Showing posts with label DnT. Show all posts
Showing posts with label DnT. Show all posts

Thursday, January 19, 2023

Ujian


وَاعْلَمُوْٓا اَنَّمَآ اَمْوَالُكُمْ وَاَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ ۙوَّاَنَّ اللّٰهَ عِنْدَهٗٓ اَجْرٌ عَظِيْمٌ ࣖ


"Dan ketahuilah bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar." (Al-Anfal:28)


Tak pernah rasa ayat ni sangat berat hingga bila Ya’qub dah lahir.


“Esok kita meeting sekejap dekat pejabat KL boleh? Kita buat resolusi yang tertangguh masa retreat hari tu” — akhi A


Dan, tak pernah sebelum ni pergi program sambil menangis sebab nak duduk rumah je.


Sebelum ni menangis nak pergi program. Kalau ada halangan tu menangislah cari jugak jalan supaya dapat pergi. Macam-macam alasan bagi dekat ibu abah. Sampai tahap ibu abah dah percaya nak lepaskan kita kemana-mana untuk bermalam ke program.


Tapi sekarang,


tak tahu mana hilang diri yang dulu,


“Awak, kita nak duduk dengan Ya’qub je boleh?”


Dilemma ibu yang bekerja.


Lagi-lagi yang kerja weekend.


“Kita ada hari Ahad je wak nak spend masa dengan dia.”


Dan hari Ahad jugaklah nak buat syura. Ujian betul nak bawa dakwah bila masing-masing dah masuk fasa bekeluarga dan bekerja. Weekend yang nak diluangkan dengan keluarga, digunakan juga untuk kerja-kerja dakwah.


Waktu tu sangat berharap zauj kata ok. Haha.


Padahal baitulmuslim itu seharusnya menguatkan.


Nasib baik zauj tak bagi grenlight.


“Takpe, awak pergi sekejap je.”


Hm drive lah sorang-sorang dengan hati yang berat masa tu. 


Sambil menangis. 


Nasib baik ada nasi lemak percuma pagi tu untuk ubat hati haha



**********

“akhi Y minta berehat sekejap sebab dah nak deadline submit thesis PhD”


“akhi AL akan join online je pagi ni. Dia kena jaga anak dekat ward sekarang.”


“Eh anak dia bukan baru masuk ward ke hari tu?” — Akhi S


“Itulah, anak dia kerap ke ward sebab xxxx. Ni dah kali ke-X jugak masuk ward”


**********


Pagi tu baru dapat tahu struggle ahli yang lain.


Malah lagi berat.


Allahu Allah. Malunya pagi tu.


Rasa kecil sangat.


Dan pada akhirnya setiap seorang ada ujiannya.


Tapi tetaplah mereka juga yang laju dalam dakwahnya.


Dan tak pernah rasa terharu sangat bila akhi yang kendalikan syura mulakan perbincangan dengan menghargai kehadiran setiap satu jiwa di situ :’) 


Allah, kenapalah sensitif sangat pagi tu.


اللهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ وَعَلى طَاعَتِكَ


Sunday, May 22, 2022

Kain Putih

Hampir 2 tahun pandemik rasanya boleh kira dengan jari berapa kali je turun daurah/program secara darat. Rindu betul ruh dan suasana tarbiah program-program yang tak dapat dirasai hanya secara maya. Hiruk-pikuk suara anak-anak dekat belakang, waktu tidur malam yang berselang-seli dengan tangisan bayi. Hah begitulah sedikit sebanyak gambaran di kawasan akhawat. Sentiasa timbul rasa kasihan pada akhawat yang berjaga malam sebab nak tidurkan anak.

Major respect kepada para ummahat yang tetap bersama tarbiah walau anak dah bertambah. Dari tiada kepada ada. Dari seorang kepada dua orang. Menjadi AJK dan ibu dalam satu masa. Waktu rehat program terkejar-kejar mahu uruskan anak pula. Antara pemandangan yang tak akan aku lupakan sepanjang berdaurah di UK.

Ada satu masa di masjid Birmingham, aku datang dan duduk tepi seorang kakak yang tengah uruskan anak dia yang baru lepas mandi. Masih kecil dalam linkungan 2-3 tahun rasanya.


"Kita ni kena sangatlah clear kenapa nak ada anak."

Kata kakak tu, sambil-sambil menyapu bedak dan pakaikan lampin pada anaknya.

"Penat jaga anak ni. Kalau tak faham kenapa nak ada anak sia-sia penat kita."


Aku yang masih dalam 2nd year degree waktu tu ditambah bayang calon suami pun masih tiada, masih tetap setia mahu mendengar. Makin kuat rasa ingin tahu kefahaman yang kakak ni pegang, kefahaman yang membuatkan dia mahu menjadi seorang ibu. Walaupun penat dan payah.


"Kalau kita orang yang mencintai tarbiah, kita mesti nak ada anak sendiri. Anak ni ibarat kain putih dan ibu-bapalah yang akan mencorakkan anak tu."

Dia sambung lagi,

"Kerja kita selama ni mentarbiah orang-orang yang dah dicorakkan oleh ibu bapa mereka sendiri. Jadi, sedikit berbeza pendekatan yang kita akan ambil.

Setiap dari mad'u kita itu unik sebab latar belakang mereka pelbagai. Tapi dengan anak kita ni... 

lahir-lahir dah bersama kita."

 

Aku mula dapat tangkap apa yang kakak ni mahu sampaikan. Maka, bertambahlah lagi satu kriteria yang aku akan cari bila mencari calon suami nanti.


Jadi masa taaruf hari tu belum sempat untuk aku bertanya pendapat berkaitan soal anak, dia (kini zauj) dahulu tanpa sedar mengutarakan 'point' yang aku cari pada seorang suami dan peranan yang harus dimainkan oleh seorang ayah — 


"Ana tengok ada dalam circle ana yang mencari jodoh tanpa memikirkan consequences kepada anak-anak nanti. Sebab yang akan mencorakkan anak-anak adalah ibu bapa tu nanti. 
Jadi ana bukanlah hanya mencari seorang isteri, tetapi isteri yang ada kefahaman sama, yang akan menjadi ibu kepada anak-anak nanti. Supaya fikrah Islam tu dapat diwariskan kepada anak-anak." - Him (April, 2020)

 

Indeed, tanggungjawab seorang ibu-bapa kepada anak-anak yang paling terawal adalah mencari ibu/ayah yang baik buat mereka.

From that time, I know he's the one.

Moga Allah kurniakan kita hidayah dan sentiasa bersama kita dalam mencorakkan anak-anak hingga tercelupnya mereka dengan sibghatullah.


Wednesday, October 21, 2020

Rezeki

"Boleh tanya kita 3 soalan je kali ni."

"Saya nak tanya macam mana akak boleh kenal Kak Mira?" — ni soalan femes setakat ni. Jumpa mana-mana adik semua tak jumpa apa kaitannya kitorang dua ni sampai boleh rapat cenggini. Study course lain, Kolej persediaan lain, fly negara lain, sekolah pun tak sama. Memang diorang tak jumpa relation macam mana boleh terjumpa tu uhuhu.

Ntahlah dik, akak pun facepalm nak explain. Sebab tu, ikatan hati kerana Allah ni precious. Tak ada siapa boleh bagi melainkan Allah. Nak beli kat kedai dengan harga sejuta pun tak dapat.

Berjaya jugaklah goreng dengan jawapan fakta dan diselitkan kerana Allah. Kalau bagi jawapan direct "kerana Allah" nanti diorang 'block' terus kang akak-akak ni haha.

Ok soalan next —

"Apa 3 benda yang akak regret masa dekat UK?"

*tarik nafas*

TAK EXPECT AKAN DAPAT SOALAN NI

Neves sis sebab tak prepare jawapan. Dah lah nak kejar masa, tiba-tiba ambik masa nak fikir jap. Kita dah cuba jimat masa limitkan pada 3 soalan tapi boleh pulak dia expand dan minta "senaraikan 3 benda…"

Tough question (garu dagu). Sebab tak pernah ada list "things that I regret during my time in the UK"

Tapi takpe kita cuba jugak jawab walaupun ada minta talian hayat dari Mira waktu tu.

Salah satu jawapan yang berjaya dan konfiden sikit untuk dikatakan adalah,

"Kita harap dapat belajar betul-betul."

Bukanlah nak kata selama ni belajar main-main lol tapi I wish segala harapan dan azam yang nak buat nota lepas kelas, baca lecture slide dan fahamkan tiap satu, buat latihan pengukuhan for every topic berjaya dilakukan-- ya punyalah berazam untuk spend lebih masa dalam belajar. Standard lah kan buat azam macam ni tiap kali bukak sem baru. Tapi bila bukak sem tak (ter)buat pulak kikiki (Nota: saya bukanlah orang terbaik untuk tanya tips study huu). Know know dah grad. Eh.

"Seriuslah Jan, first class tu apa?" - Mira

"Tu rezeki hehehe kita akan discuss nanti dalam slot ni."


**********

Sebelum tu, kena clear dululah apa yang kita paling nak dalam hidup ni. Bila cakap 'hidup' ni jangan sempitkan kehidupan sampai mati masuk kubur. Alam barzakh tu tak sampai separuh pun daripada keseluruhan perjalanan nak ke syurga.

Dan tiket nak masuk ke syurga pula bukanlah syaratnya pada rezeki yang banyak. Siapa ada kereta besar, rumah besar boleh masuk syurga :( That's unfair aite.

Adakah sebab Ramli kaya maka dia dapat extra pahala? Tak kan?

Bukan macam tu ok.

Tapi apa yang Ramli akan buat dengan kekayaan dia tu yang Allah akan judge.

Regardless kita kaya atau tak, contohnya siapa yang ikhlas dan selalu bersedekah dia lah lebih mulia di sisi Allah. Jadi tak perlulah tunggu kaya dulu baru nak start sedekah.

Adil kan Allah (:

He's the One who gives it.

Why He must judge us on things we can't control?

Rezeki.

If it's meant for you, it's for you.

Allah will never judge you based on your rezeki.

"Tak boleh ke control rezeki dengan usaha?" - Adik I

Bukan nak bagi mindset jadi orang malas dan jangan berusaha (fahaman ni pun salah ok). Tapi jangan ada satu template yang kalau kita usaha "banyak ni" maka result dia "wajibulghunnah begini". Iyalah siapa tak suka benda efisyen. Injiniur lagilah sukakan dengan word "efficiency" ni. Output lagi tinggi dari Input.

Contohnya, kita selalu expect bila dah usaha bagai nak rak, kita patut dapat result yang setimpal. Tapi, ada je kes-kes yang akhirnya result tak mencapai jangkaan. Saat tu apa kita akan rasa? Kecewa dengan diri sendiri?

Lagi takut bila kita kecewa dengan Allah.

Mula salahkan Allah dan rasa Allah tak sayang kita.

"Jemah belajar main-main, siap pergi konsert lagi tiap minggu tapi dapat result kaw-kaw. Unfair lah Allah ni!" — bisik Senah.

Aik?

Itu lah antara kesan bila kita rasa kita patut dapat apa yang kita nak.

Sedangkan kita akan dapat apa yang Allah nak beri pada kita. Itulah yang sebenar-benarnya. Kita sebagai hamba kena sentiasa yakin yang Allah sentiasa nak yang terbaik untuk kita. Bukankah kasih sayang Allah lebih besar dari kasih sayang seorang ibu kepada anaknya?

Kadang-kadang kita susah nak jadi rational sebab definition "kebaikan" kita adalah bila Allah bagi rezeki yang banyak. Sedangkan rezeki tu boleh jadi ujian atau musibah — Musibah bila kita makin jauh dari Allah.

"Allah tengok usaha kita. Rezeki tu rahsia Allah" — will always have this kind of mindset since 6 years ago.

Samalah -- pahala belajar tu bukanlah pada 1st class atau 2nd class atau apa-apa yang kita akan dapat kemudian. Pahala belajar tu Allah kurniakan pada usaha-usaha kita.

Dengan mindset beginilah kita akan ihsan dengan semua benda kita buat. dalam belajar atau kerja atau sekecil-kecil benda yang kita buat. Basuh pinggan dengan ihsan, kemas rumah dengan ihsan. Kalau output tak seperti yang kita nak, kita tak mudah melatah. Sebab kita mula faham rezeki adalah ketetapan Allah dan yang kita boleh kawal (iman dan amal), itu yang Allah akan judge.

So, I always remind myself — first class result didn't make me somebody in Allah's eye.

My effort (amal), my iman, how I really put pure intention in everything that I do just because of Allah — that's what actually matter.

How do I manage the rezeki and how it can strengthen my relationship with Allah are what concern me more. It's surely a test for me. Do pray for me to pass this test (: because your do'a matter.

p/s: Still, I feel I have lived to my fullest and use my time wisely in the UK! Kalau tak join usrah sepanjang 4 tahun dekat UK, itu lagilah saya menyesal :')

Monday, August 24, 2020

Wadai


Glossop Rd, Sheffield.
011218

"Kita nak buat apa ni kak?"

"Dessert orang Banjar."

"Eh akak orang Banjar? Saya dah agak dah akak ni takde darah melayu!"

"Ehh banjar tu muka melayu je eh. Tak ada tempias-tempias eropah ke, timur tengah ke apa. Timor-leste tu mungkin ya lah haha muka melayu sangat"

*lap peluh*



Ya, selalu rasa muka ni pure melayu. Takde campuran kacukan ke apa haha selama kat UK pun rasa bangga je dengan wajah (pure) melayu ni 😌 kadang melangkah dengan terlebih konfiden pun ya juga. #ProudAsian

*******

p/s: rindunya adik-adik usrah saya ni :') Apa khabarlah masing-masing agaknya.

Friday, June 12, 2020

How to deal with your parents 101 (for akhawat)

Entri ni dari 2018 sebenarnya save as draft. Lebih dari 10 kali fikir nak publish entry ni ke tak. Masa 2019 nak post pun terus bantutkan niat. Pejam celik, eh dah 2020!

Benda ni kalau dia makanan, buat jadi pekasam memang berbaloi. Tapi tulah, bukan makanan kan. Simpan sorang ntah manfaatnya pergi jauh mana je. Atleast kalau publish mungkin dalam 1000 ada sorang yang pernah lalui struggle yang sama, boleh relate dan manfaatkan.

So, here we go --




**********

Tiap kali balik cuti Summer akan sentiasa dengar kisah-kisah akhawat yang struggle untuk pergi program dan salah satu sebabnya susah nak dapat keizinan parents. Ya benar, susah jadi akhawat ni. Ada struggle tambahan; Nak memenangi hati parents untuk diorang yakin dengan kita.

Kadang program berderet. Lepas program hang terus sambung program adik-adik, lepas tu sambung program adik kepada adik-adik. Boleh mati kutu jugaklah nak susun ayat dan rancang perjalanan supaya taknaklah parents rasa kita buat rumah macam hotel pulak duk keluar masuk keluar masuk huhu

Dan kerana diri ni pun pernah lalui struggle yang sama awal-awal dulu (cewah sekarang macam senanglah jugak nak mintak pelepasan), maka ini adalah entri untuk kongsikan  how i deal with ibu abah during my early tarbiyah stage -- to have their support, and gaining their trust untuk terus berada dalam jalan DnT :') Maka harapnya sesuai jugalah buat kita pada bila-bila masa.

*DISCLAIMER:
1. Ini bukanlah tips dari orang lama, yang punya pengalaman berpuluh-puluhan. Bukan ya bukan. Malah masih lagi belajar bagaimana untuk terus menghadapi ujian-ujian dalam jalan ini (doakan plsss)

2. We might and might not have the same family background. You may apply if it fits your shoes. Tafadhol.


Background sikit:
Bukanlah lahir dari keluarga ikhwah akhawat. Perkataan "tarbiah" tu terasa sangat baru masa first time dengar dekat KMB dulu. Macam... eh tak pernah dengarlah. Tak pernah. Dulu-dulu selalu amazed bila dapat tahu keluarga si dia ni ikhwah akhawat. Rasa macam,

"Uwow ni mesti dari baby dah tau cerita pasal alat matlamat, hadis logam 😱

Tapi pastilah kita ini berbeza dan akan diuji dari sudut yang berbeza. Macam mana pun latar belakang keluarga kita, ujian-ujian itu tidak akan lari. Bagaimana istimewanya ujian itu buat kita, begitu jugalah istimewanya anugerah keluarga itu untuk kita.

Dan aku, alhamdulillah Allah kurniakan keluarga yang sangat supportive walaupun tak pernah didedahkan pun dengan term DnT sebelum ni. Antara perkara yang aku selalu mohon pada Allah adalah supaya aku sentiasa bersyukur dengan nikmat ni dengan menjadi anak yang terbaik buat mereka.

Jadi untuk mereka yang punya latar keluarga yang sama pasti kita ada rasa untuk nak family kita tahu dan faham dengan jalan yang kita pilih ni. Jadi, ini adalah sedikit perkongsian antara kisah awal-awal aku dulu, sedikit praktikaliti dan tricks yang boleh kita cuba-cuba; Selamat mencuba!

1. TUNJUKKAN PERUBAHAN
Tak tahu sebenarnya nak tulis sub-heading point ni macam mana. "Tunjukkan perubahan"? Macam pelik tau ayat dia huhu. Sebab hasil tarbiah ni seharusnya tanpa sedar akan menampakkan pada perilaku kita, baik percakapan dan tutur kata, pemikiran dan sebagainya. Tarbiah juga sepatutnya membuatkan orang sekeliling kita merasai tempiasnya. 

Jadi it shouldn't take much effort sepatutnya untuk kita 'tunjukkan perubahan' pada diri kita (still feels this term is not accurate haha). Benda ni patutnya natural je lah dan tak perlu pun "ditunjukkan". Kadang kita sendiri tak perasan macam "eh apa yang dah berlaku pada diri aku? eh?" hah cemtulah. End up, our parents yang akan nampak dulu -- anak dia ni lain macam je.

Lain macam in a good way lah harapnya, gitu. For this point hanya kita yang tahu dahulu kita bagaimana, maka sekarang ubahlah dan seharusnya ia mudah kerana tarbiah itu sememangnya mengubah.

Tapi,

Ya ada tapi di sini kawan-kawan.

Selalu rasa benda ni tak mudah untuk mereka yang sebelumnya memang anak yang baik :') Omg now i feel diri iolls ni tak baiknya dulu hahaha I've met lot of akhawat memang diorang ni baik sejak azali T^T Allahu, so this tips mungkin tak applicable sangat untuk akhawat yang memang anak yang baik dari kecil T^T


2. DO GOODS AS MUCH AS POSSIBLE


Sebenarnya ini lanjutan daripada point kat atas. Tapi sebab taknak nampak point atas tu panjang, maka aku pisahkan. Ok sekarang aku dah bazirkan perkataan dan buat point kedua ni jadi panjang.

Kerana kita mahu tarbiah itu terkena tempias pada orang sekeliling juga, maka berusahalah untuk offer sebanyak mungkin kebaikan esp kepada parents kita.

As I wanna make this entry as practical as possible, semakin kita membesar dalam tarbiah semakin banyaklah kebaikan yang harus kita berikan kepada kedua ibu-bapa kita. To another level banyak benda yang kita boleh offer pada parents kita, misalnya;

  • Ajak parents solat jemaah
  • If bapak gi masjid, let's be the imam dekat rumah untuk mak dengan adik-beradik kita
  • Akhawat kadang-kadang ikutlah bapak pergi jemaah dekat masjid. Kot lah ada bapak yang happy bila anak ikut sekali haha.
  • Know their love language (nah ambik test dekat sini)
  • Kalau nak masak atau bancuh air tu selawat dan doa banyak-banyak huhu
  • Sebelum diorang buat sesuatu, biar kita yang buat dulu. Eg: Lipat kain baju, basuh kuali pinggan mangkuk etc. 

Fuh point last tu penting ok. Kena buat especially kalau kita tahu akan keluar rumah lama. All out lah sebaik mungkin dalam kerja-kerja rumah. Walaupun kadang-kadang macam bahaya jugak sebab ibu pernah buat dialog, "nanti kakcik tak ada siapa nak buat etc etc" 😅 *lap peluh* takut makin susah pulak untuk keluar rumah nanti.

Tapi nasib baik ibu still benarkan sebab pada logik ibu tarbiah, pergi ke usrah/daurah, ke program-proram yang membuatkan anak dia ni dah 'jadi orang lain' haha maka ibu relakan je.

Tahun lepas siap bawak beg roda sebab kena keluar rumah lama. Pastu kebetulan ada makcik dekat rumah dan dia tanyalah, "Nak pergi mana tu?"

Bapak guwa dengan konpidennyaa tolong jawabkan;

"Dia nak pergi keluar berdakwah" - Ya bapak guwaaa gaiss 

Aku dah facepalm dah dekat depan pintu dengar abah boleh cakap cenggitu dekat makcik-makcik hahahaha habislah kang satu family ingat aku pergi tabligh. Mujurlah perempuan mana ada pergi tabligh. Sampai sekarang rasa nak gelak golek-golek sambil nanges bila ingat balik. Padahal waktu tu nak pergi pre-departure program je T______T ommo abah whyyy


3. JUAL NAMA-NAMA AKHAWAT


Sebenarnya sebelum ditarbiah lagi dah guna taktik ni hahaha kalau nak pergi mana-mana selalu jual nama kawan-kawan dekat ibu. Apatah lagi untuk hal-hal tarbiah takkan kita nak tinggalkan skills ni lol

Lagi-lagi kalau ada peristiwa yang buatkan ibu kenal mereka. Contohnya dekat KL/Selangor ni memang pusing nama sama je untuk dijual-jual hihu jzkkhair akhawat. Mohon halalkan.

Tapi bergantung juga parents kita macam mana. Ada yang kena jumpa kawan-kawan tu dulu depan mata. Ada yang sekadar mendengar nama dan cerita pun terus percaya (: Maka berusahalah yang mana-mana. Ajak je akak usrah datang rumah kenal dengan mak-mak. Kakak usrah pun happy kalau dapat offer macam tu dari adik-adik XD

Kita kena jual Unique Selling Point (USP) DnT ni dan antaranya, akhawat adalah orang yang baik-baik. InshaaAllah kalau point no 1 dan 2 tadi kita apply di rumah, mereka akan nampak akhawat dan kawan-kawan kita juga tentunya begitu. Maka, akan gembiralah hati mereka sebab anak-anak dia ni dikelilingi orang baik-baik. InshaaAllah akan hilanglah kerisauan mereka untuk melepaskan kita.

Juga, ceritakanlah kepada ibu bapa anda betapa baiknya akhawat ni. Betapa hebatnya kakak ini yang kerja hingga malam tapi commit dengan usrah. Bila ditanya dari mana dapat duit untuk buat program, maka ceritakanlah ia adalah infak dari poket kakak-kakak dan akhawat ini.

Selagi cerita itu mampu memenangi tsiqah kedua ibu bapa kita, maka ceritakanlah. Akhawat tu tak tahu pun kita cerita apa dekat parents kita :p InshaaAllah tidak menimbulkan riak dalam diri mereka hahaha


4. CERITA


Dari kecik lagi kalau balik dari tadika, mesti ibu tanya belajar apa tadi. Bila naik sekolah rendah pun sama lagi patternnya. Lama-lama dah jadi kebiasaan untuk aku cerita semua yang berlaku kat sekolah (tapi kisah tak best kat sekolah tak pernahlah cerita)

Bayangkan kalau sebulan duduk asrama tak balik rumah. Sekali dapat balik hujung minggu tu, rasa tak boleh berhenti cakap kadang sampai ibu pun malas nak layan dan aku lah yang merayu-rayu untuk ibu dengar bhahaha -- "ibu lepas tu... lepas tu... eh ibu dengar tak ni? Ibu dengarlahhhh"

Dari zaman KMB dan tak sangka sekarang pun ibu akan tanya tadi daurah buat apa. Cerita lah mana-mana bahagian yang boleh membuatkan ibu dan bapa anda lebih yakin bahawa sesuatu yang anda hadiri itu bukanlah keburukan. Malah menambah lagi satu nilai baru.

Bagaimana antunna memilih bahan yang sesuai untuk adik usrah, antunna juga pasti berkebolehan dalam memilih bahagian cerita mana yang sesuai untuk dikisahkan kepada parents antunna :p

Pernah sekali aku forward dekat ibu recording forum daurah (ofkos lah forum umum) dan masa tu still dekat luar lagi. Bila sampai je rumah ibu bagitau yang dia dengar sampai habis. Terkejut jugak sebab takdelah nak expect ibu dengar sampai habis hahaha forum tu lama tau sejam lebih. Tapi dari situ aku mula faham kegigihan ibu untuk tahu apa yang anak dia dengar dekat daurah-daurah.


5. SYUYUKH/QIYADAH
Selain menjual nama-nama akhawat, untuk aku dapat level tsiqah yang lebih jitu selalu jugak jual nama sepupu-sepapat yang join usrah. Kalaulah menjual nama orang ni dapat duit, mungkin dah kaya sekarang (--,)

Mujur Shafiqa pun join benda yang sama jugak. Jadi kalau apa-apa memang bawak naik nama Shafiqa dan sepupu-sepupu lah :p Misalnya, kalau ada konvensyen yang mengumpulkan ikhwah akhawat seluruh negara hah masa ni yakinkan lagi mereka dengan menceritakan

"Angah pun nanti ada dekat sana yadaa yadaa"
"Nanti gerak sekali dengan ayong pergi sana etc etc"

ok tak masuk point syuyukh/qiyadah lagi sebenarnya.

Ceritanya aku beria menjual nama akhawat dan sepupu-sepapat untuk memenangi tsiqah ibu tapi rupanya aku baru tahu ibu fan of Dr. X (doctor yang ibu follow kisahnya dari sebelum aku lahir lagi huhu)

Kalaulah dari awal aku tahu... -_-

Aku boleh sebut nama Dr.X je dari mula dan mungkin tak wujud point 1 hingga 4 dalam entri ni. Korang pun senang tak payah baca panjang-panjang hahaha

Banyak je lagi syuyukh dan qiyadah yang nama-nama mereka sebenarnya familiar untuk parents kita. Tinggal kita je lagi nak promote ke tak USP DnT ni.

One with Dr. Fauziah 😆

Ok tu je kot setakat ni. Kalau masih tak konfiden nak yakinkan parents boleh discuss dengan kakak usrah masing-masing. Percayalah kakak usrah antunna pun mesti pernah lalui struggle yang sama :p (kalau bukan dia lalui pun, mesti dia selalu dengar kisah dari akhawat lain)

Kalau kita betul-betul nak benda tu, kita mesti akan usaha sampai kita dapat. Till then! Moga Allah mudahkan urusan kita dan terima usaha kita dalam meyakinkan keluarga (: 

**********

Since lepas ni akan BFG (back for good) tentulah akan lebih banyak spend masa dengan family. Lepas dah berjaya menangi tsiqah ni kena pandai handle pulak hak masa dengan keluarga tanpa abaikan hak tarbiyah kita. Ni pun another struggle dan skill yang kena kuasai. Tapi sebab masih dalam proses try and error jadi tak dapatlah nak bagi tips lagi haha doakan plss cuak jugak nak adapt waqi' baru.


Thursday, June 04, 2020

Telekung Biru Baru

KMB, 2014
"Saya pernah bagitau mak saya, saya nak telekung baru as hadiah SPM."
Suara dia mula tersekat. Tak tahu macam mana nak habiskan ayat. Mata jadi panas dan dada terasa berat. Ntahlah. Mungkin sebab dia nak sangat benda tu. Bukanlah sebab telekung yang sedia ada dah teruk sangat. Tak pun. Cuma nak telekung baru yang berwarna. Sebab telekung putih waktu tu semua jarang. Kalau nak solat kena pakai anak tudung, kena sarung baju lengan panjang lagi.

"Saya tak pernah request hadiah dekat parents. Tapi bila diorang tanya untuk SPM nak apa, saya jawab nak telekung baru. Tapi...
 
sampai sekarang tak dapat."

Kebetulan telekung warna-warna ni tengah trend, sebab tu harga tinggi-tinggi. Bila ditanya mahu hadiah SPM apa, rasa serba salah nak bagitahu. Masa tu nilai 60-80 ringgit besar sangat. Malu sebab minta hadiah tu. Bukan semata sedih sebab tak dapat, tapi sedih sebab rasa serba salah terlepas cakap nak hadiah apa.

"Awak nak tahu tak, ada sorang kawan ayah akak ni dia manja sangat dengan Allah" - akak usrah
"Hah cemana tu?"


Macam mana nak manja dengan Allah? Dah mula start rasa pelik. First time dengar benda macam ni. Lelaki pulak tu kawan ayah dia. Typical stereotype.

"Pakcik tu sebelum dia pilih untuk buat something mesti dia cerita dekat Allah dulu. Kalau perlu buat pilihan macam nak beli kereta warna apa pun dia istikharah (tanya Allah)."

Amazednya! Pilih warna kereta je pun -- Itulah apa yang dia fikirkan masa tu. Kakak tu sambung lagi bila nampak perhatian penuh tertumpu pada dia. Keadaan surau kekal sunyi. Ada lah dua tiga orang keluar masuk. Ada yang ambil barang, yang singgah untuk solat pun tak kurangnya.

"In any situation pun, kena biasakan cakap dengan Allah dulu. Pernah sekali tu duit akak tinggal sikit. Duit sponsor pulak dah habis guna. Akak doa sungguh-sungguh cerita dekat Allah. Tak lama lepas tu unexpectedly dapat msg dari ayah akak dia baru masukkan duit dalam akaun."
"So awak... kalau kita rasa tak tenang, nak cerita apa-apa, nak something, cakaplah pada Allah dulu. Percayalah Allah tu maha Mendengar dan maha Memberi"


Blok F, 2014

Petang tu dia solat sorang je dekat surau. Terlepas jemaah Asar untuk hari tu. Takpelah, ada masa nak berangan dan termenung (read: doa) lama sikit. Yang baca mathurat dekat belakang surau pun dah mula bersurai. Sorang demi sorang keluar menyarung selipar di pintu belakang dan dia; masih lagi dalam saf duduk menghadap wallpaper ungu-emas yang cantik tu.
"Jan ada?"
Soalan tu dituju pada orang-orang yang baru bersurai usai mathurat. Ada 2 orang je dekat KMB yang dia kenal rapat punya suara halus dan lembut macam tu. Walaupun soalan bukan ditanyakan pada dia, tapi dengan common sense yang ada tindakan refleks untuk menoleh ke belakang itu adalah perkara normal. Normallah, tu panggilan nama dia kot!

"Akak?!"
Anime Onion GIF - Anime Onion GIFs 
Pelik sebab kakak ni duduk blok sebelah dan persinggahan surau inter-blok ni selalunya berlaku masa Maghrib-Isya' (untuk KULSEM). Terkejut sebab waktu Asar macam ni pun kakak tu menyinggah. Tapi, sikit je lah terkejutnya sebab dia memang jangka dengan nature kakak-kakak usrah yang suka buat perangai sesurprise macam ni. 

"Kita baru balik dari Langkawi hari tu. Ni ada buah tangan untuk awak." 

Terus dihulurkan plastik dari tangan kanan.

Tak habis surprise lagi rupanya. 

Dia ambil dan tengok isi dalam.

Ada telekung warna biru....

"Akak....." /speechless/
"Bila nampak telekung ni teringat awak. Hari tu awak pernah cerita awak nak telekung warna-warna kan. " 
"Akak... saya baru mintak dekat Allah nak telekung baru lepas Asar tadi" 
Onion Head Emoji GIF - OnionHead Emoji Cry GIFs

Walaupun langit dekat luar tak hujan,
tapi dalam surau dah banjir.

**********
I just have few memories with my first murabbi as less than a year we're together in KMB. Hikmahnya, kerana sedikitlah kita lebih ingat setiap satu kisah bersama. Bertahun dah berlalu. Sebelum yang sedikit itu hilang dari imbasan, eloklah kita rakamkan di sini.

Jzkkhair kerana pernah mengajar saya untuk ceritakan semuanya pada Allah dulu. First murabbi will always be missed. Rindu jugak nak jadi adik-adik yang dimanjakan begini haha.



p/s: Last year balik Malaysia terkejut ada satu plastik besar telekung warna-warna dekat rumah. Banyak sangat macam nak bukak kedai dah gayanya. Sekarang dah murah ya gais harga belas-belas je dekat Shopee. But still;

"kenapa ibu beli telekung banyak sangat ni?" 😅

"Senang orang datang nanti kita bagilah telekung baru. Buat sedekah."

Ok ibu, apa-apa je lah asalkan ibu happy haha

Onion Head GIF - Onion Head No GIFs

Sunday, May 17, 2020

The Infinite Reward

KMB, 2016
"Saya selalu sedih bila hilang sabar. Sebab Allah kan kata Dia bersama orang yang sabar.
"...Innallaha ma'assabirin"  
"Manusia ni... bukanlah selalu ada dengan kita. Bayangkan kalau kita hilang sabar, how can we afford kalau Allah tak bersama kita?"
*efek mata bergenang dan menahan hingus dari keluar*   

Will always take a moment whenever I went through any ayat in Al-Quran regarding Sabr. Mungkin sebab waktu sekolah dulu selalu geram bila orang tak ikut peraturan. Rasa sangat Allah selalu uji kesabaran waktu tu. Lagi, masa KMB berapa kali ntah rasa nak give up dengan study. Tapi sebab Allah kata Dia ada dengan orang yang sabar — terus tak jadi nak patah balik.

Itulah, bila hilang sabar selalu sedih dengan diri sendiri sebab takut Allah takde dengan kita.  IB tu dah lah susah. Kalau Allah pun takde dengan kita. Nak harapkan siapa lagi. Like, "Ya Allah, I'm so sorry janganlah tinggalkan aku." U_U Innocent jugak dulu. Ya, sekarang pun masih innocent.

(2:153) tu lah ayat motivasi untuk bawa DnT sambil nak menghabiskan IB dulu. Dan lepas tu apa-apa ayat dalam al-Quran tentang sabar rasa…. appreciated dan touching sangat. Ntahlah tak tau nak describe macam mana. Sebab al-Quran banyak bentuk cara fikir diri ni dalam memandang aspek "kesabaran".


Bila bergelumang dengan DnT, banyak membuka perspektif baru tentang sabar. Sabar yang bukan sahaja pada menahan marah. Tapi sabar dalam ketaatan dan sabar untuk tidak bermaksiat. Susah rupanya sabar ni — Untuk kekal tsabat hingga akhir hayat. Untuk tak bermaksiat sedang kau sorang tapi perlu melawan dua; nafsu dan syaitan.

Kerana besarnya mujahadah untuk kekal sabar, jadi tak peliklah pahalanya juga besar; iaitu kesempurnaan pahala tanpa batasan.

"Katakanlah, "wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhanmu." Bagi orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas."
"Katakanlah, "Sesungguhnya aku diperintahkan agar menyembah Allah dengan penuh ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan agama)."  
(Az-Zumar:10-11)

Dalam banyak-banyak ayat dalam juz 23, tetap tertarik dengan ayat berkaitan sabar. Macam ada magnet tiap kali jumpa ayat tentang sabar. Dalam surah az-Zumar tu, lepas diceritakan tentang pahala sabar tanpa batas Allah terus ingatkan tentang ketaatan yang harus kita berikan pada Dia.

Rasanya pernah sekali buat entri tentang sabar. Tapi, dalam konteks tadabbur sabar kali ni nak ajak kita untuk sama-sama tetap sabar dalam ketaatan. Supaya dapat kekalkan momentum ibadah di hujung-hujung bulan Ramadhan ni.

Tetap sabar berpuasa. Sabar dalam terus berdoa. Sabar untuk bangun malam. Bayangkan, kita sabar taat beribadah dalam bulan Ramadhan dan lagi kekal sabar hingga penghujungnya. Yang dihujungnya itu kan ada malam yang lebih baik dari seribu bulan. Ya, sabar dalam menanti malam yang penuh kemuliaan.

Wadi Rum, Jordan

Sebab sekarang ni bulan Ramadhan, baru terfikir tentang satu perkara. Tentang kesabaran beribadah pada malam al-Qadr. Di saat mungkin ramai sedang sibuk fikirkan tentang raya, tapi bayangkan kita kekal fokus dengan Ramadhan dan dapat meraih pahala sabar beribadah (dan terkena pula) masa lailatul Qadr…. Pahala yang tanpa batas tu digandakan dengan malam yang lebih baik dari seribu bulan. Dalam bahasa matematiknya sangatlah infinity! Ini logik infinity kita yaa. Tapi level infinity Allah tu macam manalah agaknya 😭 hebatkan sabar ni.

Apa-apa pun, moga Allah terus kurniakan kita kekuatan dan kesabaran dalam bersabar untuk tetap taat walau setelah Ramadhan. Supaya dapat buktikan pada Allah yang kita ni sememangnya hamba Dia. Bukanlah hamba Ramadhan.

اللهم يامقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك

"Belajarlah dari kuda. Bila nak dekat dengan garisan penamat lagi dia pecut laju." - Murabbi 
— 7 days left before Ramadhan ends. 

Thursday, May 07, 2020

Merancang Mati

Seram pulak buat tajuk macam tu. Jarang letak tajuk sebelum tulis entri. First time ni letak tajuk lepas tu baru nak menaip (haa kantoilah selama ni tulis random je pastu baru fikir tajuk).

Terfikir pasal mati bila tengah layan Jejak Rasul petang tadi. Jejak Rasul tahun ni diorang filming sekitar Jordan dengan Turki huhu rindunya dua-dua tempat ni U_U Tempat yang buat kita jatuh cinta dengan makanan sedap yang bernama khunafa. First time makan khunafa akhawat Turki belanja. Dia punya sedap tu rasa taknak share dengan orang lain haha lepas tu excited bila dapat tahu Jordan pun ada khunafa!

Okayy bukanlah semata khunafa tapi Jordan memang sangat best! Tak sia-sia ok labur duit terima pujukan Shazrina untuk pergi Jordan.

"Awak jomlahh, tiket murah ni. Kita belum pernah jaulah sekali kan." 
"Hellooo, Spain tu apa?"  *sent a photo*
"Ehh. Ok kalau awak join jaulah Jordan ni saya janji tak akan lupa sampai bila-bila."

Tengok dia ni, tak pernah mengalah dalam memujuk. Sebab doploh orang kan join jaulah Spain tu so nasiblah nama kita tak register dalam memori dia :') Dia tunjuk satu group photo dekat Spain dulu yang tak ada kita dalam tu. Dah namanya aku yang tangkap gambar tu, macam mana nak masuk dalam gambar hahahaha geramnya. Lepas ni nak pass camera dekat orang lain pulaklah 😂

Ok berbalik kepada keasyikan melayan Jejak Rasul hari ni. Tengah seronok tengok kawasan sekitar Jordan dalam JR tu tetibe dialog this one ukht berlegar-legar dalam kepala. Dialog yang dia cakap secara random masa tengah ziarah makam sahabat dekat Jordan. Dialog tu harus ditaip ya dekat sini. Selagi tak dikeluarkan tu rasa semacam je ayat tu terperangkap dalam fikiran. Risau tertaip dalam thesis fyp pulak nanti.

Macam ni lah lebih kurang dia kata;

"Hebat kan sahabat ni. Sebarkan Islam luar Mekah Madinah sampaikan syahid pun bukan dekat tempat asal diorang. 
Hebatlah! 
Kalau tak rasa hebat lagi, kita ni pernah terbayang dan terfikir tak nak mati luar Malaysia?"
T_T  *Gulp*

Masa dengar dialog tu rasa betul jugak sebab tak pernah terfikir pun possibility mati dekat tempat bukan asal kita. Sekarang ni dengan kes COVID dekat UK yang sehari capai 700-800 death, makin terkesan pulak dengan dialog dia tu. Sedangkan nak sakit pun kalau boleh mintak jauhlah kena dekat UK ni. Apatah lagi nak mati dekat sini yang jauh dari keluarga….

Makin kagum dengan para assabikun T_T Mungkin dari awal bila keluar dari Mekah-Madinah lagi diorang dah ada mindset yang mungkin takkan sempat pun untuk balik tempat asal masing-masing. Maka all out je lah dekat mana pun kita berada. Sebab tak tahu kita mati bila dan di mana.

Makam Muadz bin Jabal :'''')

Dekat mana kita berada, marilah merancang amal. Sebab kita kan mati sebagaimana kita hidup. Dengan merancang amal, kita sedang merancang kematian kita juga. Teringat satu hadis as motivation tentang merancang kematian ni;

"Orang yang paling banyak dalam mengingati mati dan paling siap menghadapinya, merekalah orang yang paling cerdas. Mereka pergi dengan membawa kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat" (HR. at-Tirmizi)

First time came across hadis dekat atas bila ada sorang ukht share masa KMB dulu-dulu. Tengah jalan dengan dia nak pergi ruang solat wanita kat Masjid Putra tiba-tiba dia ajak beli kain kapan lepas tu dia bacakan hadis ni — "Saya nak jadi orang yang bijak macam Rasulullah katakan tu"

Seumur hidup, itulah pertama kali orang ajak beli kain kapan :')


Menarik betul duduk dengan akhawat ni. Selalu dapat reminder pasal kematian. Bila birthday pun dapat reminder yang mati dah nak dekat. Pergi Jordan dalam seronok-seoronok pun diingatkan pasal mati. Nikmat sebenarnya diingatkan selalu pasal mati. Supaya sentiasa sedar diri; hidup ni perlu dirancang dengan amal-amal yang menguntungkan dekat 'sana' nanti.

Jadi, untuk bulan Ramadhan tahun ni apa amalan tambahan kita yang luar dari kebiasaan bulan-bulan biasa. Kalau belum ada masih tak terlambat untuk merancang ^^ Bulan bonus ni! Jomlah grab semua peluang yang ada dan isi masa-masa kita walaupun sesimple menonton Jejak Rasul untuk dapatkan ibrah.


Tuesday, March 31, 2020

3.0 Buku Catatan


Ok janji. Kita cuba jadikan ni last post untuk tajuk ni.

Yang membawa kepada kewujudan entri bersiri ni bukanlah kerana kisah terjumpa diari dan catatan-catatan lama. Tu kebetulan sebenarnya. Sampai ter-drag point sebenar ke entri ketiga pulak hehe

Lately baru perasan yang diri ni sangatlah suka menyimpan kenangan. Selain tangkap gambar, antara cara menyimpan memori adalah dengan menterjemahkan kisah-kisah tu kepada tulisan. Jadi tak peliklah kalau dari dulu memang ada habit menulis diary :p

Kalau kita pernah berjumpa di dunia nyata, watak anda pasti ada terselit di mana-mana entri. Akhawat KMB tu rasanya semua watak diorang pernah ada dalam blog ni haha.

Lepas tu terfikir macam mana rasanya bila kita pulak baca kisah diri sendiri dari point of view orang lain. Pernah kan baca novel yang ada 2 style penulisan:

1. Watak utama sebagai pencerita (basically macam dekat blog ni je hahaha)
2. Penulis sendiri yang menceritakan kisah watak utama tu

Ok tak ingat dah apa term kepada dua teknik penulisan ni. Tapi faham kannn? Jadi benda yang nak sangat dalam syurga nanti adalah novel kisah sendiri macam style penulisan (2) tu :p

Nak membaca satu novel yang penulisnya adalah Allah dan dari point of view Allah tentang diri kita.

Kalaulah penulisnya adalah Allah,
tentulah pemilihan diksinya sangat tepat,
plotnya disusun dengan kemas,
semuanya dikisahkan dengan indah sekali.

Kat syurga nanti nak kenang memori yang best-best masa dekat dunia dulu dalam bentuk novel. Kisah-kisah mencari Allah. Kisah-kisah DnT yang manis walau tragis. Yelah kalau angpa suka tengok movie, requestlah movie. Tapi selalukan orang cakap kalau novel dengan movie, novel lagi feeling kan kehkeh.


Dah lama berangan dengan impian syurga yang satu ni. Dan teringat balik sebab usrah 2 minggu lepas tadabbur surah al-Haqqah. Antara scene dekat akhirat yang digambarkan dalam surah ni adalah scene ketika Allah memberikan kitab amal kepada manusia.

"Adapun orang yang kitabnya diberikan di tangan kanannya, 
maka dia berkata, "Ambillah, bacalah kitabku (ini)." (69:19)

Bila go through tafsir ayat ni rasa seronok sangat baca gambaran reaksi orang tu. Yakni golongan yang menerima kitab dengan tangan kanan. Mereka melaung-laung dengan ceria supaya semua makhluk ketika tu membaca kitab amalnya :')

Like, "weah tengoklah tengoklah!!!"

Excited dia macam kita dapat report card yang result semua excellent. Pastu menjerit satu kampung nak semua orang tahu. Tak sabar jugak nak balik rumah dan tunjuk dekat satu family! Dan perasaan excited tu-- perasaan yang nak bagitau dekat satu dunia tu hanya akan terkeluar bila rekod kita cantik dan excellent.

Disambung pada ayat seterusnya lagi--

"Sesungguhnya aku yakin bahawa (suatu saat) aku akan menerima perhitungan terhadap diriku." (69:20)

Bila baca ayat ni, telan air liur jap. Diorang ni sangatlah yakin dengan hari penghisaban tu. No wonder kitab amal mereka cemerlang yang amat. Kalau kita tau esok ada exam pun kita akan belajar bagai nak rak sampai rak pun patah. (Eh, yeke study? ke tak?)

Ok lah secara common sense-nya studylah kan.

Jadi, hanya mereka yang beriman dengan hari di mana segala amal akan diberi scoring; akan menjadi sangat berhati-hati dalam setiap tindakan. Keimanan yang mendorong mereka membuat kebajikan, mahu sentiasa berikan yang terbaik, membuat amal yang baik-baik. Sebab nak keep the record untuk sentiasa cemerlang.



Jadi, impian nak ada novel sendiri di syurga tu bukanlah terhenti di situ. 

Nak share novel tu dekat semorang yang ada di syurga masa tu termasuklah wildan (pelayan syurga) supaya diorang baca jugak novel tu hahahaha mestilah nak promote novel kita. Hellooo benda best kan perlu dikongsi! XD

Bayangkan menjadi watak utama. Kisah-kisah dalam novel tu pulak cuma kisah yang best-best je. Kisah yang baik-baik dan Allah al-'Afuw memadamkan keburukan yang pernah kita lakukan. Bukan sekadar memaafkan tapi juga memadam. Macam benda-benda tak best dalam diary sekolah menengah dan keburukan sepanjang hidup kita ibaratnya tak pernah berlaku pun :')

Nak duduk berehat dalam syurga di tepi sungai teh tarik, baring atas katil yang empuk (56:34), cuaca tak sejuk dan tak terik (76:13) sambil baca novel tu dan mengesat air mata, "haih penat betul dunia tu, mujurlah di syurga ni dapat berehat-rehat dengan abadi". Kemudian disambung membaca novel tersebut sambil mengunyah buah-buahan yang dipetik dengan semudahnya (69:23) dan meneguk air dari cawan yang ukurannya customize sempurna dengan tangan kita (76:16).

Bestkan syurga ni!!! Nak request katil empuk tepi sungai pun boleh 😋

Jadi inilah motivasi syurga saya supaya teruskan hidup di dunia ni dengan kisah yang baik-baik. Supaya hanya kisah yang best-best je dapat dikenang dalam 'novel' tu. Nak sentiasa buat kebaikan dan impress 'penulis' kepada kisah hidup kita ni.

"Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diredhai." (69:21) ^^,

Moga Allah kurniakan kita kekuatan untuk istiqamah dalam jalan kebaikan. Supaya bukan sahaja dapat menjadi golongan yang excited menerima buku amal (dengan tangan kanan) tapi juga untuk Allah meredhai kita sebagai hambaNya.



Jadi, apa motivasi syurga awak? (:



Friday, March 27, 2020

2.0 Buku Catatan

Punyalah lama baru nak buat sambungan. Rasanya banyak post lain yang ada label (1.0) pun tertangguh part (2.0) nyaaa haha

Semangat nak sambung part 2 ni sebab rasa tenang sikit lepas dah settle kemas barang 1 kotak besar (40kg). Kalau tak, tiap kali bangun pagi boleh murung tengok barang dalam bilik banyak sangat. Walaupun tak ada beza sebelum dan selepas kemas (view bilik nampak sama je hmm).

Mungkin barang yang rasa 'banyak' sangat selama ni adalah buku-buku je sebenarnya. 21kg out of 40kg tu untuk buku (barang lain plan to donate). Ibu pun geleng kepala (yaa video call sambil mengemas, takdelah bosan sangat haha). Pening ibu sebab tak tau nak letak buku tu dekat mana bila sampai Malaysia nanti huhu

Benda paling lemah bila mengemas ni adalah attachment pada memori lama sebenarnya. Punyalah memakan masa. Benda boleh buat cepat jadi berjam ya tuan-tuan. Kalaulah di entri (1.0) diceritakan tentang diari zaman sekolah yang telah pun dibuang di tong sampah besar dewan komuniti (kau tengok punya jauh dibuang punyalah taknak orang kesan hahaha) dan tadi terjumpa pulak diari kmb dari sem 2 sampai sem 4 dalam laci :')

Saya sepertinya……


I'm gonna keep this one precious book at all cost!!!

Serius ingatkan buku ni dah hilang tapi rupanya sampai ke UK hahhh dibawa 😂

Sebenarnya yang ni bukanlah 'diary' sangat. Tapi start nak buat buku ni sebab nak catat semua kebaikan yang Allah bagi setiap hari. Termasuklah kebaikan yang manusia lain lakukan pada kita. Buku ni kecik je - pocket size. Senang bawa ke mana-mana. Supaya bila terima sekecil-kecil kebaikan pun kena terus tulis takut nanti lupa. Member tolong angkatkan ais batu sekilo pun ditulis. Mr.Jay tangguh debate pun aku tulis nak kata punyalah bersyukur dan terharu waktu tu sebab rasa Allah faham sangat kita tak ready hahaha.

Ni page mukadimah. Punyalah kiyot siap letak rainbow-love warna-warni. Perempuan sangat ni.

Ya, niat asalnya macam tu lah. Tapi lepas beberapa bulan makin tak larat nak tulis semua kebaikan. Masa tu tersedar yang banyak sangat nikmat Allah bagi, banyak jugak rupanya kebaikan orang sekeliling. Dan hebatnya Allah ciptakan malaikat yang catat amal kita tanpa henti T___T tak caya cubalah try, penat tau. Tapi malaikat mana penat.

Selain dari mencatat kebaikan orang pada kita, banyak jugak catatan kisah-kisah awal tarbiyah yang saya sendiri dah lupa T___T wuwuuu so kalau rasa nak futur Shahizan please throwback guna buku ni betapa innocantnya awak dulu. Yang paling penting, betapa baiknya Allah dengan awak dari dulu-sekarang-dan semoga sampai bertemu Dia.

Paling kelako ada tulis "usrah Himmah dah boleh tukar nama ke usrah La Tahzan sebab tiap kali usrah mesti ramai menangis." hahahaha yaaa punyalah hati tisu usrahmates kmb dulu. Tiap kali tadabbur je semua tacing tacing :') Sampai pernah akhawat tanya, "tadi korang buat bahan apa sampai semua menangis?" 😂

Saba jap tak masuk lagi point --


Sambunglah.

Best jugak buat part-part ni.



Wednesday, March 18, 2020

Do more because you'll never know

Sebenarnya tak ada lah terkesan secara emosi sangat sebab Covid19 tapi bila balik library jalan kaki dengan coursemate tadi dan diorang bukak cerita-cerita dari first year ada lah rasa sedih sikit. Tak sangka akan akhiri tahun akhir sebegini rupa. Kita rasa kita tahu semua perkara tapi terlupa Allah lah yang mengenggam semua urusan kita.

Tak sangka minggu lepas akan jadi kelas terakhir sebelum kelas-kelas lain dibatalkan. Tak terfikir winter lepas akan jadi exam terakhir yang akan diambil sepanjang bergelar undergraduate student. Tak sangka Februari lepas akan jadi daurah darat terakhir dekat UK. Tak sangka kebanyakan program nasional tahun lepas akan jadi yang terakhir di UK sebelum balik Malaysia. Banyak perkara 'terakhir' di UK yang tidak dijangkakan ia adalah yang terakhir.


Akhawatifillah,
banyak sisi yang kita boleh insafi dari peristiwa Covid19.

Ada masa kita ambil mudah banyak perkara sebab fikirkan ada banyak lagi masa. Banyak lagi peluang akan datang. Kita bertangguh nak menyahut seruan sebab "takpelah nanti next daurah aku pergi". Kita bertangguh nak beramal sebab rasa esok ada lagi.

Hanya tersedar bila yang terakhir kalinya tak dapat diulang kembali. Mula berharap kalau tahu itu yang terakhir mesti akan all out sehabis baik. Berharap juga masa diputar kembali agar dapat buat lebih lagi. Mahu buktikan pada Allah ini lah mastata'tum yang dijanjikan dalam doa-doa yang kita ucapkan.

Saat ini, kita mula belajar dan sedar bila adanya seruan haruslah pantas menyahut sebab kita takkan pernah tahu itu mungkin peluang dan amal terakhir untuk kita perform di mata Allah.


Galakan mengkuarantin diri di rumah adalah fasa yang sangat baik untuk kita mula muhasabah. Marilah giatkan amal-amal kita, lebihkan istighfar dan taubat dalam hati, menjaga solat dan mula mengaji. Kekesalan sekarang mungkin boleh dirawat tapi sedih benarlah jika masih bertangguh taubat kerana terlupa mati akan datang dan kita akan pergi.

"Dan jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya (mereka merayu), "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia) nescaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sesungguhnya kami sekarang telah yakin." (As-Sajdah:12)

Ntahlah. Selalu sangat terbayang-bayang ayat atas tu bila banyak sangat program yang tak dapat diteruskan sebab Covid19. Mula reflect sebenarnya diri ni boleh buat lebih lagi sebelum Covid ni terjadi U_U Gerun terbayang akhirat nanti. Saat kita memang dah tak boleh balik ke dunia untuk beramal lebih lagi.

Antara soalan yang baik untuk kita biasa menanyakan diri, "kalau hari ni adalah yang terakhir, maka apa aku akan buat supaya tak kesal kemudian hari?"

Haih Covid19 ni benar-benarlah menginsafi diri.