Thursday, December 31, 2015

Random Dua Pulll.....



2004 - Jika gambar begini diambil lagi, nescaya aku yang berdiri kiri sekali


Rindunya kekecik dulu. Rindu diri aku je. Sebab rasa comel sangat masa kecik koff koff Berdasarkan gambar di atas, 4 daripada 11 tak kahwin/bertunang lagi. Perlu ke bagitahu? Perlu sebab ni semua sepupu yang kita sama-sama main dulu. Pastu tetibe semua dah kahwin T^T Sedihnya tetibe semua dah besar. Semua dah masuk alam lain (macam pelik pulak bunyinya) Perlu ke bagitahu? Perlulah sebab aku hampir terlupa aku dah ada abang ipar. Kesian abang ipar aku.


Setiap kali tengok gambar ni mesti rasa gerun sebab sepupu yang dah kahwin semua ikut turutan dari kiri. Aku cakap lah dekat shafiqa 


"weah Kak Dalila dah bertunang, kalau ikut turutan gambar lepas ni kau doh omg"


Sedih tengok gambar tu. Yang paling muda dalam gambar tu pun akan masuk 20 tahun dah. Tahun depan inshaaAllah abang pulak kahwin. Tak kisah sangat terima kakak ipar ni sebab batas aurat watlek watpis lah jugak kan.


"Susah betul ramai adik beradik perempuan ni. Tak pepasal ramai ipar lelaki. Jadi lelaki pls Shafiqa"


Lepas tu aku kena marah balik. Asyik kena marah je. Shafiqa ni suka membebel. Kesian bakal abang ipar aku nanti.


Selalu kena marah sebab tangkap gambar tak ada orang :'(


Memandangkan umur pun dah nak 20 kan, aku percaya ketinggian aku sepatutnya dah berhenti. Tapi hari tu jumpa Ecah dia boleh kata paras mata kitorang sama. Dia seram aku pun seram. Aku seram lah jugak sebab lagi tinggi lagi rendah lah BMI aku tsk.


Kelmarin aku jumpa mesin ukur tinggi dan berat dekat supermaket, gigih jugak mintak adik aku duit sebab nak ukur tinggi. Tapi aku rasa mesin tu tipu sebab dia bagi bacaan tinggi masa aku F4. Apakah? Sebab masa nak masuk KMB ketinggian aku naik jugak 1cm. Adakah tak mustahil untuk ketinggian kita berkurang?



Sedih ahhh walaupun aku tahu benda ni menipu tapi ia tetap menyedihkan bila baca berat ideal aku sepatutnya 51kg ke atas T^T




Minggu ni ajak Shafiqa kemas bilik. Buku banyak nauuu tapi dah tak pakai seperti buku latihan UPSR etc etc silibus pun 2005. Tiba-tiba terasa sangat bertanggungjawab untuk kemas mungkin sebab dah 20 -- tetibe kan takde kaitan pun


Daripada kisah susun buku tiba-tiba nak beli rak buku baru (impian dari dulu) tapi impian aku lagi besarlah. Aku nak satu bilik khas untuk buku je. Tapi yaa... bersyukur dengan apa yang mampu dulu. Daripada kisah nak beli rak buku, abang payung juga rak kasut baru dan rak tv baru. Daripada kisah perabot baru tiba-tiba nak pecah bilik depan ni untuk dijadikan ruang tamu.


Hahhh mana aku tak gelabah. Dah lah minggu terakhir ni aku baru nak mula buat kerja sekolah. Tiba-tiba satu rumah berselerak. Memang tak bagi aku chance buat kerja sendiri T^T pagi sampai malam kemas rumah je.




Kemas almari lama tiba-tiba terjumpa baju aku masa kecik. Tiba-tiba ibu jadi syahdu "alahai kecik ni je hah engko dulu-dulu" dari ayat tu aku dapat hidu ibu taknak buang baju lama tu. Biasalah ibu-ibu. Kita ni mana nak rasa sayang sebab tak percaya "betul ke aku pernah pakai? Tah mak aku tipu je."


"buang je lah ibu, ni hah baju bebanyak pun ada tak terpakai"

"Bagilah anak kau nanti"

"Lama lagi lah ibu"

"Ok nah bawak gi dapur buat alas kaki"


"Okay.............alas kaki ok............."




Dah nak masuk 20 ni ingat nak jadi matang lah. Nak beralah dengan adik aku. Tapi gagal mungkin sebab tak 20 betul-betul lagi hahahaha hari tu pergi Vietnam aku belikan adik aku telekung. Bila aku cuba pakai ehhh sedap pulak. Aku cakaplah dekat dia,


"Mina, kakcik ambik dululah telekung ni. Telekung ni beso nanti engko dah beso aku kasi balik"


Ni first time tau aku buruk siku.


Yelah, nanti dah betul-betul 20 saya jadi matang betul-betul.

Friday, December 18, 2015

Nikmat kesakitan

Hari ni rasa macam loser sikit. Tak banyak bergerak, tak rasa produktif.

Dalam sehari ni, dua kali ambik ubat.

Untuk yang kali pertama, 8 jam kemudian masih tak beri sebarang kesan.

Malamnya, ambil lagi sekali. Ubat lain, lebih kecil saiznya. Selalu rasa makin kecik ubat makin kuat dos dia. Aku je ke rasa macam ni?


Untuk ubat kedua, Alhamdulillah Allah sembuhkan.


-- Dan menyedarkan.


6 pagi di KMB


Tersedar, awal-awal tadi aku terlupa meletakkan pergantungan pada Allah. Hanya bacaan Bismillah dan selawat seperti biasa kemudian terus telan, terlupa untuk betul-betul berharap pada Allah. Aku terlupa sakit kita ni kalau dia hilang, bukan kerana ubat yang ditelan. Ubat tu hanya antara usaha dan cara bagi menyembuhkan. Kalau makan 10 biji boleh jadi je masih tak sembuh sebab Allah tak izinkan. 


"Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku" (Al-Syu'ara:80)


Sebab tu pada awalnya, sebelum ubat masuk ke badan kena faham dan yakin apa yang menyembuhkan kita. Setiap kali nak telan ubat, atleast aku akan bisikkan pada diri. Tapi untuk kali ini, aku terlupa T^T



7 pagi berhampiran KMB


Masing-masing ada sakit masing-masing

Migraine ni dari kecik Allah hadiahkan. Dari kecik jugak dah terbiasa telan ubat-ubat pil ni. Kadang cuba juga elakkan. Takut beri kesan pada buah pinggang. Tapi, memang selagi tak ambik ubat, sakit tu tak hilang (nangis). Waktu kecik dulu hanya ubat sakit kepala biasa, lama-lama makin luar biasa. Daripada yang paling basic, bertukar pula activefast sebiji. Lama-kelamaan 2 biji. Kemudian tiada sebarang kesan, cari lagi ubat lain.

Sebab sakit ni, terlalu banyak yang aku pantangkan pada diri. Masa kecik aku asingkan bantal khas untuk kepala, bantal kaki untuk kaki je. Bantal yang aku guna untuk peluk tak boleh guna dekat kepala. Hahahaha mitos budak kecik yang takut diserang sakit. Pastu ambik marker conteng "Bantal kepala" -- "Bantal kaki". Dengan tulisan yang alahai buruk gila masa tu herher Darjah 1 takkan tulisan nak lawa kan. Siapa terpijak "bantal kepala" aku memang tak selamat lah dia lepas tu. Sampai macam tu sekali. Budak kecik, ntah apa punya perangai.

Macam-macam jugak mitos yang aku reka. Pernah jugak rasa sebab rambut berat sangat. So masa tu rasa nak botakkan je kepala ni sebab nak test betul tak mitos aku tu. Sampai sekarang sebenarnya aku rasa "kan best kalau boleh botak" hahaha k teruk perangai. Ibu pantangkan jugak jangan minum teh. Tapi sampai sekarang aku tak boleh follow pantang tu. Masa minum mana ingat sakit, pastu menangis cari ibu hahahahaha


Seawal pagi di Putrajaya


Ada yang pernah kata pada aku, "engko ni asyik sakit kepala je"

"semua orang kan ada sakit masing-masing" pastu aku gelak -- Dialog nak tutup rasa sedih. Sobs sedih jugaklah sebab migraine ni unmeasureable. Sakit yang bukan boleh ditunjuk sakitnya bagaimana. Tak boleh dilihat lukanya besar mana. Kalau boleh ditunjuk pun, kenapa perlu? Senyum selagi boleh kerana ada orang yang sakitnya lebih maha hebat berbanding kita.

Kalaulah sakit ni boleh dibahagi-bahagikan. Tapi nak bercerita tentang "kalau", gajah pun boleh terbang kan. Kadang bila sakit kepala ni eloklah disenyapkan aje. Kalaulah setiap kali sakit ni nak diberitahu, percayalah orang boleh bosan. Sebab sakit kepala ni bukan jarang-jarang kali menyerang. Seminggu sekali sakit pun Alhamdulillah. Bila orang tanya "ok tak?" malu untuk cakap kita sakit. Sebab taknak dia risau.

Benda macam ni akan buat kita sedar, tiada sebaik teman melainkan Allah. Yang mana pernah bosan dengan adu domba hambaNya. Nikmat kesakitan adalah nikmat yang jarang-jarang kita hargai. Sedangkan ia nikmat yang paling mudah mendekatkan diri dengan ilahi.

Bersyukur kerana sentiasa ada peringatan dari Allah. Bila sakit-sakit begini buat kita terfikir mungkin kita terlalu sibuk dengan dunia. Mungkin terlalu banyak dosa. Bersyukur kerana Allah hadirkan jalan buat kita kembali kepada Dia.


Bila tengok gambar ni, rindu pulak semorang. Alahai.


Pernah juga rasa malu bila perasan dalam banyak kali sakit ni, berapa kali je sakit kerana sibuk memikirkan soal dakwah. Tiba-tiba teringat murabbi kami yang selalu pening nak uruskan perangai mutarabbinya.

"Tapi akak tak kisah. Supaya nanti akak boleh claim dengan Allah, yang sakit ini adalah kerana menjalankan tugas dakwah dan tarbiyah"

Ohsem gila T^T Sungguh nikmat kesakitan itu nikmat yang indah. Terasa manisnya tika sakit itu kita masih mampu ucapkan Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.



Sunday, December 13, 2015

Nafsu buaya



Balik Malaysia nanti Shafiqa nak makan:




The true definition of "nafsu buaya"

Mengidam teruk sebab dekat sana tak boleh makan ayam kihkih


tengah musim sejuk kan. Sejuk-sejuk ni memang cepat lapar. Hm nampaklah nampak. Dulu selalu panggil Shafiqa robot sebab semua benda dia buat keras. Tangkap gambar pun senget. Allergic betul dengan gambar senget ni.


Friday, December 11, 2015

03. CAS - Kem Motivasi


Benda ni ditaip sehari selepas habis exam. Cuma tak dapat nak post sebab line internet tak power. Saja nak pesan, jangan rasa pelik dan konfius kalau tiba-tiba rasa macam balik ke masa lampau ke pe huhu

Baru habis sem 3 pun dah gembira, apa lah perasaan bila habis IB nanti


Nak bandingkan antara ketiga-tiga sem, sem 3 lah yang paling gila sekali. Gila bila asyik dikejar-kejar oleh advisor, gila betul dalam seminggu kena submit IA(s), TOK Essay, EE draft. Gila jugak bila semua beratur panjang luar staff room sebab last minute consult WA. Bila cerita dekat ibu, abah, abang, akak, ayong, syahmina (eh macam faham je adik aku ni) yang kerja aku banyak -- semua akan respons “buatlah sekarang”, Susah tau bila tak siapa faham sistem IB ni T^T. 


“Tapi ni bukan kerja boleh buat bila-bila masa je. Selagi tak ada idea mana boleh gerak”. Lepas tu menangis Hahahahahahaha sedih nauu sebab orang lain tak faham. Nasib baik Allah faham.


Alhamdulillah tak pernah dikejar advisor EE. Advisor pun baik sangat, tak pernah pressure, siap belanja makan lagi pastu... eh taknak lah cerita lelebih nanti ramai jeles hihihi



Sejuk hati sepanjang nak balik bilik baca ayat-ayat motivasi cenggini. 
Cecikgu ni tau-tau je student selalu rasa nak give up.


Yang paling gila, minggu depan nak exam tetibe weekend tu kelas kitorang buat projek cari dana – buat program motivasi dekat sekolah menengah sebelah. Gila sebab tak prepare lagi untuk exam. Gila jugak sebab tak pernah-pernah kerja jadi fasi. Masa pendaftaran Y1 pun volunteer jaga bakul je. Tapi masa tu tetibe ramai datang nak jaga bakul eh ehh, aku pun berfoya-foya lah pusing KMB tengok-tengok adik yang berpotensi untuk… (eh rahsia rahsia)


Dekat mana tadi? Hah ya, kem motivasi. Macam kelako jugak lah, sebab rasanya kitorang yang perlukan motivasi (sem 3 lah katakan) tapi beria pergi sekolah sebelah nak motivate hadek-hadek form 1-form 4 untuk belajar bersungguh-sungguh ehehehehe


Memula risau jugak sebab tak pernah handle benda cenggini (insert emoji menangis sebanyak mana yang anda inginkan) mana tau hambar ke apa en. Sebab majority kelasmates adalah introvert (termasuklah diri saya hiu hiu mengada) pastu beza umur bukan jauh mana. Sebab aku terbayang masa sekolah menengah dulu ada kengkawan yang spesis “eleh poyo je akak abang ni, padahal beza umur sikit je”, ish ish tak baik kan.




Alhamdulillah, adik-adik dekat sekolah ni baik betul, terharu jap (kesat air mata). Orang lain dah cuti tapi diorang sanggup patah balik asrama sebab nak (kena) sertai program kitorang ni. Lepas tu diorang punya ketepatan masa memang boleh buat budak sbp lain menangis lah. Eheh, ingat budak SBP tu punctual sangat ke, lagi-lagi budak lelaki…. (eh terlajak menaip pulak)


Pastu yang tak tahannya sebab aku rasa kitorang ni ntah apa apa je. Tapi sebab ada kelasmate lelakiss, keadaan rasa macam selamat sikit. Tetibe rasa ada hikmah kelasmate ramai lelaki. Sebab biasalah kalau ke sekolah menengah ni mmg abang-abang yang tak hensem pun tiba-tiba ada ada adik yang kata diorang hensem hahahahaha ya Allah tetibe k tetibe! nak menaip pun meremang.


Dah lah ‘hensem’ lepas tu nak gi overseas pulak tu uuuuuu. Mesti adik-adik tu macam “wowww hebatnya abang ni”. Benda tu biasalah, aku dulu pun pernah je lalui fasa umur 14-16 tahun. Biasalah tu, masa uni fair dekat KMB pun ada senior datang jaga booth lalu kitorang pun - “wahhh hebatnya, kakak dengan abang ni dah flyyyy”. Benda tu normal je. Nasib baik aku tak bound Canada, kalau tak nak apply uni Uottawa, dapat jumpa abang…... eh gurau gurau


Ya ya normal je semua tu. Tapi yang tak normalnya bila budak lelaki kelas aku ni nak berbunga lelebih, “Jan, tadi ada orang mintak bergambar dengan aku. Kau hado?” -- takpelah bila lagi korang nak rasa macam ni kan.


Kan? *jongket kening*


Yang tengah tu Muiz, watak utama sepanjang 2 hari program ni.


Kitorang ni tak ada lah syok sendiri nak motivate orang tapi tak ada ilmu apa pun. Diri sendiri kekadang kelaut tsk. Tak nak lah adik-adik ni lemas macam kitorang. Makanya, ada jugak slot dari ‘ustaz yang ajar kelas kitorang’, namanya Imam Muda…. eh tak nak lah eja nama dekat sini. Mana tau nanti ustaz google nama dia pastu terjumpa entry ni. Tak ke kena bahan 7 keturunan dalam kelas nanti huhu


First day terpaksa batalkan slot dengan ustaz sebab tiba-tiba ustaz ada hal yang tak dapat dielakkan. So, satu hari adik-adik tu dengan kitorang je hahahaha mesti bosan kan seharian tengok muka akak dengan abang ni. Tapi sabar jap sebab korang kena bertahan dua hari dengan kitorang hihi


Jadi petang tu kita main game. Malam nanti baru cuci diorang.






Maaf... masa korang sibuk cuci lantai aku tengah sedap minum teh T^T
Tu lah siapa suruh main baling-baling telur hmph kan dah berbau satu koridor



Malam tu, lepas talk (yang hampir dua jam) kitorang buat game sikit. Tulis ayat yang boleh motivate orang lain pastu masukkan dalam belon pastu baling. Tipikal kan? Hehe nasib baik bebudak ni excited. Aku pun ambiklah satu belon ni secara rawak, dalam tu dia tulis;


"saya nak kurus tapi tak nak kurus sangat bla bla bla dan nak banggakan ibu bapa..."
.
.
.
.
.
.
.

"...saya nak kurus tapi tak nak kurus sangat..."

Rupanya dia salah faham, ingatkan kena tulis harapan dan impian dia.
Tapi... kenapa mesti dapat dekat aku? Mintak tips kot Hmmmmmmmmm


Post mortem dalam gelap sebab asalnya tak jumpa lagi mana-mana bilik kosong. Alhamdulillah tak sempat duduk seminit terus pindah guna bilik prep bebudak ni.


Terima kasih ustaz. sebenarnya ustaz ni jugak yang bagi idea untuk cari dana dengan buat program kem motivasi. Walaupun awalnya semua sangatlah berat hati sebab nak exam kottttt. tapi bila dah habis program, rasa tak percaya yang kitorang berjaya buat benda ni. Sungguhlah, Lahawlawalaquwataillabillah.




Alhamdulillah atas segala-galanya, astaghfirullah jika ada timbul perasaan yang kita lakukan semua ni atas kekuatan dan hasil daya usaha kita. Kalau Allah nak bantu, dia akan bantu je. Kalau ikut untung bersih pun ada lah seberapa, tapi pulangan dia (tiba-tiba) berganda-ganda sebab cikgu-cikgu sana ada bagi dana dalam bentuk wang, ada sumbangan kain dan baju sampai 4 kotak. Baik sangat cikgu-cikgu tu. Dah lah dapat makan and tidur free kat sana ^^ kakak dewan makan pun baik. 


Banyak feedback kawan share dekat whatsapp
tapi banyak jugak yang aku dah delete hahahaha


Walaupun awalnya berat hati nak buat program ni, tapi lagi berat hati rasanya nak balik KMB petang sabtu tu hahaha sebab minggu depannya dah exam. But then, those 2 days escapism gave us something to be experienced (;



Psst: Sehari selepas tu, tiba-tiba aku masuk satu whatsapp group ni. Group yang bebudak ni buat dan dalam tu ada semua kelasmates (lap peluh) #Teamtaklehmoveon ke hapa ni

--Semoga diberi kekuatan untuk leave group tu


Wednesday, October 28, 2015

Bayang




"Nama siapa?" -- "Nama siapa?"

*serentak*

(Orientasi, Jun 2014)

Dari situ bermulalah kisah-kisah mereka asyik berkata perkataan yang sama pada masa yang sama. Kelas yang sama. Kumpulan yang sama. Awal-awal menakutkan jugak. Lama kelamaan sendiri boleh agak apa yang dia nak katakan.

Sama-sama tak mohon pun untuk belajar di sini. Tapi Allah tahu aku perlukan support system yang bagaimana. Kalau Allah kata kita akan jumpa, akan jumpa jugalah.

Selamat hari lahir.

Belajar elok-elok, nanti nak pergi Canada tahulah aku nak menginap dekat mana huhuhu

Friday, October 23, 2015

Si menyedihkan

Sedihkan bila nampak orang sekeliling kita penat, tertekan, dan tak tahu solution kepada masalah dia.

Sedihkan sebab kita nak tolong dia, tapi tak tahu macam mana.

Tapi, nak tahu apa yang paling menyedihkan?

Bila kita tahu Allah dan AlQuran lah solutionnya, tapi kita tak mampu bagitahu dia.

Mungkin kita kecut dengan emosi dia pada waktu tu,

Atau kerana takut dengan sebarang penolakan.

Sedihkan sebab kita suka bagi alasan, sebenarnya kita tahu je solution dia.

Sedihkan. Sedih betul dengan diri sendiri.

Kadang, berdiam dan mendengar tu bukanlah solution kepada diri kita. Sampai bila nak jadi orang yang menyedihkan ni Shahizan?

November, 2014 - KMB sebelum jerebu

Kawan-kawan, bersabarlah. Sikit je lagi. Senyum.

Thursday, September 24, 2015

Mudah bagi kamu, tak senang untuk dia


Kerana jahiliyah dan struggle yang berbeza,
kita selalu terlepas pandang pengorbanan sahabat lain. 

Walau bagi kita amat kecil,
siapa tahu diam-diam dia sakit.

Bagi kamu 50rm tiada apa,
Untuk dia mungkin 50rm besar nilainya.

Dalam perkara yang lain, untuk ke mana-mana program
 setakat naik bas buruk bukanlah menjadi satu hal;
jangan lupa pasti ada yang menahan rasa, pusing kepala dan tak selesa. 

Tapi diam-diam, susah-susah, mereka lakukan juga, 
walau manusia tak nampak – bukanlah itu yang mereka kira
Kerana mereka sedar Allah itu sentiasa ada dan tahu apa yang dirasa.
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" [50:16]

Masjid KLIA, 2015

Membeli kasut berharga 80rm adalah struggle bagi dia.
Dahulunya ratus-ratusan dilaburkan hanya untuk sepasang kasut.
Walaupun 80rm masih besar di mata kita, tapi raikanlah susah payah dia. 
Sekurang-kurang dia mencuba

10rm yang didermakan oleh orang yang tiada apa, 
dan 10rm yang didermakan oleh orang berada tak sama sakitnya.

Dan bukanlah pengorbanan kalau tidak merasakan sakit.
Yang sakit itu moga Allah pandang.

Raikan pengorbanan dan susah payah sahabat kita.
Untuk buat sesuatu keputusan fikirlah masih ada hati-hati yang perlu diambil kira.
Mudah bagi kamu, tak senang untuk dia.

*Menaip sebaik sahaja terbaca entry ni dari Blog Teme*

Jalan dakwah ni tak mudah, sudah pastinya menuntut banyak pengorbanan. Tapi baiknya Allah Dia hadirkan orang-orang yang akan membantu sama; Masing-masing saling melengkapi. Dan antara perkara yang menguatkan mereka adalah ini;


"sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin jiwa-jiwa mereka,
dan harta-harta mereka dgn membayarnya dengan syurga" [9:111] ☺💞


(Salam Hari Raya Korban 1436H)

Oh yaaa lagi entri berkaitan Eid Adha dari belog:


Moga ramai dapat mengambil ibrah dari 2 penulisan hebat ini ^^



Tuesday, September 22, 2015

02. CAS - Sehati Serumpun 9.0

Assalamualaikum akak hensem, abang cantik sekalian,

Kali ni rasa nak taip pepanjang. Ntah mana datang masa yang banyak tu tak tahu lah. Nanti meroyan tak sempat nak siapkan assignment, pastu bagi alasan kat cikgu tak cukup masa. Derhaka jugak aku ni hahehihohu


Walau menyampah mana dengan IB, kadang-kadang sistem IB (Baca: International Baccalaureate) ni bagus jugak. Bukanlah nak bandingkan dengan sistem pendidikan Malaysia tapi ada benarnya kata kawan aku yang seorang ni,


"5 tahun belajar KOMSAS kat sekolah menengah, tak rasa pun sastera tu dalam diri. Tapi dekat sini (KMB) rasa macam... macam... masuklah. Rasa lebih hargai sastera tu, rasa seronok belajar teks-teks sastera"


Tak boleh nak tulis accurate sangat tapi tambah tolak macam tu lah. Aku angguk sebab rasa benda yang sama. Bila dia cakap baru aku sedar. Rasa best benauuuu belajar sastera tapi cuak gak IOC nanti gagap-gagap hahaha


IOC ni apa? IOC ni macam dia kasi kau satu teks, contoh (mana-mana puisi) pastu beberapa minit untuk kau analisis, dan kemudian 15 minit untuk kupas puisi tu. Suara anda akan dirakamkan. Saja brief mana tau kot kot ada junior berminat nak ambik IB (hahahahaha well you can, but not highly recommended)


Bukan silap cara mengajar. Ya Allah saya sayang sangat cecikgu sabda sampai rasa nak jadi macam mereka! Tapi mungkin sistem pendidikan kita yang tekankan untuk skor dalam eksam berbanding apa nilai yang student boleh dapat. Bagi mat saleh, sastera yang memanusiakan manusia. Kalau first language German, kena lah belajar sastera German gitu.




Dah kenapa Shahizan ni semangat sangat cerita pasal IB? Sebab Malaysians ni tahu A level je sobs padahal kitorang yang ambik IB ni sama je nyawa nyawa ikan nak tempuhi 2 tahun persediaan. Mana laaa tau ada junior yang nak ambik IB sebab dia suka cabaran ke. Aku jumpa je manusia dekat KMB ni bila ditanya "kenapa IB?"

"Sebab saya tak puas hati bila ramai seniors saya dulu kata IB susah. Saya bukan jenis senang nak percaya. Dan nak lah jugak rasa susah IB tu macam mana" Kata seorang pelajar yang dahulunya SPM 9A+


Menarik jugak lah kalau cerita pasal sistem IB ni. Walaupun selama ni belajar sains tulen, tak pepasal kena ambik jugak subjek sains sosial dan language. Terkapai-kapai jugak awalnya, tapi Alhamdulillah Allah permudahkan je.




Belum lagi cerita pasal requirement untuk dapatkan IB Diploma. Salah satunya kena buat CAS (baca: Amal bakti) selama 180 jam. Sebenarnya 150 jam je, tp KMB memang saja lebihkan, kot kot ada amal bakti yang tak diterima ke. Sedihkan manusia ni, hanya dengan beberapa syarat je aktiviti tu dikira sebagai CAS. Kalau dengan Allah, kutip sampah pun dah dapat pahala huhuhu tak tahu apa kaitan, tapi saja nak kaitkan.


Laporan CAS tu pulak kena ada reflection. Alahai alahai....


Tapi nampak tak hebatnya IB ni.  Nampak takkk? Tak nampak lettew hiu hiu ehem tak ada apa pun, poyo je aku ni. Sebenarnya dalam Islam pun sebelum tidur, kita digalakkan untuk muhasabah apa yang kita dah buat seharian. Dan IB ni latih kita untuk setiap event kena ada reflection. Cuma tak bestnya kena tulis pastu nanti ada orang baca, malulah. Kalau muhasabah sebelum tidur tu, dalam hati je. Rahsia kita dengan Allah hehehehe


Terjumpa masa buat eksperimen dekat Pantai Morib :')


Awal-awal dulu kena buat CAS rasa malas sangat sebab "Tolonglah bagi kitorang belajarrrrr je. Tak nak buat external pebende pebende ni semua" Berangan nak sistem cam student Alevel, hadap buku je huhu Poyo je kan, acah nak belajar. Ntah aku ni kalau suruh belajar pun bukan fokus, banyak main. Shahizan Shahizan *geleng kepala*


Nak buat cemana, mat salleh ni memang suka apa-apa yang berkaitan dengan charity dan amal bakti. Kalau nak buat PS untuk university habis semua pasal CAS kita sumbat hahaha dan sedikit sebanyak IB ni mengajar kita untuk mengamalkan apa yang Islam memang dah suruh dari dulu. 


Tapi lama-lama, CAS ni lah yang ditunggu-tunggu sebab nak hilangkan stress belajar. Masa Sem 1, pernah buat entry CAS di Taska Annurrr. Pergilah baca! Haha tak malu kan sekati je suruh orang baca. Best CAS dekat Taska, banyak bebudak comel belaka hihihi nanti kalau ada duit lebih nak cuci gegambar tu hadiahkan dekat Taska ^^ mesti bebudak tu happy tengok gambar diorang. Tunjuk gambar dari camera pun dah lompat-lompat excited haihh.



Walaupun di-gelakgelak-kan oleh kumpulan lain sebab CAS dalam KMB je, tapi diorang tak tahu betapa nikmatnya CAS dengan bebudak ni ^^


Untuk Sem 2 dan sem 3, disamping kena turun padang petang-petang (untuk claim cas hours) kitorang ada CBP (Class Based Project) ke Vietnam. Projek di salah satu masjid di sana, dan melawat orang-orang kampung untuk agihkan bahan asas (ewah ayat)


Siapa keluarkan peribahasa kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan aku cepuk kang. Bukan kitorang yang pilih tempat projek ;'( Kolej dah sediakan tempat-tempat. 10 dalam negara, 10 luar negara. Kelas mana cepat, dia dapat gitu. Masa wakil kelas kitorang pergi tinggal beberapa tempat je lagi, dan vietnam dijadikan pilihan. Lagipun selagi pegangan akidah kita sama, tiada sempadan yang memisahkan. Kan? Ke tak? Ke cemana? Hah, jangan sampai aku start promote kelab HOPE (Humanitarian for Palestine) pulak herher


Alhamdulillah kebanyakan kelas yang pegang projek dalam negara banyak dah settle dengan CBP diorang.


CBP ni dengar macam mudah, tapi nak cari dana mashaaAllah subhanAllah. Masa ni lah rasa macam mana susahnya makpak kita cari duit. Dengan macam-macam dugaannya. Dengan stress EE, TOK, IA(s), IOC, IOP, dengan belajar lagi, dengan nak tulis blog lagi. Eh? etc etc taknak lah senaraikan semua nanti junior takut kihkih


Selain cari sponsor, kelas kitorang buat jualan dari sekecil-kecil benda. Roti sosej, Amsyuk Waffles, Askem Goreng, Burger Bakar, Domino's, Nasi Arab, Button badge, Skirts, tudung, handsocks, nasi lemak dekat stadium futsal etc etc. Eh rasa macam tak ada lah banyak sangat bergerak tapi bila menaip, baru sedar dah jual macam-macam hoho



Best tau jual pizza. Sendiri jual - Sendiri beli - Sendiri makan.


Registration Day Y1- Kelako je tau, jual tudung, handsocks bagai tapi ramai classmates lelaki yang jaga gerai hahaha kesian diorang. Semorang takut nak datang dekat pastu bisik dekat aku "Jan, nanti dekat blok ada lagi kan?" 


Megafair - Tak tahu nak terharu ke nak gelak dengan nama gerai yang diorang gantung, haih sayang betul dengan classmates ni.



Part yang paling payah, Niat. Niat tu. Hm sedih pulak. Kadang-kadang asyik fikir nak cari duit sampai terlupa niat. Adik-adik, ni akak nak pesan, kalau niat sekadar nak dapat CAS Hours, that's it! tu je la yang kita dapat. Tapi kalau niat lillahita'ala nak memudahkan saudara muslim dekat sana, inshaaAllah pahala yang berterusan Allah ganjarkan. Sebab hidup ni kan nak kejar akhirat tanpa lupakan bahagian dunia.


Sesiapa yang nak jadi sebahagian dari projek ni dan tak tahu bagaimana, boleh lah anda anda rujuk poster di bawah. InshaaAllah kami masih mengumpul dana, kalau ada rezeki, bulan Disember ni terus pergi elok habis je exam sem 3. Doakan segala urusan kami dipermudahkan.



"no one has ever become poor by giving"


Sunday, September 20, 2015

Mana mungkin sama



Tajuk sinetron habis hua hua


Sabda, 2013

Tak sangka boleh spent masa sejam untuk baca post-post lama. Mungkin ada yang menganggap sejam yang terbuang, tapi itu lah sejam yang digunakan untuk membandingkan shahizan dulu dengan sekarang.

Kisah yang dibaca, semua kisah serama. Ya Allah rasa sedih sangat, sayu, rindu. Sebab sedar je semua tu tak boleh patah balik. Kisah-kisah yang tak semua orang alami, kisah yang mana mungkin dapat dijual beli.




Memandangkan aku adalah manusia yang sangat suka pada tarikh dan masa, jadi bebenda cemtu sangatlah signifikan. Sebab boleh rasa "Uyohhh dah 2 tahun berlalu." Bukan entry dalam blog ni je, tapi buku-buku nota CAMPAP dari F1 sampai F5 yang aku wujudkan setiap tahun -- Nampaklah, nampak perkembangan diri ini bagaimana. Tak percaya sebab dah 6 tahun, masih tak move on lagi dengan blog ni. Tak percaya jugak betul ke aku yang taip semua entry lama tu? Huhuhu


Suka bila cikgu Malay mula bertanya soalan yang buat otak rasa tergaru-garu,
"kenapa di setiap sajak, penyajak akan tulis tarikh?"


"Sebab dari tahun ke tahun kita dapat lihat bagaimana pemikiran penyajak tu berubah. Contohnya Usman Awang, kalau waktu muda-mudi banyak sajak bertemakan perjuangan tapi semakin mendekati usia senja tema sajak mula berubah kepada tema kasih sayang."


Ntahlah, rasa rindu bila baca post-post lama. Rindu apa, tak tahulah. Rindu dormmates, classmates, batchmates, cecikgu, juniors, langit bagan. 







Rasa makin matang (hahahaha yeke?) dapatlah rasa yang cara penulisan tu dah tak sama. Shahizan dah nak masuk 20 tahun hahahahaha ya Allah seramnya nak taip dua-pullll.. hmmmm hmm k


Tapi itu lah hakikatnya. Buat kita sedar yang Allah Maha Berkuasa, dan sangat cantik aturan Allah macam mana Dia sentuh hati hamba-hambaNya. InshaaAllah, masih dalam usaha perbaiki diri menjadi Abdullah sejati.


Dan doa-doa dari anda itu sangat saya perlukan (:

Thursday, September 17, 2015

Current mood






EE
CBP
Physics IA
Malay WA
TOK Essay
Econs IA(s)
English WA
Chemistry IA
PAI Translation
Maths Exploration


A005

[94:5]

Saturday, September 05, 2015

Jalan baru

2 minggu lepas gerak ke Perak. Benda plan last minute. Kesian kawan yang kununnya nak gerak hari Rabu tapi sebab aku ada kelas, tiba-tiba dia pun gerak 3 hari kemudian (sabtu) sama-sama dengan aku T^T rasa bersalahnya.


Tak tau kenapa last week rasa nak pergi sangat Perak. Sebab makin lama makin ramai cikgu pindah keluar dari Sabda. Lepas ni kalau pergi sana tak tau nak melawat cikgu apa dah (nanges) dan waktu ni je pun masa yang agak-agak free untuk jumpa kengkawan dekat Perak. Lepas ni dah bizi, memasing dah mula masuk U sobs makin susah nak jumpa.




dan bertolaklah aku dan safiyyah ke teluk intan/bagan datoh seawal 8 pagi Sabtu 210815


Oh ya, pergi sana mintak tolong abang yang hantarkan huhuhu Kononnya perjalanan pergi aku nak drive. Kot kot lah dapat anugerah adik paling bertimbang rasa sebab atleast takdelah abang penat pergi-balik dia yang drive herherher


Tapi kita hanya mampu merancang kan *cough* tiba paginya rasa macam tak sanggup pulak nak drive. Aku ni macam ada satu penyakit di mana bila masuk kereta je mesti rasa nak tidur. Dia macam best tau tidur dalam kereta ni. Rasa macam duduk dalam buaian. Tapi dah besar gajah tak mampu lah nak masuk buaian. Berangan tidur dalam kereta je lah.


Masa dalam kawasan KL macam hmm bolehlah boleh, segar lagi. Tak sampai hati nak tidur. Dah lah suruh abang hantar lepas tu biar dia drive sorang-sorang. Radio pulak ikut taste aku, lagu pelan-pelan. Tertidur kang semorang dalam kereta tu. Hahhhhhh


Tapi serius, tidaklah hamba mampu. Ntah dah sampai mana tetibe TERlelap hehehehehe


Sampailah satu masa aku terjaga balik, tetibe rasa pelik. rasa abang ni lalu jalan yang aku tak pernah lalu sepanjang 5 tahun ulang-alik Bagan Datoh. Dia rasa macam WOW gila lah! Pemandangan dia lawa sangat. Rasa nak nangis je masa tu. Daripada mengantuk terus tak pejam mata sebab nak hadam semua pemandangan sepanjang jalan tu.



Sebab jalan ni first time kita lalu kan. Jakun sikit (banyak sebenarnya). Lagi-lagi bila view dia lawa. First time balik bagan bukan kelapa sawit semata kiri dan kanan. Masuk jalan kampung, Kampung Tengi tak silap. Best sangat! Kiri kanan jalan ada je signboard "Subhanallah"-"Alhamdulillah"-"Allahuakbar"


Aku rasa setiap saat aku "Wahhhh cantiknya" - "Uyohhhh" - "Eh ada ladang lah!". Kalau korang ada dekat situ, mesti rasa nak tampar je shahizan ni sebab annoying sangat -- jakun T^T nak lalu lagi jalan tu


"Ahhh kau jangan berangan, Sekali ni je aku belanja lalu jalan ni" -- kata abang

Alaaaaa *kesat air mata*



Aku tau engkorang rasa biasa je. Tapi aku rasa luar biasa sebab selama ni balik bagan datoh nampak kelapa sawit je T^T



Tak tak, memang tak nak cerita pasal sabda pun. Entri ni sebenarnya nak cerita yang aku discover jalan baru untuk ke bagan datoh hohoho tapi alang-alang dah sebut pasal sabda ni en -- kitorang sempat jugak lah seludup masuk ke kawasan aspuri (sebab pak guard tengah tidur hahahaha) singgah dorm junior.




Seb bek lah diorang ni baru balik dari kelas -- prep pagi. Molek-molek je semua dengan baju outing pastu kitorang cam, "ehhh korang pergi pakai tudung balik! Jom lah tangkap gambar!"

Tak tipu, jeles tengok plan kedudukan dorm sekarang. Locker semua rapat ke dinding, katil tengah-tengah, dah tak ada pembahagian side A dengan side B T^T pastu ampaian berbumbung, ditambah lagi ampaiannya berjuta-juta pulak tu (eyy over je) siap letak label lagi, satu dorm dapat satu ampaian.

Jelesnyaaaaa :((((( kbai


Ntah bila nak move on bercerita tentang sabda ni


Saturday, August 08, 2015

satu lawan satu

Terpikat dengan cerita kak Aishah (batch '09) macam mana dia lalui Ramadhan di KMB dulu.

Kalau dah terpikat mesti lah rasa cam nak ikut kan. Ceritanya pasal melawan nafsu je. Bestnya Ramadhan sebab setan kena ikat. Kira ni macam perlawanan yang adil lah kan. 1 lawan 1 gitu. Hanya tinggal kita dan nafsu.

Setiap kali nak dekat waktu berbuka abiasolah mesti ada rasa cam eh nak beli lah air dekat kepsi (baca: food court kmb) sebab kepsi kalau buat air tak pernah tak sedap. (Dah lah sedap, murah pulak tu nak banding dengan tempat lain).

Padahal sedar je yang Dewan Selera dah sediakan air (foc) tapi mungkin tak menarik minat sebab tak sejuk *cough* ais terapung-apung dekat atas so atas je lah yang sejuk :'( Makcik DS pulak tak bagi cedok dari atas, sebab yelah nampak macam tak senonoh benar.

Atau kalau pergi bazar - (yang mashaaAllah jauh gila. konon nak pergi sekali pastu taknak pergi dah. Tapi ntah dua tiga kali jugak pergi tahun ni eherherher) - lagi lah banyak air yang warna-warni yang sejuk dari atas hingga bawah. Rasa macam nak beli banyak banyak T^T

Tapi sebab guwa sedar itu semua nafsu.

Fikir jap.

Aku lupakan rasa nak beli. Sebab sedar tu semua nafsu. Boleh je minum air free dekat ds. Kalau beli satu boleh lagi. Tapi kalau angkut sampai 2-3 plastik nampak macam bernafsu sangat. Pernah sekali tu DS sediakan air masak/kosong/putih/atau-apa-sahaja-namanya, semorang pakat-pakat nak beli air. Kalau tak sempat beli kat kepsi, telefon kawan yang mungkin masih di bazar.

Aku pun - "yesss akhirnya bolehlah nak minum air best sikit"

Tapi... eh tak boleh, masa ni lah nak uji ketahanan diri. poyo je kan. Haishhh, tapi itulah sebab dah target Ramadhan kali ni nak ajar diri jangan nak ikut sangat keinginan tu.

Aku pun tak beli lah air apa-apa. Ada lah jugak berharap semoga ada kopi ke pe dekat dalam locker untuk bancuh. Pastu ada member offer nak belanja air. Mungkin dia nampak keadaan aku ni menyedihkan kot hahaha atau dia fikir aku ni kedekut sangat atau kesian tengok aku ni mungkin tengah kering poket sampai taknak beli air langsung ekekekeke 

Tapi aku tolak offer tu. Bukan nak tolak rezeki eh, bukan :/ Sebab nak didik jiwa taknak berbuka mewah sangat. Sebab rasa berharga sangat bulan ramadhan ni, bulan yang sesuai untuk bentuk jiwa. Rasa rugi kalau manjakan diri waktu ni.

Kesian jugak tengok member. Sebab aku taknak dia kerugian pahala, aku suruh dia belanja orang lain. Tapi lepas ni kalau nak belanja boleh je hahahahhahaha kbai.

Rindu nak berbuka dekat masjid Putrajaya T^T


Sedih jugak bila sedar ini ramadhan terakhir di kmb. Mungkin sebab tu rasa nak sangat gunakan ramadhan tahun ni sebaiknya. Lagi-lagi dalam bab melawan nafsu.

Walaupun hampir sebulan berlalu, tapi cerita tentang Ramadhan takkan pernah basi ^^

Sunday, June 21, 2015

Selamat Hari Abah



Ramai yang bertanya, "Shahizan, apa rahsia jadi hensem?"

aku... aku.... aku tunjuk gambar ni

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Mana tumpahnya hensem kalau tak ke anak kan hahahahaha

eh tak elok gelak banyak-banyak. ok mesti menyesal baca k k

Tak pasti hari abah ni bila. sebab ingatkan minggu lepas.
tapi ramai duk bising hari ni. tapi hari-hari kan hari abah hoho

jom jadi anak yang terbaik untuk abah-abah kita.
sebab apa lagi hadiah yang terbaik untuk ibu bapa kita selain dari syurga? (:



Salam Ramadhan semua :) semoga ketakwaan kita pada Allah semakin bertambah dalam bulan tarbiyyah ni. Allahumma Aamiin.