Tuesday, December 20, 2011

Cuak tak cuak, kau dapat jugak!


Tak kurang hebat juga isu result PMR yang akan keluar khamis ni. Asal aku buka facebook je nampak ada yang buat status countdown 5 days more. Terus aku signout balik. Apakah? Aku sendiri pun tak pernah kira benda ni. Boleh cakap timeline dekat home facebook aku, 75% semua nak cerita pasal result khamis ni.
onion-emoticons-set-5-21

Dekat blog pun usha usha semua budak form 3 nak cerita pasal Khamis ni. Rasa rendah diri pula aku bila tak ikut perkembangan semasa. Tiba-tiba aura untuk buat satu entry tentang hari Khamis ni membuak-buak. Ok, tipu. Tak membuak pun. Penatlah baca orang cerita pasal result ni! Hah lepas tu saja nak tambah penat sendiri lagi dengan entry ni.


onion-emoticons-set-5-36

Pasal propaganda tarikh tu tak payah risau sebab memang dah muktamad 22 haribulan Disember 2011 result PMR diumumkan. Agak geram dengan propaganda tarikh result. Sudahlah abah dah minta cuti 22hb. Kalau result keluar selain 22hb, aku dah pasang plan nak sms je check dari rumah.  Check dulu result dengan sms. Kalau straight, baru gerak pergi sekolah huahua. Minyak pun jimat. Apa ingat dekat sangat nak ke hilir perak tu? Itu tak termasuk dengan saman pergi balik lagi. Sudahlah banyak speed trap! Jarang-jarang tak kena saman.

onion-emoticons-set-5-53


Cuak tak cuak nanti tahu juga! Banyak juga yang cakap-cakap 'ambil PMR pun tak segerun rasa nak ambil result'. Ehemmm, atleast ambil result tak payah belajar ya dalink. Cuma perlukan persediaan mental sajalah. Satu hari tu aku nak putuskan talian internet di rumah, dan telefon bimbit akan dimatikan. Sengaja sebagai persediaan menghadapi hari Khamis nanti. Kah poyo!

onion-emoticons-set-5-45

Malam semalam dah mula beli barang sekolah. Awal kan? Hmm result pun tak dapat lagi, kain sekolah semua dah beli! Itulah, mak aku semua benda nak awal.

Eh, topik asal kita apa tadi?

Sebulan cuti ni, mimpi aku semua berkaitan dengan sekolah. Aku tahu ada juga yang mimpi result ni. Kalau mimpi tak baik tu cuba ingat balik ada tak baca doa sebelum tidur? Agak sentap jugaklah bila dapat mimpi macam ni. Tapi aku jadi lega bila,



Shahizan : Weah, aku mimpi result semalam?
Shafiqa : Dulu pun aku mimpi jugak dapat 4A 4B. Alih-alih straight jugak.
Shahizan : Phewwww (lap peluh)


onion-emoticons-set-5-47

Oh ya, sebelum aku terlupa kepada budak SABDA sila pakai baju batik sekolah hari Khamis ni.

_____________________________________________________________

Err, rasa macam tak menarik cerita pasal result. Bosanlah sikit-sikit result.

Sepatutnya entry ni dilancarkan lebih awal. Tapi tadi aku macam down sikit bila dengar ayat keji daripada Shafiqa. Sedang aku enak makan malam, tiba-tiba

 "Weah shahizan! Sejak bila kau makan sayur ni?!"

onion-emoticons-set-5-26

Dengan muka yang menjengkelkan,

 "Kau apahal?" 

onion-emoticons-set-5-23

Apa salah aku? :( Baru cuba nak makan kangkung sudah kena dump! Macam ni lah manusia! Sudahlah,  patah hati bila fikirkan situasi ni. Lepas ni aku tak nak makan sayur dah. Hahahaha gedik!

Moga semua berjaya dengan cemerlanglah hendaknya.


p/s: Kangkung sedap juga. Hm bolehlah.

10 comments:

Anonymous said...

gila kelakar part makan sayur tu ! gudluck kayh ! aku tahu kau straight A ! **MUKAYAKIN

zhazmi said...

good luck!
rilek je, berdoa byk2 k..

Shahizan Azmi said...

@Zarif Hazmi Oh, terima kasih daun keladi :)

miss ekin said...

sama-2 doa :)

Ainaa said...

semangat lah kau beli semua benda sekolah dah siap. haha

Farhana Arriffin said...

Straight A's insyaAllah, don't worry lah cijan. Let me know once you got the result ! :)

Shahizan Azmi said...

@Farhana Arriffin AMINYARABALALAMIN ;D Oh ayat terakhir tu kalau straight saya bagitau ;) hahahaha

D-SIM said...

Quote balik

Cuak tak cuak, KAU dapat jugak ! :P

Shahizan Azmi said...

@D-SIM: Kau tak boleh nak kejam lagi ke? hahaha

purplelicios said...

tak suka fb cm myspace!