Thursday, June 16, 2016

"Bubble"


Mungkin ada yang pernah dengar, atau baru terdengar, atau lepas ni baru first time dengar (hahh ye ye ok shahizan)


Setiap dari kita ada "bubble diri" atau pernah dengar this one term "comfort zone". Tapi this "bubble" it's not like "comfort zone" or something. (Alaa never thought it would be so hard to describe this bubble-bubble thingy). Ok fine, "bubble". Mungkin bahasa kampungnya macam benda-benda pasal diri kita dan semuanya dalam linkungan bubble tu.




Tak semua orang boleh masuk bubble kita. Tak semua, melainkan kita izinkan dia masuk (like kita kongsi kisah hidup kita dengan dia). Dan tak mudah untuk masuk bubble orang untuk faham kehidupan dia. Vice versa.


Dan saya akui ini adalah satu struggle untuk mereka yang introvert.


Sepanjang saya cuba membuka ruang untuk akhawat masuk ke dalam buble saya, sangat banyak momen yang menyentuh melihat usaha-usaha mereka dalam menyantuni saya. Terlalu banyak yang mereka lakukan contohnya selalu dapat benda tiba-tiba atas katil T^T Saya faham masing-masing cuba untuk membuka ruang "bubble" mereka juga.


Didn't see that coming tho :')


Banyak yang saya belajar dari akhawat. Dari mereka lah saya belajar untuk menerima pelukan dan peluk mereka yang keresahan. Dulu rasa awkward tau nak buat benda-benda macam ni. Dan sekarang pun, masih belajar sebenarnya.


Dulu sangat tak reti pun nak sweet-sweet ni. Mungkin sebab tak suka fikir benda yang rumit. Mungkin juga diri ni kurang common sense hahaha this could be good (well sometimes bad too)


Sangat tak suka fikir benda yang tak penting. Kalau ditanya "macam mana hari ni?", Shahizan tends to tell the best things instead of bad one. Sebab shahizan ni cepat move on orangnya. Contohnya kalau hari tu ada benda memalukan yang dia dah buat, 10 minit kemudian dia dah lupa. Kecuali, ya kecuali kalau ada orang ingatkan dia.


Sebab tu waktu qadhaya kalau boleh taknak mula dulu. Sebab short term memory. 


Saya sedar dalam tarbiyyah ni perlu izinkan mereka masuk ke dalam bubble kita. Supaya mereka tahu cara terbaik untuk menegur bila mungkin iman sedang lemah.

Jambatan hati itu akan terbina,

Cepat atau lambat. Ada ketika ia perlukan usaha,

Ada masa ia datang sendiri.

Mungkin bila mana bubble kita adalah sama jenisnya.

Ya, ia datang sendiri.

Asifah jiddan, terutamanya kepada murabbi saya jika saya ini terlalu sukar untuk dibaca dan kepada akhawat atas banyaknya hak ukhuwah yang tidak tertunai.




Kenapa pun tulis semua ni? 

Mungkin sebab saya rasa ada yang struggle dalam memahami saya huhu

Walaupun saya rasa cara fikir kita tak jauh beza pun.


*******


"Jan, apa-apa yang awak cakap saya mesti fikir -- 'ohh macam ni rupanya cara budak engine berfikir'"


"HAHAHAHA tak baik tau generalized budak engine through kita. Classmate kita ada je yang penuh dengan emosi."


Boleh jadi jugak sebab kita dalam environment "budak engine" yang tipikalnya jenis buat macam tak kisah. Tapi ketahuilah, diam-diam mereka kisah. Cuma cara bergerak mereka dalam selesaikan masalah berbeza.


But, because we're different that's what makes us a good team :')

Kan?

Tuesday, June 14, 2016

IB with the E14Drama

Dilemma nak cerita mana satu. Itulah orang kata tak baik procrastinate. Sekarang tak tahu mana yang datang dulu. Sebab masing-masing kisahnya penting dalam kehidupan IB ni huhu cheesy.


Sepanjang dekat KMB, semua yang muncul dalam hidup rasa bermakna je sengsorang ni. Harus ada kisah yang takleh nak lupa. Walaupun kekadang rasa macam ey nak ketuk je classmates aku ni, tapi ntahlah appreciate je kehadiran diorang.


Yaa, classmates antara yang berhargalah dekat KMB tu.


Haaa memang sengaja upload gambar yang semorang tengah tah pape
(tak cukup 2 orang)


Walaupun awal-awal masuk ramai yang tertanya-tanya,

"Jan, kenapa kau termasuk sini? Kenapa tak kelas sebelah?"

bunyi macam menghalau kan hahaha eyyy. Dan ada juga,

"Shahizan kenapa tak masuk kelas kitorang eh?"

"Kau datang lambat ke pe? Patutnya kita sekelas!"


Tak pelik pun bila ramai persoalkan, sebab aku pun pernah terfikir benda ni. Kalau ikut logik aku, boleh je sampai meja pendaftaran kelas dengan cepat sebab ada line khas untuk JPA student dan kitorang pun tak ramai mana (yang masa tu dalam 13 orang je). Datang pulak kemain awal pagi. Hm logik je lah untuk masuk kelas yang awal sikit.


Kalau fikir balik macam mana hari pertama (pendaftaran) tu, rasa cantik je Allah susun. Atas sebab terlepas pandang nak donlod dokumen dari website KMB hadirlah momen-momen yang memakan masa aku untuk ke meja pendaftaran kelas. Sekecil-kecil benda pun boleh menentukan apa yang akan terjadi lepas tu.


Tapi bila Allah kata kelas tu yang terbaik buat aku, maka siapalah kita untuk mengelak. Kan? Walaupun tak sanggup nak ingat balik apa yang dah berlaku sepanjang pendaftaran tu tapi terasa benar hikmahnya dan sepanjang IB tu memang mindset "inilah kelas terbaik untuk aku".


170516 - sehari sebelum last paper boleh lagi pergi rumah cikgu makan-makan hihi
(Tak cukup 6 orang)


Bayangkan dalam 19 orang dalam kelas tu, 16 orang introvert. Sampai ada yang buat analogi "kalau kau kenal semua E14D maksudnya kau dah kenal seluruh KMB ni." Hahhh kau sampai gitu. Kalau dalam dewan tu mintak wakil kelas untuk berucap ke pe, memang kita hantar orang-orang extrovert yang 3 orang ni je lah hahahaha kesian jugak kadang-kadang.


Awal-awal sem 1 semua acah sopan huhu baik jugak lah semorang masa tu. Kalau orang kata tipikal kelas engine ni cenggitu cenggini, kelas aku cam takde ciri-ciri tu pun. Sampai rasa ya Allah ini kelas aliran agama ke pe. Again, awal-awal je lah. Lama-lama tunjuk jugak belang tu. Luar kelas kemain sopan dalam kelas kasut Hadi pun boleh sampai atas aircond. Kad LRC hafiz dilekat dekat whiteboard, sampai tc Aida tak sanggup nak tulis kat whiteboard sebab nampak muka hafiz hmm hm


Tapi faham je sebab classmate ramai introvert, so kat luar kalau bertembung pun masing-masing buat tak kenal T^T lagi-lagi masa sem 1, sampai "eh dia ni classmate aku rupanya". Tapi bila dalam kelas sampai kelas sebelah boleh ketuk suruh diam sikit.


Kepada yang ingat kitorang tak pernah kena denda


Alhamdulillah dari diorang lah banyak belajar benda. Banyak peluang yang diorang beri. Contohnya, awal-awal dulu menangis taknak handle CBP tapi akhirnya berjaya jugak sampaikan dana ke Vietnam. Kadang serba-salah jugak, sebab rasa macam tak buat kerja hahahaha selalu mintak hafiz je wakil. Kena marah dengan advisor pun Hafiz. Banyak sangat yang diorang tolong. Cari sponsor, kumpul dana, stress sama-sama sebab proposal asyik kena tolak. Kalau bukan sebab diorang, benda yang kita dipertanggungjawabkan memang tak dapat nak settle.


011215, KLIA 2
(tak cukup 2 orang)



CBP :') antara yang paling sakit dalam IB


Sem 2 - Ceritanya nak try buat waffle je untuk jualan tapi gaya kemain ala merewang kan 


Dan juga Zakir yang banyak tolong dalam kem motivasi walaupun dalam saat-saat kritikal sebab nak exam sem 3. Terharu jap sebab semua bagi komitmen padahal nak exam dah. Best jugak sebab dapat pengalaman baru. Sorry Zakir kalau lambatnya kitorang bergerak membebankan kau huuu. Thanks jugak sebab sanggup jadi class rep untuk 2 sem yang mencabar. Kalau aku lelaki mungkin aku boleh gantikan kau, tapi itulah aku perempuan haha kang tercabar ego lelaki korang kang hahhhh


Saja kasi penghargaan khas untuk Zakir sebab rasa serba salah aku pernah jerit nama dia sebab tutup lampu khemah masa Megafair hahahaha sumpah tak sedar. Mungkin masa tu aku geram sangat sebab tengah kemas-kemas khemah. Semua yang bising kat situ terdiam sesaat hahahaha sorrylah tak cukup tarbiyyah waktu tu.


3 days before sem 3 exam
(tak cukup 2 orang)


Walaupun 6 orang je perempuan tapi nak dapat full semorang ada dalam 1 gambar punyalah susah T^T


Menyampah pulak tengok diri sendiri dalam gambar tu huuu. Tak perasan Zakir dah tangkap gambar masa ni. Tengoklah nani pun gelak tak habis lagi kot. Zakir ni bukan nak tangkap gambar elok-elok. Dah lah tak centre, tak kira 1 2 3, senget pulak tu, tetibe cakap dah tangkap. Zakir ni memang lah. Eh, sorry Zakir. Termarah pulak.


The girls -- yang aku rasa budak laki kelas kitorang kena bersyukur sebab sekelas dengan kitorang hahaha. Sebab none of us yang ada kuasa suara kuat atau gelak kuat. Walaupun ya mungkin ada waktu-waktunya macam tiba-tiba korang kena marah ke apa (macam nama Zakir kena jerit tu), tapi haaaa alah bersyukur je lah. Kitorang baik kot (emoji bom pistol pisau)


(Korang jangan macam-macam. Aku ada banyak koleksi gambar korang yang boleh buat 7 keturunan takleh lupa. Takpelah, setakat ni biar aku je gelak sorang-sorang) -- ayat ugut


Betapa susahnya nak mintak diorang pakai baju seragam untuk gambar kelas T^T tapi at the end diorang lah paling semangat nak gambar macam tu macam ni. Gambar diorang paling banyak dalam camera ni eyy


Punyalah derhaka masa Sem 1 dulu. Exam PAI tak ambik lagi, boleh buat BBQ petang tu. Sem 1 kan tak kenal lagi EE, IA, WA, TOK essay.


Huwaaa rindunya masa-masa dekat Vietnam T^T


Ini lah kelas yang tahu betapa sedihnya aku kalau kena buat English essay. Diorang dah faham sangat kalau diberi pilihan English HL dengan Chem HL aku akan pilih Chem HL haha (walaupun tak tahu lagi apa result yang menanti huhu). Bayangkan semorang kalau cakap dengan Sean mesti speaking, tapi sampai dekat aku Sean pun spontan cakap melayu. Hah nampak betapa kuatnya darah melayu aku hiuhiu


Kalau nak cakap pasal apa-apa yang melibatkan English (IOC, WA, IELTS, Essay, Debate, Proposal) hampir setiap sorang pernah tolong T^T Mia yang selalu ajar skills and technique, Nani si grammar nazi dan kamus bergerak, Hafiz tukang kasi idea mengarut.


TOK part lah yang paling tak boleh tidur malam. Presentation atau essay sama-sama boleh buat nangislah kalau kena reject. Kalau bukan sebab Ily punya semangat dan Mia yang sangat bersungguh-sungguh pergi consult budak blok sebelah, aku mesti dah lama collapse. Sebaklah cerita pasal TOK ni. Rasa macam taknak ingat boleh tak hahahaha TOK? Hahahaha hmmm k


Hmmm tak tahu lah apa yang best sangat kat bawah tu
sampai tak perasan kita tangkap gambar dari belakang


Hampir sampai ke penghujung IB pun masih ada lagi classmate yang tolong kita sobs. Lagi-lagi dalam study. Yelah nama pun hujung IB kan. Bebas daripada bendasing selain exam huhu. Time tu study je. Terima kasih kepada IRPmates, orang-orang yang proofread WA English, WA Malay, TOK Essay, guru-guru muda yang ajar Malay, Econs, Physics.


Banyak sangat pertolongan yang Allah beri melalui orang-orang ni. Terlalu banyak yang Allah anugerahkan daripada hari pertama masuk KMB hingga clearance habis IB. Moga Allah permudahkan urusan mereka juga sebagaimana mereka dah mudahkan urusan kita. Tak pernah terfikir pun untuk ada classmate lain sebagai ganti, sebab ini memang yang terbaik buat saya.


Selalu sangat doa cikgu-cikgu lembut hati setiap kali masuk kelas kitorang. Setiap kali cikgu masuk kelas sambil senyum rasa Allah dengar rupanya doa kita tu :')



Akhirnya ada pun gambar yang lengkap 19 orang T^T
Itupun gambar untuk majalah KMB
Gambar ni tak lengkap senanya sebab Tc Aida tak ada T^T


Saturday, June 04, 2016

That Stereotype


230516

1530 hrs



"Abang, kenapa macam sunyi je ni?"

"Kahkah habislah, mesti kau dah lambat ni"

"Huhu silaplah nak takut-takutkan aku. Tentatif yang dia bagi pendaftaran dari 2.30pm sampai 4.30pm. Kalau nak kata aku silap masa, aku counter dengan jadual dia kasi ni."

Mujur ibu tak ikut hantar sekali. Kalau tak mesti ibu risau sebab aku lambat (manada lambat sebenarnya huu) Kita sama-sama pegang prinsip ni kan -- kalau tak salah, tak ada apa yang perlu dirisaukan.

Maka aku dengan bergayanya tinggalkan beg roda bawah tangga blok F pehtu terus pergi dewan untuk daftar (selepas telefon kawan untuk tanya manakah gerangan manusia yang lain)

"Jan, kitorang dekat dewan dah ni. Tengah taklimat."

Alhamdulillah walaupun sampai tak awal sangat tapi dapat bilik tingkat 1 huhu sebab rummet tuliskan nama siap-siap. Mimi punyalah tak puas hati sebab dia datang awal dari aku tapi dapat tingkat 3 hahahaha


***************************************

Tak lama habis IB Exam terus dapat panggilan ke BTN. Aik rasa tak kena pulak perkataan "panggilan" tu. Nampak macam benda yang tiba-tiba hoho padahal sebelum exam dah tau pun tarikh dengan tempat.

Alhamdulillah tak perlu berebut isi nama dengan student lain untuk pilih tempat sekian-sekian. Sebab certain student dah di-cop kan namanya untuk BTN di kuarters KLIA. Tak sampai 30 orang rasanya dari KMB yang akan ke BTN kuarters KLIA. Yang lain akan ke BTN Klang, N9, etc (tak ingat hehe)

Mungkin ada yang google search tentang BTN di kuarters KLIA ni atau junior sekolah lama yang masih setia baca blog hakak (tsk terharu jap) yang akan ke BTN ke apa en. Jadi entri ni khas untuk anda. 

Walaupun aku sendiri takde lah sampai google search ke apa sebab tak terfikir pun. Baru habis exam kot huahua. Mungkin jugak sebab Shafiqa dulu BTN sini jadi apa-apa benda yang tak pasti terus rujuk dia. Kagum jugak bila dapat tau ada kengkawan yang google search pasal BTN ni.


Kepada sesiapa yang akan BTN di kuarters KLIA boleh bersyukur sekarang. 




Sebelum bercerita tentang apa BTN ni dengan penuh perasaan, eloklah kita beri gambaran tempat ni macam mana. Selalunya itulah antara alasan kenapa orang google search kan.




Ingat lagi penyelaras program cakap, "kami minta maaf tak dapat sediakan penginapan macam hotel"

Ya Rabbi, apa lagi yang kami mahukan? Tak tahu lah kalau dia cuba guna gaya bahasa litotes ke pe en huhu Apa yang mereka sediakan dah cukup selesa. Kalau nak cerita secara detail apa yang ada dalam bilik ni memang boleh timbulkan rasa eh, ni kem ke hapa?

Alhamdulillah, bilik yang disediakan adalah 2-3 orang sebilik. Almari baju setinggi siling disediakan, ruang ala dapur siap sinki pun ada di penjuru bilik. Tandas yang bersih, dan air yang laju (bak kata Anis). Ada satu pintu untuk ke bahagian luar yang aku rasa kalau ada mesin basuh hah boleh letak kat situ (eh tapi tak ada lah)

Bila kita cakap Kem BTN, maka ia tetap kem. Tak pernah jumpa mana-mana kem yang tak tekankan disiplin. Jadi ketepatan masa bukan suatu hal yang main-main lah kan. Kalau tak, habis kena bebel dengan Pakcik-pakcik bekas askar dengan polis.

Tapi rasa best je sebab itu memang nature pakcik-pakcik kan hahaha dan umur diorang pun plus minus macam ayah kita (dalam 50-60 an gitu) apa yang diorang bebelkan kita dengar dengan rasa hormat je. Tak terfikir pun untuk ambil hati ke apa.



Dataran kawad, tempat riadah etc yang selalunya akan dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih (pakcik-pakcik askar) yang dalam garangnya ada juga kemesraan mereka (haa gitu). Tak perlu risau sebab orang kat sana baik-baik je.




Dewan makan yang awal-awalnya bolehlah nak duduk dengan member-member sebulu, se-kmb. Tapi bila dah dapat kumpulan masing-masing, kena makan ikut kumpulan. 

Walaupun waktu tu jumlah peserta 90 orang (sikit berbanding BTN dekat tempat lain) tapi sebab fasi tak ramai, so 1 kumpulan ada 15 orang. Dengar khabar BTN lain dalam 10-11 person/group walaupun pesertanya 140 orang.

Hahh makanya, sumbatlah 15 orang untuk 2 meja panjang ni. Time breakfast atau minum pagi macam hm ok ok lah lagi sebab tak berpeluh ke apa. Tapi lepas riadah terus dinner perasaan dia mashaaAllah. Tapi tengok muka semorang macam rileks je, so kita pun pura-puralah rileks. Eh ke diorang pun pura-pura jugak.

Huhu sookay, ada situasi berpura-pura itulah yang terbaik.


 Sebahagian ahli kumpulan

Sebahagian lagi dah tunggu kat dewan, sebahagian lagi dekat pondok guard nak pinjam bendera Malaysia dengan payung untuk malam persembahan huhahuha mekasih pakcik


 Dah tentu-tentu gambar atas ni bukan tempat untuk ambik whudu'.

Yaaa, ini tempat basuh pinggan setelah makan. Part of nak disiplinkan kitorang agaknya. Bersyukur jugak sebab selama ni duduk SABDA 5 tahun abang DM yang basuhkan pinggan. Masuk KMB pun akak DS basuhkan pinggan kita. Peluang untuk membasuh pinggan tu hanya di blok lepas buat megi atau di rumah sahaja.

Ruang basuh pinggan pun selesa, siap dibumbungkan lagi. Sabun basuh pinggan berderet. Nak ceritanya, kemudahan sana sangat bestlah.

Menu pun setiap hari lain-lain. Sedap pun saing-saing lauk KMB dah. Moga acik-acik yang masak lauk tu dimurahkan rezeki.



Tentu-tentu ramai yang menyampah bila dengar kena pergi BTN. Tapi kita suka je sebab kita faham yang kita akan belajar satu ilmu baru yang hanya tempat tertentu je kita akan dapat. Benda-benda yang memang dah ada pun dalam buku teks sejarah sekolah menengah tapi penerimaan masa dulu dengan sekarang tak sama. Punyalah struggle dulu nak hafal Astaghfirullah.

Mungkin dulu kita tahu, tapi sekarang kita faham.

Ramai je yang membawa stereotaip BTN ni adalah kem untuk mencuci fikiran kita. Tapi bukan sebenarnya, sebab BTN dekat kuarters KLIA ni tak doktrin kita dengan apa-apa unsur politik pun. Tiada unsur-unsur biased. Mungkin kedua belah pihak memang datang untuk mengajar dan belajar tentang sistem negara ni bagaimana. Maka, berlapang dada lah untuk menghadiri kem BTN untuk memudahkan penerimaan ilmu tu huhu

"BTN ni tidak mengganggu-gugat pegangan politik kita pun sebenarnya" -- quoted daripada ucapan wakil peserta dan dipersetujui oleh ramai orang. Kita tahu pandangan peserta lain bila kita duduk semeja dan sembang-sembang dengan mereka.

*Note: Tapi saya tidak menjanjikan BTN di tempat lain sama 100% seperti di sini huu

Suka sangat bila sampai ke penghujung program semua orang bawa satu perasan yang sama. Tanggapan masing-masing tentang BTN sebelum dan selepas pun dah tak sama. Rasa best BTN ni (despite the facilities) sebab semorang dekat sana best kot hahaha penyelaras program, jurulatih-jurulatih, penceramah, fasilitator, peserta-peserta semua hebat-hebat belaka (dan sangat best).

Persembahan setiap kumpulan pun sangatlah menarik. Rasa nak rakam je tapi sebab peraturan tak membenarkan sebarang rakaman di dalam dewan kan :'(




Alhamdulillah, sesi perbincangan pun jadi menarik sebab dapat groupmates yang best. Walaupun ada je waktu-waktu mata berair sebab tahan mengantuk dalam diam.

The best moment, ada sekali tu bila bukak pintu bilik LDK semorang tengah baca nama YDPA ramai-ramai sebab fasi nak tasmik nanti lol. Alhamdulillah semua lepas hahaha



Memang sengaja upload gambar yang semorang dah tak reti nak duduk diam. First time berkumpul dengan IBJPA student dari MCKK since JPA asingkan perempuan dengan lelaki punya tempat persediaan.


"budak laki KMB memang selalu kena macam ni eh?"

"Macam mana?"

"Duduk cangkung kat bawah"

huhuhuhuhu


Semua peserta tajaan JPA (dan 4 orang penaja lain) dari -- KMB, MCKK dan IMU


Presenting part of your future leaders, inshaaAllah.




Thursday, June 02, 2016

2 tahun yang mengajar




KMB - Kolej MARA Banting


"eh dekat mana tu?"

Jarang-jarang orang tahu kewujudan tempat ni.

Tapi cukup terkenal dalam kalangan pelajar sebagai Kolej MAHA busy

Awal-awal dulu nak upload gambar KMB curi dari google je huhu. Tapi rasa tak best sebab bukan kita yang tangkap gambar tu kan. 2 tahun dekat KMB cukuplah terkumpul 81.1 GB gambar dan video tentang KMB.

Lepas ni tak ada lah nak curi-curi lagi (batuk-batuk)

**********************************************

180616 - End of IB Papers

Alhamdulillah

Allah sangat permudahkan segala urusan.

Astrophysics yang sebelumnya baca banyak kali punyalah tak masuk-masuk. Tapi malam sebelum exam Allah sangatlah menghadiahkan kefahaman tu. Tiba-tiba suka pulak belajar astrophysics ni sampai rasa tak sampai hati nak let go nota-nota tu semua huu

Paper Malay, Economics, English, Chemistry, Maths yang kalau nak menceritakan setiap satunya ada sahaja pertolongan dari Allah. Pertolongan yang tidak disangka-sangka. Terasa sangat kehebatan Allah tu.

Berdoa dan berharaplah. Berusaha sebaik mungkin dan kemudian wakilkanlah Allah atas segala urusan kita. Teringat analogi yang diberi dalam buku Hati Sebening Mata Air (Amru Khalid)

"Pernahkah kita menyewakan atau menjual rumah melalui agen perjualan, dan mengadakan kontrak penyerahan kuasa atas rumah kita? Pegawai agen akan bertanya "Anda sudah tanda tangan?" Dan kita akan jawab, "Tanda tangan, tentu!" Kita percaya dengannya, kita serahkan harta kita padanya, kita begitu mudah menandatangani kontrak penyerahan kuasa atas harta kita.
Tapi sudahkah kita tanda tangan dalam akad perwakilan dengan Allah? Akankah kita menyerahkan urusan pada-Nya, di saat kita tidak mempercayaiNya. Dia bernama "Al-Wakil", tetapi kita tidak percaya pada-Nya."

Salah satu pesanan murabbi yang masih saya ingat hingga ke hari ini,

“kita tidak berdoa pada Allah untuk terlepas daripada sesuatu halangan untuk (kemudian) berbuat maksiat (dosa)”

Sangat terkesan dengan pesanan ni. Sebagaimana rapatnya hubungan kita dengan Allah sepanjang musim peperiksaan, begitu jualah rapatnya hubungan tersebut selepas itu -- malah lebih lagi. Janganlah menjadi hamba seperti dalam surah Al-Ankabut,

"Maka apabila mereka menaiki kapal, mereka berdoa kepada Allah dengan penuh rasa pengabdian (ikhlas) kepadaNya, tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai ke daratan, malah mereka (kembali) mempersekutukan (Allah)" (29:65)

Semoga Allah menjaga saya dan awak semua walau di mana-mana kita berada. Semoga kita tergolong dalam golongan hamba Allah yang sedikit, yakni hambaNya yang bersyukur.

Kehidupan kita sebagai IB student tentu-tentu akan berakhir, tapi kehidupan kita sebagai hamba Allah adalah selamanya. Teruskan bermujahadah dalam menjadi hambaNya yang setia.

Solat hajat (Blok F) -- hahhh ni gambar curi dari pendrive ketua blok huhuhu