"Awak...", tangan aku dipegang dan ditarik ke tepi jauh sedikit dari manusia yang lain.
"...kita ada benda nak cakap."
Dari riak muka dia macam boleh agak pasal apa. Sebab bila ramai membuka topik tu, mata dia pandang ke bawah, ada sesuatu yang dimenungkan. Elok sahaja kami duduk, dia terus mulakan bicara.
"Lepas dengar pengisian semalam, saya rasa saya tak pernah buat macam tu." -- mata dia mula berkaca-kaca. Alamak, cuak jugak bila tengok mata orang berair ni.
"Sebab tak pernah ada orang buat dekat saya dulu. Jadi saya tak tahu." -- habis kepalanya ditundukkan ke bawah. Telapak tangan dibawa rapat menutupi muka. Terlepaslah tangisan yang tak lagi tertahankan.
Bab pujuk-memujuk ni memang tak pernah excellent, tapi waktu tu tanpa ragu-ragu aku terus peluk dia. Beserta monolog dalaman, "alamak alamak cepat susun ayat nak pujuk macam mana niiii". Rasa nak marah diri sendiri sebab lemah skill ni huwaaa.
Diluahkan semua apa yang disimpan selama ni, apa yang dirasa dari hati, struggle yang dia lalui untuk jalankan DnT. untuk 10 minit pertama aku dengarkan sahaja semua. The early phase ni eloklah jangan interrupt lagi.
"Sorry kotorkan tudung awak. Eheh" - dia
"Hahaha tak kisahlahhh" - Bahu akhawat memang untuk 'dibasahkan' pun :p
Walau pelukan dah terlerai, aku ambil genggam tangan dia. Harap dapat beri sedikit semangat. Dia sambung lagi menceritakan all the insecurities,
Rasa tak cukup, tak mampu atau gagal -- semua ni bisikan syaitan. Perasaan-perasaan ni sebenarnya boleh menjadi motivasi kalau dimanipulasi. Kalaulah datang perasan tak cukup berbuat, tak layak atau tak mampu, lagilah kita perlu lebih berbuat.
Awal-awal tu rasa macam macho lagi, dapat kawal diri supaya tak menangis sekali. Menangis ni contagious ok. Tapi bila dia mula sebutkan satu perkara,
"...rasa tak cukup buat."
"...dah buat tapi tak ada hasil. Saya gagal ke?"
Rasa tak cukup, tak mampu atau gagal -- semua ni bisikan syaitan. Perasaan-perasaan ni sebenarnya boleh menjadi motivasi kalau dimanipulasi. Kalaulah datang perasan tak cukup berbuat, tak layak atau tak mampu, lagilah kita perlu lebih berbuat.
Tapi tentulah tu bukan ayat yang sesuai untuk aku sampaikan dalam situasi ni.
Semua persoalan dia aku cuba counter satu persatu. Rahmat, kasih sayang Allah dan kisah-kisah sahabat mungkin yang terbaik dalam meyakinkan seseorang dalam keadaan begini. The reason why kena banyak membaca supaya bila kecemasan macam ni bolehlah jugak petik mana-mana kisah sahabat atau ikhwan huu.
Awal-awal tu rasa macam macho lagi, dapat kawal diri supaya tak menangis sekali. Menangis ni contagious ok. Tapi bila dia mula sebutkan satu perkara,
"Saya rasa saya tak layak...."
Eh. Aku pula mula sebak.
"Awak, kan ada bagitahu malam tu..." -- seperti sebelumnya, aku cuba untuk counter insecurities dia. Genggaman tangan makin kuat, dapat rasa mata aku makin panas.
Kalau bercerita tentang layak tak layak ni, mungkin aku pun antara orang yang tak layak. Jauh sekali nak menjadi orang yang layak tu. Kalau menjadi 'akhawat' perlu ada requirement begitu begini, banyak lagi unchecked 'akhawat list' untuk aku fulfill.
Kalaulah juga membawa DnT perlu lengkap ilmu di dada, banyak lagi yang aku belum ada. Nak menunggu hingga cukup ilmunya, parameter apa yang mahu kita gunakan? Bukankah ilmu itu seluas lautan?
Justifikasi atas justifikasi hingga kontanglah dakwah tidak dibawa orang jika 'kelayakan' menjadi harganya. Kerana sesiapa pun boleh kemukakan 1001 kelemahan yang tidak 'melayakkan' dia membawa dakwah ni.
"DnT ni... Allah tak pernah tengok siapa yang layak. (tarik-hembus nafas) Awak pun tahukan, buat DnT bukan soal layak-tak layak, tapi soal siapa nak atau tak nak." -- aku lepaskan genggaman untuk lap air mata sendiri.
Kan dah kata 'air mata' ni contagious. Dia mengangguk seperti masih teringat aku pernah bercakap akan hal yang sama 2 hari lepas. Kebetulan dia juga ada waktu tu. -- Tentang pemilihan Allah.
Aku sangat percaya dan yakin Allah al-Latif tak pernah salah dalam memilih.
Bayangkanlah di sebuah kedai bagaimana manusia akan menjadi sangat teliti dalam membeli baju. Sudah tahu mahu membeli saiz 10 berwarna biru. Walau ada 5 helai baju begitu, kita tetap akan check satu-persatu --
Takut ada jahitan yang tidak kemas,
Butang tak cukup, atau ada yang tertanggal,
lengan ok atau tidak, ke senget sebelah.
Ya, bahkan kita manusia ni pun sangat teliti dalam memilih.
Ukhti,
bayangkanlah pemilihan Allah bagaimana? Tentulah lebih halus dan teliti.
bayangkanlah pemilihan Allah bagaimana? Tentulah lebih halus dan teliti.
"...Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (telah) menamakan kamu orang Muslim sejak dahulu dan (begitu pula) dalam (al-Quran) ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas segenap manusia..."
(Al-Hajj:78)
Allah memilih kerana Dia tahu kita mampu, dan Allah takkan pernah buat random sample. Bukankah itu amat bertentangan dengan sifatNya al-Latif.
Mungkin Allah tidak pernah pun menapis kita.
Takut-takut kita lah yang menapis diri sendiri.
Takut-takut kita lah yang menapis diri sendiri.
p/s: pesanan untuk diri yang menaip
Birmingham, 270119
Moga Allah terus mengurniakan kita keajaiban-keajaiban dari langit.
No comments:
Post a Comment