Saturday, April 26, 2014

HILANG INGATAN


Pernah terfikir kalau-kalau terjadi dekat diri sendiri?

Walaupun tak alami. Tapi pernah terfikir tak apa perasaan orang yang alami masalah ni.

Adakah tiba-tiba bangun atas katil sepital lepas tu depan mata ada orang orang yang kau tak kenal. Lagi kritikal bila nama sendiri pun tak tau. Ada yang kata hilang ingatan ni ada jenis-jenis dia. Well, takdelah terus lupa ABC. Lupa apa yang belajar masa sekolah dulu. Lupa macam mana nak tekan kalkulator. Tak ada lah sampai macam tu. Orang kena sambar petir je terus lupa ABC. Ada jenis-jenis dia.

Aku nak sangat pergi dekat orang macam ni dan tanya apa perasaan dia. Pengalaman dia. Tapi macam biadap je, kang tak pepasal kena tampar cakap aku tak sensitip dengan keadaan dia.

Maka aku akan teruskan dengan teori aku. Bukan teori, tapi imaginasi mungkin.




Pernah tak bayangkan malam ni kau tidur. Kau kata besar nanti nak jadi kaya nak tolong orang susah, nak wujudkan pendidikan secara percuma, nak bina sekolah untuk orang susah, nak beli rumah yang boleh muat 50 orang.

Kau pejam mata dan tidur.




Esok pagi kau bangun, bukan atas katil lagi. Tapi dalam terowong gelap. Kau jalan keluar nampak kereta terapung, pokok buatan manusia, fesyen persis alien, kedai menjual udara segar, bangunan-bangunan tinggi yang kali terakhir kau datang kat situ hanyalah kawasan parking kereta berbayar sejam 3 ringgit. 

Kau nampak pakcik yang sedang merokok. Kalau lihat pada nama kotak rokok yang di tangan kirinya, jenama Matilubro, jenama yang kau tak pernah dengar. Datang dekat dan tanya, “pakcik sekarang tahun 2014 ke?”

Dia pandang kau, “Apa anak ni. Sekarang dah 2024”, kata beliau. Bangga. Sudah lama tak rasa bangga begini. Kali terakhir rasanya ketika di bangku sekolah dahulu. Masuk universiti sem pertama sahaja sudah ditendang. Itulah, banyak bermain. Kutuk beliau dalam diri.

Dia rasa anak ini gila. Jarang-jarang orang minta kepastian tentang tahun apa ini. Dia pandang kau atas bawah -- dan pergi. Siapa nak layan orang gila. Kau nak ke?

Kau pandang diri kau jugak. Atas bawah. Kau lari cari tandas awam. Masa tu pun tandas awam sekali masuk 5ringgit. Muka kau lain. Lain sikit dari dulu. Mari kita anggap kita semakin kacak (Hahahahaha) dan kau anggap ini satu keajaiban yang Tuhan bagi. Macam tup tup bukak mata “eh aku dah 10 tahun akan datang” wow tak payah belajar susah susah masuk U. Kita dah graduate. Boleh buat semua yang kita impikan.

Well, ramai kononnya nak skip zaman belajar nak terus kerja pegang duit sendiri katanya. (tapi hakikat bila dah bekerja nak belajar balik eyy manusia ni)

Kau rasa itu satu keajaiban. Tapi sebenarnya kita hilang ingatan. Gulp! 






Sepanjang tempoh 10 tahun tu macam-macam peristiwa dah jadi. Tapi kita yang lupa. Kita hilang 10 tahun peristiwa dalam masa 1 malam je. Masa ni kau nak rasa apa? Gembira atau takut? Macam mana dalam tempoh 10 tahun tu kita ni sebenarnya pembunuh. Atau kita dah kahwin. Lebih takut bila ada budak kecik datang mengaku dia anak kau. Takut? Gembira?

Macam mana?

Bila orang hilang ingatan terjaga dari lena, apa benda terakhir yang dia ingat? Adakah dia rasa macam yang aku katakan ni. Silap, apa yang aku imaginasikan ni?

Tidur – dan esoknya sudah 10 tahun kemudian.

Hmmmmmmmmmm.


Andai kata kalau aku hilang ingatan. Tolong tunjukkan post yang aku tulis ni pada diri aku. Bukan nak minta, tapi kita tak tahu apa akan jadi.

Sepanjang aku fikirkan pasal imaginasi aku ni, malam Jumaat lepas bertubi-tubi kiriman dari wasep masuk. Sampai kena mute group tu. Apa yang dikhabarkan, rakan dari Semesti sekarang dalam ICU kesan dari terhantuk dan sekarang hilang ingatan. Disertakan gambar beliau sekali dengan wayar berselirat satu badan. (tolong doakan kesejahteraan beliau)

Walaupun aku tak kenal siapa dia tapi cukup buat aku sedar yang bila-bila masa je dugaan boleh datang. Mati boleh tiba. 30 saat dihabiskan maka 30 saat kita menghampiri sesuatu.




Sunday, April 20, 2014

interview UM sambil menonton Pwojan dan THOR

Hmmmmmmmmmmmmmm kalau orang tanya interview mana yang paling best -- aku mungkin jawab JPA (setakat ni) aku harap JPAMARA isnin depan best macam JPA. Eh esok lah isnin!


JPA bukan interview tapi SAC. SAC? Student Assessment Centre. Beberapa aktiviti dibuat untuk proses penapisan. Comel kan? Aktiviti teka-teka kuiz. Siapa menang dapat gula-gula. Ya Allah comel betul SAC ni. Tapi bagi aku semua bergantung pada teammate. Kalau dapat teammate yang sama-sama enjoy memang tak terasa -- "eh dah habis ke? eh eh?"


Dan sekarang, bukan nak biasiswa je kena interview kalau nak masuk mana-mana IPTA pun kena interview. Haihh dok fahe betul lah. Sebab batch aku adalah yang kedua untuk perkara baru ni so macam blur blur apa yang UM nak tanya. Siapa senior kita tahun lepas yang masuk situ?


Betul lah.


Betul lah apa senior kata, nak tunggu tu yang lama. Interview tu 5 saat je. Lepas tu boleh balik.


Sementara nak menunggu tu calon duduk dalam dewan ber-air-cond. Ada layar skrin besar. Diorang pasang cerita Pwojan. Jadi aku sempat lah ber "let-it-go" dengan Elsa dan ber "do you wanna build a snowman" dengan Anna.




Kan selalunya dalam mana-mana dewan ada pembahagian besar antara kerusi. Alaaa macam side kiri dan side kanan. Aku dan kengkawan duduk dekat side kiri depan-depan. Masa tu tak ramai orang lagi. Bila ada laaa dalam setengah jam Pwojan ditayangkan aku pusing-pusing kepala.... *facepalm*


"kita salah tempat ke? Asal sini ramai lelaki?"


Masih ada perempuan lain. Yaaa bukan kami saja. Yaaaa. Cuma biasalah bila ramai lelaki diorang ni atas je letak perfume. Tapi stokin berbau. Eyyy. Sorry lah kalau nak bash aku ke apa. Tapi memang... Aku terus migraine balik rumah muntah muntah sebab bau stokin yang..... (tak dapat menaip) (terlalu bahaya untuk dibayangkan)


Makin lama makin ramai nama calon dipanggil. Aku ajak Pawina berganjak ke side kanan. Sebab masa ni lagi dua kawan aku dah masuk. Firasat aku katakan nama Pawina dulu akan dipanggil nanti. Takkan lah aku nak dibiarkan sorang-sorang dengan makhluk yang menakutkan dekat belakang? Nampak tak aku berfikiran jauh. Ni kalau ada orang Petronas baca mesti dia terima aku untuk biasiswa ritu tanpa rasa was was kahkah


Sebab ni je, aku rasa interview UM yang orang kata "alah simple je, alah" aku rasa stress. Sebab kena tahan migraine. Lepas tu nama aku 2 jam kemudian baru dipanggil. Ya Allah lamanya, aku sempat pengsan jap pastu bangun balik. Masa ni diorang dah pasang cerita THOR. Kawan aku semua dah selamat balik. 


Bila masuk ruang menunggu (ada lagi ruang menunggu) situ bau marker yang teramat aaaaa sensitip lah bau bau ni. Double Migraine. Marker nak tulis nama, jadikan nametag. Dan nama aku... NURUL hiewhiewhiew ni kes malas tulis pepanjang dia ambik pangkal nama.




Kumpulan aku ada 3 orang je. Kalau ikut standard 5 orang sepatutnya. Yang lelaki tu SASER yang perempuan tu TKC. Tapi.... dua-dua malu nak cakap. Mmmm kalau aku pun nak malu macam diorang memang panel dekat depan tu tertidur kroah kroah.


Aku memang letak harapan yang tinggi laaa dekat lelaki tu. Harapan cinta hahaha k tak. Bukan harapan apa. Harapan yang dia boleh conduct group kitorang. Supaya tak hambar. Sebab gaya dah ada, rupa pun aaaa boleh ahhhh aaaaaa kot. Macam Baim Wong. Tinggi. Sekolah SASER. Kamon laaaa kalau orang lain pun mesti rasa dia boleh handle group discussion ni. Tapi... yang TKC tu pun kata aku life-saver hahahaha MashaaAllah ni masuk bakul angkat sendiri ke?


Masa ni rasa nak berterima kasih dekat Petronas dengan JPA yang kasi aku pengalaman untuk bercakap. Lol.


Senior ada pesan kena pandai-pandai tipu masa iv UM ni. Kalau kau kata nak fly memang tingtong lah. Kau nak masuk UM pastu kau nak keluar. Aaaaa pandai-pandai lah tipu. Tapi nasib baik panel tak tanya ritu. Kalau dia tanya memang serba salah lah. Rasa tak berkat nanti.


Masa intro tu aku ada kata nak ambik farmasi bla bla. Lepas 10 minit camtu dia tanya minat sains fizikal ke sains hayat?


Masa ni boleh pulak kantoi minat sains fizikal. Sikit lagi nak kata aku nak jadi engineer hahahahahaha nasib baik. Nasib baik dapat buat ayat cover. Masa dia tanya kenapa farmasi pun aku hentam keromo je jawab sebab aku mana baca sangat pasal farmasi ni. Mujur ada terbaca sikit hari tu.


Tapi, serius kalau ada biasiswa yang ditawarkan antara farmasi atau jurutera aku pilih farmasi. Tapi sebab semua iv aku pergi lidah dah terbiasa cakap jurutera. Tu yang tersasul. Lol.


Oh ya semua ni dalam english. Speaking. Memula pun aku rasa macam tak yakin je boleh speaking. Tapi bila lama-lama dah pergi interview sana sini -- aku dah dapat flow dia. Hari ni, esok, lusa masih ada lagi iv UM. so goodluck!


Oh jap, sebelum pergi UM dia ada suruh sediakan dokumen bla bla sijil yadaa yadaa. Tapi dia tak tengok pun Hahahaha nasib lah kan. Ada room yang panel dia tengok sampai IC je. Panel aku ni yakin kot yang kitorang bertiga memang warga Malaysia. Tapi aku rasa mamat tu dari Indon. Ye lah muka macam Baim Wong lah katakan.


Siapa tak kenal Baim Wong takyah Google sebab tak handsome pun hahaha





Tuesday, April 01, 2014

Aku Ingin Berubah (cover Secret - One Republic)



Aku ada satu tabiat. Tak tau nak cakap senonoh ke tak. Tapi bila aku nervous, jantung aku lub-dup dengan ritma yang tak seperti biasa, aku menyanyi dalam hati. Cara menenangkan diri. Contoh bila acara lari-berlari ni memang nebes gila nak mati. 10 minit sebelum masuk padang tu aku menyanyi dalam hati. Tenang -hahahahaha.

Sedangkan dalam dewan periksa pun aku menanyi. Tak kira masa trial atau Spm sebenar. Kadang-kadang sebab ada masa lebih, bila duduk diam aku jadi nervous. Lepas tu mula ahh tulis lirik lagu Balqis, Menanti di Barzakh. Patutnya lagi nebes lah kan, sebab lagu pasal mati. Tapi... Entah rasa tenang. Hahahahaha tolonglah gelakkan aku sebab aku pun rasa nak gelakkan diri sendiri.

Malu nak mengaku. Aku suka muzik. Sebenarnya kan...

Eyyy dah lah aku nak straight to the point je. Aku nak share benda ni. Aku suka. Kau tak suka pun kau kena play jugak. Pehhh nampak tak sifat memaksa aku tu. Setiap kali aku play rasa nak menangis terharu sebab sedap sangat.




Sedap kan? Siapa cakap tak sedap dia jeles.

kalau aku lelaki dah lama aku buat cover kahkah (hashtag suara itu aurat)

Bonus betul kalau dapat suami pandai main gitar ke, piano ke, seruling ke.