Sunday, December 08, 2013

Lihat, terima, analisis, dan belajar

Assalamualaikum kakak-kakak jelita. Pernah satu ketika aku tweet,



Lebih kurang lah. Cuba kira terlebih 140 huruf tak? Kalau terlebih maksudnya ayat tu lari habis. Biasalah twitter kan letters limit gitu. Tambah tolak macam tu lah rupa ayat yang aku pernah tweet. Nak dapat perfect macam dulu tu sampai esok tak habis scroll semata-mata nak cari balik.

Ini bukan isi lagi.

Tapi balasan tweet yang aku dapat lepas tu
"ceh jannnnnn!"
"sejak bila ni jannn"
"sabar, hidup memang macam ni"


Awal-awal tu tak faham apa maksud tweet diorang. *Angkat tapak tangan 180 degree menghadap langit beserta kerutan di dahi*. Lama-lama baru nampak hidden meanings. Trolololo adakah ayat aku ada gaya macam putus cinta? Ada ke? Cuba baca balik dekat atas? Mungkinlah, mungkin tweet aku masa tu memang mengundang perasaan curiga mereka hahaha aku abaikan je sebab tak mampu nak terangkan dekat diorang itu adalah tweet random.

Sebenarnya itu tweet dari hati. Masa tu aku tengah fikirkan kawan aku ni. Atau aku gelar dia sahabat.

Entahlah, bagi aku dia istimewa. Aku ialah spesies yang sukar melahirkan pujian pada orang. Kalau aku puji depan-depan tu maksudnya 70% jujur. Tapi kalau simpan dalam hati memang aku tulus puji dia. Simpan, senyum dalam hati je. Tapi ada jugak yang aku diam (tak pernah puji) walaupun majoriti bertentangan dengan aku. Contoh, bila orang tengah puji-puji Leha dan aku ada dekat situ aku senyum je dan malas join sebab aku rasa macam 'yeke?' well semua ada taste sendiri kan. Pendek kata, orang takkan tau pun apa maksudnya bila aku senyap wahahaha.

Lagipun pujian itu bahaya, boleh bawa kepada jiwa yang tenat.

Gambar sampingan dan tiada kaitan

Sahabat aku ni biasa je. Tak terlalu menonjol di sekolah. Tapi ramai senang berkawan dengan dia. Termasuk aku. Kalau ramai orang sibuk puji-puji orang lain, tapi dalam hati aku - aku puji dia. Tak pernah aku dengar orang puji dia. Atau adakah semua orang macam aku sebenarnya?

Atau adakah aku ini hipster? hahahaha

kalau ramai orang sibuk jadikan si dia dia itu idola. Tapi aku lebih melihat ke diri dia. Banyak benda kau boleh belajar hanya dengan melihat dia. hebat kan? ramai tak sedar.

Kalau ramai orang sibuk merungut dan marah, tapi bila aku lihat dia - dia banyak diam. Tak banyak merungut. Dia sabar. Dia anggap kekurangan tu satu keseronokan. Otomatik hal tu jadi seronok. Dari situ aku belajar. Walaupun dia tak pernah nyatakan. Tapi aku cuba jadi macam dia.

Bila cerita masalah dekat dia, dia fikir ayat dulu. Cuba tak jadi batu api. banyak kali aku perasan benda ni. Kalau bukan pada aku pun, pada yang lain juga. Aku selalu perhatikan dia ((pergh macam stalker)) tapi betul lah. Dia tak akan lebihkan mana-mana pihak. Dia cuma mendengar dan berkata apa yang perlu. Hebat! aku belajar lagi dari dia, jangan jadi batu api.

Kalau ramai merungut sebab peperiksaan, contoh ayat :

Bedah : menyampah lah, semua aku belajar tak masuk!
Normala : masuk bhaiiii apa aku belajar
Jebon : Addmaths guwa failed sob sob

tapi aku tak pernah dengar sekali pun dia merungut sebab akademik tak memuaskan. Dia telan je semua keputusan yang dia dapat. Kadang sebab sifat dia ni buat aku rasa malu bila aku merungut. nampak macam aku tak bersyukur. Kalau dia boleh sabar, kenapa aku tak. Malu! Malu! hempuk muka dekat dinding. Aku menangis sebab BM aku B. Lol, paper pertama yang buat aku menangis. BM pulak tu. Sumpah tak boleh terima bhahahaha Ok, lari topik dah ni. Tapi, dia tak sedar yang dia ajar aku untuk bersyukur.

Dia ramai kawan (aku ada cakap dekat atas) tapi dia pandai spent time dengan kengkawan dia tanpa abaikan kawan yang lain. Dari situ aku nampak macam mana dia jaga hati kawan yang lagi satu walaupun dia ada kawan baru. Kita sebagai kawan pun kena faham, kadang-kadang aku sengaja jauhkan diri sikit nak bagi ruang untuk dia spent masa dengan yang lain. lol tak payah cakap lah ada yang jeles bila aku rapat dengan dia hahahahaha gelak 10 minit. Cuma nak kata yang kedua-dua habluminallah habluminannas dia pun terjaga.

Untuk nampak dia menangis, rasanya baru 5 kali. Itu memang hal yang dia betul-betul kecewa. Tak semua orang menangis boleh buat aku menangis sama. Sebab aku selalu nampak dia tenang dan bila dia menangis tu memang true punya menangis. Buat aku rasa sedih, lagi sedih sebab aku tak pakar hal ehwal pujuk Haha poyo je ayat -,-

Satu malam beberapa tahun lepas, tak boleh nak kata seronoknya aku bila dia kata dia nak jadi kawan aku (senyum dalam hati) memanglah berkawan tak perlu dinyatakan. Sebab hal ikatan ni datang sendiri tak payah nak cakap. macam awkward gila je kan. Tapi dengan dia tak, aku senang. Dia kata aku ni (malu lah nak cakap) tapi aku rasa dia lagi hebat. Sebab banyak kebaikan dalam diri dia nak banding dengan aku.

Tak pernah puji dia depan-depan. Sikit pun tak, aku rasa dia tak kan sangka dan tak terfikir pun yang aku kagum dengan dia. Aku puji dia dekat sini sebab aku tau dia mana baca blog ni. Rasa selamat Hahaha

Oh ya, dia tak pernah ajak aku buat benda jahat. Sekalipun untuk ponteng-ponteng hal berkaitan. Dan dia hormat tugas aku sebagai pengawas. Terharu! rasa nak nangis hahahaha

Apa yang aku nak tekankan, 
belajar lah dari apa yang kau lihat. Baik kau ambil, buruk kau jangan buang tapi belajar. Belajar! jangan buat dekat orang lain macam ni macam ni. Bila kita tak suka suatu perkara, sama lah macam orang lain tak suka bila kita buat macam tu, kan?

Dan untuk ubah seseorang tak semestinya dengan nasihat. Rasulullah pun berdakwah dengan akhlak yang mulia.

Gambar sampingan tapi ada kaitan.

perhatian : nama-nama yang disebut ialah contoh dan tak wujud pun dekat sabda.


13 comments:

  1. perlakuan adalah guru terbaik dalam pembentukan diri
    yeay kak cijan mmg ohsem ohhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. trolololo hai dik! ((confirm sabdarian)) hahaha adik pun ohsem :D

      Delete
    2. sebenarnye kan kak.. adik ni batch nova hahaha so goodluck in ur next step akak cijan

      Delete
    3. Nova 1119? Aterima kasih dik hahaha ;)

      Delete
    4. nope nova yg lagi satu tuh hahahaha pcye x?

      Delete
    5. hahahah rilex ahh kak cijan...
      we had life together in sabda..

      Delete
  2. Btul3...^_^..singgah http://khuzakhadir.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Assalam....yeah. Sudah lama x stalk ini blog. Dah agak dah sure tuan dia ada update sebab yespiyem dah abis....enjoylah ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam :) org stalk mana bagitau. Lol.

      Delete
  4. hargai semua detik yang ada, especially masa zaman persekolahan

    ReplyDelete
  5. aku rasa macam aku tau sapa... haha

    ReplyDelete

Have you said Alhamdulillah today?