Sunday, September 24, 2017

Nottingham 2.0

Just realize I rarely share UK-scenery photos. Kebanyakannya memang simpan dalam hard disk (lol idk y i always keep the photos to myself). Looking back at my timeline year ago, twitter always be that one platform that I tweeted few of the photos taken. Facebook macam mmmm nah, not so frequent and boleh kira berapa kali ntah (don't even remember the last time I posted UK-related photos there haha).

Diff SOCMED always got a diff kind of photos that I would share. I rarely use insta to post any scenery pictures. My followers perasan lah kot eh that kind of photos dekat my ig timeline hiuhiu. Selalunya gambar pemandangan suka suki yang tetibe je rasa nak berhenti tepi/tengah jalan semata-mata untuk capture the view tu semua dekat Blog/Twitter/VSCO/Tumblr. But, since sekarang jarang pun buat entry dekat blog, jadi memang gambar-gambar dalam hard disk tu berkepuk gitu je hahaha tak pernah pun nak tunjuk view sekitar Nottingham ni kan.

Harap tak ada lah yang fikir gambar-gambar dekat entry sebelum ni curi dari google ke apa melainkan kalau letak credit :')

Memandangkan sekarang pun dalam fasa bawak freshers yang baru sampai pusing-pusing kawasan sekitar, tetibe rasa nak bawak korang yang tengah baca ni 'jejalan' sikit kawasan sini huehue share gambar yang paling fresh je lah (baca: few days ago). Gambar tahun lepas release sikit-sikit untuk entry lain.


BEESTON TOWN
WILKO, COSTA, Poundland, Sainsburry, Oriental mart, TESCO -- (list down yang ramai familiar je lah) pun ada dekat sini. Tempat yang boleh dapat semua benda walaupun tak turun ke city. Macam pekan atau pasar gitu. Setakat nak beli gula, garam, sos cili ada je dekat sini. Strawberry £1 sebekas penuh pun boleh dapat ya rakan-rakan :')





Strawberry £1 yang dah dimakan setengah bekas


CITY CENTRE









Kena bawak trolley sebab orang sini mana pakai plastic bag kalau shopping. If terlupa bawak beg terpaksalah beli plastic bag dia 5p. Dekat Malaysia je bising bila kena bayar untuk plastic bag ni. Mat salleh chill je sebab diorang faham the reason behind kenapa perlu dikurangkan penggunaan plastic.


International students registration day. Bawak freshers pergi daftar sambil-sambil perasan 1st year huhu



Saturday, September 23, 2017

Kisah sesat ringkas


KLIA, 16th September 0900hrs



From KL to Nottingham real fast


Tahun ni masuk rumah baru, jadi harap tak peliklah kenapa cawan plastik tu ada atas meja :') Waktu ni baru hari kedua dan tak berapa sempat nak settle down lagi. Mampu tunjuk gambar meja je gais sebab bahagian lain mashaaAllah banyak barang tak kemas lagi. Mmmntahlah aku ni sewa bilik ke sewa office. Keluasan kalau ikut susunan asal memang takde ruang nak solat sangat and nak buat liqa' pun tak lepas. Lepas dah alih-alihkan perabot sana sini pe semua Alhamdulillah ada lah ruang nak buat usrah ke apa.

Dua hari kemudian agent datang nak check inventory. Pastu dia masuklah jugak bilik ni, dia punya terkejut tu; "wow! mashaaAllah mashaaAllah" -- semua bilik reaksi dia macam tu. Maybe sebab bilik perempuan kot. Previous tenant yang stay rumah ni lelaki so mmm memang berbeza lah kot eh keadaan biliknya huhuhuhu

Lepas dia acah-acah over terkejut tu dia tanya;

"Where's the cupboard?" - agent

"Initially, it was there then I changed it to here." - aku

5 saat ke 6 saat,

"Wait, what? Did you mean the ka'abah?" - member

"Yeah, the cupboard (ka'abah)" - agent

Mujur member faham apa yang dia sebut dan maksudkan.

Ka'abah = Kiblat

Ya gais dia tanya aku mana kiblat pastu aku jawab aku pergi tukar kiblat dari sini ke sana. Mesti dia ingat aku ni sesat : ) Allahu, sesuka hati main tukar-tukar kiblat.

Dia punya accent tu kemain aih #SedangkanKiblatpunberubah


Thursday, September 14, 2017

Going back

*A week before my flight*

"Kemaslah barang tu sekarang, nanti kang ada yang tertinggal." - ibu

*me started to pack all of my things*

"Hm sedihnya tengok kakcik kemas barang." - again ibu


*me tak tau nak buat apa. Rasa taknak balik pun ya juga*

If guys give a statement that women are complicated and they hardly understand us, now I got it why hahaha aku lagi lah sedih rasa macam kena halau pulak bila dapat arahan suruh kemas barang awal-awal ni :') dari zaman asrama - KMB - UK ibu's dialogue will never get old pheww



Andd yeahp, I'm going back to Nottingham in less than 2 days. Finally the feeling is real -- Mix feelings. Hari ni emotionless, then excited, esok cuak, pastu nanti konfius like "eh nak balik dah ke?". But, one thing for sure I'm gonna miss semua akak-akak yang baru BFG :( Nanti sampai Notts mesti rasa lain sikit 😭

People come and go Shahizan. Need to digest that fact. Do remember that the best among us ialah mereka yang bertemu dan berpisah kerana Allah.

Lorong tepi rumah -- Orang dekat sana dah pesan siap-siap,
be prepared sebab UK dah sejuk walaupun sekarang autumn huhu


Cuak jugaklah nak balik sana dan nak masuk 2nd year. Kerisauan yang pelbagai tapi harap Allah sentiasa mudahkan. Sebenarnya nak minta yang tengah baca post ni untuk doakan yang terbaik buat diri ni. Baik dalam DnT dan studies. Mekasehhh! ;)



Jumpa dekat sana lah eh semua 👋😊

Saturday, September 02, 2017

Infiru!

Tadi tanya ibu, "Senawang dekat mana eh?"

Okayyy tahu je jawapan dia. Saja nak double confirm dan bagi berbunyi sikit ruang tamu ni. Tapi soalan aku akhirnya dijawab dengan soalan kembali,

"Kenapa? Kena keluar lagi ke?" - ibu keriyes

"Eh tak. Saja je tanya hahaha" - aku

Dari pertanyaan ibu tu aku dapat bau ayat sebenar yang ingin dikatakan adalah, "Dah nak balik UK ni ada program lagi ke?". Lantas tersedarlah aku yang sebenarnya kurang 2 minggu lagi dah kena balik sana :') mmm rasa macam nak cuti lama lagi tapi nanti kena cop manusia tak bersyukur pulak sebab summer break UK cukup lama dah huhuhehuhe


No, this isn't my house. Rumah foster family sana.

Tetibe teringat pesanan murabbi satu ketika otw ke Birmingham. Beberapa bulan sebelum balik Malaysia;
"Waktu summer nanti mahu tidak mahu akan menuntut masa-masa awak untuk kerap keluar rumah. Daurah adik, daurah awak, uskab adik, uskab awak, program-program lain. Ujiannya pula tidak sama seperti di UK. Kita ada keluarga yang mereka juga ada hak atas masa-masa kita."
Dengan gaya tangan juga reaksi muka yang masih dalam ingatan. Setelah melalui summer break buat pertama kalinya, mahu tidak mahu aku perlu bersetuju dengan pesanan di atas *angguk angguk kepala*. Mujurlah ibu dengan abah tsiqah (percaya) dengan anak dia ni. Nak cerita pasal tsiqah dan bagaimana membina tsiqah ibu bapa ni mungkin entri lain kot huhu (especially buat akhawat)

Setiap dari kita pasti ada cabaran keluarga yang berbeza,

Cabaran diri sendiri lagi. -- mmm I mean, the mujahadah.

The struggle within ourselves.

The struggle to 'infiru'.

Bayangkan bila sedang berada dalam comfort zone (eg: rumah) tak mudah untuk kita keluar pergi ke wasilah-wasilah yang dihidangkan. Sebab tu setiap kali turun uskab nampak muka-muka yang ada rasa kagum dengan jiwa-jiwa ni. Sebab kita tahu tak mudah nak lawan syaitan dan nafsu ni.

Dua lawan satu, tapi yang satu itu menang!


KLS first USKAB -- sebab musim Syawal kan jadi meriah sikit dengan makanan ni


USKAB would be one of the wasilah(s) that I appreciate the most kot sepanjang this summer break. Kalaulah tidak ada yang sama-sama berusaha untuk menjaga biah solehah ini, apa pun boleh terjadi dalam masa cuti 3 bulan huhu. Sayanglah jika hamasah (semangat) yang kita peroleh sepanjang di UK tu tetibe hilang dek kerana rasa nak bermalas-malasan Y^Y takmo takmo



Kitorang memang suka tangkap gambar ala family photo sebab kita kan sedang ber-usrah (keluarga) hahaha ok hambarnya caption mmmm Ada je gambar peace-peace-love-panjat kerusi-golek-golek pe semua tapi sebab taknak semorang dapat heart attack so takpelah simpan dalam folder kemas-kemas je.

Tapi itu cerita awal-awal USKAB. Selalunya ujian kan datang dihujung-hujungnya. Cerita yang "the last one" ni yang mungkin paling aku mahu ingat;

Ehem, jadi... Selasa lepas adalah USKAB yang terakhir sebelum masing-masing pulang ke UKE (UK & Ireland). Seperti biasa tugasan untuk USKAB hari tu diagih-agihkan; siapa yang mahu membawa TnT, memberi bahan etc.

Tapi siapa sangka.... Yaaa aku sendiri tak sangka yang hari Selasa lepas mashaaAllah penat dia lain macam sikit. Mungkin sebab minggu lepas jumpa orang sana sini tak henti-henti and I was not having a proper rest huu padan muka dekat diri sendiri.

Masa tu rasa macam jahat sebab nak bagi alasan penat (MACAM ORANG LAIN TU TAK PENAT JE SHAHIZAN!!!) Masa tu nak je cakap kuat-kuat, "Eh syaitan, kau boleh pergi jauh-jauh tak???" Tapi sebab tetibe seram so cakap dalam hati je lol

Lepas tu kena keluar awal sikit sebab nak survey tempat yang sesuai untuk USKAB dan masa tu promo UBER tak start lagi (promo start pukul 10 pagi huwaaa) kalau tak memang nak pergi lrt naik UBER je sebab kalau guna promo dapat FOC hahaha mengada. 




Jadi tanpa pilihan yang ada, aku jalan kaki ke LRT. Kalau rasa tempat yang aku lalu tu selamat, aku pejam mata jap. Ya jalan sambil pejam mata. Sebab eyy kenapa tak bermaya sangat hari tu. Sepanjang perjalanan aku teruskan beristighfar sebab takut terganggu dengan emosi dan perasaan malas. Tak ke haru dan sia-sia amal ni nanti hah Y^Y

Sampai je tempat yang mahu dituju, aku terus cari port yang sesuai. Bertemankan teh ais secawan kedatangan yang lain aku nantikan.

Tak lama lepas tu, tibalah seorang ukht beserta payung hitam yang diayun-ayun tinggi di tangannya. Payung aku yang tertinggal berkurun lamanya sebab asyik terlupa je nak ambik hahaha padahal summer break ni ntah berapa kali asyik keluar je dengan dia ni 😂

"Mengantuknya hari ni Jannn" -- adalah dialog terawal yang diucapkan. Tak tak, bukan dia nak kata muka aku mengantuk. Tapi dia pun nampak lemau, penat dan mengantuk. Kalau dia tak beritahu pun aku boleh baca dari riak muka dia tu.

Waktu tu kitorang mampu gelak je lah sebab masing-masing pun lemau tapi akhirnya Allah kuatkan juga untuk sampai ke sini :'') It's always be the hardest part setiap kali nak keluar dari rumah but, ya kno the feeling is temporary. Selalunya bila nampak muka akhawat yang lain, the positive vibe is there! You would feel alive and energetic tetibe. Hilang terus 'the zombie' feeling tu huhu setiap kali pergi program selalu cemtu. At the end of it, you'll find that the moment you'd spent with these people always worth your time (p/s: I really love our discussion on this very last USKAB) 😊

Tetibe teringat nasib baik tak layan rasa penat pagi tadi. Kalau tak mesti menyesal tak sudah sebab orang lain pun penat tapi mampu je datang Y^Y Kadang-kadang kita rasa kita tak mampu. Tapi kita terlupa kekuatan tu Allah yang hadirkan. Kekuatan yang juga boleh hadir hanya dengan melihat kekuatan akhawat lain. 

Jadi ku akhiri entri kali ini dengan pesanan dari Syed Qutb dan ayat 'infiru' dari surah at-Taubah sebagai peringatan buat diri sendiri;



"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui." (at-Taubah:41)

Moga sentiasa dikurniakan himmah yang tinggi untuk terus menggerakkan DnT ini.