Friday, July 29, 2022

The 9months journey with you

Sedang menaip sambil menatap wajah anak yang sedang tidur nyenyak di depan mata. Baru ada masa bertenang sikit untuk bercerita bila baby dah pandai tidur sendiri. 

Alhamdulillah. Benarlah rezeki itu bukan dalam bentuk wang ringgit sahaja. Rezeki juga boleh jadi bila kau letak je anak atas tilam, dia lena sendiri.

Jauh pulak aku nak imbas kembali pengalaman masa baby masih dalam perut. Tapi aku cuba perah jugak ingatan ni sebab kalau bukan sekarang ntah bila aku nak arkibkan semua kenangan yang ada. Kenangan yang aku rasa precious untuk diingati supaya tak lupa diri.

Sedar diri tu kerdil dan bagaimana Allah mentarbiah dan menghadirkan rezeki-rezeki dari pelbagai arah sepanjang 9 bulan mengandungkan si kecil ini.

Nikmat yang paling besar dirasai adalah keberadaan suami yang setia di sisi.

Kadang aku macam jem jugak bila orang asyik post kisah-kisah suami tak bertanggungjawab. Dekat mana hampa jumpa spesies laguni? Dah jadi satu hal bila wanita-wanita bujang dekat luar sana takut nak berumahtangga sebab risau berlakikan sejenis pe'el begini.

Di tengah-tengah kebejatan dunia ni janganlah sampai menidakkan keberadaan lelaki soleh yang ada atas muka bumi. Kesian mereka yang soleh disamaratakan perangai depa dengan lelaki taguna yang hampa jumpa di luar sana.

Melihatkan kawan-kawan terdekat yang juga dijaga oleh tangan-tangan yang baik cukup buat aku yakin circle lelaki soleh itu masih wujud.

Tak, sekarang ni aku nak cerita pasal perjalanan mengandung aku. Tapi dah macam bagi tazkirah BM pulak.

**************

Mengandung ni bukan je tarbiah untuk golongan isteri. Tapi turut menguji EQ kaum suami. Kesian betul bila fikir balik macam mana suami aku melayan mental isteri dia ni. 1st trimester paling gila sebab aku sendiri tak faham apa aku nak lepas tu expect suami aku faham apa aku nak. Jem.

1st trimester ni memang tak boleh buat main. Suami aku tak tanya aku lapar ke tak pun dah boleh jadi modal merajuk. Itu antara peristiwa yang buat aku malu sendiri bila fikirkan balik. Kesian dia dari nak belanja roti canai pagi tu, terpaksa bawak aku round kampung sampai 2x pusingan tunggu aku bertenang sikit hahahaha.

Kadang aku rasa macam dah penyabar dah. Rupanya suami aku tahap kesabaran dia lagi tinggi.

2nd trimester berjalan dengan lancar sebab dah faham emosi sendiri dan suami pun dah kerap tanya aku lapar atau tak (gara-gara guwa merajuk dulu). Konsep happy wife, happy life itu sesungguhnya benar.

Cuma masa ni cabarannya adalah berhadapan dengan sistem KK yang selalu buat aku tak keruan. Sampai tak boleh kira ntah berapa kali air mata tumpah bila keluar dari KK. Kalau nak uji tahap kesabaran korang, bolehlah cuba-cuba checkup di KK.

Mujur suami jenis menerima je semua tangisan isteri dia hahaha masuk kereta je mesti membebel nak lepaskan geram. Kalau ada isu kat KK tu mesti 1 hari moody. Again, happy wife happy life kakaka.

Hujung-hujung 3rd trimester tu aku diuji pulak dengan baju, kasut dan seluar yang tak muat dah. Tiap kali nak keluar kemana-mana akan mental breakdown. Rasa macam tahpape pulak bila suami tanya, "eh kenapa nangis ni?"

dan jawapan dia adalah "KITA TAK MUAT DAH NAK PAKAI BAJU DENGAN SELUAR TU. KASUT PUN TAK MUAT DAH."

oklah lepas tu suami aku pujuk macam biasa tanpa dia sedari sebenarnya aku harapkan dia bagilah hadiah baju baru ke, kasut baru ke -_- aku penaddd kasi hint sampai kena bagitau sendiri nak kasut baru. Alih-alih dia suruh aku beli je nanti masuk splitwise.

Tips rumahtangga: nak apa-apa bagitau direct je. Tak payah bagi hint sebab nanti sendiri makan hati.

Begitulah lelaki, tak semudah itu mereka nak faham benda-benda indirect.

**************

Itulah serba sedikit peristiwa dan kisah yang aku nak diingatkan untuk next pregnancy. Antara motif aku menulis sekarang supaya tak ada drama-drama nonsense yang tak menguntungkan hahaha

Juga untuk aku nukilkan setiap satu pengorbanan suami dari awal-awal kehamilan sampailah sekarang. Kerana kisah-kisah pengorbanan seorang bapa jarang sekali didendangkan sepanjang 9 bulan kehamilan.

Kalaulah blogspot ni masih wujud 10 tahun lagi, moga Ya'qub baca dan hargai betapa ayahnya sangat menjaga dia sejak bulan pertama dia menginap dalam rahim ibunya.

30th May 2022

Thankyou sayang sebab selalu belanja makan sedap-sedap, validate perasaan saya dan selalu pujuk bila nangis, belanja masuk kelas pre-natal and dengar sama-sama, selalu drive ulang-alik ke KK, sentiasa ada setiap kali checkup, bayarkan semua perkara-perkara yang berkaitan tanpa sedikit pun berkira :') moga syurga buat awak dan dimurahkan rezeki sentiasa <3