Monday, November 28, 2011

Rindu SABDA? - Kerana Kehebatan Kehidupan

Pertama sekali aku rasa kau patut tutup mulut yang dah terbuka 15cm ke bawah. Duduk diam tak perlu ambil cermin mata dan jatuhkan tangan berhenti gosok mata. Jangan jadi jakun bila aku buat post macam tu. Tak nampak tanda soal dihujung? Aku bukan membuat penyataan bahawa aku rindu Sabda. Itu adalah soalan, "anda rindu sabda?" Lebih kurang begitulah mesej tajuk aku kali ini. So, rindu Sabda ke junior dan senior yang dihormati sekalian? (angkat-angkat kening) HA HA


Aku pernah keluarkan amaran dahulu. Masa sampai rumah pada 18 November "Lepas ni jangan nak mengada-ngada buat post rindu Sabda. Ini berbaur amaran bukan arahan." Seperti yang dijangkakan mestilah ada yang cakap rindu Sabda. Macam mana benci itu ini bla bla peraturan macam jahanam. Tak suka pengawas sebab diorang cantik sangat. Tapi anak-anak bertuah bumi Bagan ini masih rindukan Sabda. Haishhhh, Budak Sabda ni memanglah. 


Aku memang tak terfikir untuk buat post tentang rindukan sekolah pada cuti kali ini. *Eleh ego. Ya ya mana korang tahu ni? Ehem tengah buang ego lah ni. DAMN! Ahhh senyap tak perlu ketawa mengejek atau tersenyum sinis. Aku pasrah bila baca blog schoolmates rasa lemah sendi lutut, jiwa bergetar hebat, hati berbisik "wow! aku dah agak mesti diorang rindu aku" eh tersasul! "... mesti diorang rindu sekolah aku"

Jadi apa yang hebat sangat sabda sampai boleh rindu?


Mesti ni soalan korang kan? Ini bukan tentang kehebatan sekolah tetapi tentang kehebatan kehidupan yang ada di sekolah. Faham? Bukan senang untuk mendapat pengalaman bergaul dengan rakan berlainan negeri. Dorm aku ada budak Terengganu. Setiap hari aku ada kelas bahasa Terengganu dengan dia. Kau ada?


Kehebatan kehidupan terasa bila dapat buat maglamilami Makanan segera yang terdiri daripada Maggi, Pama, Ruski, Bubur. Apa itu maglamilami? Ya, itu adalah upacara makan beramai-ramai buka buku teks Sejarah tingkatan 1 Bab Sabah. Dekat rumah, makan spaghetti sorang-sorang memang tak boleh lawan saat makan maggi beramai-ramai (air mata mengalir laju) Ok, berhenti drama. Tahu apa, maggi itu rasanya lebih sedap daripada spaghetti. Magic? Ya ini maksud aku hebatnya kehidupan asrama.


Mee segera adalah makanan paling laku di SABDA. 
Inilah kehebatan kehidupan di asrama.


Aku suka semangat yang ada di sekolah ni. Walaupun semangat rumah memang dah tak ada langsung. Aku betul-betul maksudkan LANGSUNG. Tapi aku masih ada kelas dan batch yang yang err yang... OHSEMM Haha aku tak kisah apa orang nak cakap tapi susah senang batch semua ahli akan rasa. Semangat yang ada sungguh lain daripada yang lain. Aku suka bila sorang kena marah dekat depan dengan cikgu JKLMN you-know-who, nanti semua turun backup. Gaduh-gaduh manja antara batch ceh gedik. Kerjasama untuk menjayakan persembahan tiba-tiba boleh batal - cabaran. Banyak sangat benda kena lalui bersama. Tak apa, kita kan hensem eh OHSEM HA HA Inilah kehebatan kehidupan



ditangkap dari tingkat 2, floor Amber

Ya ya, aku tahu malam terakhir tu aspuri bising tahap retak konkrit. Masa ni perangai macam cilaka jap padahal minggu SPM. Semuanya bermula apabila tingkatan 3 dapat arahan daripada warden kemas bilik misteri yang bersebelahan dengan bilik TV. 

Whattt? Kitorang kena kemas? Ok pasrah.




Kenapa aku katakan misteri? Yalah cuba tengok isi dalam dia. Kain 40 meter panjang berapa lembar aku tak boleh kira. Tak pernah perasan kehadiran kain tu punya kegunaan sejak sekolah ni dibuka. Misteri? ya aku tahu itu.




Idea siapa untuk buat huruf ni pun aku tak tahu. Semuanyakan misteri takkan nak bagi tahu juga. Masa nilah peluh jantan err peluh-peluh membasahi satu badan. Muka semua serious untuk menjayakan misi ini. Orang lain kemas locker untuk pulang esok tapi budak tingkatan 3 susun kain untuk kenangan hari esok.


Nah, terima kasih kepada yang menangkap gambar. "Sama-sama" jawab aku. Warden tak marah ke buat bising? Aku bertanya. "Lepas cikgu bagi arahan, cikgu terus keluar pergi jalan-jalan" Hah? Patutlah semua suka sakan.


Apa yang aku suka tentang Sabda? Aku suka sabda sebab budak-budak junior suka puji aku. HA HA ewww ok boleh pergi muntah.


Tak apalah. Tak hilang macho pun buat post rindu Sabda. Tengok aku macho je buat post ni, eh? Haha ini sedikit sebanyak adalah blog yang aku jumpa, Nana Liyana + Nur Aqilah M Ramli (sedap music dekat blog haha) Dan 'wow! Mereka rindu sekolah?' secara tidak sengaja mencetuskan idea untuk aku buat post ni. Terima kasih wahai kakak-kakak dan anda memang patut rindu sekolah itu kerana kehebatan kehidupannya! (: 



yang menurut perintah : Lepas ni siapa pulak nak buat post rindu sekolah?