Thursday, December 05, 2013

03. Dormmates - 3 situasi



Assalamualaikum adik-adik kacak! 5 minit termenung jap. Nak bukak cerita pasal dorm ni macam payah jugak. Rasa macam kena ada episod. sampai episod 10 mungkin. Terlalu banyak. Sebab 4 tahun setengah tu hidup dengan diorang. Dormmates lah family yang paling banyak rahsia. macam dalam family biasa. Kongsi problem. Jaga satu sama lain. Dan aku paling tak suka rahsia dorm orang luar tau. Ya ya macam family biasa.

Jadi kisah pasal dormmates memang banyak. Nak cerita mana ni?

Ini cerita secara umum.

Aku anggap diri aku antara yang paling bertuah. oppps opps sabar tak habis cerita lagi. turun kening balik.

Sebab sepanjang aku dekat sabda, aku pernah satu dorm dengan seniors, juniors dan rakan sebaya. Berbanding kengkawan aku yang selama ni asyik hidup dengan senior setiap tahun, dan bila tiba saat menjadi senior dapat pulak satu dorm dengan kawan sebaya sahaja. Tak pernah berpeluang untuk atleast ada 1 junior dalam dorm. dan sebaliknya juga.

Kira bertuah sebab aku dapat rasa perbezaan ketiga-tiga situasi hidup berasrama ni.


Senior dormmates '09/'10
bila ada senior dalam dorm aku rasa selamat. sebab ada kakak yang jaga aku. Ibaratnya macam tu lah. Apa-apa hal diorang kena dulu. ye dak? ayat normal warden "awak ni dah besar tak reti jaga adik-adik ke?" kesian diorang sebab adik-adik masa tu selalu nama naik. Nama dorm kemain famous. Kemain kena denda lari 10 pusingan court bola tampar. Kemain kauuu kemain. Nak bangun pagi pun aku tak risau. Sebab kak Niza (orang bawah katil) selalu bangun awal. Dia bangun terus kejut aku. Hmmm hmmm rindunya ada orang kejut.


Junior dormmates '11
Bila naik tingkatan 3, tinggal dengan adik-adik form 2. Masa ni semua vice versa. Apa yang senior buat dekat kitorang macam jaga sakit apa semua, jaga dorm, kejut pagi tu semua dah jadi tanggungjawab. masa ni sekali alarm bunyi dah kena bangun. Tak ada kak niza nak kejutkan. Ayat yang selalu dapat tiap malam "kak cijan, esok kejut awal tau" diorang ni harap je ada jam loceng tau. Hmm hmm takpe, aku dulu pun macam tu. Kalau musim periksa jadi guru tak berbayar. Lagipun masa tu PMR so macam best dapat refresh form 2 punya syllabus. Dan diorang pun akan jadi guru tak berbayar ajar sejarah tingkatan 2 balik muehehehe. mutualisme kan?


Dormmates sebaya '12/'13
Bila naik tingkatan 4, hari pertama daftar dapat tau semua sebaya. memang depan meja warden tu aku lompat. Feel free. tak tau kenapa. sebab lepas ni kalau dorm bising aku dah tak rasa serba salah. sebelum ni kalau dorm bising aku tak nak lah batch lain rasa tak selesa kan. serba salah ai. tapi kalau dapat batch sama, buat bising sama-sama tak ada siapa kisah hoho. Lepas tu adik dormmates F2 tahun lepas (yang dah naik F3) pulak jadi senior dekat dorm diorang. Bila aku pandang, lahai diorang ni kesian betul kecik-kecik dah jadi senior dalam dorm. Ooooo macam ni rupanya aku dulu. Hahhhhh!



Atas tadi semua secara ringkas. Nak bagi gambaran je. Secara total banyak benda aku belajar. Lain situasi lain cara kau interaksi. kalau tua kau hormat, kalau muda kau jaga. tak kisahlah aku dalam situasi mana tapi setiap tahun ohsem. Paling ohsem dormmates sebaya! Tak kisah lah nak percaya ke tak. Sebab ramai fikir hidup dekat asrama ni macam horror sangat. Aah horror kalau seniority kuat dan asrama kau buruk. Hakhak. quote balik, "asrama buruk"

Please lah mana-mana sekolah yang ada seniority tu, kadang-kadang benda tu memang bagus tapi kau akan enjoy hidup bila dah naik F5 je. Sebab masa tu kau senior. Hidup kau masa junior? lupa ke? Stop lah bagi adik-adik kau life jugak hahaha bukan nak kata apa, tapi aku tengok junior aku happy je dapat senior macam kitorang. Tak tau lah berlakon ke apa. Tapi happy lah sebab apa yang aku nampak dekat sabda ni takat nak masuk lepak dorm senior, makan kantin semeja, turun DM sama-sama, riadah sama-sama, baring dalam surau sama-sama tu macam benda biasa.

aku bukan cakap kosong sebab kawan aku punya adik trauma masuk asrama. Sekolah hebat. malas nak sebut nama sekolah kan. Nanti bebudak sekolah tu redzone aku. Tak tahan sampai pindah keluar. Kan dah rugi duit mak bapak. banyaklah kes macam ni. Cikgu sekolah tu siap telefon parents cakap jangan report dekat pihak atasan, nak jaga nama sekolah kannnn. sekolah hebat tapi takde life Har har har

tak bestlah bila kau keluar dari sekolah tapi tak ada siapa sedih. Biar laa ketiadaan batch kau dekat sekolah tu dirasai oleh adik-adik lol. so goodluck avant garde next year turn korang pegang sekolah.


junior muda setahun. Mekasih, batch zealot memang unite ahaks!
credits : Arissha's insta







Banyak lagi ni, tapi eh sambunglah


























Kenapa? Bersambung kan.



Sepatutnya ada 12. Cuba cari mana lagi sorang


20 comments:

Muzakkir Mohd Nor said...

sekolah baru mmg la xde culture seniority.. sbb xde heritage.. yg senior nak berlagak senior x pandai, sbb xpernah ada senior yg betul2 berlagak 'senior'...
tapi the best thing about seniority is, only people worth living in hostel will stay.. yg x tahan dipersilakan keluar..

Muzakkir Mohd Nor said...

anyway 1st time dgar nama sabda..

Shahizan Azmi said...

Haha sekolah baru. and yes tak ada yang berpengalaman tunjuk senior tu yang hidup aman sentosa hehe

Unknown said...

fuyooo. kak jijan boleh buat buku la. style style. btw,mmg sedeyh pun tak de senior mcm Zealot ! sob,sob.

Shahizan Azmi said...

fuyooo dib acano sesat masuk sini? Kannn sedih kann, baik nangis sekarang! Hahaha amboi sedap nama akak -,-

Anonymous said...

fuyo.. hebatlah akak ni... hahahaha

Shafiqa's said...

tau.. benda yg aku menyesal buat kat sekolah dulu ialah, kenapa la tak layan adik adik dengan kasih sayang.. hahha...
rasa mcm tah pape tah senioriti tu.. entah dari budaya mana, and mcm bodoh je nak kekalkan budaya tu yang dah terang lagi bersuluh bukan sunah rasul, bukan ajaran Islam.

why not layan je dengan baik, sebab once kita layan budak dengan baik, yg kita dapat adalah respect,

Nur Hati said...

glad that the thing we hope to prosper, all as a family, no radical seniority is there even when you guys get older. Alhamdulillah.. ^_^ good luck for the future ya..

Anonymous said...

Fuyoo Kak Cijan. Gempak gilewwssszz.

Shahizan Azmi said...

Gempak cajek!

Shahizan Azmi said...

mekasih adik pun hebat juga muehehe lulzz komen letak nama boleh tak.

Shahizan Azmi said...

Kau mana pernah hargai hidup berasrama ni hahaha :P kitorang juniors siap datang lepak dorm bawak bantal tidur sesama ^^ happy tau macam family

Hmm hmm tu lah, tapi bila dah ada budaya tu susah nak kikis sebab turun temurun kan (kononnya) benda ni bergantung kepada mana-mana batch F5 untuk hentikan. bagi aku, seniority untuk gained respect (tapi in a good way). Kalau tak ada seniority junior naik kepala jugak. Ahh pandai-pandai lah bina hubungan mesra hahaha ;D

Shahizan Azmi said...

InshaaAllah and thank you ;')

Anonymous said...

kadang-2 senior ni myakitkan hati tapi masih mmbawa mkne yg besar kn kak

tasya . said...

kak cijan !! congratss !! :p hahah . Btw , next year , akak x de ! sape lg tinggi kurus hottt cun melecun ?? haaaaaaaaaa :D

syakirah izwanie said...

Sorang lagi tengah pegang kamera tangkap gambar, Tak dapat nak interframe:p

Shahizan Azmi said...

haha yeahp, kalau senior tu buat jahat dengan kita pun terpaksa telan je -,-

Shahizan Azmi said...

congrats? sebab habis spm? haha terimas tasya :)
lolololo kurus hot cun melecun, confirm salam blog.

Shahizan Azmi said...

Noooooo! hahaha belakang baju hitam ada tangan :P cuba tengok betul-betul ^^

tasya said...

haha ! sama lah tuh . most welcome . x salah blog la . hihi , ye la akak kan kurus hot cun melecun ! heehhe .