Sunday, April 30, 2017

It ain't easy, but it's worth it


"Tak faham kenapa ramai orang datang sini, padahal jalan nak ke sana bukan senang. Jauh. Nak ikut jalan dekat pun kena lalu tepi-tepian jalan raya, hm bahaya pulak."

"Huu mana taknya kalau ramai member dah upload gambar lawo-lawo. Terpengaruh jugaklah nak pergi sini hahaha"

"Sekurang-kurangnya tak payah pergi Amsterdam jauh-jauh hehe" 





Lama fikir panjang.

Sebab tu lah kot eh Allah cipta syurga dan neraka.

Allah nak bagi satu gambaran tempat yang sangat cantik. Tempat yang semua orang nak tuju. Kalau tanya not-yet-muslim pun logiknya siapa yang mahu ke neraka?

Maha Penyayang-nya Allah ni, ntah berapa kali dikisahkan dalam al-Quran keadaan dan suasana di dalam syurga. Tak lain tak bukan salah satunya untuk pengaruhi dan motivate kita supaya sanggup lakukan apa sahaja, asalkan dapat masuk ke sana.

Dan tentu-tentunya nak ke sana bukanlah secara percuma. Tak percuma as in ada jual beli yang kita perlu lakukan dengan Allah -- The Golden Trade;

"Wahai orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih?
(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui
Nescaya Allah mengampunkan dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan menempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar." 
(As-saff:10-12)



Ada benda yang Allah mahu beli dari kita (yakni berjihad dengan harta dan jiwa), dan bayarannya adalah syurga 'Adn :')

Dan, sama sepertinya kisah di atas tadi.

Tempat-tempat cantik ni mana ada jalan mudah. Kalau jalan menuju tempat tu mudah, tentunya pada jalan tu sentiasa dipenuhi orang.

Dan tiada siapa pernah mengatakan jalan menuju syurga untuk bertemu Allah itu mudah.

Tapi jalan itulah yang Allah ceritakan kesudahannya yang sangat berbaloi-baloi huu :')




Kalaulah member upload gambar lelawo yang wujud dekat dunia ni pun mampu dan berjaya pengaruhi kita untuk ke sana, moga begitu jugalah perasaan ingin ke syurga tiap kali kita stumble upon ayat-ayat Allah yang berkisarkan syurga ^^,

Antaranya dalam surah (Al-Insan:5-22) 💖

Selamat mentadabbur kisah-kisah syurga, yosh!


Friday, April 28, 2017

All the best Xanthrons!


IB Exam batch 2015/2017 dah start hari ni. Kita pun tumpang berdebar bila tengok junior semua start post dekat ig, fb, ws personal pasal IB exam ni. Teringat dulu sehari sebelum final exam sempat lagi buat satu entry 😅 (baru perasan blogspot ada features baru, boleh letak emoji hahahaha)

May Allah give the best and ease everyone's journey (: Semoga exam-exam di dunia ni melatih dan menguatkan lagi tawakal kita kepada Allah. Nothing much to say, but eh tengoklah wishing video from us, Averroes ni hahaha




Tak interframe pulak dalam video ni, tapi inshaaAllah semoga kita dapat bertemu dan berkumpul di bumi UK ni nanti (specifically, bumi Nottingham :p)


Nottingham, 220217

Rabbuna Yusahhil!


Thursday, April 20, 2017

Pencinta Tanpa Syarat


*Afdhal dibaca melalui laptop untuk background music*

Selalunya perasaan untuk menaip dekat blog akan datang tiba-tiba dan selalu tu jugaklah bukan dalam keadaan yang sesuai untuk menaip. Dalam bas, tengah makan, basuh pinggan, study. Adoi kantoilah study tak fokus.

Bukanlah perasaan nak menaip sangat, tapi tengah rasa nak bercerita. Tahukan apa yang kita taip ni sebenarnya macam hati kita yang tengah bercakap. Hmm hm macam mana nak bagitau. Macam update status dekat fb lah, atau tweet di twitter. Kita bukan cakap kuat-kuat, tapi tengah monolog dalaman in a way nak cerita dekat orang huhu boleh make sense tak?

Anyway,

Masa tengah vacuum bilik tadi tiba-tiba teringat strip komik yang terbaca dekat fb semalam. Banyak betul 'ter' yang berlaku dalam kehidupan aku ni haha apa bendalah random sangat.

And basically, kisahnya adalah tentang seorang anak perempuan dan...


[Link untuk baca] Harap link ni valid lagilah walaupun untuk 10 tahun akan datang hiuhiu


Tak semena-mena teringat abah dekat rumah.

Adoi homesick.

Banyak kali je teringat ibu abah pastu rasa macam "Eh cepatlah nak balik rumah!"

Tapi sebelum balik rumah ada exam pulak. Adoi dua kali.

Setiap kali buat kerja-kerja rumah memang teringat ibu abah dekat rumah. Mungkin masa tu baru sedar, "kalau dekat rumah ibu dengan abah selalu buat macam ni."

Dulu kalau mentol terbakar pun kita rileks je sebab nanti abah terus beli baru. Bila sinki tersumbat, ibu will come to the rescue. Bil-bil rumah semua diuruskan ibu abah. Kalau tertinggal barang pendidikan seni pun nanti abah sanggup patah balik dan ambikkan (ohh nak stop part ni jap, *cari tisu). Boleh kata tak ada apa nak dirisaukan sebab ibu dengan abah ada huhu tu yang bagusnya duduk jauh, baru dapat memaknai betapa banyaknya benda yang ibu abah buat sepanjang besarkan kita.




Setiap kali cuba buat post pasal abah, tiap kali tu aku batalkan niat. Sebab aku tau satu entry tu aku akan spend masa berjam-jam untuk bercerita tentang pengorbanan abah. Bukan taknak buat langsung. Cuma mencari masa yang sesuai supaya takde gangguan dan kacau mood di tengah-tengah penulisan.

But, the urge to write pasal abah is real huu. Sebab bila buat apa-apa je dekat sini mesti teringat abah hahahaha Rasa kisah komik ni realistik pulak sebab berlaku dekat diri sendiri (cuma personaliti ayah tu totally berbeza). Eh, yang tengah baca perenggan ni dah baca komik tu belum?

Contohnya, dekat UK ni untuk setiap sinki/bath tub/di mana-mana yang memerlukan pili, akan ada dua jenis pili. Panas gila, dan sejuk gila. Gila tu perlu ada. Panas tu memang yang boleh bawa melecur, dan sejuk tu boleh bawa kebas walaupun guna 4 saat. Mengharukan lagi rumah kitorang tak ada paip penyambung antara dua pili ni (untuk dapatkan suhu air yang nice je, suam gitu)

Tiap kali nak tadah air dalam baldi, kenalah tadah dua-dua untuk dapatkan air yang suam. Harap semua boleh tangkap konsep mudah fizik ni. Tiap kali nak tadah tu jugak akan teringat abah;

Dari tadika hingga sebelum berpisahnya aku masuk asrama, abah akan bangun awal pagi. Dipastikan dirinya mandi dahulu sebelum kejutkan anak-anak. Seawal pagi itu juga abah masak air di dapur yang alasannya akan aku kisahkan kemudian. 
Yang pertama dikejutkan adalah antara aku atau Shafiqa bergilir-gilir ikut hari (boleh gaduh besar dengan Shafiqa sebab taknaklah kita je bangun first tiap hari huu perangai). Punyalah penyabar abah ni dengan ragam anak-anak dia. Kadang bila tersalah kejut ikut giliran abah minta maaf sebab dah ganggu tidur anaknya. Sedang tak ada apa yang salah pun sob sob. Cara abah kejutkan juga perlahan dan sopan, ditepuknya dua tiga kali di bahagian kaki diseru-seru pula nama anaknya.
Sambil menanti anak itu bangun, abah kembali ke dapur mengambil cerek yang air di dalamnya sudah mencecah takat didih. Dituangnya ke dalam sebuah besen, dicampurkan dengan air sejuk dari kolam agar hasilnya menjadi suam. Aku menjadi saksi tangan abah mengacau-ngacau campuran dua air itu agar suhunya sejahtera buat mandian anak-anak. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.
Abah kembali ke bilik tidur, kejutkan sekali lagi anaknya sambil berkata, "abah dah buat air panas, bangunlah nanti sejuk". Dan abah lakukan ini bukan untuk Shafiqa seorang, tapi untuk aku dan Syahmina juga. Mujur akak dengan abang mandi air kolam seperti biasa. Cuma aku hairan kenapa pada awalnya abah lakukan semua ni walhal tiada siapa pun yang meminta. Atau kerana dari kaca mata seorang ayah kami ni kelihatan terlalu rapuh dan perlu dilayan sebegitu.
Akak dan abang akan jadi antara yang ketiga atau keempat akan bangun. Aku yang dah lengkap dengan seragam sekolah mula tak senang duduk. Jam dah 6.40 tapi giliran yang terakhir baru bangun untuk mandi. Aku seperti biasa terus buat kira-kira-- mandi dah 8 minit, bersiap pakai baju, pastu kalau diorang tak jadual beg lagi boleh jadi 15 minit jugak. Tiba-tiba baju pun tak iron lagi. Masa ni aku dah tersesak-esak, sebab takut lambat sampai sekolah. Pukul 7 tak keluar dari rumah bagi aku dah lambat. Sedangkan jarak rumah ke sekolah 5 minit je naik kereta (kalau jalan tak jammed) Mungkin aku ambil kira dengan jalan yang jammed sebab tu dah terbayang-bayang kita akan sampai lambat huhuhu (darjah 3 waktu ni)
Abah masak benar dengan keadaan aku yang selalu cemas kalau tengok orang lain lambat bersiap, terus hantar aku ke sekolah dahulu dan akan patah balik ambik yang lain untuk 2nd trip. Masa tu aku menangis bukan sebab yang lain lambat, tapi menangis sebab aku tak berniat pun nak susahkan abah sampai macam ni sekali. Yang buat aku lagi sedih abah sikit pun tak kisah dan marah. Walau terpaksa berulang alik dua kali semata-mata untuk memenangkan dua-dua belah pihak. Yang nak bersiap lambat, siaplah lambat. Lambat di kaca mata aku.
Kalau aku balik dari mana-mana berjalan kaki dan rupanya abah ada di rumah abah akan tanya,
"Kenapa tak call abah untuk ambik?"
"Mmm sebab dekat je boleh jalan kaki" 
Walaupun ketika abah tengah tidur, aku pernah menjadi saksi abah akan terus bangun dan bersiap-siap untuk ambil anaknya dari sesuatu tempat. Ketepatan masa abah jarang-jarang tersasar. Abah sentiasa tahu anggaran masa yang perlu diambil untuk ke sesuatu tempat. Dari aku kecik hingga besar (sekarang), abah tak pernah buat aku menunggu. Indeed, abah yang selalu menunggu. Walau abah tersampai lebih awal, dia akan tetap menunggu. Tidak pernah jemu, tidak pula bosan untuk berpesan,
"Agak-agak 5 minit nak sampai terus telefon abah. 
Jangan dah sampai baru nak call."
Kerana abah sifatnya mahu menunggu bukan ditunggu



Walaupun golongan bapa yang paling sedikit dalam bicara, tak bermakna sedikit dalam melakukan perkara. Walau abah tak pernah tinggikan suara dan mengarah anak-anak, abah tetap mengajar aku menjadi manusia.
Dari sikap abah, aku belajar untuk sangat hargai dan tepati masa. Walau kadang langgar juga. Sikap cemas bila lambat masih ada hingga kini, selagi tidak memberi kesan kepada urusan aku atau sesiapa aku tak pernah kisah menunggu. Sebab aku pernah melihat kesabaran menunggu yang lebih besar dalam diri abah.
Pernah 3 tahun lepas aku menunggu seorang senior di stesen ktm berjam-jam lamanya dan akhirnya aku dapat panggilan untuk tukar ke stesen lain sebab dia sesat huhu tapi waktu tu tak rasa apa. Pernah juga menunggu junior sambil berdiri (sebab tak ada kerusi) hampir sejam dan sekali lagi aku rasa itu biasa. Kerana selama mana aku menunggu berseorangan dan aku tidak mengejar mana-mana majlis rasmi aku tidak kisah menunggu. Ya, itulah dua sayaratnya. Benarlah, abah tinggalkan pengaruh yang sangat besar dalam diri anak-anaknya.

Walaupun golongan bapa yang paling sedikit dalam bicara, tapi pasti ada situasi yang dia sendiri membuka kata. Untuk abah, kereta dan jalan adalah "tempat dan kawasan" yang selesa untuk dia lebih terbuka. Tiap kali berdua di dalam kereta,

banyak dialog-dialog yang boleh diduga;
"Kalau lalu lebuhraya ni nanti akan ke....." 
"dekat sana rumah boss abah, kalau belok kanan jumpa rumah tan sri yadaa yadaa" 


 Juga dialog yang tidak diduga;
"Selagi abah masih ada, abah akan hantar dan ambik anak-anak abah dari sekolah sebab ni tanggungjawab abah."
"Abah bukan taknak marah anak-anak. Tapi kalau tengok anak-anak nangis nanti abah boleh menangis."

Ya, semua ini dialog-dialog di dalam kereta.



Walaupun golongan bapa yang paling sedikit dalam bicara, dalam diam hatinya lembut juga.
Akhir sem aku di KMB seperti biasa antara abah atau abang yang akan pandukan aku. Ibu tetap ada di sisi kiri pemandu. Aku cium tangan abah dan peluk sebelum berpisah-- sekali lagi aku dengar dialog yang tidak diduga;
"Abah sayang anak-anak abah..."
Perlahan tapi jelas. Jelas dan cukup untuk aku seorang mendengar. Sebak-sebak pun aku balas juga;
"Kakcik pun sayangkan abah..." 

20 tahun aku bersama abah, ini adalah pertama kali dan aku tak pernah menunggu dan berharap untuk abah kata begini. Tak pernah terdetik pun untuk menuntut kata sayang dari abah. Mungkin aku boleh baca 'sayang' abah itu pada perlakuannya. Adoi sebaknya cerita part ni. Sebab terbayang muka abah waktu cakap macam tu. Mungkin dia risau yang anak-anak tak nampak betapa besarnya kasih sayang dia pada kita.   
Anak abah ni nampak je abah. Sekadar imbas pengorbanan abah pun dah boleh buat diri ni sebak sorang-sorang dekat sini. Anak abah ni faham abah sanggup buat apa je supaya kitorang tak ketinggalan dalam pelajaran. Kalau ada barang sekolah yang terlupa bawak, abah sanggup hantar balik tunggu dan hulur dari luar pagar. 
Walaupun abah manjakan kitorang sebab abah selalu rasa apa yang abah bagi tak cukup, tapi cukup tu bukanlah pada saiz rumah, bukan pada bilangan baju, bukan juga pada berapa kali kita keluar berjalan. Mungkin sebab tak dibesarkan dengan semua tu, abah berjaya buat kitorang rasa semua tu tak penting pun. Sebab abah tak pernah tanamkan kecintaan kepada benda-benda tu. Abah manjakan kitorang dengan pengorbanan dan bukanlah harta. Tak ada yang silap pada pilihan abah tu. 
Dan aku tentu-tentunya sentiasa merasa cukup dan bersyukur 20 tahun melalui kehidupan begitu.

 Shafiqa hantar gambar ni. Makin homesick bila tengok abah makin tua dari jauh T^T


Ini baru kisah nak tadah air teringat abah. Belum lagi tiap kali nak basuh baju, makan buah, bukak buku -- boleh kata mesti ada kisah yang buat kita teringat dekat abah. Baru 1/10 dari kisah abah yang nak disampaikan dah panjang macam ni. Kena stop lah, nak beli tisu dulu. Selesema teruk seminggu ni.

Semua gambar komik kredit kepada Tangan Kanan

Baru teringat sebelum ni banyak buat entri pasal abah jugak:
Gigihnya seorang bapa
Selamat Hari Abah


Gambar throwback satu


Wednesday, April 19, 2017

2 in 1 - IBrogaSurvivor


Bila scroll draft entries, baru perasan tak publish pun entry panjat Broga (hahahaha punyalah dah lama cerita tu) Ada dua entry pulak, sebab dua kali naik dalam masa seminggu. Tapi dua-dua tak publish :') Mungkin waktu tu nak procrastinate jap sebab nak settle benda lain dulu. Hebat betul procrastination ni.

Nak post dua-dua dekat sini can ahh? Kalau tak boleh pun, nak jugak hahaha acah je tanya tadi as courtesy
.
.
.
.
.
.

1st Entry, 200516 - KMB


"Jan jadi ke pergi Broga?" - Nani

"Tak tahuu, semua diam je ni. Kita tunggu kalau takde siapa cakap pape maksudnya tak lah kot huhu"

(note that, kalau sembang dengan Nani literally memang sebut "huhu" "hehe" "hihi" tu, sampai Fad pun tak tahan dengar hahaha)

Ok

K


Ingatkan memang tak jadi. Tiba-tiba habis je last paper (Statistics) Nani macam semangat nak pergi. Aku pun macam "Yaaa ya! nanti dah balik nogoghi bila lagi nak ke Broga dengan dia ni". Kitorang pun berusahalah recruit orang-orang lain nak cukupkan 6 orang. Agak susah sebab classmate cam ramai ada hal, nak ajak kengkawan lain ramai tak habis paper lagi tsk.

Kenapa 6 orang? Sebab kitorang ke sana naik Grand Livina. Pergi dan balik KMB-Broga bayar RM 27/person. Bagi aku murah jugak alhamdulillah sebab KMB ke sana dalam 32km gitu. Tapi kalau darab 6, kaya jugaklah pakcik tu kan. Boleh tahan jauh sebab sempat tidur. Adik-adik KMB yang nak no teksi ni bolehlah pm (eh?) 


So ceritanya dapat jugaklah 6 orang tu.

Sebenarnya nak gerak 4.30pagi. Tapi kesian pulak pakcik teksi tu.

"Waktu apa yang memudahkan pakcik?" - aku

"Acik ambil pukul 5am ya"

Pakcik tu betul-betul sampai KMB pukul 4.59am T^T ketepatan masa dia tu memang boleh buat sesiapa pun terharu.


400m sebelum sampai Broga ada surau/madrasah, bolehlah solat Subuh dekat situ. Tapi kalau nak solat dekat Broga ok je sebab ada surau kecik awal-awal pagar masuk tu. Cuma kena bersesak/beratur sebab ramai sangat orang. Tapi kitorang pergi weekdays so takdelah ramai sangat masa tu (berdasarkan bilangan kereta)



Kosong je laluan depan tu hahh


Betapa excitednya si Nani ni, dia boleh buat Broga macam tempat jogging dia. Kitorang bergembira je jalan slow-slow ikut si dia ni dari belakang. Sebelum sampai tanah rata yang pertama tu dah penat gilaa sebab semorang first time panjat dan kita tak tahu berapa jaraknya dari bawah. Kita expect dekat huhuhu (expectation hurts). Tak reti nak bajet tenaga, awal-awal dah guna banyak. Cepat benar penatnya. Sebab tu kemain lama rehat dekat tanah rata yang pertama tu. Hmm lama. Memang lama.

Bermakna juga lama tu sebab dapat peluang mathurat pagi dengan Nani and Aida. Rasa berbunga-bunga sangat masa baca mathurat dekat atas tu. Merasai nikmat yang kita kecil dan lemah dan doa-doanya pun terkandung maksud yang kita sangat berkehendakkan sesuatu dari Allah yang Maha Kaya. Tambah dengan mood angin sejuk lagi :')

Kalau bukan sebab kekuatan dan rezeki yang Allah bagi, tak mampu jejak kaki sampai ke atas ni pun.

Tak perasan duduk rehat berapa lama dekat kawasan pertama. InshaaAllah bila dah sampai stesen pertama, nak ke puncak-puncak seterusnya lebih mudah. Mungkin sebab dah tak letak apa-apa expectation kot hahaha

Yang motivate kitorang untuk sampai ke atas adalah "kat atas ada jual nasi lemak gais, sikit je lagi". Tapi semua faham itu ayat harapan, dan penipuan T^T Walaupun dah turun ke bawah, tak ada satu pun kedai yang bukak. Sunyi je huuuu Mana jualan nasi lemaknya?




Banyak benda belajar sepanjang daki Broga. Alasan awal-awal pergi sebab nak tunaikan hajat kawan, dan kemudian sedar yang Allah bagi peluang waktu free, dan hadirkan orang yang mendorong kita ke sana mesti ada sebab. Time tu terus set niat yang lebih utama. Semoga kita ke sana bukanlah satu aktiviti yang sia-sia, dan diganjarkan pula pahala ibadah kepada kita.


Bukankah qawiyyul jismi adalah salah satu daripada muwasafat tarbiyyah individu muslim eheh


Selain melihat kebesaran Allah, moga kita ni lebih merasakan diri ni adalah hamba yang tak ada apa-apa pun tanpa Dia. Kalau bukan dengan keizinan dan kekuatan yang Allah beri, mungkin nak keluar dari KMB pun kita tak mampu.


Alhamdulillah, kasi lah bukti sikit sampai atas

#IBrogaSurvivor

Biasalah tengah semangat baru habis IB pehtu gi Broga, terus wujud # gitu



.
.
.
.
.
.

2nd Entry, 290516 - Serdang


"Esok pukul 4.30am semua orang dah bersiap ya. Kita akan pergi ke satu tempat.
Pakai baju sukan siap-siap."

"Akak, saya ada PVC je. Selamat ke untuk pakai ke tempat tu?"

"Boleh je."


Sebab ayat "boleh je" pakai PVC, 


tak expect pun tempatnya adalah



Tadaaa -- BROGA


Terkejut bukanlah sebab baru 9 hari lepas kita naik Broga. Tapi sebab kita pakai PVC kot huhuhu 




Bila dapat tau Nina pun pakai PVC rasa macam best jugak sebab ada geng. Tapi... sorry Nina terpaksa betrayed bila Kak Aida bagi pinjam kasut sukan dia huehue :p


Sebab kali ni pergi waktu weekend, jadi bilangan pengunjung waktu tu sangatlah...... (nak menulis pun sesak) Padahal waktu tu sampai lagi awal daripada yang first time naik (200516). Baguslah rakyat Malaysia ni. Suka exercise hiuhiu


Betapa kerdilnya manusia ni kan


Suka je naik lagi walaupun baru je seminggu lepas pergi sana. Sebab sangatlah berpegang dengan prinsip, "Andai kata kita pergi tempat yang sama 10 kali, kita akan peroleh 10 pengalaman yang berbeza"


Lepas ni kalau ada orang nak ajak saya naik lagi pun ok je (lolzz)


Benarlah pengalamannya berbeza. Kali ni kita pergi beramai-ramai. 4 kereta gitu. So, tak boleh fikir diri sendiri je. Walaupun di tengah-tengah pendakian macam terpisah kepada dua kumpulan (hahaha tak perasan) tapi bila ada yang penat, kita berhentilah sama-sama.


Sangat appreciate dengan struggle few akhawat untuk mendaki (since this is not her kind of activity) but still, she's trying :') you guys are just awesome!


Sangatlah belajar untuk sampai ke puncak tak perlu menjadi laju pun sebab kita tak bertanding dengan sesiapa. Determination tu lah sebenarnya yang akan bawa kita pergi lebih jauh walaupun dalam perjalanan tu akan ada momen-momen kepenatan (Macam tu jugalah dalam Dnt ni). Sebab tu tak pelik sepanjang pendakian akan bertembung  je dengan adik yang masih kecik atau pakcik yang dah tua. 



Kalaulah kengkawan first trip aku tahu betapa meriahnya kawasan Broga masa weekend mesti diorang jeles hahaha sebab last time pergi tak ada satu kedai pun bukak. Dengan penuh rasa lapar kitorang tunggu teksi datang ambik pehtu singgah mamak breakfast dulu sebelum balik KMB hehehe.


Tapi, walaupun kedai ni bukak bukannya kitorang singgah makan pun. Sebab akak-akak dah bawak roti untuk breakfast kitorang (yeayyyyy!)


Makanan alas perut sementara menunggu makanan berat dekat next destination

"Lepas ni kita nak pergi mana akak?"

"Ada lah..."



Suka betul akak-akak ni main aucak aucak dengan kita hmm


Tuesday, April 18, 2017

Ukhuwah berkuah-kuah


Tiada apa yang lebih baik buat diri ini menggunakan 1/4 cuti yang diberi untuk duduk bersama-sama mereka yang sama fikrahnya, sama tujuan besarnya, juga sama perjuangannya.


Akhwatifillah,

Ikatan ukhuwah itu perlu diikat dengan ikatan iman kerana tiada ukhuwah tanpa iman, dan tidak sempurna iman tanpa ukhuwah.

Juga, berukhuwah tidak menjanjikan yang manis-manis sahaja. Tapi jika ia berpaksikan iman yang benar, yang pahit itu akan dirasakan manis jua.

Benarlah, ikatan akidah dan iman itu telah menjadikan kita seperti pernah bertemu sebelumnya, ibarat kenalan lama pula. Moga ukhuwah yang terjalin ini akan sentiasa dan terus berkuah-kuah. 


"And brought together their hearts. If you had spent all that is in the earth, you could not have brought their hearts together; but Allah brought them together. Indeed, He is Exalted in Might and Wise." (Al-Anfal:63)

Biarlah kita naik saksi, bercinta kerana Allah itu selamanya realistik.


Apalah sangat muka naik jerawat, sunburn, tangan terluka, badan jadi lelah jika nak dibandingkan dengan nikmat kebersamaan berhari-hari dengan antunna (;

#SCUK17  #MUKHTAR17


Sunday, April 09, 2017

Bagaimana masa itu mengubah


Tiap kali mahu diputuskan untuk buang entri-entri lama, tiap kali itu juga akan timbul rasa untuk mengekalkannya -- "Biarlah aku dapat menilai bagaimana usia itu mematangkan dan bagaimana tarbiyyah itu mengubah fikiran. Biar aku tidak perlu bercerita dan menyangkal kisah-kisah tidak enak tentang usrah. Tapi moga yang membaca blog ini dari dulu dapat melihat bagaimana dakwah dan tarbiyyah melalui usrah itu telah melembutkan hati manusia yang degil macam aku."

"Bagaimana pada jalan ini tiada siapa menyuruh aku menyempurnakan pakaian, melabuhkan tudung, membina rasa malu, menutup lengan dan sebagainya. Tapi semua hal itu datang dengan sendirinya. Bagaimana biah itu antara faktor penting yang menjadikan aku seperti sekarang."

"Bagaimana pada jalan ini aku bertemu manusia yang selfless. Mendahulukan orang lain berbanding diri sendiri. Menggunakan masa sendiri untuk memikirkan tentang manusia lain. Yang mengajar aku, baik itu bukan perlu kita seorang tapi berorang-orang. Bagaimana membawa aku sedar bahawa manusia begini masih ada."

"Mungkin aku sendiri perlu lebih telus akan apa yang dah terjadi selama ini dan apa yang aku lakukan selepas ini. Lantas biarlah entri lama itu menjadi bukti bagaimana cara fikir aku dahulu-- betapa ntah apa-apanya seorang aku. "


Nota kaki: blog ni dicipta dari penghujung 2009, sedikit-sedikit entri lama telah diturunkan. Tak mustahil, kesemua entri lama juga akan dibersihkan dari blog ni.



Belanja gambar spring satu ;) 


Nottingham, United Kingdom--


Thursday, April 06, 2017

Not a pampered love


Terasa benar diuji untuk dua minggu ni. Bila selama ni banyak je benda berlaku tapi kita tak rasa apa-apa, tak pernah nak ambil pusing, mungkin sebab perkara-perkara tu bukanlah menyentuh titik kelemahan kita. Tapi sebab Allah tu Maha Mengetahui, Dia sentiasa tahu apa ujian yang terbaik buat hambaNya.

Ujian yang Allah hadirkan sentiasa custom made untuk setiap satu dari kita.

Hadirkanlah rasa special dalam diri atas setiap perkara yang Allah uji.


"Sebagaimana Allah menciptakan langit tanpa retak,
sebegitu jugalah Allah pada ujian-ujian kita" - F



*Trying to avoid the word "kebetulan" here* -- Currently tengah stop TnT dekat surah al-Ankabut. Bila baca ayat kedua terus berhuhu sorang-sorang dan muhasabah untuk semua benda yang berlaku kebelakangan ni. Disambung pula dengan ayat ke-10,

"Dan di antara manusia ada sebahagian yang berkata, "Kami beriman kepada Allah", tetapi apabila dia disakiti (kerana dia beriman) kepada Allah, dia menganggap dugaan manusia itu sebagai seksaan Allah. Dan jika datang pertolongan daripada Tuhanmu, nescaya mereka akan berkata; "sesungguhnya Kami bersama-sama kamu". Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam dada semua manusia?"

Rasa heartshot sangat direct reply dari Allah ni. Kadang rasa tak sabar nak lari dari ujian, sedangkan ujian tu adalah benda yang paling diingini dan dirindui oleh para sahabat. Sebab mereka yakin, ujian itu tanda sayangnya Allah pada kita.

"Untuk setiap pengakhiran ujian, hanya akan ada dua. Sama ada ia akan membesarkan hati kita, untuk lebih mencintaiNya sepanjang hayat atau kita berpaling dan putus harapan pada Allah"

"Allah will do anything; crush your heart, dissapoint your needs, hold your wants, to get you to Him back again"  - F, and I love you lillah.


Do believe that Allah loves every single of us, but His love indeed is not a pampered love -- Lihat saja kisah bagaimana Rasulullah diuji. Kita ni baru kena jentik sikit huu.