Monday, February 04, 2019

The Wishes

Nottingham, 2018

Masa dia awal-awal sampai UK dulu, dia harap sangat boleh bawak usrah. Tapi masa tu 1st year lagi. Batch yang dia paling boleh reach pun sebaya dengan dia.

Terasa baru, tapi dah dua tahun berlalu -- housemate ajak DF coursemate dia. Jauh tinggal dekat hall uni. Pergi balik jalan kaki. Sejuk-sejuk jalan bertiga, tak kisah walau langit dah gelap sebab bahagia tu hanya Allah yang tahu.

Allah tu baik sangat.

Dia mintak nak bawa usrah, tahun pertama tu Allah beri juga mutarabbi walau sebaya.

Tapi dia rasa dia boleh buat lebih kalau dapat bawa yang lebih muda dari dia.

So tahun depannya tu Allah hantarkan dia juniors.

Walau bukanlah dekat tempat yang dia belajar, tapi Allah mudahkan dengan personality juniors yang sangat welcoming. Dia tak diuji seperti nabi -- datang jauh-jauh dari mekah ke Taif tapi penduduk Taif tolak mentah-mentah.

Nasib dia baik. Bila dia datang, adik-adik sangat raikan. Walau ntah siapa-siapa ntah kakak ni. 

Dengan tak malunya dia mintak lagi pada Allah. Dia berharap dapat buat lebih bila adik-adik duduk tinggal dekat. Senang nak DF. Boleh lawat selalu. Boleh ada dengan dia sentiasa. Supaya dapat influence kehidupan mereka dengan biah yang baik.

Allah tu baik sangat.

Tahun seterusnya Allah hantarkan dia seorang junior yang sama uni. Jarak ke rumahnya hanya 5 minit berjalan kaki. Ditakdirkan adik tu disusun dalam usrah yang dia bawa sebelum ni.

Jadi sekarang ni Allah dah beri semua yang dia minta, tinggal dia je nak atau tak untuk buat semua yang dia pernah ceritakan pada Allah selama ni.


May Allah accept our investments

Bila rasa overwhelmed dengan banyak benda, rasa nak putus asa, dia akan teringat balik betapa baiknya Allah dalam menunaikan semua permintaan dan kemahuan dia. Bukankah ini kehidupan yang dia mahukan. Dan sekarang ni dia lah yang perlu berusaha untuk mengikat janji setia ini dengan Tuhan.

Bila dia penat sangat, ada satu ayat fav yang akan terngiang-ngiang dalam kepala dia supaya tak berputus-asa:

"Di antara orang mukmin itu ada orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur syahid dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya)." [33:23]

Dia nak jadi macam sahabat dalam ayat tu. Yang sangat ternanti-nanti bilalah pula giliran mereka untuk dapat seperti yang sahabat mereka dapat.

Dan dalam penantian tu mereka sedikit pun tidak mengubah janji mereka pada Allah.

U_U

Sebab dia tahu Allah tu baik sangat.

Sekarang, dia masih lagi tidak malu untuk minta selalu.

Meminta agar Allah tsabatkan hati dia dan kurniakan syahid dalam urusan dia menunaikan janji setia tu.

*****

Last week dia exhausted sangat sampai whatsapp mutarabbi lama minta kata-kata semangat,


And lil did you know she's forever grateful to have you as her first mutarabbi too. Kerana dari awak dia belajar banyak perkara, belajar untuk improve diri, belajar menjadi murabbi yang lebih baik.

Cukuplah dengan melihat mutarabbi kita membesar dalam jalan ni buatkan kita lebih bersemangat dan tak berputus asa dalam usaha membina manusia.

Selain first murabbi, first mutarabbi ni pun special juga di hati saya :3



No comments: