Tuesday, December 20, 2011

Cuak tak cuak, kau dapat jugak!


Tak kurang hebat juga isu result PMR yang akan keluar khamis ni. Asal aku buka facebook je nampak ada yang buat status countdown 5 days more. Terus aku signout balik. What the heaven. Aku sendiri pun tak pernah kira benda ni. Boleh cakap timeline dekat home facebook aku, 75% semua nak cerita pasal result khamis ni.
onion-emoticons-set-5-21

Dekat blog pun usha usha semua budak form 3 nak cerita pasal Khamis ni. Rasa rendah diri pula aku bila tak ikut perkembangan semasa. Tiba-tiba aura untuk buat satu entry tentang hari Khamis ni membuak-buak. Ok, tipu. Tak membuak pun. Aku penatlah baca orang cerita pasal result ni! Tak apa, aku nak tambah penat aku lagi dengan entry ni.


onion-emoticons-set-5-36

Pasal propaganda tarikh tu tak payah risau sebab memang dah mutakhir 22 haribulan Disember 2011 result PMR diumumkan. Agak bengang masa propaganda tarikh result. Sudahlah bapak aku dah minta cuti 22 haribulan. Kalau result keluar pada tarikh selain 22hb? aku sms je lah dari rumah. Minyak pun jimat. Apa ingat dekat sangat aku nak ke hilir perak tu? Itu tak termasuk dengan saman pergi balik lagi. Sudahlah banyak speed trap! Tak sah kalau tak kena saman.
onion-emoticons-set-5-53


Check dulu result dengan sms. Kalau straight, baru gerak pergi sekolah. Hua Hua


Cuak tak cuak nanti tahu juga! Banyak juga mulut yang cakap 'ambil PMR pun tak segerun rasa nak ambil result'. Ehemmm, atleast ambil result tak payah belajar ya dalink. Cuma perlukan persediaan mental sajalah. Satu hari tu aku nak putuskan talian internet di rumah, dan telefon bimbit akan dimatikan. Apa? Ini untuk persediaan aku menghadapi hari Khamis nanti. Ha Ha

onion-emoticons-set-5-45

Malam semalam aku dah beli barang sekolah. Apa jadah ni kak? Result pun tak dapat lagi, kain sekolah semua dah beli! Itulah, mak aku semua benda nak awal. Dan aku perlu ingatkan sesiapa yang dah BUANG kasut PVC silalah beli yang baru. Kalau nak datang dengan selipar jamban, aku nasihatkan kau sms je lah kalau nak tahu result tolonglah jangan malukan sekolah dan diri kau. Tak luak pun beli baru, dah hujung tahun dah wahai hensem dan cantik sekalian.

onion-emoticons-set-5-47

Sebulan cuti ni, mimpi aku semua berkaitan dengan sekolah. Aku tahu ada juga yang mimpi result ni. Kalau mimpi tak baik tu cuba ingat balik kau ada tak baca doa sebelum tidur? Agak sentap jugaklah bila dapat mimpi macam ni. Tapi aku jadi lega bila,




Shahizan : Weah, aku mimpi result semalam?
Shafiqa : Dulu pun aku mimpi jugak dapat 4A 4B. Alih-alih straight jugak.
Shahizan : Phewwww (lap peluh)


Oh ya, sebelum aku terlupa kepada budak sekolah aku sila pakai baju batik sekolah hari Khamis ni.
_____________________________________________________________

Err, aku rasa macam tak menarik cerita pasal result. Bosanlah sikit-sikit result.

Sepatutnya entry ni dilancarkan lebih awal. Tapi tadi aku macam down sikit bila aku dengar ayat keji daripada Shafiqa. Sedang aku enak makan malam, tiba-tiba

onion-emoticons-set-5-26 "Weah shahizan! Sejak bila kau makan sayur ni?!"

Dengan muka yang menjengkelkan,

 "Kau apahal?" onion-emoticons-set-5-23

Apa salah aku? :( Baru cuba nak makan kangkung sudah kena dump! Macam ni lah manusia! Sudahlah,  patah hati bila fikirkan situasi ni. Lepas ni aku tak nak makan sayur dah. Hahahaha gedik!

Ya Allah, harap semua berjaya dengan cemerlang.


yang menurut perintah : Kangkung sedap juga.

Saturday, December 03, 2011

01. Alahai manusia - Post bawa maut

onion-emoticons-set-5-36
Amaran! Jika anda mula membaca post ini, sila jangan berhenti. Teruskan pembacaan sehingga habis. 10 tahun yang lalu ada seorang jejaka tampan menghiraukan post ini dan menganggap ini semua kolot. Tidak lama kemudian beliau dikhabarkan koma gara-gara tercekik tulang ikan......

 

Pernah baca ayat macam ni? Ok aku rasa mesti ada yang tekan ctrl+w bila baca perenggan dekat atas. Yalah takut kena sumpahan. Woi woi jangan tutup kan aku cakap baca sampai habis. HAHAHA kalau dapat mesej macam ni apa kau buat? Lagi-lagi dia ugut suruh sebarkan kalau tak nanti tak akan bahagia. Besar nanti kahwin dengan suami orang lah apa lah.

onion-emoticons-set-6-156

Baru-baru ni aku dapat msg, bla bla bla pasal periksa result PMR kalau tak sebarkan dekat 10 orang nanti hidup aku akan sentiasa menemui kegagalan dan kecantikan aku akan hilang. Alah, aku forwardkan dekat orang yang hantar dekat aku tu je. Bagi dia puas dan tersenyum riang gembira.

onion-emoticons-set-4-10

Kalau aku sebarkan dekat 10 orang, mana tau dalam kalangan tu ada yang dungu nak sebarkan lagi dekat 10 orang dan benda tu akan tersebar dekat 10 orang lagi dan dan benda ni akan menular. 

onion-emoticons-set-5-32

OH NOOOO! SAMPAI BILA NAK BERHENTI? 
(baca dengan nada gedik)

Ya, sebab tu kalau aku dapat benda-benda suruh sebarkan apa semua aku tak bertindak. Biarlah aku berada dalam golongan yang menjadi penghujung kepada cerita karut tersebut. Fuh, aku penyelamat dunia. 

onion-emoticons-set-5-27

Ahh, tenang je hidup aku. Yang paling penting, kehenseman aku tak ada yang hilang pun. Aku kekal hensem dulu, kini dan selamanya. 
onion-emoticons-set-5-63

Lagi mengecewakan ada yang menyebarkan dakwah secara kotor. Ya aku tahulah kau nak bagitau aku apa semua. Nak berdakwah lah kan. Tak payah lah nak buat ayat ugutan. Sedih aku.

 onion-emoticons-set-5-34


Cerita dia menarik, memang menarik. Aku suka ilmu yang disampaikan. Tapi sayang kenapa perlu wujudkan mitos ni? Aku memang akan sebarkan tapi aku padam ayat bawah-bawah yang durjana ni. Kesian pula nanti mereka rasa hidup tak selamat kalau tak sebarkan. 

onion-emoticons-set-3-58

Aku bukan tak nak sebarkan tapi aku lebih suka bercerita secara depan depan. Ya itu yang aku buat. Bila bosan aku buka topik macam ni cerita tentang kisah dulu-dulu. Sebarkan ilmu secara begini bukankah lebih menyeronokkan. Tak ada mati-mati, tak ada kahwin dengan orang tua, tak ada yang akan gagal dengan dunia. Sudahlah semua sila buka minda.

onion-emoticons-set-6-55