Sunday, June 15, 2014

Gigihnya seorang bapa


Dari pagi lagi, aku nampak abah pegang buku tulis. Buku tulis sekolah rendah tu. Tulis sesuatu. Sambil-sambil tu scroll group whatsapp dia. Salin.

Biasalah kalau dah nama group whatsapp ni mesti ada share "7 Perkara yang menguatkan iman...." "Apa jadi kalau haiwan ada facebook" "Sebarkan anak ini hilang sudah 3 hari...." benda-benda common yang orang selalu recycle.

Semenjak dua menjak ni abah baru berjinak dengan hal ehwal maya ni. Jadi apa yang kita rasa common, recycle berapa juta kali dah baca. Tapi bagi abah tu pertama kali dia baca.

Sementara aku siap-siap untuk keluar beli barang, abah masih dengan pen dan buku. Elok semua dah siap sedia untuk keluar, abah simpan buku tulis. Balik dari beli barang abah tanya nampak tak buku dia. Mahu sambung kegigihannya menulis. Tapi lupa. Lupa dia tinggalkan di dapur. Nampak tak sorok sampai ke dapur buku tu.

Sambil teman adik tengok Doraemon aku toleh curi. Pandang abah duduk bersila. Tulis penuh gigih. Ntah apa yang disalin. Aku alih tempat ke depan komputer. Sedang-sedang aku tengah dengar lagu ni, abah datang. Tunjuk aku apa yang disalinnya.

"Nah, tolong hantar ni dekat abang dengan kakak"




Aku baca tulisan abah. Oh benda ni....

Cuma "oh" je ke reaksi aku? Tak. Terkejut tapi taknak tunjuk. Aku pernah baca benda ni. Ntah di mana-mana. Di facebook sendiri muncul berapa kali kisah ni. Tapi...

Tapi sebab abah sendiri yang bagi dekat aku. Masa tu jugak rasa nak nangis! Tapi tahan sebab aku dengar abah punya sebak. Masa abah kata "nah, tolong hantar dekat abang dengan kakak" suara pun tersekat. Lepas tu abah masuk tandas. Macam aku tak tau abah nak hilangkan sebak. Tapi aku akur, terus menaip hantar pada abang dan kakak-kakak.

Sambil aku menaip, masa tu pulak play lagu Anak Soleh. Alahai, tapi aku biarkan. Dah lah pakai earphone. Gila tak feel. Sebak yang ada makin berdouble-double. Memanglah, memang benda ni aku pernah baca. Tapi bila abah sendiri bagi dekat aku. Hasil gigihnya dia menyalin. Sedangkan dia boleh copy paste hantar dekat facebook sendiri, cuma dia tak tahu cara. Jadi abah pilih cara manual.

Memang benda ni bukan hasil karya abah sepenuhnya. Tapi sebab gigihnya abah menyalin dari pagi hingga petang, jiwa seorang abah melekat dalam setiap ayat. Aku bukan anak kecil yang hati masih buta. Aku boleh baca, abah maksudkan semua tu.

Ahh sebak triple.

BAYANGKAN AKU YANG KENA TAIP!

macam deraan mental pun ada haha

Bergenang mata, berair hidung tapi nak cover macho punya pasal (sebab aku bukan dalam bilik) semua orang ada dekat ruang tamu. Aku tahan. Berlakon sikit toleh ke kanan. Nasib tisu dekat. Pastu lap mata. Pastu sambung menaip.


Wajib mainkan

Apa tahu tentang ayah?
Tahu lelah tentang ayah, 
Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan setiap hari.
Tapi tahukah kita,Sebenarnya ayah lah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita.Ayah selalu tanya "telefon lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja sekolahnya?"
Ketika umurnya masih kecil, ibu yang lebih mendukung kita.Tapi, tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dari wajahnya yang lelah ayahlah selalu menanyakan apa yang kita makan, lakukan seharian.

Saat kita sakit atau demam ayah sering membentak,
"kan ayah dah kata jangan main hujan.Kan ayah dah bagitau jangan minum air sejuk?!"Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau?
Kita remaja. Kita meminta izin keluar malam.Ayah larang tegas berkata tak boleh.Sedar tak bahawa ayah ingin menjaga kita. Kerana bagi ayah kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Syahmina tengok ni mesti menangis sebab dia tak wujud lagi

Saat kita mempercayai ayah pun melonggarkan peraturannya maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayah lah yang sentiasa menunggu kita di ruang tamu. Ayah marah kita. Tahukah kita bahawa ayah tak nak apa-apa terjadi kepada kita bila keluar malam.
Setelah kita dewasa ayah menghantar ke sekolah, ke kolej, alam universiti untuk belajar. Di saat kita memerlukan macam-macam untuk keperluan kuliah ayah hanya mengerutkan dahi tanpa menolak. Ayah mematuhinya.



Saat kita berjaya ayah lah orang yang berdiri dan bertepuk tangan untuk mu. Ayah akan tersenyum dengan bangganya, walaupun ayah buat-buat tak tahu, tapi tahukah kamu sebaik sahaja kamu pergi ayah menceritakan kat ibu.

Itu pengorbanan seorang ayah.Apakah kita masih belum sedar? 


2011 - Rembau


Kita memandang kemarahan ayah itu terhadap kita,alasan untuk kita membenci?  
Percayalah dia orang paling rindu kita kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita. 

Kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat. Tahukah kita, apa yang kita lakukan itu tidak adil terhadap ayah. Adakah ayah tak layak mendapat ciuman semua yang kita berikan pada ibu.Kamu lupa masa kecil ayah mendukung kita dan mencium kita?

(MENANGIS DENGAN LEBAT CAMNE NAK COVER)



SELAMAT HARI BAPA
Jangan sedih, menangis apa yang abah luahkan hanya perasaan hati ini.



abah, 1758hrs
15 Mei 2014.


Gila ke tak menangis. Lagi-lagi aku yang kena menaip. Aku sedih lah sebab aku tau abah maksudkan semua ni. Masa abah kasi buku tu pun, abah menangis sorok. Aku sebak. Susah macam mana pun waktu kecik mesti abah beli kek bila hari jadi. Mujur dah besar perangai tak macam tu lagi ahaksss lap air mata.



Sebab abah kerja dari pagi dan sampai rumah pukul 8 malam. Masa yang ada untuk anak-anak memang tak lama. Tapi masa yang sekejap tu lah abah manfaatkan untuk anak-anak. Aku ingat lagi abah ibu berjaga malam sebab nak balut buku teks anak-anak dia. Penat macam mana pun, abah tenang ajar anak buat kerja sekolah. Lewat mana pun abah akan bawak pergi playground naik motor. Main buaian, jongkang-jongket malam-malam. Macam cerita hantu pun ada. Tapi, aku ingat benda ni normal. Rupanya, mana ada orang pergi taman mainan malam-malam. Cis! Haha


Terlalu panjang kalau nak cerita kisah abah. Rajin abah ni sampai aku yang perempuan ni pun maluuuu! kalau nampak ada pinggan mangkuk dekat sinki aku terus basuh sebab aku tak nak abah basuh. Abah ni laju je, tak nak kasi chance kat anak dia buat kerja rumah.




Syurga di bawah telapak kaki ibu. Tapi jangan lupa pulak kaum abah ni yang tanggung dosa anak perempuan selagi belum berkahwin. Kekadang aku doa kahwin cepat sebab kesian abah penat tanggung dosa aku T^T Penat abah buat amal jariah lepas tu anak-anak senang je kasi abah dosa T^T menggeletar tangan menaip. Sebak ahh.


"Semoga menjadi anak yang memberi pahala bukan dosa pada mak bapak. Ingat tu Jan." - cakap depan cermin





Friday, June 13, 2014

Ramadhan di SABDA. Macam mana eh?


Assalamualaikum abang kakak adik kacak sekalian. Bulan Mei lepas ada jumpa kawan lama. Nak jadi cerita masa dah nak balik rumah sementara tunggu lrt datang, tiba-tiba kawan aku tanya,


"macam mana eh puasa dekat asrama? Jauh dari family? Tak boleh bayangkan lah aku masuk U nanti." 


Dia tanya dengan penuh keries, dah nak masuk U lah kata kan, hahaha cuak lettew. Sebab dia pun pergi tanya last minute. Dah nak balik pastu tanya soklan yang memerlukan jawapan yang panjang. Lulzz kalau nak aku cerita... pehhhh panjang pehhhhh! Lap peluh jap.


"Best lah best! Tak tau nak cakap best tu macam mana. Dapat makan ramai-ramai bla bla bla...."


Jawapan sependek mungkin sebab LRT dah sampai T^T maaf kawan. 
Pendek aku tu pun sebenarnya panjang jugak.


Di SABDA (dan dimana-mana asrama sekalipun) Ramadhan memang paling ditunggu-tunggu oleh manusia macam aku. Macam mana tu? Sebab sepanjang bulan Ramadhan riadah batal, prep petang batal, prep malam batal. Ya Allah syukurrrrr! K tu baru sedikit kegembiraan.



Alahai excited lah kalau cerita pasal puasa dekat asrama ni. Berterabur dah cerita. Aku nak masuk dari mana ni?


Ok kalau bab makanan memang tak payah riso sebab dah tersedia ada. Tinggal rajin atau tak je untuk ke Dewan Makan (DM). Waktu sahur normal 4.30 sampai 5.30. Aku tau ramai dapat agak (tapi aku nak bagitau jugak) bahawa manusia ni memang awal-awal Ramadhan je turun makan sahur. Tengah Ramadhan sepi sikit. Hari terakhir sebelum balik raya meriah balik toksah cakap sampai lauk tak cukup. Tetibe. Nampak sangat makcik DM fed up masak lauk banyak tapi selalu tak habis. Bila dah jadi camni goreng telor mata kerbau je aih haaaaa




Suka turun awal-awal sebab lelaki tak ramai (atau sebenarnya mmg tak ada lagi) haha perempuan meriah waktu pukul 5. Perempuan terakhir menapak keluar dari DM baru ada segerombolan bebudak lelaki dengan muka tak basuh masuk DM. Untung laaaa boleh pakai kain pelikat dengan selipar jamban je. Kalau Ustad Mad turun padang... silap besar silap besar... Tengah makan pun boleh kena halau kahkah


Nak banding dengan lelaki, perempuan memang lagi malas untuk turun DM. Yelah kami bukan macam laki  -- kain pelikat dgn selipar jamban je dah boleh turun DM. Maka asal dapat Hup Seng cicah Milo pun ok lah untuk sahur. Tips diet lol sangat.




Pergi sekolah macam biasa. Yang beza bila balik tak boleh lunch (amendenya nak lunch) dan terus masuk dorm. Ya Allah nikmatnyaaaaa! Tapi sejak prep petang memang dah dimansuhkan ((sejak tahun lepas)), nikmat "prep petang dibatalkan pada bulan Ramadhan" tak terasa sangat kahkah. Prep petang dimansuhkan ni memang sangat rare di mana-mana sbp.


Terima kasih kepada cecikgu yang berjuang untuk mansuhkan prep petang. Yelah, bebudak bukan belajar petang tu. Semua tidur mati kepanasan dalam kelas. Kalau belajar pun stressed je bising. Baik duduk dorm basuh baju lol.


Kira waktu petang tu bebas. Kalau nak pergi kelas pun best sebab blok akademik tak ramai orang. Nak belajar tak bising. Aku harap tak ada yang buat onar dating waktu blok akademik kosong. Bulan mulia pun buat onar susah ahh cemni. Setan pun dah diikat. Bawak-bawak lah insap. Tu yang malas turun blok akademik lagi-lagi sabtu ahad.


Tapi kalau duduk dorm memang hangus lah lelap tak belajar lelagi tahun spm perghhgerghh (berkata tentang diri sendiri). Ntahlah, belajar atas katil pun best apa. Kan? Cuma tak tahan lama lah. Lelagi dapat katil bawah kipas cam aku ni hahhh. Syurga.


Waktu lepas sekolah ni memang tak terkata kegembiraannya sebab dari pukul 2 sampai 6 petang tu free. Apa kau ingat senang nak dapat waktu macam ni. 4 jam tak terikat dengan apa-apa. Nak basuh baju pun senang hati (ni lah point aku sebenarnya haha)


Ok kita dah sampai part paling menyeksakan "Ramadhan di sabda".




Waktu nak berbuka ni palingggg seksa. Tak tipuuu. Pukul 6.30 dah kena beratur. Beratur kalau barisan bergerak tak apa. Rupanya lauk tak siap masak lagi. Kasar. Masa ni boleh tengok tahap kesabaran masing-masing. Kitorang ni takde lah rajin sangat nak beratur awal. Tapi kalau kau datang 6.45 atau 6.50 memang panjang sampai terkeluar dari pintu DM. Masalahnya DM tak bukak lagi tapi bebudak dah kerumun depan pintu pe citaaaa.


Ada jugak kes waktu dah masuk tapi barisan panjang lagi, tak dapat makanan. Aku pun tak faham camne benda ni boleh jadi. Alah biasalah kawan jagakan line, nanti ada selit-selit tengah barisan tu. Senior ke junior ke sama je hahaha tapi aku tak tau lah bahagian lelaki kot kalau ada junior berani potong korang.


Tapi biasalah benda macam ni. Pandai-pandai hidup, pandai-pandai fikir. Macam kita tak pernah buat kan? Sekali sekala terkena balik tu senyum je lah gelakkan diri sendiri hahahahaha asal ayat redha sangat ni.


Bila dah masuk waktu tu suasana hiruk-pikuk terus jadi sunyi dalam masa 0.003 saat. Pantas tul. 7 minit yang pertama semua fokus makan. Pastu mula lah pertandingan siapa hantar pinggan dulu (engkorang dah kenapa) kahkah tapi standard lah selalunya muka sama je hantar pinggan dulu. Time nak hantar pinggan pun seksa jugak. Malas nak cakap, sebab bila bayangkan pun dah sesak nafas. (tarik nafassss hembuzz)


Waktu berbuka ni pun nikmat jugak. Dapat makan ramai-ramai. Iftar Jamaie. Rasa seronok! Ntah lah camne nak cakap seronok tu eh. Yang pasti bila dah keluar dari sekolah memang rindu nak berbuka puasa ramai-ramai macam tu. Ntah bila lagi nak rasa suasana macam ni. Kat KMB nnt kot eh koff koff




Lepas berbuka je peh memang rushing lah nak balik serama (dekat je tak sampai seminit) haha k ambik whudu' ambik telekung gerak surau. Maghrib isya' Tarawih. Bagi aku ni salah satu waktu yang berbaloi, sangat tak sia-sia masuk asrama. Surau pun dekat. Lepas tu kita ni dalam kawalan "kena buat tarawih 20 rakaat" kalau tak... kalau tak apa? Tak ada denda pun kahkah tapi takkan lah bila orang suruh buat baik kau nak rebel. Derhaka betul.


Dah nampak ke sebab kenapa prep malam dibatalkan? Yaaa betul sebab tarawih berjemaah ini


Haaa lepas tu balik dorm tak mampu nak buat kerja sekolah. Lepas tu kasi alasan dekat cikgu "sebab tak ada prep malam cikgu" kahkah ini pun derhaka kasi alasan. Itu lah dugaaannya. Aku pun tak suka buat kerja dalam dorm. Nak pergi kelas pun tak suka. Ntah apa yang aku suka pun tak tau lah. Tapi mujur dah habis sekolah pun herher




Ramai tertanya macam mana rasa berbuka dekat asrama. Tapi dari Ramadhan tahun lepas aku tertanya "macam mana lah nanti rasa dah tak berbuka dekat asrama." Dah 5 tahun hidup begituu T^T


Rupanya Allah hantar aku pergi KMB. Di mana tak jauh beza pun dengan SABDA, ada kelapa sawit, ada dewan selera jugak ^^ ahh haha chill lah Jan.


Wednesday, June 11, 2014

Projek Iqra' - memberi sambil beramal


Assalamualaikum semuaaa! Sesiapa ada acc fb (yelah sekarang orang mana main fb kan) please like page Projek Iqra'. Klik sini, atau sini. Sini pun boleh. Bagus siapa yang klik semua. Hakikatnya semua link sama kahkah.


Dah lama jugak aku perati page ni. Aku suka baca Kisah Abu Nawas yang dah dikartunkan. Memang deep, padu, sentap, terkoyak jiwa kalau baca. Aku yakin Projek Iqra' ni bonded dengan page Fanikatun.com. Projek Iqra' selalu buat kutipan derma dan projek sosial macam..... (ehem) macam-macam lah! Tolonglah lawat page diorang agar lebih memahami apa yang aku cuba cakap hahahaha


So nak dijadikan cerita -- sebagai peminat Kisah Kartun Abu Nawas ni, ada sekali tu depa offer siapa nak Kad Ramadhan dari Abu Nawas (ceh ceh) boleh isi borang dekat link yang dia kasi. Aku perati balik masa dia post status tu, aku dah terlewat satu jammmm! Satu jam! Dah lah limited 50 terawal je. Aku dengan harapan yang berbelah bahagi (lewat sejam lah kateko) isi jugak. Well, peminat kannnnn! Hihi


Isi benda mudah je, nama - alamat - no telefon. Terus tekan submit. Masa nak loading tu ku baru perasan ku ter-typo nombor telefon T^T (facepalm) Lepas tu isi lagi borang lain. Submit lagi. Mujur depa tak anggap aku ni sesaja spam. kang kena block terus tak dapat apa-apa T^T


Dannnnnn


Alhamdulillah Khamis lepas Kad ni sampai! (dah seminggu baru nak habaq haha tapi lantaklah) Aaaaaaaaaaaaaaaaa! Tak tau kenapa teruja sangat. Sebab kad pertama tahun ni kot. Bukan takat kad pertama, mungkin satu-satunya kad untuk tahun ni sobssss sedihnya dah habis sekolah, tak dapat kad raya dari kengkawan T^T kengkawan kasi lah saya kad raya sobs




Atas rasa keterujaan ini, hamba dengan rasa besar hati nak berkongsi dengan engkorang apa isi dalam kad ni page by page. So here we go! Kehkeh





Shopping Raya 2014 
RM195 seorang yatim/asnaf
Salam Ramadhan, 
Memperkenalkan Program Shopping Raya untuk anak-anak yatim/fakir/miskin dan asnaf anjuran Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia.
Kami dengan sukacita ingin menjemput anda untuk menjadi penaja kepada program tahunan ini. Anda juga boleh berkongsi bersama rakan dan keluarga untuk menaja seorang (atau lebih).
Sila lihat muka belakang untuk cara-cara membuat penajaan. 
Semoga budi baik anda mendapat ganjaran daripada Allah SWT. 
Muhammad Solleh Mahfoz, Pengerusi Kebajikan Projek Iqra' Semalaysia


Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai itu pula mengandungi seratus biji.
Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

(Al-baqarah 2:261)








Untuk menaja, sila klik pada butang DONATE NOW di http://bit.ly/shoppingraya2014
Atau secara Online Transfer ke akaun : 
MAYBANK (Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia)
5648-1050-4003
Nota : Sila emailkan maklumat penaja (nama, no. telefon, alamat) beserta slip transaksi kepada info@projekiqra.com
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 0176702033 (Solleh) / 0172748904 (Sharifah) / 0192175597 (Suhaimi)






"Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada orang lain." H.R Al-Baihaqi


Sesiapa nak baca lagi himpunan komik Abu Nawas mai lah singgah sini (link). Free je baca, tak berdoza pun lulz. Lepaz baca tu zebarkan lah ke zeluruh zuniaaaa (baca sambil tangan didepangkan)


Dan sekarang depa ada jual Kad Raya Abu Nawas. Nakkkkk! T^T Tapi kena beli. Bab beli online ni ku lemah betul sebab tak ada Maybank2u sendiri. Selalu tumpang akaun mak je sobs. Segan ahh nak mintak tumpang. I mean kantoi lah aku ada beli barang hahaha walaupun nanti aku bayar dengan duit aku balik secara cash.


Alahai comelnya kad ni






Dan sedar tak..... 



















ehem













^^


 Terima kasih jugak dekat Projek Iqra' sebab kasi Kad Ramadhan ni free sobs. Ku akhiri entri kali ni dengan wajah handsome Abu Nawas hehe


Photo: A fanart by Amifiqs Afiqs Amirul. Nice work!
(A fanart by Amifiqs Afiqs Amirul)



Monday, June 02, 2014

Patutlah, berebut lelaki soleh rupanya



Betul ke? Betul ke bergaduh sebab rebut lelaki? Hmmmm gulp!

Kalau betul bergaduh sebab rebut lelaki -- saya jangka lelaki tu mesti lelaki yang soleh. Lelaki yang ada agama, ada ilmu. Lelaki yang boleh tambahkan iman. Lelaki yang lengkap serba-serbi duniawi ukhrawi. Kalau benarlah ciri-ciri lelaki yang mereka rebut tu seperti yang dinyatakan, patutlah marahnya sampai begini sekali. Patutlah.


Kan? Ke cemana?


Kalau ya, mungkin berbaloi untuk direbutkan. Walaupun macam err mmm tarik-tarik rambut? Lahai, malunya mesti lelaki fikir semua perempuan macam ni HAISHHH ntahlah nak cakap lebih-lebih kang kata "kau tak rasa apa kami rasa" Mungkin. Memang tak rasa. Tak nak rasa pun. Macam seram je hahahahaha (gelak spuloh minit)


Cuma ehem tu lah, kalau nak gaduh sampai macam ni sekali, pastikan lelaki tu berbaloi untuk digaduhkan. Hahahahaha ntah lah weah. Aku pun susah nak percaya wujud lagi rupanya manusia macam ni. Maksud aku situasi rebut lelaki (soleh) dalam kalangan budak sekolah (pulak tu). Di Malaysia (pulak tu). Kamonlah, kalau bergaduh sebab rebut lelaki (soleh) susahlah nak wujudkan masyarakat yang aman.


Apa-apa pun moga dijauhkan virus penyakit ni dari kita.