Saturday, June 24, 2017

A new one, please?

1438H,

Ramadan kali ni terasa singkatnya.

Sedih sebab rasa macam tak hidupkan sangat pun Ramadan tahun ni dalam diri.

Macam mana kalau ini Ramadan yang terakhir?

:'(

"Eh Shahizan, apa je kau dah buat sepanjang Ramadan ni?"


Takut sangat kalau hati ni dah mati.

Sangatlah berharap dan berdoa Allah kurniakan hati yang baru bila keluar dari bulan Ramadan ni.

Hati yang hanya mencintai Dia.

Hati yang sentiasa bergantung harap pada Dia.

Yang benar-benar bertawakal dan meletakkan kepercayaan yang tinggi dalam mewakilkan Dia atas segala urusan kita.

Hati yang bersih dari segala penyakit hati -- Hasad, dengki, riak, ujub, takbur.

Yang hanya melihat kebaikan pada segala kejadian.

Hati yang mencintai dunia hanya keranaNya.


Ya Allah, aku mohon.

0123 hrs, 30 Ramadan 1438H


ps: May Allah grant us to see many more Ramadan


Saturday, June 10, 2017

Bersama kita atau tanpa kita


“Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.” (Al-Ankabut:6)

How that verse really reminds me to one of the akhawat, qadhaya time

-- "Ya kno, we have nothing to offer to Allah,

yet we still want to be chosen"

Semua terdiam.

Reflect diri.

Digest ayat itu sedalam-dalamnya.


Tiap kali fikirkan pasal ni, betullah sememangnya diri ni tak ada apa pun untuk offer pada Allah. Allah tak perlukan apa-apa pun dari kita sebab Dia Maha Kaya. Dia lah yang memiliki segalanya.

Hakikatnya, kita lah yang memerlukan Allah tu.

Kalau kita taknak buat kerja DnT ni Allah tak rugi apa pun. Pusing-pusing kita yang rugi dan tak dapat keuntungan yang Allah selalu offer dalam al-Quran.

Bila fikir-fikir, rasa diri ni ntah apa-apa je. Unik betul manusia ni. Walau kita sedar merapunya diri ni betullah, we still want to be chosen. Tsk.

Banyak kali terbuat salah, tak dengar apa yang Allah suruh. Main-main dalam DnT.

Setiap kali tu juga kita berlari-lari balik dan mencari Allah,

"ya Allah I've done this and that. I admit twas my mistake and I'm really sorry for that :'("

Dia macam "aku tahu banyak kali tersilap langkah, tapi nak mintak maaf jugak walaupun untuk kali ke-XX." Dan perbuatan ni kalau terjemahkan ke dalam hubungan sesama manusia nampak gaya macam "tak tahu malu".

Tapi dalam hubungan kita dengan Allah, menjadilah kita hamba yang tak tahu malu tu. Mintalah ampun selagi ada ruang, sebab kita tak pernah terlepas dari terbuat kesilapan pun.



"Kenapa pun kena selalu minta pada Allah supaya terus memilih kita?"

Mmm sebab kita perlu faham proses penapisan Allah itu akan sentiasa berlaku. Sehingga yang tinggal hanyalah mereka yang benar-benar siddiq, yang sanggup mengorbankan harta, masa dan jiwa mereka.

Seperti kisah Jalut dan Talut.

Perang Uhud.

Perang Khandaq.

Phew. Sebab tu kena doa sungguh-sungguh supaya sentiasa dipilih dan terpilih. Sebab kita tak ada jaminan untuk terus tsabat hingga mati.

T^T



Bersama kita atau tanpa kita, dakwah itu akan terus berjalan. Allah akan sentiasa menjaga dakwah ini. Tiket sudah ada, cuma kita mahu tidak mahu sahaja untuk melangkah masuk ke dalam gerabaknya.
Oh Turner of Hearts, keep my heart firm on Your Deen