Monday, December 13, 2010

Perdebatan guru dan murid


Tiba tiba rindu suasana kelas. Pulak daaa, Shahizan ini cuti! Cuti, bukan sekolah! Jangan fikir benda benda macam ni masa cuti. tak elok nanti kesihatan terganggu.


Teringat masa awal tahun masuk SABDA. Cikgu science masuk, belajar chapter Density. Cikgu masuk kelas terus ambik marker tulis nota dekat depan, tak sampai seminit,


teacher : Ok, awak nampak depan ni (nota atas tu).

students : angguk angguk

teacher : Baik, pembelajaran tamat. Itu sahaja untuk hari ni. Sekarang kita dah 1/3 dari chapter density

students : Biar betul cikgu !


Memanglah, density form 1 apa je. Nota ni dah memadai. Masa tuu mana tau laa kawan. Aku pun form 1 lagi. Aku pon join laa budak budak buat muka terperanjat diorg.


Cikgu guna space whiteboard gila kecik. Macam ni marker cikgu boleh tahan 2 tahun. Tamatlah pembelajaran untuk hari tersebut. Masa banyak lagi. Nak buat apa ni? Buat apa?


Sabar sabar, jangan gopoh. Aku nak cerita ni. 


Masa selebihnya beliau suka bercerita pasal pengalaman dia. Alah, sembang sembang pagi dengan student. Mengeratkan syaitonnirrjim silaturrahim. Mula laa dia bukak cerita pasal Guangzhou, laut, lelaki, perempuan. Lalu beliau mula mengajukan soalan aras tinggi.


"kenapa perempuan ni bila jalan nampak cermin je stop. Nampak cermin je stop. Lepas tu betul betulkan tudung/rambut. Saya rasa mereka ni tak ada rasa konfiden dalam diri tentang penampilan luaran" (nada perli)


Aku ambik masa jap nak hadam. Ada betul jugak apa yang cikgu cakap. Aku pun perasan perempuan ni bila nampak cermin mesti akan berhenti betulkan apa yang tak betul. Jujur lah kan semua perempuan macam tu. baik yang muda dan tua. Nenek aku juga mungkin. Aku pun (kott) herher


Nak cakap pasal konfiden ni, aku rasa perempuan berhenti betulkan tudung sebab dia nak tingkatkan konfiden dia lah. Bukannya dia tak ada konfiden sampai kena hadap cermin tu. Bila dia dah puas dengan penampilan dia, baru ada keyakinan untuk mengatur langkah, ewah ayat.


Aku rasa point konfiden yg cikgu bagi dah betul. Cuma penerangan cikgu macam berat sebelah. Kennot. Lalu, cikgu menambah


Berbanding dengan lelaki. Segelintir sahaja yang akan berhenti depan cermin betulkan rambut.



Aik? Ini berat sebelah! Bentak aku dalam hati. Elak menjadi anak murid derhaka. Lepas tu satu kelas bangkang penyataan yang cikgu keluarkan. Budak lelaki semua tersenyum bangga. Kelas mula huru hara. Macam ni nanti aku bukak satu forum. Ada pihak kerajaan dan pembakang. 


Masa bising bising tuu aku menyampuk dengan suara agak kuat,


"cikgu, patutlah banyak kemalangan kan. Sebab pemandu lelaki ni memang tak suka pandang CERMIN pandang belakang sebelum memotong. Yang pandang pun segelintir."



Nah, senyap sekejap. Semua cuba hadam ayat aku. 2 saat kemudian semua kaum hawa bersorak menyokong ayat tersebut. Aiseh, cikgu pulak tersengih sengih surrender. Nak nak pulak masa dah habis masa tuu. Tak sempat nak bangkang ayat aku kihkih


Sebelum bagi salam keluar kelas cikgu siap pesan, "Haha tunggu awak. Hari lain saya balas."


Esoknya topik lain pulak. Cikgu dah lupa. Dan sejak hari tuu aku elakkan diri dari memandang cermin.