Sunday, June 21, 2015

Selamat Hari Abah



Ramai yang bertanya, "Shahizan, apa rahsia jadi hensem?"

aku... aku.... aku tunjuk gambar ni

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Mana tumpahnya hensem kalau tak ke anak kan hahahahaha

eh tak elok gelak banyak-banyak. ok mesti menyesal baca k k

Tak pasti hari abah ni bila. sebab ingatkan minggu lepas.
tapi ramai duk bising hari ni. tapi hari-hari kan hari abah hoho

jom jadi anak yang terbaik untuk abah-abah kita.
sebab apa lagi hadiah yang terbaik untuk ibu bapa kita selain dari syurga? (:



Salam Ramadhan semua :) semoga ketakwaan kita pada Allah semakin bertambah dalam bulan tarbiyyah ni. Allahumma Aamiin.


Thursday, June 04, 2015

Mohonlah yang terbaik


Ada lah suatu petang ni, masuk bilik terus tenung phone. Rasa macam dah buntu. Tak tahu nak telefon siapa lagi untuk berbuka talam. Ada yang kata penat. Mungkin sebab minggu exam. Ada yang macam berat hati. Dia setuju pun sebab nampak aku beria sangat hahaha janganlah buat iolls rasa berdosa pls. Lepas tu aku cakap lah dekat dia elok-elok "eh kalau tak nak tak apa. Aku cari orang lain hihihi"



"hihihi" tu penting tau. Sebab nak tutup rasa awkward tu lulz kan.


Tambah tolak tambah tolak tinggal 2 orang je termasuk diri sendiri. 
Sekurang-kurangnya nak lah dalam 4-5 orang kan




Tiba-tiba ada panggilan masuk.

Eh. Kak Hudda.

Kenapa macam kuat je firasat. Mesti nak...

"Assalamualaikum akak!"

"Waalaikummusalam, Cijan puasa ke?"

"Puasaaaa! Nak ajak makan talam keeeee?"




Nampak macam tak malu kan. Sebab orang tak offer pun lagi. Kita ni sekati je nak main agak-agak. Mungkin sifat semula jadi yang suka mengagak. Tapi... eh mestilah. Common sense kot. Telefon waktu pukul 6. Hari Khamis. Bukan main tikam je eh, sebab Kak Hudda dah banyak kali buat camni. So boleh je agak apa niat dia hahahahaha


Nampak tak perasaan teruja. Sebab harakat pertanyaan tu "...keeeeee?"


Teruja lah. Sebab Allah jawab soalan kita laju je. Baru je terdetik "ya Allah nak ajak siapa lagi ni" baru je nak telefon kak hudda. Tengok tengok dia yang telefon dulu hihihi




ok sambung cerita,

"Aah, awak free tak? Setakat ni baru 3 orang"

"boleh je. Kita ajak kawan lagi sorang eh"

T^T

Alhamdulillah dapat jugak rezeki berbuka talam.


Ini yang terakhir berbuka talam dengan Kak Hudda, jadi sembanglah macam-macam. Tiba-tiba Kak Hudda cakap, "awak nampak macam tak risau" -- yelah minggu exam kan. Muka kenalah berkerut. Paling kurang pun cemas. Habis solat maghrib ni kena balik blok terus sebab nak study. Alah ceramah ni minggu depan pun ada lagi. Kata ceramah mingguan.


Tapi Alhamdulillah bukanlah macam tu, masih ada lagi student KMB mengisi ruang saf untuk pengisian malam tu.




Ok berbalik kepada soalan Kak Hudda, (sorrylah saya ni rawak orangnya. Cerita berterabur. Bertahanlah ya anak-anak)


"awak nampak macam tak risau" Signifikannya soalan ni sebab sebelum exam, banyak kali cerita dekat Kak Hudda dan topiknya adalah "akak kita risau tahun depan kita dah tak ada dekat sini :'(" Dan waktu berbuka talam tu, mungkin riak muka aku kontradik sangat dengan apa yang aku pernah cerita sebelum ni -- sampai terkeluar soalan macam tu dari Kak Hudda.


Mungkin waktu tu, perasaan bahagianya sebab Allah masih bagi peluang hari ni untuk berbuka talam -- setelah ramai yang menolak sobs (sedih jugaklah). Dan bahagianya bila Allah jawab panggilan kita on time. Mungkin juga bahagia sebab dah lama tak duduk berbual dengan Kak Hudda since diorang sibuk dengan IB exam. Kadang-kadang happy ni memang tak dapat dibendung. Tak reti sorok kot.




Tak mampu nak jawab soalan tu. Senyum je. Sebab masa tu ada orang lain. Segan lah kita nak bercerita. Bila duduk berdua, Kak Hudda tanya lagi "macam mana exam?"


Masa tu lah cerita semua.


"Ya Allah, itulah apa yang akak rasa!"


Dah agak dah Kak Hudda ni. Suka tiru orang hiu hiu hiu. Ramai yang cakap selalunya kita akan dapat kakak usrah yang macam kita. Allah dah aturkan cantik-cantik. Sampaikan apa yang aku buat mesti ada yang kata "sama macam kak hudda!" Sign up nama untuk kelab HOPE pun tiba-tiba ada akak lalu belakang kita "sama macam kak hudda!". Rumah sukan pun kebetulan sama dengan Kak Hudda. Oh ya, dulu kitorang pun satu sekolah - SABDA he he he


Alahai benda-benda camtu lah pun samanya. Nak cerita pasal perangai, Kak Hudda ni lembut orangnya sobs janganlah samakan. Rasa tak layak pun T^T Kak Hudda dah lah cantik. Ni kalau kak Hudda tau aku puji mesti dia bising, "memuji kecantikan sesorang tu ibarat mencampakkan pasir ke mukanya" -- sila ambil perhatian kawan kawan




Bila throwback, rasa malu sangat setiap kali bayangkan diri ni terlalu risau dengan apa yang akan berlaku. Mungkin waktu tu terlalu attached dengan KMB. Suka biah dia. Dah mula sayang orang-orang sekeliling. Sebab semua orang dekat situ baik sangat. Risau bila kita tak rasa semua tu lagi. Risau bila tajaan dah ditarik, tak tahu nak mula dari mana nanti. Risau.




Tapi, Alhamdulillah tiba satu masa Allah letakkan rasa tenang dalam diri. Dah mula sedar yang semuanya Allah dah tetapkan. Selama ni tahu je, tapi lupa sebab terbit rasa risau yang melampau-lampau tu.


Ada satu pengisian dari ustazah sekolah luar yang dia suruh kami pelajar KMB ni panggil dia Ummi. Ummi ni banyak bercerita yang dia selalu doakan yang "Terbaik" untuk anak dia. "Ya Allah tempatkan anak aku di persekitaran yang terbaik buat Engkau" "Ya Allah kurniakan anak aku sahabat yang terbaik buat Engkau" 


Tak tahu kenapa perkataan "Terbaik buat Allah" tu macam menjentik-jentik diri.




Kita pun kena lah buat macam tu. Walaupun Allah memang sentiasa berikan yang terbaik buat hambaNya. Tapi kita kena berdoa juga. Bila kita sebut macam tu dalam doa, akan timbul satu keyakinan "ya, inilah yang terbaik buat aku" walaupun mungkin situasi tu di mata manusia bukan lah suatu yang menyenangkan. Sebab tak semua orang akan faham.  Kadang-kadang kita sendiri tak faham. Sebab tu perlunya sabar. Sabar menunggu hikmah. Sabar dengan kata-kata orang lain.




Sebab keyakinan tu lah, perasaan risau tu hilang ntah ke mana. Apa pun keputusan yang aku dapat nanti, inshaaAllah itulah yang terbaik buat Allah. Sebab kita dah doa yang "terbaik". Yakinlah yang Allah sedang menunaikannya tapi kita tak sedar.


Dan kita yakin Allah tak pernah ukur sesuatu pada hasil tapi pada usaha. Kak Hudda pernah pesan, usaha ni lah medan untuk kita kumpul pahala. Hasil tu pulak adalah rezeki masing-masing. Rezeki tu Allah dah tetapkan.


Kejamlah Allah kalau hasil menjadi tali ukur. Sedang Allah itu sifatnya Maha Adil. Bagaimana pula kisahnya Nabi Nuh yang berdakwah 1000 tahun kurang 50 tetapi pengikutnya tidaklah selari dengan tenaga yang dicurah.


Janganlah bersedih bila tak dapat apa yang kita nak. Bersedihlah bila usaha kita tak banyak mana T^T



Dan sepanjang minggu exam tu, letakkanlah tawakal yang sepenuhnya pada Allah. Tawakal itu bukanlah selepas usaha, bukan juga selepas ikhtiar. Tapi sepanjang masa. Dari ketika kita berdoa dan berusaha lagi perlu adanya tawakal. Contohnya?


Bila nak mula belajar niatkanlah "Ya Allah, aku belajar kerana Engkau. Aku tawakal akan apa yang aku dapat selepas ni. Apa yang akan diberi, apa yang Engkau halang dari diri aku yakin itulah yang terbaik Engkau beri."


Setiap kali habis je belajar, pujuklah diri "InshaaAllah Allah akan beri apa yang Allah nak beri"


Sebab ada yang belajar bagai nak rak sampai rak pun patah tapi tak confirm lagi bila dia masuk dewan peperiksaan, semua jawapan dalam tangan. Tapi ada jugak yang bukak soalan past sem 15 minit sebelum peperiksaan, tup tup sebijik pulak soalan yang keluar (yaaa english paper 1) itu lah namanya rezeki.




InshaaAllah sifat tawakal ni benar-benar timbulkan rasa hamba dalam diri. Sungguh tiada daya dan kekuatan melainkan dari Allah. Doa Rabitah yang kita selalu baca pun ada statement "dan indahnya tawakal padaMu". Sebab memang indah pun bila kita bertawakal pada Allah. Segala kerisauan dalam diri hilang bila wujudnya tawakal ini.




Tak kira macam mana keputusan peperiksaan yang kita dapat nanti, semoga saya dan kawan-kawan sentiasa berlapang dada dan bersyukur dengan apa yang kita dapat. Moga Allah redha.




Monday, June 01, 2015

Nikmat yang membahagiakan


Pengisian antara Maghrib dan Isyak’ yang terakhir untuk sem 2


“Sedar tak sedar dah setahun kita dekat KMB

Sedar tak sedar dah setahun kita ambil IB

sedar tak sedar dah setahun kita lalui semua ni

Bagi Nani KMB ni satu rahmat.” -- Nani senyum


Kata Nani, kata-kata permulaan untuk perkongsian malam tersebut. Bukanlah sekelas, bukan sebilik. Tapi dekat sini semorang macam family, saling mengenali.


“Nani nak setiap sorang dari kita berikan satu perkataan yang describe kmb selama dia setahun duduk sini.”


“Struggle”

“family”

“turning point”

“Alhamdulillah”

“Fateh”

“takbir”

“menarik”

“sekolah kehidupan”

“sense of belonging”

Jap, dah makin bertambah perkataan nampaknya.

“berkasih sayang”

“nikmat”


---- Ya nikmat



Entri ini ditaip sehari selepas tamat peperiksaan Sem 2 -- 28 Mei 2015


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah semalam last paper. Petang tu cuaca baik sangat. Redup dan mendung tapi tak hujan. Sangat sesuai untuk turun padang hiu hiu tak pepasal semua sukan nak main semalam. Alhamdulillah bukanlah semua, ada lah dalam 2 ke 3. Eh.


Rasa bahagia sangat. Rasa macam – “Ya Allah seronoknya! Terima kasih hadiahkan cuaca macam ni” petang yang berangin. Ramai jugak keluar petang tu mungkin sebab dua minggu exam jarang jarang dapat luangkan masa dengan alam. Untuk petang terakhir tu, Allah hantarkan pula cuaca begitu. Bahagianya!





Kadang diri sendiri tak sedar nikmat makan percuma 5 kali sehari antara nikmat yang sering kita-kita pelajar KMB tak hargai. Kadang-kadang sebab malas nak turun. Tapi paling tak tahan kalau ada yang bagi alasan “malas nak turun” pastu kan nampak dia duk makan kat KFC (KMB Food Court). Padahal jarak food court ke dewan selera tu sebelah-sebelah je tau dalam 20 meter. Lulzz kan? Dibumbungkan lagi sepanjang laluan.


Jadi untuk tak sia-siakan nikmat tu, balik dari padang petang tu hamba terus pergi ke DS (Dewan Selera). Sekarang ni kalau tak habis makan ikan atau ayam aku tau dah nak cari siapa aherherher. Seronok tau bila makin 'besar family'. Sebab kita tak akan sia-siakan kepentingan dia hiks. Ada lah sorang ni memang rajin bungkus makanan dari DS, bawak balik blok, bagi kucing-kucing dan anak-anak kucing makan. Saja guna kata ganda kucing-kucing. Nampaklah kucing dekat KMB ni banyak beribu-ribu ekor.




Ini baru anak-anak dia. Keturunan yang ke-7 mungkin.

Cuti 2 minggu ni diorang makan apa agaknya? T^T


Balik ke blok dari DS selepas sepetang di padang, baru Allah turunkan hujan. Setelah cuaca dibiarkan mendung begitu lama -- Hujan rintik. Bahagianyaaaa! Rasa banyak sangat nikmat Allah bagi petang tu. Jalan depan sikit, depan lagi-lagi-lagi, pastu jalan mengundur ke belakang balik sebab mengada-ngada tak nak masuk bilik awal HAHAHAHAHA saja jalan lambat-lambat sebab langit lawa sangat masa tu -- golden hour


Masa undur kebelakang tu, ya Allah ada pelangi pulak T^T lawa sangat. Punyalah eksaited sebab mungkin lepas satu-satu nikmat yang Allah bagi, Allah tambah lagi -- Keadaan yang berangin, hujan rintik, sunset, pelangi. Kebetulan bawak turun camera. Yaaa mungkin sedang ada bisikan bisikan halus dalam hati engkorang “Pekebenda turun padang bawak camera” – anda perlu faham ini adalah petang terakhir eh, biasalah perempuan – sentimental lebih hahahahahaha semua benda nak dijadikan memori.





Lama-lama pelangi tu macam duplicate tau. Tiba-tiba ada dua. Ya Allah, rasa bahagia sangat masa tu, Rasa macam Allah dengar je apa yang kita nak. Allah ni tahu je cara nak gembirakan hamba Dia padahal dekat dunia ni ada berjuta manusia, maksudnya berjuta keinginan dan Allah mampu je nak beri semua untuk setiap hamba. hebatnya!


Semua nikmat waktu petang tu, mungkin tak sampai 1 peratus pun Allah beri. Allah baru jentik sikit. Tapi bahagianya tak tahu nak kata cemana. Cuaca yang baik, petang yang berangin, suasana yang tenang. Baru dekat dunia-- syurga nanti bagaimanalah.


Lepas solat Maghrib, duduk sekejap. 


Because all of these good things are really something to be pondered


Allah ni kan tak pernah berkira-kira dengan nikmatNya. Walaupun kita banyak kali derhaka tapi Dia tak pernah putus asa – gembirakan hamba Dia. Tapi kita-kita ni terlalu berkira dengan Allah. Lagi-lagi dengan masa. Contohnya, dalam sehari nak luangkan masa beberapa minit untuk 1 muka surat al Quran pun rasa berat sangat. "Kemon, kita ada 24 jam kot." Bisik shahizan kepada shahizan.


Sedangkan masa tu pun Allah yang beri.  Belum lagi cerita berapa kali kita putus asa dengan Allah tapi Allah masih lagi tarik selamatkan kita. Ya betul, itulah ujian. Tipulah, kalau kata kita tak diuji dengan masa.


Tak kiralah anda pelajar IB atau bukan sekalipun. Kita sama-sama akan diuji dengan masa.


Berapa ramai pemuda dekat luar sana yang banyak masa terluang betul-betul utilize kan masa yang dia ada? Silap, ayat tak habis. Utilize kan masa yang ada dengan perkara yang berfaedah? Risau. Risau dengan masa yang banyak, makin leka. Seronok melagha. *istighfar*


Alhamdulillah, kadang-kadang ada baiknya ambil program IB ni. Pelajar akan disibukkan dengan macam-macam benda – EE, IA(s), ME, CAS, WA BCDEFGHIJ….. K belakang tu dah start memain.


Tapi bila kita sibuk, ada juga ujian. Kerana terlalu ‘sibuk’ kita jadi terlalu kedekut masa dengan Allah. Berkira-kira -- Ini lah antara struggle pelajar Kolej Maha Busy. Kadang bila ada masa lebih baru kita cari Allah. Ada yang ibaratkan seperti ‘sisa-sisa masa’. Takkanlah kita nak bagi Allah ‘sisa-sisa masa’ kita? *istighfar*


Adik-adik yang bakal masuk KMB ada yang mula bertanya "akak, apa tips keberkatan masa?", mungkin dia mula risau bila terdengar banyak khabar menceritakan kehidupan seorang pelajar IB  yang amat padat. Ya, memang padat. tak tipu.


Ketahuilah, bilamana kita terlalu sibuk, tapi kita pilih untuk bersama Allah waktu tu InshaaAllah setiap pengorbanan ada ganjarannya. Dan inshaaAllah jugak, setiap apa kita lakukan lepas tu akan dipermudahkan. Yakinlah dengan Allah. IB ni benar-benar mengajar pelajar untuk menguruskan masa.


Sebab tu lah sayang sangat dengan orang-orang dalam KMB ni. Walau sibuk macam mana, akan ada je yang tampil untuk beri perkongsian antara maghrib dengan isyak’ dekat surau blok. Lupakan tentang masalah dunia, kerja sekolah yang berlambak dan sama-sama berkongsi hikmah dan saling mengingatkan. Sebab ini adalah perkongsian dua hala – perkongsian yang mendekatkan hati kita dengan Allah.


Dan menariknya, yang menyampaikan pengisian malam 27 Mei tu pun bercerita tentang cuaca petang tu ^^ Manisnya bila sama-sama berkongsi dan menghargai nikmat tu.


Untuk aku, KMB ni memang mewujudkan sense of belonging dan semua orang kat sini macam family, walaupun bukan sekelas atau sebilik tapi tak ada yang menghalang sesiapa pun untuk berkasih sayang (sesama jantina ya ehemmm) tapi kalau ada student KMB yang nak deny statement ni pun boleh. Yelah, sebab bukan semua orang rasa benda yang sama. Latar belakang setiap orang pun berbeza.





Benarlah surau itu ibarat hati. Surau juga mengumpulkan hati-hati. Surau blok akan jadi tempat yang aku rindu bila tinggalkan KMB. Sebab surau lah tempat kita saling mengenali (:


Sungguh, KMB memang salah satu nikmat untuk saya.