Wednesday, December 19, 2012

Suratkhabar je pun.



Walaupun aku tak suka English tak bermakna aku boleh lupa situasi dalam kelas English.

1 saat, 2 saat, 3 saat tik tok tik tok

Ok sebenarnya aku lupa masa tu tengah buat apa tapi kelas macam dalam keadaan senyap. Kita anggap masa ni satu kelas tengah buat essay.

Buat essay? Tak bolehlah, aku rasa berdebar bila sebut pasal essay ni. Disebabkan aku lupa masa ni tengah buat apa jadi aku ada kuasa nak tukar-tukar apa yang korang kena bayangkan. Ok ok bayangkan masa ni teacher suruh buat kerja masing-masing.





kelas senyap



kelas senyap



kelas senyap



tiba tiba









WAR!


WAR!



Seriously, this is war!



Perang memang ada, tapi aku tak tahu dari kelas mana. Bunyi orang menjerit sana-sini. Tapi kelas aku aman je. Kelas lain yang berperang. Jerit jerit jerit sampai ada suara garau jerit. baru satu kelas tu senyap. Rupanya suara cikgu lelaki suruh kelas tu senyap.

Blok akademik ada 2 blok je. Belah kiri lower form, yang kanan upper form. Entah siapa punya idea bina macam ni. Kalau satu kelas bersorak, lagi 26 kelas tu tahan iman je.

Kalau cikgu ABCDEFG turun blok akademik buat pnp dalam kelas memang cikgu2 lain geleng kepala. Suara tu je dah menguasai kawasan blok akademik. Bukan salah cikgu, tapi salah struktur binaan bangunan. memang senang nak lantunkan suara kita balik... lik... lik... lik *gema*

Bising doh! Sebab tu budak2 tak suka study dekat kelas masa prep malam. Sebab tu hazeem selalu jerit suruh senyap. Sebab tu budak2 suka pergi sekolah hari Ahad. Sebab hari Ahad sunyi. Ahad sunyi. S.U.N.Y.I - Sunyi. Kenapa orang suka dating dekat tempat sunyi eh? eh terasa? eh terlari topik pulak.




Semua pandang pintu kelas. 

Shamsul dari tandas kemain sopan main ketuk-ketuk pintu. 

Semua terus tanya pasal bunyi bising tadi. Teacher tak terkecuali. Shamsul jawab,


"Budak Form 1 berebut suratkhabar"



And the whole class's reaction





Satu kelas gelak sama-sama, tak sangka suratkhabar je pun. Teacher pun geleng-geleng kepala lepas buat muka terkejut dia.



10 saat, 



20 saat, 



30 saat



Tiba-tiba...






Ini bukan shamsul yang ketuk. Bukan... Bukan... 

Shamsul dah ada dalam kelas ya anak-anak. 

Sukarelawan datang hantar.... 





"Suratkhabar!"




And the whole class was like








EHMMMMM 





WAR BEGINS!


WAR!



WAR!



Masa tu semua lupa diri. Lupa baru gelakkan form1. Lupa teacher ada dalam kelas. Lupa lupa lupa. Suratkhabar tu kalau kau dapat maksudnya kau lah yang paling berkuasa. Sebab semua orang akan jerit nama kau 

"Jannn nak after!" 
" Jan aku tau aku!" 
"Jannnn aku cakap dulu kan tadi" 

dan kalau tak dapat, masa prep petang terbongkok-bongkok aku cari bawah 29 meja.


Biasalah, hanya suratkhabar sumber info kau nak tau pasal dunia luar

tak tahulah kalau dekat sekolah aku je ada fenomena berebut suratkhabar ni



Saturday, October 27, 2012

01. Dormmates - Roti bakar


Dari sini kita boleh nampak kantin dan Dewan Makan

Assalamualaikum kepada peminat roti semua. Roti jugak sangat sinonim dengan budak asrama yang memang perut asyik minta untuk diisi. Bila DM bukak, tak nak pergi makan. Merungut makanan tak sedap. Dan inisiatif selain DM dan kantin yang cekik darah adalah makanan dalam locker sendiri. 

Bagi menarikkan lagi gaya pemakanan piramid makanan, kami-kami ada buat pesta roti bakar secara kecil-kecilan. Maggi? Ehem, kalau makan maggi setiap minggu selain daripada botakkan kepala, kau juga boleh muntah darah sebab terlampau muak.

Untuk pengetahuan semua, aktiviti bakar-bakar ni memang terkenal dekat mana-mana asrama sejak dulu lagi.

Baiklah, antara bahan dan radas yang diperlukan untuk buat roti bakar ni adalah seperti di bawah :



1. Roti
2. Sebarang perisa untuk roti
3. Dua helai kertas (tiada dalam gambar)
4. Pisau
5. Iron
6. Arus elektrik

Ok, roti ni memang payah nak dapat. Kalau beli dari rumah... Alahai kau tau tau je lah expired date untuk roti ni memang tak sempat bulan nak purnama  Tak ada pilihan lain selain beli di Bagan semasa outing atau di kantin. Nasib baik harga roti ni fixed dekat mana-mana je. Kalau tak mesti kantin jual mahal jugak.

Iron dan arus elektrik adalah benda yang paling penting. Kalau tak kau akan makan roti kosong bersama nutella di mana tak ada fungsi entri ni dibaca. Kita nak buat roti bakar! Roti bakar! Come on bro setakat roti biasa tak cool kan. Kahkah.

Langkah1
Kita warm up dulu iron tu sampai lampu merah yang menyala terpadam. letakkan sekeping roti, atau dua atau seberapa banyak yang agak-agak kertas tu boleh tampung.


Langkah 2
tutup roti tu dengan satu lagi kertas dan tekapkan dengan iron. Hah masa tu kau iron lah kertas tu sampai rasa roti dah cukup rangup. Kalih-kalihkan kertas tu macam goreng ayam untuk pastikan kedua-dua belah permukaan rangup.


Langkah 3
Rasa dah rangup untuk dimakan, angkat kertas bahagian atas dan bersedia untuk fasa seterusnya.


Langkah 4
Sapukan roti bakar dengan apa-apa jem yang kau nak. Lagi sedap kalau kau campurkan perisa dia.



langkah 5
Potong roti bakar kepada beberapa bahagian. Ini bukan kau nak makan sorang. Hidup jangan nak sorang-sorang sangat. Lagi-lagi bila pesta makan macam ni. 



Bila kau makan, rasa dia cair dalam mulut. Sempurna betul roti bakar menggunakan iron ni. kerangupan roti dapat di-adjust secara manual. Iron adalah radas yang paling penting untuk sesebuah dorm. Iron ni sangat universal sifatnya. Selain untuk gosok baju dan buat roti bakar, kau boleh buat 'milo bar' dan masak telur guna iron. Hahhhhhh....!

Sekian sahaja buat kali ini. Terima kasih :)


yang menurut perintah : Esok dah balik asrama. Boleh cuba-cuba.

Friday, October 26, 2012

Merungut

Gambar Hiasan

Assalamualaikum kakak, adik, abang, yang selalu merungut. Merungut ni memang tak boleh pergi jauh dengan manusia. Tak masuk asrama merungut, dah masuk asrama merungut. Riadah ada merungut, Riadah batal merungut. Exam start merungut, habis exam merungut. Exam dalam kelas merungut, bila dah dapat dewan merungut. Ya! Inilah yang aku maksudkan manusia memang suka merungut. Kalau setiap rungutan tu keluarkan 10 sen, rasanya dah banyak aku boleh kumpul buat dana hantar pergi Afghanistan. 


"Manusia memang tak akan pernah puas"

Ahak, tahu tak senonoh betul lancarkan entri merungut masa hari raya aidiladha

******


PERTAMA

Bila PMR dah habis, F4 ambil alih jawab exam dalam dewan. Budak batch aku bilangan cecah 240+ dan meja periksa tak dapat nak tampung kitorang. Akibatnya, budak Battani dan Biruni kena balik kelas angkat meja biru bawak masuk dewan. Ok, bapak tipulah kalau cakap tak merungut kan. Mula-mula tu memang merungut, tapi bila fikir balik, takkan nak suruh budak-budak baru yang duduk kelas tingkat tiga angkat meja diorang. Lagi haru, lagi banyak rungutan.

KEDUA

Untuk makluman semua, Bagan Datoh sekarang sedang mengalami musim sejuk. Aku saja cakap sebab aku tau berita-berita cikai macam ni mana masuk tivi. Bagi orang yang lahir dekat Malaysia macam aku ni, musim sejuk dekat Bagan betul-betul buat aku merungut. 

Katil aku katil atas yang betul-betul bawah kipas yang tergantung. Fuhhhh! Pukul 3-4 pagi tu dah konfem kena menggigil walaupun pakai selimut jualan koop. Biasanya kalau sejuk sangat, aku akan tarik tali kipas guna kaki untuk tingkatkan rintangan arus elektrik dalam tu. Tapi, bila fikir orang katil bawah akan merungut sebab panas maka aku sambung je aktiviti mengigil aku. Bila bangun pagi bukak pintu, baju dekat ampaian semua dah basah, ada yang jatuh dekat rumput, ada yang terbang masuk aspura. Nanti merungut baju hilang. lepas tu tuduh pengawas ambik. Hehhhh cepuk jugak karang.


Sabda melalui musim sejuk. Tak lama lagi turun lah salji

KETIGA

Paling merisaukan sekarang populasi nyamuk meningkat secara mendadak. Orang katil bawah merungut asyik kena gigit walaupun pakai selimut. Ntah macam-macam jenis spray diorang sembur dalam dorm. Nasib baik wangi. Dan nasib baik tahun ni tandas dah tak bertakung. Kalau tak sekali lagi akan wujudnya pusat penternakan jejentik macam tahun lepas yang aku rasa kalau aku panggil orang atasan turun padang, sekolah boleh muflis kena bayar denda.

Sistem perparitan yang tak terancang pun dah buat semua peluh dingin keluar. Setiap kali hujan, sekolah boleh capai taraf banjir separa. Walaupun tak teruk mana tapi masih banjir. Longkang dia gila kecik kalau jatuh pun tak sakit. Nak luka pun tak sempat berdarah. Ingat lagi masa aku tingkatan1 air sampai masuk kelas. Lepas tu semua tunjuk bakat buat kapal layar kertas. letak kumbang hitam atas tu dan layarkan. Tengok mana paling jauh berlayar.

Aku malas lah nak berindah khabar dari rupa sangat. Kalau sebelum ni aku asyik letak gambar sekolah yang hanya-cantik-dalam-kamera, tapi ehem tengok ni tengok! Bila hujan mesti jadi macam ni. Nasib baik air dia jernih. Gambar ditangkap setelah 1 jam hujan berhenti.



Lepas ni kalau suhu Bagan turun lagi 1 celcius, air yang bertakung ni boleh bertukar jadi ais. Aku akan buat taman tema dekat bagan. Sekali masuk untuk skating charge 5 ringgit kanak-kanak, 10 ringgit dewasa. Sesiapa nak jadi rakan kongsi?



Hari tu kan lepas periksa PJK semua F4 terus keluar dewan menuju ke dataran. Semata-mata nak tgk game catur gergasi F3 ni. Hmmm menarik! Mentang-mentang lepas tu exam sivik, semua buat endah tak endah je.

KEEMPAT

Hari tu aku dengar budak F3  ni merungut nak belajar lagi lepas PMR. Aktiviti lepas PMR buat dia bena tak bena je. Hahaha lain kali cakap dekat public tu slow slow ahhh! Ganggu orang basuh baju je. Haih, kan aku dah merungut. Nasib baik kau bukan budak yang suaraaa... err... haaa...aaachummmm. haish, musim sejuk ni ganggu aku menaip betul. Ehem, bukan budak yang suara macam adik F1 tu. Hiew hiew.

Adik form 1 tu fames. kalau cakap pasal dia, ramai orang cepat tangkap yang mana satu. Lepas tu semua merungut bukak cerita pasal dia. Dik, lain kali cakap dekat public slow slow okeyh. Kan tak pasal-pasal dah femes. Bingit telinga akak-akak citrine dengan emeghald ni. Hohoho. kalau dekat prep malam tu suara dia sampai ke 4 battani. Aku yang duduk tingkap paling hujung dari pintu pun boleh dengar suara dia dan gelak-gelak bila satu kelas ajuk suara dia -_-


yang menurut perintah : kitorang pernah dengar suara biasa budak tu. So, suara 
yang bingit tu aku tak tau macam mana dia buat -.-' 

Thursday, October 25, 2012

Korban

Aku rasa ni kali pertama dan terakhir aku bedah tikus putih. Bukan takut bukan geli. Aku sendiri tak faham, setiap orang yang lalu meja kumpulan aku mesti akan keluarkan bunyi seperti "eeee!" "ahhh!" "woi!" "apa korang buat?!" "bapak kejam!" tak kurang juga yang lalu tanpa keluarkan bunyi tapi buat reaksi macam kerutkan dahi, terus tutup mulut, hidung, mata. ahhh semua organ dia nak tutup.

lepas tu aku pun muka terkejut sebab orang yang lalu terkejut. Terkejut 2 saat dan sambung kerja macam biasa. sambil-sambil tu aku fikir. apa yang aku dah buat, semua orang bukan bedah cara yang sama ke. kalau aku kejam, yang lain tu apa? Tak kejam?

Tak apa, kita cool. Aku dengan diyana sambung buat tanpa rasa loya. bila dah siat habis-habisan sampai bahagian kepala, baru aku sedar yang deria bau kitorang tak berfungsi! Patutlah rasa lain macam dari awal. Dah nampak otak tikus baru naik bau bangkai. Padahal orang depan meja dah buat muka nak muntah tengok tikus kitorang. Errr...


SATU


DUA


TIGA


EMPAT


LIMA

Kes 5 tu orang lain punya. aku rasa macam bahaya nak tunjuk korban hasil kumpulan aku. Bentuk kepala pun dah hilang. Err... Tak payah tunjuk lah.

Aku rasa bukan aku sorang je yang tanam cita-cita untuk seludup kulit tikus ni buat pencil case atau dompet atau hiasan dalam locker. Ada kumpulan yang betul-betul pergi basuh kulit tu nak simpan. Phewwwwwww!


Oh aku ada tikus supermannnnn! Jeng jeng jenggg!



p/s: Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha! :D


yang menurut perintah : Ada kawan aku masa proses nak 
matikan tikus dah meleleh-leleh air mata.

Saturday, August 25, 2012

01. Oh My English

"Hang ni nak jalan-jalan tapi baju tak kemas lagi"

PANGGG! rasa dilempang-lempang dengar ayat ni.

Assalamualaikum adik, abang, kakak. Rasa cuti kali ni sekejap? alah alah dah biasa sangat dengar ayat tu. cukuplah. Nak taip ayat macam tu pun rasa bosan. Semua orang dapat 24 jam sehari. Hah, pandai-pandai lah hidup uruskan masa tu.


Esok dah balik asrama. Dan aku masih berkira-kira nak seludup barang apa nak bawak balik sana. Setiap kali balik mesti akan ada barang yang aku bawak senyap-senyap tanpa pengetahuan sesiapa pun. Sesiapa pun... Tak kisah sama ada tshirt abang, anak patung syahmina, tuala kecik shafiqa, bekas makanan, pen hitam basah, novel dan dan... ok rasa banyak pulak aku seludup barang ni. 

Ahak, raya tahun depan minta maaf balik.


Hah! ini barang seludup lah ni. Sampai adik aku tak tidur malam. Eh, tiba-tiba rasa lightning dorm aku romantik.


Cuti kali ni mana ada keluar berjalan. mana ada. Tak ada langsung! Setakat ni tempat yang aku pergi cuma kedai buku je. Kedai buku. Tak ada masa aku nak duduk depan pavilion hisap-hisap rokok semua. not cool... not cool... Aku rasa kalau nak lepak, pergi kedai buku tempat paling sesuai. Rasa macam rendah diri je. Rasa macam tak cukup ilmu. Rasa macam kena baca semua buku ni. Maka, beratus-ratus labur di situ sahaja. Haaa nampak permainannya di situ?


Semalam tiba-tiba gerak kinokuniya. Bukan dalam perancangan bukan dalam jangkaan. Semua Shafiqa punya pasal. eh?! Ehem tapi tak banyak buku menarik. Maka, hari ni cadangnya nak pergi kedai buku popular. Memandangkan saifullah ada kad ahli fofular jadi aku rasa apa-apa dekat situ sangat murah. sangat fofular.


Terima kasih fofular. Tadi saya dapat voucher 5 ringgit.

Baiklah, kita gerak ke topik lain


1# Pernah nampak aku buat entry bahasa inggeris? Tak pernah. Hahhh! Baru perasan lettew. Tahu tak bahasa inggeris aku teruk. mesti lah tak tahu, sebab aku tak pernah cerita kehkeh. Nak capai gred A tu sama tahap macam study fizik. kalau exam week tu, BI je yang aku stay up sampai pagi (mak aihh) Bila dah ambik paper BI rasa macam dah merdeka sampai keluar bunga api dan suara Katy Perry. Amboi. Rasa macam nak nyanyi lagu Saya Anak Merdeka. padahal Bio, Kimia, Fizik tak ambik lagi. Tapi, tidur malam aku dah mula lena. *senyum sambil pejam mata*

Kalau boleh drop english tu dah lama aku buat. Dulu elok-elok bahasa melayu jadi lingua franca ini apahal boleh tukar bahasa mat saleh jadi lingua franca! ini yang nak marah ni! kalau parameswara hidup lagi mesti dia sedih.

tahu tak cikgu english sk taman melati dulu garang! Aku ingat lagi nama dia jacqueline fernandez. ok tak tak. jacqueline je. Bila dia nak panggil nama suruh buat ayat aku dah berdebar sambil berzikir, 'tolonglah jangan aku. tolonglah. tolonglah tolonglahhhh!'. Bila dia sebut "Shaaaaa...." aku dah dup dap dup dap! 

"Shaaa...HIRAH!" 

YES! aku bertepuk tampar dah masa ni gelakkan shahirah. nasib bukan shahizan.




2# Ma'am Shida pernah kata "you can hate me, but... but don't hate my subject!"

GULP! GULP!


Rasa berdosa dan serba salah sangat dengan ma'am shida plus ma'am harfidah sebab aku... aku... ahh faham kan kenapa? Alahai, cikgu english aku sekarang ni dah laa cantik. baik. lemah-lembut. memahami. Lagi tak sampai hati nak benci BI :'(


Aku tak ada darah sastera. Bahasa bukan kepakaran aku. Trial dulu pun BM dengan BI dapat gred B. Rosak result! Bila pak mak menakan tanya result trial, nak menjawab pun nak tak nak je.


"kau ni kata je rakyat malaysia, BM dapat B jugak." 
"pergi tukar warganegara sekarang." 
"ni mesti kecik-kecik lahir dekat india"


Foinee! kami tak layak tinggal dekat Malaysia.


Dan sekarang entah hantu raya mana yang sampuk sampai aku rasa nak gerak fofular cari Chicken Soup. Haha aku rasa nak gelak pulak. Ok bye, doa doa lah aku jatuh hati pada dunia bahasa ni. Lagi-lagi bahasa inggeris.


Oh ya, bulan depan exam Jepun. hah! Ini lagi satu bahasa yang kena belajar -.-' Dah lah ada 3 paper. Target nak lulus je jepun ni. Hihi.


Friday, August 17, 2012

Syawal dan Sukan - eh?



Assalamualaikum dan selamat pagi KeyEll. Aku balik semalam. Saja kasi tau. Sebab kebanyakan sekolah asrama ambik cuti hari Khamis dan depa dah balik sehari lagi awal daripada kitorang. W/pun diorang dikenakan sekolah ganti (uhuk) tapi itu lagi nice! Ada sekolah ganti atau tak, tak bawak beza pun dekat kitorang. sebab setiap pagi sabtu memang kena gerak pergi sekolah (prep pagi) tunduk lemah.

Bila aku balik, macam biasa dekat facebook semua buat status aww-sweet-sweet seperti ini :


ISNIN cari SELASA
nak tanya nampak tak RABU
agar ingatkan KHAMIS
beritahu JUMAAT
supaya tak lupa ingatkan SABTU
yang AHAD dah raya...

Atas sebab kecanggihan teknologi, semua buat gaya hidup mudah. Gaya hidup orang senang. Bila cakap pemalas, marah. "Bukan malas, tapi kreatif!" elehelehleyyy yelettew. Cari gambar pelita, ketupat, background hitam, gabungkan semua. oh ya, tak lupa muka sendiri (ni wajib), upload di laman sosial. Last step, tag pada ramai orang. Off laptop. Ketuk-ketuk jari, tunggu respon. lepas tu muncul insan-insan yang akan berbasa-basi pada gambar tersebut.

muka kena comel. Itu sunat
nisbah 1:2 saiz gambar sendiri dengan ucapan diharuskan

Dah macam adat, setiap kali hujung puasa mula semua orang gatal-gatal tangan buat kad raya. Tapi budak asrama ni suka kasi kertas raya. Ada jugak bagi ucapan atas testpad je (banyak!) Dalam kes ni aku rasa diorang rasa awkward dan terpinggir bila semua orang buat ucapan raya tapi dia duduk goyang kaki baca Fixi. (Jap, aku terasa) Ciss! Ingatkan budaya ni dah hilang! Disebabkan situasi macam ni lah aku pun buat gerakan menulis ucapan. Aku guna kertas apa yang ada dalam locker. Tapi yang pasti bukan testpad! Haha. Ehem apa-pun biar berlandaskan keikhlasan. Yang terus cakap face-to-face lagi feeling. 

Dan macam biasa jugak, hari terakhir dekat sekolah semua bersuka-ria tak kurang juga berfoya-foya. aku rasa tak lebih 10 kelas pun yang menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran. Ada yang bukak khidmat  tolong-post-kan ucapan raya sebab rasa bosan yang memuncak.



Paling tak tahan, seminggu sebelum raya adalah fasa penjagaan muka. Nanti masa raya kena tangkap gambar banyak-banyak. Tak kurang jugak budak sabda. Kesan-kesan hitam masa hari sukan harap dapat ditanggalkan. Semua berharap muka diorang kembali cerah seperti biasa sebelum masuk awal syawal. Kalau hujung ramadhan dah cerah pun kira cukup tuah.

Aku tahu... Aku tahu ramai yang skip acara penyampaian hadiah a.k.a acara pembakaran kulit dan tidur dalam bilik persalinan sementara orang lain duduk berjemur dekat padang dari Zuhur sampai pukul 3 petang. Betul-betul acara bakar kulit. Betul-betul buat aku jeles dengan orang dalam bilik persalinan tu.

Sukan kali ni agak cliche, agak drama. Bila pagi Sabtu (8 Julai) tu aku bukak pintu dorm nampak rumput-rumput dah basah. Hujan dari pukul 3 pagi tak cukup puas lagi turun mencurah-curah. Aku tak fikir apa selain feeling dapat makan nasi lemak panas pagi sejuk cemni. Nice! Pandai DM pilih menu pagi tu.

Masa tengah makan tu lah aku dengar bisik-bisik suara gelisah. Padang sekolah?

PADANG! Kenapa aku boleh lupa pasal tu? Patutnya itu benda first yang akan masuk fikiran orang normal SETIAP KALI hujan turun dekat sabda. Habislah... habislah bila padang jadi kolam. Bila rumput dah tenggelam. Semua jadi kelam. Mungkin acara 4x400 pagi tu akan ditukar jadi acara renang 4x400 hahaha k tak lawak -.-' (serious balik)

Maka beberapa perkara tak diingini sudah dijangka akan berlaku.





Dan pengakhirannyaaa

Dah macam dekat Afghanistan

Maka di bulan yang mulia ini, aku nak mintak sponsor sesiapa teringin nak sumbang dana supaya sekolah aku pasang track merah. Bahayanya lari di padang yang basah diibaratkan seperti memandu dalam keadaan hujan. Eh, hyper statement pulok.

Aku akhiri entry kali ini dengan serangkap pantun

Selamat hari raya,
Aidilfitri mulia,
Ampun maaf dipinta,
Mensuci hening dosa.

*eh macam familiar kan pantun ni*

Ok bai, pesan dekat pemandu sila pandu dengan cermat kalau nak jiwa selamat.


Friday, July 27, 2012

Yang paling ditunggu-tunggu

Assalamualaikum dan salam bulan Ramadhan. Aku tau ni dah lewat seminggu. Rasanya tak ada peraturan kata nak buat entry pasal Ramadhan mesti hari pertama puasa. Rasanyalahhh.



Sepatutnya aku dah boleh menaip dengan bahagianya entry ni minggu lepas. Nak nak lagi Sabtu lepas outing perempuan. Tak salah kasi income sikit dekat apek CC bagan datoh tu. Tapi, entah salah siapa. Anak yang dilahirkan atau ibu yang mengandung. Antara aku yang lambat hantar kad outing atau diorang yang cepat sangat submit semua kad outing dekat warden. Perghh! Ini kalau aku hantar secara tunggal mata-ke-mata dengan warden mau kena sound sampai tercabut telinga. Paling kurang pekak seminggu. Jadi, aku ambik langkah selamat. Aku kurung diri diam-diam dalam aspuri walaupun sabun basuh baju dah habis, sabun mandi kena curi, dan Hup Seng tinggal setengah. Aku sanggup! Daripada hilang telinga.

Tapi... Ya ada 'tapi' di sini. Dengan jasa baik ustaz, dia ada bukak offer dekat surau. Time-time lepas Maghrib macam ni memang ada slot khas untuk dia berucap. Dan offer ustaz kali ni, 
"siapa nak outing hari Sabtu dan hari Ahad, nanti boleh datang ketuk pintu rumah saya." 

Sudahhhh! Masa ni aku mula berkira-kira tahi bintang nak outing atau tak. 


Dan aku hantar juga sekadar langkah berjaga-jaga. Mana lah tau rasa nak outing datang tiba-tiba. Masalahnya, baru aku sedar gambar passport dekat kad outing aku hilang. Gila! Aku rasa hari tu dah cukup kuat aku tampal dengan gam UHU.


Tak apa, terdesak! Aku hantar jugak. Hantar beserta gambar passport orang lain di situ. Ini bukan suka-suka nak buat hiasan atau menyamar jadi orang lain ke hapa. Kalau tak ada gambar, ingat ustaz akan turunkan t/tangan ke? Oh puhleaseee kad outing tu pun kena balut dulu kalau tak-harapan-ahhhh-


#tips sampingan

aku ada rakan kelas yang simpan stok gambar passport yang banyak. Aku pernah jugak terfikir, "ini kes fanatik dengan diri sendiri ke?" Oh tak tak! Dia ni memang dah siap siaga awal-awal untuk berhadapan dengan orang macam aku yang sentiasa dalam kekalutan ni. Ehem, kepada sesiapa yang hadapi masalah macam aku boleh terus ke 4 Alif-Ba-Ta dan cari dia. Dia ada berdozen-dozen gambar passport. Kahkah.

kesimpulan : Aku berjaya dapatkan tandatangan, tapi tetap tak outing.

Disebabkan aku dalam keadaan homesick di tahap kritikal, (amaran: tak-payah-nak-terdetik-dalam-hati ayat-macam-ni ,"eleh dah 3 tahun setengah dekat asrama pun homesick lagi") Bila kira dengan kalkulator, dah 2 bulan 1 minggu aku tak jumpa rumah. Ditambah lagi dengan Pulang Bermalam yang ditunda seminggu secara tiba-tiba (20 Julai ke 27 Julai) telah berjaya menimbulkan kembali hajat aku nak pasang bom dekat setiap penjuru sekolah. Mogok? Ya! 


Dulu aku pernah bercita-cita nak buat bom dan letupkan sekolah. Tapi alahai sekarang pun belajar fizik dah termengah-mengah, Kimia dah tercungap-cungap, aku tukar plan lain lah untuk runtuhkan sekolah.

Bertenang semua... sekolah aku masih ada lagi. Masih selamat. Kukuh binaan. Cuma pokok je banyak mati. Bilangan kucing bertambah. Aku tak sampai hati teruskan rancangan ni bila fikir-fikir balik F5 nak trial 1 Ogos ni. Kahkah biar kita bagi laluan dulu anak-anak sabda ambik trial PMR dan SPM


credit to: Kak Akma
Tiba-tiba rasa sekolah aku cantik huhu

Aku tengok dalam bas tadi ramai yang tidur tak sedar diri. Tak sedar dah bulan Ramadhan. Tak sedar tidur lama bawak makruh. Tak sedar bukak-bukak je mata dah sampai KL Sentral. Semua tak sedar. Aku pun tak sedar.

Sehari sebelum puasa, banyak pula puakanya,
"Bye Shahizan byee! Jaga diri baik-baik. Dah kena ikat esok jangan lupakan kitorang tau."


Bulan Ramadhan yang paling ditunggu-tunggu. Riadah tak ada. Prep malam batal. Tarawih wajib tiap malam. Tadarus tiap petang. Breakfast jadi sahur. Dinner jadi berbuka. Supper jadi moreh. Setan kena ikat. Kalau bulan Ramadhan ni masih ada rasa nak buat jahat, nanti dah masuk bulan Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah jangan nak salahkan syaitannirrajim bagi setiap salah laku kau. Salahkan jugak nafsu sendiri.

"Syaitan ibarat darah yang mengalir dalam badan. Ia sentiasa mengalir dan tidak berhenti"

Semoga ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan ini diberkati dan diredhai Allah.

Saturday, May 26, 2012

Perubahan

Assalamualaikum adik-adik hensem. Yang tak hensem nak jawab salam pun tak apa. Gila lama ahh tak balik. Terperap dekat asrama rasa macam hilang separuh kehidupan. Apa dunia luar buat langsung tak tahu. Tup tup anak Rogayah dah nak kahwin. Si Rubiah dah mula bertunang. Anak Rokiah dah berjinak-jinak melepak di hadapan JayJay. Apa kes ni?! Kenapa tak ada siapa nak hapdate kisah-kisah persekitaran dekat aku.





Ini lama bukan tipu-tipu punya lama. Gila lama tak balik. Sampai pokok bunga depan rumah dah mula meninggi. Ingat lagi, dulu pokok tu tak lebih tak kurang dengan ketinggian aku. Gila lama tak balik sampai aku  pun sempat meninggi 1cm. Tempoh masa yang begitu lama membuatkan macam-macam perubahan berlaku dekat sekolah.


1# TANDAS
Kalau dulu (2009) tandas boleh buat port tidur. Baring golek-golek dalam tu sementara cikgu sibuk di kantin dan rakan kelas mula buka halaqah pong-pang-pong-pang bertepuk tampar. Tapi, sejak bilangan warga sekolah bertambah (2010-2012), tandas mula berlumut. Mula keluarkan bau kurang menyenangkan. Paip mula putus-putus. Sampaikan kalau nak membuang, sanggup tahan tunggu sampai masuk dorm pukul 5 petang. Gila nak jenguk tandas dekat blok akademik tu pun tak sanggup. Puaka.


jangan main gila

Tapi sejak akhir-akhir ni (May 2012) tandas semakin ceria. Siap bunga-bunga semua. Lagi-lagi tandas dekat kawasan blok makmal. Pheww, kalau aku letak tabung dekat situ dan kutip 20 sen setiap kali ada budak nak masuk tandas, rasanya dah boleh bantu baik pulih rumah anak yatim. Semua berebut nak masuk. Gila cantik tandas! Dah macam tandas awam dekat Taman Tasik Titiwangsa. Harap lepas ni ada yang sponsor pewangi sembur-sembur. Kasi wangi tandas 24 jam.
                                                   
   

2# KUCING
Paling ketara perubahan populasi kucing dalam kawasan sekolah makin bertambah dengan galaknya. Sarang dia perghhh! tak payah cakap lah. Kalau cakap rasanya susah nak bayangkan. Kalau bayangkan boleh gila sebab melampaui had akal.

Mana ada kotak kosong, situ ada ibu kucing situ ada anak kucing. Anaknya bukan seekor. Berekor-ekor. Itu untuk seekor ibu kucing. Ibu kucing pun dah berekor-ekor. Baru-baru ni ada lagi kucing lalu dekat belakang surau dengan perut membunting.


Kuncing betina baru bunting 
credit to Nia Erry and Icha Rais

Oh ya, aku ada perasan dekat sana ada sekor kucing hensem, Gila tough. Dia jalan gaya bongkak. Memang catwalk habis ahh. Bongkak. Ya, perkataan yang sesuai setelah dia berjaya membuntingkan kebanyakan kucing betina dekat situ.



3# TAGNAMA
Punya lama dekat sekolah, saat-saat yang paling aku tunggu datang jugak. Ingat tahun depan baru dapat. Kalau menengah rendah pakai nametag biru, menengah atas nametag merah. Hiew hiew baru rasa macam F4.  Baru rasa kena ambik exam Bio, Kimia dengan Matematik Tambahan. Baru ada kesedaran dah F4 rupanya.



Eh, geram betul, tak faham kenapa 1 nametag 1 ringgit. Apalah salahnya kalau jual 2 seringgit. Haishhh haishhh! Masa F2, bayar 10 ringgit dapat sampai 12 ketul nametag. Tapi... nasib nama aku nampak hensem. Bayar mahal pun aku sanggup. Kah kah.

Oh ya, mungkin ini tak ada kena-mengena dengan tajuk. Tapi kisah apa. Aku cuma nak kata yang aku suka cuti sekolah kali ni. Beg rasa ringan tak banyak homework. Kah kah, saja nak riak dengan orang yang banyak homework. Kbye.

Hidup ini ana yang punya.


yang menurut perintah : Rasanya kena ganti jam tangan, 
kalau asyik jatuh hilanglah kalis kebalnya.

Saturday, April 28, 2012

Hari tak sentiasa cerah

Assalammualaikum,

ok seriously siapa yang suka kalau cuti sekolah berselang-seli dengan hari persekolahan. Lebih baik kalau terus kasi straight je cuti tu. Dua minggu lepas, hari Rabu cuti. Minggu lepas, hari Khamis cuti. Minggu depan, Selasa cuti. Tak sangka bulan April ni banyak pula cuti masa weekdays.

Fuh, nasib baik Jumaat ni dapat balik rumah. Jumaat-Sabtu-Ahad. Isnin dah mula sekolah. Selasa cuti balik sempena hari pekerja.

Sebagai manusia normal yang ada common sense, mesti ada letak cita-cita untuk extend cuti. Siapa yang tak ada rasa macam ni memang tak normal. Kah kah kah. Atleast kau mesti ada rasa macam ni. Tak salah tanam cita-cita jadi Perdana Menteri - suka hati jadikan hari isnin ni cuti umum lepas tu balik sekolah Hari Selasa. 


Baiklah itu cerita pasal cuti minggu depan. Balik kepada cerita asal. 

2 minggu yang lepas kerajaan bermurah hati bagi rakyat cuti. Aku rasa teruja, terharu, tersedu, tersedak ter ter ter teramat. Kenapa cuti kenapa? Kalendar dalam locker aku tak state pun cuti-cuti umum ni semua.

Lagi yang membuatkan aku dan semua orang menjadi lebih ghairah pabila prep malam rabu juga dibatalkan. Kenapa? Kenapa semua orang jadi baik masa tu? Terharu saya. Uuuu~

Aku beranggapan kerana hari tu birthday KU (ketua umum) atau istilah lain ketua pelajar. Jadi prep malam juga dibatalkan sempena birthday KU. Ya semuanya kerana KU! Segala persoalan kenapa Rabu tu cuti umum kini terjawab. Terima kasih kepada KU. Kalau macam ni hari-hari aku sambut birthday KU. Hari-hari cuti. Hari-hari prep malam tak ada.

Atas tanda penghargaan, saya dedikasikan video ini buat KU sabda.

"Happy Birthday to you~ Happy Birthday to you~ la la la"

********

"ok set! malam ni kita bukak tuna dua tin. Keluarkan semua makanan yang ada. Kita buat pesta makan secara besar-besaran dalam dorm."

Begitulah, bila malam tak ada prep semua mula tak sedar diri. semua mula lupakan kerja sekolah. semua mula berpesta. Maaf, tak semua - tapi majoriti.

drama, kawad kaki semua dah bersemangat nak buat latihan malam tu. Tak kurang juga, pelajar yang ingin ke kelas malam tu untuk ambil buku latihan. Kan aku kata tak semua lupakan kerja sekolah.

Tiba-tiba...

Semua pelajar kena stay dan berkumpul dekat surau lepas Isya'

"Testing... Testing..." - suara guna mikrofon. 

eh apa pulak ni? Tak ada pula kata nak buat ceramah malam ni.

"Minta semua sila beri kerjasama malam ni. Untuk makluman semua, segala aktiviti pada malam ni harus dibatalkan. Semua pelajar perlu batalkan aktiviti-aktiviti pada malam ni untuk memberi laluan kepada aktiviti tahunan kita - SPOTCHECK!"

Image result for meme tersembur

Patutlah tak ada prep malam!

Hari tak sentiasa cerah


yang menurut perintah : Ada masa kita bukak kisah malam spotcheck ya. 
Kah kah ini lagi seronok.

Tuesday, January 24, 2012

Kelas anda strategik apabila mempunyai ciri-ciri ini

Assalammualaikum,

Aku nak cerita pasal sekolah ni. Tak nak baca? Kbye.

Muaklah asyik cerita pasal sekolah. Nak buat macam mana kalau dalam setahun tu hidup aku lebih banyak dihabiskan dekat asrama. Kalau rumah dekat tepi padang hoki tu boleh juga fly balik sebarang dua. Agak-agak selesai layan kopi baru masuk dorm. Pergh, heaven! Alahai, kali ni aku buka cerita pasal kedudukan kelas aku pula.

Kalau dulu semua berusaha mengelakkan diri daripada masuk kelas 4 al-Battani? Apa punya perangai lah budak sekolah ni kelas pun nak memilih. Apa ingat ini macam pilih-pilih shampoo ke? 'Segalanya terletak di tangan anda.' Kelas ni ibarat macam dilahirkan ke dunia. Tak boleh pilih-pilih mak dan pilih-pilih bapak apatah lagi adik beradik. Apa yang kita dapat, itulah yang terbaik untuk diri kita. 

Tapi, aku tak boleh salahkan diorang juga. Jap, aku nak tanya,
 Weah! Siapa je yang nak masuk kelas tuuuu???!!!



Kelas 4 al-Battani berada pada lajur 5 baris 2, di mana :-

  • Kelas tepi tandas lelaki yang bau dia sampai kelas hujung sana pun tak senang duduk.
  • Kelas yang berdekatan dengan rumah sampah. Bayangkan setiap pagi dah hirup udara tak segar. Otak pun malu nak berkembang.
  • Kelas yang pintu almari dah tak boleh tutup dan senget sebelah. 
  • Kelas yang menjadi antara laluan pelajar sabda (untuk ke kantin, ke kelas mereka, ke makmal dalam bahasa mudah untuk kemana-mana sahaja) Tambah perisa bagi sedap lagi, jalan seret-seret kasut. Nak sedap lagi buat gelak tawa hilaian potianak 2020.
  • Kelas yang locker berlubang-lubang mirip gigi adik Miasara. Eh jap, gigi dia cantik. Maaf salah bagi contoh. Locker kelas aku tak cantik macam tu.

_____________________________________________________________


Sebenarnya aku nak merungut lagi. Tapi malas pula. Lagipun buat apa nak merungut sangat. Sifat mazmumah tu. Tengok aku redha je dengan takdir. Redha je dapat nama lelaki. Redha je masuk kelas tu. Redha je belajar dalam Bahasa Melayu. Redha je redhaaa... (bunyi dah habis ikhlas) 

Memang fitrah manusia kurang memandang dari sudut positif. Baiklah untuk menyedapkan hati, pernahlah juga terfikir beberapa kebaikan dan faedah dapat kelas ni.


pelan kelas 4 al-Battani

Siapa tak suka dapat kelas yang paling dekat dengan kantin. Kalau budak 2 Zuhr keluar 10 minit awal untuk ke kantin, belum tentu diorang yang berjaya sampai dulu. Rugi kelas jauh-jauh ni. keropok lekor dah habis dijual baru sampai. Eh! kenapa kaitkan dengan kelas tingkatan 2 pula?! Ahhh, aku lupa sekarang dah upper form mana rehat dengan budak-budak kecik ni dah. Booooo~ Haha

Depan tandas lelaki ada tangga. Kalau dah nama kelas 4ABT dekat dengan tandas lelaki maksudnya kelas aku juga dekat dengan tangga. Jangan nak pandang rendah sangat. Dengan tangga ni lah warga sabda dapat bergerak ke blok makmal dan ke blok pentadbiran. Lagi bersyukur bila tangga dah dekat sangat dengan pintu belakang kelas. Tak payah nak berjalan jauh sangat. Biasalah manusia bila dah malas nak beriadah cenggini lah tahap bersyukur dia.

Pernah dengar, "Harta suami, harta isteri. Harta isteri, harta isteri"? Aku rasa tak salah kaitkan dengan tandas sekolah, "Tandas lelaki, tandas perempuan. Tandas perempuan, tandas perempuan". Ada bagusnya tandas lelaki dekat tepi kelas tu. Ramai juga aku tengok budak perempuan masuk menumpang. Itulah, siapa ajar bina tandas perempuan jauh sangat? Err, setakat masuk tumpang sinki nak basuh tangan je lah. Tak pernah lagi tumpang lebih daripada tu.

Aku rasa kelas ni hebat juga. Kalis suara! Kedudukan dia menjadikan kelas tu kebal kepada suara-suara puaka manusia yang tak bertamadun ketika waktu prep malam. Untunglah dapat kelas yang tersorok dihujung-hujung ni.Tak kisahlah hangpa nak pong pang pong pang macam mana pun. Tapi dekat kelas, aku rasa aman damai macam tak ada apa yang berlaku. Lagi-lagi dapat classmates yang bising tahap sedang-sedang sahaja. 


Cukuplah 4 ni. Aku tak boleh fikir apa lagi faedahnya. Cukuplah sekadar nak menyedapkan hati.



yang menurut perintah : Wahai otak, tak perlulah segan nak berkembang 
kerana bau sampah tu.