Thursday, March 19, 2015

Tolong doakan




Kau tahu dia rindukan kau bila dia kata,

"Cijan, baru-baru ni kita baca post cijan yang lama-lama. Kita rasa macam cijan tengah bercerita dengan kita."

*senyum*

Kadang-kadang bila aku baca balik pun, rasa macam tengah cakap dengan diri sendiri. (Ya, aku baca balik post sendiri) Sebab banyak post yang memang aku buat untuk tegur Shahizan yang akan datang.

Sebab iman naik dan turun.

Bila tengah turun tu aku cari balik macam mana eh aku yang lama? Apa yang aku pesan dekat diri aku? Macam mana aku settle kan masalah ni?

Atau aku dapat bezakan cara penulisan sendiri. Kalau dulu-dulu masa lower form macam ey pebenda tah aku tulis hahahaha nampak macam mana pemikiran kita berubah. Seronok jugak sebenarnya eh eh

Pelik jugak macam mana aku masih mampu teruskan benda ni. Dari form 1 kotttt bendalah ni. Tak payah nak cari post masa form 1 sebab semua entry masa form 1 dah masuk draft Hahahaha sebab tu lah nama blog cam tah pape. Nak tukar tapi heh biarlah. Shafiqa kata tak payah tukar. Dan aku pun nak kekalkan keaslian dia (amboi) lempang diri jap.

Kita menulis sebab taknak biarkan memori kita hilang macam tu je. Aku nekad buat blog sebab aku tahu banyak cerita serama yang aku nak kongsikan. Atau aku nak baca balik kisah-kisah aku *batuk*

Kawan kata "kau ni sentimental doh"

Mungkin. Semua benda yang aku nampak aku ambil gambar. Walaupun tong sampah, walaupun kerusi kosong. Banyak kali kena tegur, "kenapa tangkap gambar kosong. Aku ada tepi kau ni. Tangkap gambar aku lah weah"



Sebab aku taknak lupa apa yang aku nampak.

Nak delete blog ni.

Tapi.

Bila kawan kata, "rasa macam Cijan tengah cakap dengan kita..."

Aku rasa nak biarkan je. 

Sebab bila aku dah tak ada dengan diorang, 

sekurang-kurangnya ada satu benda yang 

buat orang sekeliling rasa aku masih ada.




Sedih setiap kali rasa waktu aku untuk terus ada dekat KMB makin singkat.

Sedih sebab semua orang dekat KMB baik sangat dengan aku.

Walaupun yang aku tak kenal, dia tepuk bahu aku,

"Shahizan sihat? Kita dah lama tak nampak Shahizan."

"Alhamdulillah sihat" -- aku senyum

"Jaga kesihatan tau. Kita risau."


Kawan-kawan baik sangat. 

Ada classmates yang betul-betul nak tolong kita supaya tak kena kick sem ni.

"Bagitau aku subjek mana yang kau problem?"

"Maths untuk sem ni senang sikit kan?"

"Kalau Chemistry kau fokus ayat apa yang sir selalu ulang. Maksudnya yang tu penting."

"Shahizan jom belajar malam ni."

"Weah janganlah keluar. Aku nak kau lagi dekat sini."




Bagitahu aku macam mana untuk tak sayang kawan-kawan dekat sini? :'(


Ada kurang dua bulan lagi sebelum exam sem. Tolong doakan aku T^T
Kalau tak capai target kena keluar KMB, JPA akan tarik biasiswa sobs.


Aku sayang KMB sebab persekitaran dia.
Persekitaran yang mudah untuk kita ingat Allah sentiasa.
Semoga Allah masih beri aku peluang.
Habiskan semua sem dekat KMB :')




Tolong doakan aku :)