadaan umat yang semakin menyayat ni rasa serba salah sangat untuk keluar berjaulah. Lagi-lagi lepas dikejutkan dengan berita Aleppo yang makin ditindas dengan kezaliman Bashar. Sedih bila benda ni hanya bermusim di Malaysia (peranan media). Sedangkan dari dulu lagi isu umat ni tak pernah selesai. 

Sedih bila sebenarnya mereka itu juga adalah sebahagian daripada kita. Bukankah Islam itu tiada garisan dan sempadan? Ini bukan isu kasihan pada sebuah tempat bernama Aleppo, dan kemudian menjalani rutin harian seperti biasa. Tak.

Mungkin sebab mereka bukan ahli keluarga kita? Atau mungkin kita tak pernah merasai persaudaraan sesama Muslim persis sebuah pertalian darah daging? Sirah Badar sendiri pernah melakar hubungan akidah itu melebihi hubungan sedarah.

Juga mungkin minda dan hati kita masih terikat dengan nasionalisme yang dibawa oleh barat. Berdoa dan mohonlah agar hati kita sebersih hati para assabikun al-awwalun.

Sebenarnya menaip ni pun sebab nak check diri sendiri balik. Atas segala nikmat yang Allah bagi ni sejauh mana dah gunakan balik untuk ummat. Rugi sangat rasa kalau tak utilize kan diri ni untuk orang lain.

Image result for cordoba

Sepanjang minggu terakhir dekat lab tu banyak kali je fikir macam mana nak jadikan jaulah ke Spain ni sebagai sesuatu yang membawa manfaat kepada ummat. Sebab orang yang berfikir bukan sekadar ke sana untuk bersuka-ria dan bergambar dengan bangunan cantik. Lagi-lagi dekat Spain ni banyak sejarah yang tersembunyi dan perlu dipelajari, nak lah pulang bersama hati yang terisi.

Ada 9 hari lagi untuk kaji sejarah Islam di Andalus sebelum ke sana.

Moga Allah permudahkan.

Friday, December 16, 2016

Winter break


Alhamdulillah end of Sem 1 -- and a month of winter break.

Sedih pulak rasa cuti winter ni tak balik Malaysia. Sebab kalau tak boleh ambik jubah-jubah, baju kurung, skirts and what not dekat rumah T^T Tak payah susah-susah suruh ibu pos dari Malaysia. Kawan Sheffield pun terkejut, "Seriuslah? Tak caya cijan tak bawak jubah langsung" Huwaaa sedihlah. Sedih sebab asyik pakai seluar je sobs. Mujur ada bawak baju kurung sehelai dua, berjasa jugak baju prep malam dari zaman SABDA tu walaupun kawan SABDA (yang sekarang dekat Birm) pergi tegur pasal baju prep malam tu hahahahaha maka bergelak tawalah di situ sekejap nak cover punya pasal pastu terus tukar topic hahhh.


Tipu je, bukan sedih sebab jubah semata. Tapi sebab tak dapat pergi kenduri kahwin abang and nak jumpa anak sedaraaaaaaa! (lol baru lahir malam semalam) Hm dah jadi makcik sekarang, dapat jugak merasa nak naik pangkat tu hihu. Maka, bertambahlah lagi ahli perempuan dalam keluarga Rudzuanazmi ni (selamat datang kak ipaq dan baby kaklong) *fireworks*


Sekarang rasa nak buat post pendek-pendek je. Takdelah nak update banyak pasal diri ni pun. Mungkin post panjang bila ada benda nak share je. Misalnya?


Misalnya, jaulah ke Spain nanti. InshaaAllah.


Tuesday, December 06, 2016

Sebuah Pertemuan



Dia punya mesej tu masuk memang on time. Waktu tu dah lah tengah throwback dengan housemate kisah-kisah dekat KMB. Tiba-tiba orang tu share lagu UNIC thru ws.

Tiap kali dengar ntah kenapa rasa sebak huhu hati tisu tetibe en

Terima kasih awak untuk segalanya. Banyak awak tolong saya dalam pembinaan diri ni. Terima kasih untuk setiap peringatan, setiap perkongsian, setiap masa untuk dengar struggle dan masalah saya.

Moga awak kuat sentiasa. Bila rasa lemah tengoklah video anak-anak muda di syria. Teringat lepas exam IB maths awak sedih tapi bila tengok video ummat awak terus bersemangat. Siap share dekat KULSEM lagi lepas tu huhu




"Hehehe. Kita mesti lah share ke-syahduan ini dgn org lain.
Supaya bukan saya je yg nangis sorg2" - dia


Pertemuan ni bukanlah aturan yang sia-sia.
Semoga Allah pelihara ukhuwah kita semua


Friday, December 02, 2016

The guy with burgers

Sebenarnya sekarang tengah stuck buat lab report pastu buatlah benda lain jap cari mood balik. Pastu tetibe, "eh, lupa pulak ada blog"

Banyak je lah benda baik dan menarik berlaku kebelakangan ni. Something yang rasa seronok sangat kalau dapat cerita dan kebaikan tu disebarkan.

Sejak dua menjak suhu tak menentu sekejap 7degree celcius pastu esoknya pukul 2pm pun boleh -2degree celcius, memang selalu lah lari dari rumah (baca: pergi library). Pasang heater pun tangan beku jugak. Portable heater yang dah order seminggu pun tak sampai lagi :'(

Pastu kalau terserempak dengan senior dekat library diorang mesti, "Guys buat apa dekat sini? Omg baru first year." Macam satu kepelikan lah hahaha nampak macam rajin tapi sebenarnya nak cari tempat yang warm. (sebab library dekat, jalan kaki less than 10 mins je dari rumah) Senior akan lagi terkejut kalau dah pukul 11pm pun taknak balik lagi (nampak gigih kan) sebenarnya nak je tidur kat library tu sebab warmmm hahaha teruk gila perangai.

Nak cerita ni sebenarnya, ada lah satu malam tu ntah banyak minum kopi yang bawak dari rumah kot dan housemate macam nak settlekan lagi satu economics essay katanya. Waktu tu dah pukul 1 pagi. Tetibe, nampak this one guy bawak satu plastic and dalam tu ada polystyrene makanan (yang kalau order fast food mmg kedai-kedai guna polystryrene tu). Pastu housemate,

"Jan, tengok tu. Saya teringat dekat masjid putra dulu. Pak guard situ selalu bagi kita makanan extra yang orang sedekah kat masjid tu"

Rindu sangat suasana tu, tetibe rasa sebak sebab rasa cam banyak kenangan dengan masjid putra sobs kalau dah throwback dengan housemate ntah bermalam kot dekat library tu. Tak lama lepas tu tetibe,

"Excuse me, actually I wanna give this to the guard but they rejected it. Would u mind to take these burgers -- Don't worry it's all halal -- I'm a muslim too."

Sebenarnya dia explain macam lagi panjang and kitorang angguk je lah, dah expect pun sebenarnya point dia apa. Reaction muka kosong je waktu tu. Takkan nak sengih kot, dia dah lah lelaki.... kang hahhh

Tapi bila dia pergi je, kitorang bukaklah bekas tu en pastu, 

"Jannnnnn, it's ur fav!" - housemate

"Weahhh nangis sekarang! Hahahaha"

T^T

Sebab waktu tu dah pukul 1 pagi pun kan. So burger tu kitorang makan waktu breakfast esoknya.


Banyaklah benda yang reflect waktu breakfast tu, Sebab baru tau dia belikan double burger for the guards. Double burger. Dia belikan dua set since ada dua pakcik yang berjaga waktu tu. Dia bukan beli yang set biasa-biasa, tapi dia berikan yang terbaik. Dia tak beli satu set dan suruh pakcik tu berkongsi. Dia belikan sorang satu. Dan setiap set tu termasuk air, fries, double burgers.

The point is, bila kita nak berikan sesuatu berilah yang paling terbaik.

Bila nak hadiahkan something kepada orang, berilah benda yang paling kita suka.

Bila tengok akhlak pak arab ni (lupa nak cakap dia Arabians rasanya) teringat kisah Habil dan Qabil (al-Maidah:27-31). Kisah tentang korban yang terbaik untuk Allah. Bacalah, inshaaAllah banyak sangat ibrah hihi.

All in all, apa yang kita buat sekecil-kecil perkara sekali pun berilah yang terbaik. Lagi-lagi jika perkara tu membawa kita kepada Allah.

Walaupun dalam menyiapkan lab report uhuks


p/s: oh btw sebenarnya before keluar dari library tu kitorang offer lagi sekali burger tu dekat pakcik jaga kaunter. Tapi dia senyum je cakap dah makan. Lepas tu terfikir je, atau tu sebenarnya antara etika kerja dia (tak boleh makan dalam library), and if yes kagumlah dengan pakcik ni yang sentiasa ihsan dalam bekerja huu