Friday, September 30, 2016

The New Phase of Life


Tak tau lah ada ke lagi orang datang sini baca blog ni hahahaha entah apa yang masih buat aku setia dengan blog ni. Mungkin sebab diri ni tau sekurang-kurangnya "aku yang akan datang" akan baca semua kisah ni balik mihmihmih nampak macam syok sendiri.


Alhamdulillah selamat sampai sini (negara asing). Ini kira dah menyahut cabaran cikgu tu ke? huhu k gurau je sebab sebab masa perhimpunan tu takdelah rasa tercabar sangat. Biasalah form 5 lagi masa tu tak fikir jauh. Walaupun tak pernah terfikir untuk menyahut cabaran tu tapi Alhamdulillah Allah rezekikan untuk sampai ke tanah lain. Maka bersyukurlah shahizan.





Heathrow airport, London


Masuk hari ni (masa menaip: 29/9) genaplah 10 hari di Nottingham. Biasa-biasa je UK ni macam dekat Malaysia. Gambar atas tu pun macam KL Sentral enn hahahaha yang bezanya Malaysia panas sikit, sini sejuk memanjang. Belum winter lagi tapi dah pasang heater. Lepas tu menyesal sebab takut bil melambung tsk sampai sekarang tak pasang dah sebab nak biasakan diri dengan suhu sini. Kalau sekarang dah manja-manja kang winter merana hahh.


Dari London ke Nottingham naik bas yang trip 4 jam. Ada yang 6 jam. Ikutlah nak naik mana. Setakat ni tak jet lag pun hahaha mungkin flight dari Malaysia malam so masuk plane terus tidur je lah. Dalam bas pun tidur padahal sebelum tu dah pasang niat nak buat rakaman sepanjang perjalanan. Biasalah first time. Bagilah chance nak excited sikit. Tapi, ya masuk bas terus tidur sebab pening huhu


Sampai je Nottingham Alhamdulillah Kak Mint dah tunggu untuk bawak ke rumah. Letak barang apa semua terus senior ajak keluar pergi beli barang yang penting-penting (baca: duvet, cadar, dan sebagainya) supaya tak menggigil teruk malam nanti. Walaupun diorang macam "awak ok tak nak keluar sekarang?", yelah sebab baru sampai huhu tapi ok je mungkin sebab dah penat tidur lama dalam plane + bas.



Alhamdulillah kawasan rumah dekat dengan TESCO (naik bas). TESCO bukak 24hrs untuk Isnin-Sabtu. Seronok jugak ada self pay. Dari kecik kot teringin nak scan barcode dekat kaunter bayaran. Acah dream comes true lah ni hahaha awal-awal je excited. Tak tau lah lama-lama nanti jadi pemalas pulak ke apa kurkur.


Lusanya senior bawak kitorang pergi ASDA untuk beli groceries. ASDA ni macam TESCO gitu dan banyak makanan halal murah-murah. Nugget, Wedges, etc (frozen foods) boleh dapat £1 je satu packet besar tu huhu banyak je lagi makanan £1 ni semua. Susu, Cereal, banyak lah banyak. Satu troli penuh tu kalau checkout less than  £45 je. Ok lah bahagi 3 orang (housemates). £45 tu jangan convert ke duit Malaysia. Anggap je lah macam RM45 gitu.



Ni bukan ASDA tapi kedai Pak Arab dekat kawasan berhampiran ASDA. Kedai runcit gitu. Banyak rempah ratus dah macam NSK pun ada jugak (emoji garu dagu) macam Malaysia je Nottingham ni.




Ini serba sedikit gambar kawasan "Taman Dunkirk Jaya". Saja letak Taman-Jaya tu bunyilah Malaysia sikit since Malaysian students ramai tinggal kawasan ni hahaha rasanya pakcik bas pun kalau tengok muka kitorang dia dah tau kitorang nak turun ke mana.


Alhamdulillah Nottingham bandar yang aman. Tengok gambar pun nampak macam kosong je kan. 1st picture main road, 2nd picture lorong rumah kitorang. Awal-awal sampai sunyi sangattt. Sebab ramai students tak balik lagi. Dah lah rumah sini tak ada kipas, malam-malam tidur memang berdesing telinga (macam blackout sunyi dia) ingat nanti nak beli jam dinding bagi bunyi tik-tok-tik-tok sikit. Tapi bila fikir balik macam seram pulak so tangguh dulu kot plan tu hahahaha


Sunyi dia kan sampai kita tak boleh tipu housemate lah kalau lapar. Contohnya, "eh saya dah makan, awak makan lah dulu" lepas tu tetibe perut kau berbunyi hmmmmm




Ok ni rumah kitorang ^^ Jemputlah singgah ya nanti. 



Perumahan dekat sini macam peliklah jugak. Luar sama bentuk tapi dalam lain-lain design. Kadang-kadang tu macam selang 2-3 rumah je tapi bila masuk, "eh kenapa macam ni pulak?". So setiap kali pergi rumah kawan memang akan excited lah kalau first time datang. Sebab mesti akan ada ala-ala tour satu rumah hahahaha average sewa sama je kawasan ni so ikut rezeki jugak kalau dapat rumah yang tangga tak curam, ruang makan, ruang dapur, bilik selesa, Alhamdulillah sangat. Syukur jugak sebab rumah kitorang normal. Takdelah tiba-tiba tangga pusing-pusing + curam. 



Tak tau lah tarikan magnet dia nanti macam mana 


Tapi dalam banyak-banyak ruang dalam rumah ni, ruang ni paling favourite. Asalnya ruang makan + ruang tamu. Inilah tempat kitorang bertiga dapat duduk makan sama-sama, solat sama-sama. Seronok bila dapat jumpa semorang after seharian keluar ke Uni huu biasalah course tak sama dengan diorang. Dekat rumah je tempat nak duduk berkumpul untuk update diri masing-masing.


Alhamdulillah strategik sangat rumah ni sebab kalau nak ke Faculty of Engineering tu dalam 8 mins walk je hahaha belakang bilik ni je hahhh sebab tu lah kawasan ni jadi "Taman Dunkirk Jaya", memang kawasan student sebab dekat dengan university.


Banyak lagi nak cerita pasal awal-awal benda dekat sini. Sekarang ni pun macam random gila. Nampak je gambar terus upload and cerita hahaha tak rancang sangat pun. Eh, kawasan university tak cerita lagi kihkih Cukuplah kot untuk perasaan syok sendiri tu setakat ni hahahaha saja cerita sini sebab nanti nak baca balik 4 tahun akan datang.


Doakan kitorang selamat berada di sini, dan selamat pulang bersama kebaikan. Next week dah start kelas. Penting sangat untuk tajdid balik niat. Kenapa pilih Nottingham? Kenapa ambik EE Eng? Semoga Shahizan sedar diri yang dia datang sini bukan untuk main-main. Aamiin.


Monday, September 05, 2016

Let's redefine "yang terbaik"


"Saya cabar awak semua ni untuk belajar di luar negara!!!" - kata seseorang sebagai ucapan pembakar semangat calon spm di sebuah sekolah uhuk uhuk




Ingat lagi masa ni perhimpunan dekat dataran (kenapa bukan dalam dewan?) berdiri ok masa tu. Kata-kata semangat sebelum SPM. Tengok muka sorang-sorang semua dah lesu sebab penat berdiri. Tapi ucapan cikgu berapi-api nak bakar student bagi panas sebelum ambik SPM.

Walaupun ada yang kata diri ni macam lelaki (ada lah 4 ke 5 orang, outlier betul pandangan ni) tapi moto "pantang dicabar" tu tak tertanam dalam diri huhu tak ingat dekat entry mana pernah cerita betapa teruknya perangai "tak kisah" ni. Jenis follow the flow. Tak kisah belajar mana lepas habis spm. Tak pernah aim tinggi. Tak pernah ada cita-cita nak belajar ke luar negara. Tak pernah terfikir nak ambik engineering dekat UK. Tak kisah apa akan terjadi lepas ni, just nak belajar pandai-pandai lepas tu nak jadi cikgu! hahaha

Sungguh tak terancang kehidupan seorang Shahizan yang dulu. Nak jadi cikgu pun perlu ada perancangan.




Akhirnya datang jugak kesedaran bahawa sindrom "tak kisah" ni bahaya sebenarnya. Tapi masih tak ada idea apa yang kena buat lepas SPM ni. Tak tau nak masuk uni mana. Jadi sepanjang F5 tu selalu sangat doa,

"ya Allah berikanlah aku segala kebaikan di dunia dan di akhirat yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui. Jauhilah aku dari segala keburukan di dunia dan di akhirat yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui."

Jumpa doa ni dalam majalah SOLUSI dekat PSS. Sangat tersentuh dengan doa ni sebab rasa diri ni lemah and tak tau apa yang terbaik pun untuk diri sendiri. Dekat PSS tu jugak terus hafal doa ni dan diamalkan selalu lepas solat, tiap kali hujan, antara azan-iqamat, waktu-waktu afdhal berdoa.

Alhamdulillah lepas keluar keputusan SPM, Allah hadiahkan satu tempat tarbiyah. Walaupun pada awalnya menangis sebab dapat program yang susah gila (katanya) tapi memang susah pun ok. Siapa buat IB taulah struggle nak dapat sijil tu macam mana huhahuha

And so, Alhamdulillah for the 2 years of tears and struggles T_T Allah permudahkan segala


KMB satu tanah tarbiyyah dan tanah bertuah yang tak pernah terfikir pun akan berjumpa dengan ramai orang yang baik-baik. Cikgu baik, makcik DS baik, makcik cleaner baik, senior baik, kawan yang baik, kucing-kucing pun baik :') Tempat yang mengajar tak ada jurang antara senior dan junior. Betapa mereka menyantuni junior yang baru masuk dengan perkara yang paling asas iaitu, "carilah Allah"

"Lihatlah pada qudwah Rasulullah yang menyantuni para sahabat yang baru masuk Islam. Akhlak sesama sahabat bagaimana yang dah lama masuk Islam dan yang baru sahaja masuk Islam. Belajarlah daripada sirah ansar dan muhajirin, tak ada isu senior buli junior pun. Malah saling membantu."

Kalaulah, kalau semua faham dan amalkan Islam yang sebenar. Cantik sangat Islam tu. Kalaulah benar Allah makbulkan doa saya sebelum SPM tu, benarlah ini kebaikan yang dia hadiahkan buat saya. Tempat yang mendidik perasaan izzahnya saya dengan Islam. Yang membawa erti kehambaan dalam diri saya.

"Bersyukurlah IB ni susah. Mungkin dari situ kita mula rasa manisnya pertolongan Allah dan kebergantungan dekat Dia" - senior


I just want us to re-define "kebaikan" sebenarnya

Apa erti "yang terbaik" dalam hidup kita?

Belajar tinggi? Fly overseas? Gaji besar?


Kalau itu lah "terbaik" yang kita maknai, tak adil lah untuk orang yang tak berpeluang untuk ke sekolah, tak adil untuk yang belajar di tanah air sendiri, tak adil untuk buruh nelayan dan juga petani. Ironinya, bukankah Allah itu Maha Adil?


Ok sekarang cuba baca cerita dalam gambar bawah ni,


Stumbled upon this picture via twitter.

Ya betul, ada orang tak straight A pun masa SPM tapi rezeki untuk belajar di overseas. But, ain't agree with this writing because notice that, at the end of it the idea "fly ke overseas" is the main target lels. Kalau belajar ke overseas akhirnya menjadikan dia lebih merasa hamba tentu-tentu itu yang terbaik. Kalau 10A pastu belajar dalam negara dan akhirnya lebih membawa dia kenal dengan Pencipta, itu juga yang terbaik.


Adik-adik, perlukah kakak ulang?

"Teruskan doa yang terbaik dalam setiap perkara. Terbaik bukanlah fly ke overseas.
Tapi sejauh mana takdir kehidupan tu membawa kita kepada Allah."

Biiznillah.