Friday, February 01, 2019

Saling Menjaga

Tengah masak-masak pintu rumah terbukak.

Member baru balik kelas. Dia naik atas, turun balik goreng bergedil. Nak bawa masa jumpa adik usrah nanti agaknya. Siap menggoreng dia naik ke atas balik. Bersiap-siap.

Bila ditanya pukul berapa train?

"5-ish macam tu" - balas dia.

Aku tengok jam, tak berapa lama lagi tu.

Api dapur aku tutup. Sedap makan terus ni, nasi pun tengah panas lagi.

Tengah makan-makan, tengok jam balik. Hm, macam tak sempat member nak makan sebelum gerak.

Terus ke dapur, basuh tangan dan bekas putih penutup hijau aku ambil. Nasi panas terus diisi, lauk butterchicken yang berasap-asap aku tuang atas nasi.

"Awak, saya ada tapaukan nasi. Atas meja tu. Tak tutup sebab panas lagi. Nanti bawaklah makan dalam train." - msg sent.

Aku sambung makan macam biasa. 

Bila kelas habis petang dan terus kena keluar untuk usrah dengan adik selalunya memang tak sempat makan. Waktu usrah tahan je lah perut kelaparan. Kalau sampai rumah around 11-ish baru dapat makan. Itupun kalau masih larat. Tidur dan makan, selalunya tidur jadi keutamaan huhu.

310119, and it's snowing ;)


Berukhuwah bukanlah pada ketika senang dan yang manis-manis sahaja.

Berukhuwah ertinya saling menjaga, saling memudahkan urusan :)


****
Plot twist:


Boleh pulak dia ingat kita yang nak keluar -,-

Baru nak sweet sweet haish dia ni.



No comments: