Friday, December 27, 2013

Ditangkap menipu

Aku ada kawan. Nama dia ABCDEFG. Semalam dia mimpi result SPM. Haaaa cuak tak? K tak real gila nak buat orang cuak. Masa tunggu result PMR dulu pun aku ada mimpi results jugak. Seram. Sama seram macam mimpi ABCDEFG. Tak nak tanya apa yang dia mimpi. Bila dia kata seram aku pun macam.... ooooooo. ok. walaupun tak tau tapi aku seram jugak. Mainan tidur.

InshaaAllah doa banyak-banyak.


Throwback SPM

Masa SPM semangat lain sikit. Dulu IC jaga sambil lewa. Tak pernah tau IC ada dalam locker atau dekat kelas atau dalam laci atau selit dekat cermin. Tak tau tak tau. Tapi bulan SPM aku memang letak elok dalam locker. Kalau bukak locker benda first yang kau nampak ialah IC, yaaaa sampai macam tu sekali. Please percaya. tak percaya aku tampar. Eh.

Semangat dia lain sebab selama ni semua alat tulis letak dalam pencil case tapi bila SPM semua kena ikat-ikat macam ikat sayur. Semangat SPM ni kalau boleh semua benda kau nak bawak masuk. Walaupun tak ada pensil tekan tapi kau bawak lead 0.5. walaupun soalan objektif hitamkan guna pensil tapi kau bawak liquid masuk. walaupun sejarah kau tetap bawak calculator. Begitulah nak dikhabarkan tahap paranoidnya.

Ada satu kertas ni aku lupa bawak pemadam. Pengawas bagi pemadam Faber Kastel. Kualiti bagus, lagi bagus dari yang Zahid Hamidi bagi, eh. Sejak dari paper tu aku guna pemadam yang pengawas tu bagi. Ehehehe.

berkepuk jugak alat tulis aku bawak masuk dewan. Tapi bila sampai paper Fizik pen asalnya ada 8 tinggal 2. Tiba exam Bio aku pinjam orang punya. baiklah, mari buat sedikit calculation. Sejarah paper 3 je dah habis 1 pen. Kertas 3 Sejarah merupakan salah satu kertas yang aku tak akan ambil lagi sampai bila-bila. Aku betul-betul maksudkan sampai bila-bila. Aku menulis selama 2jam 20minit tanpa henti sebanyak 12 muka surat. 2jam 20minit tu kira paling awal siap dalam dewan. 40minit lelebih tu berangan sebab nak baca balik pun dah tak larat. Berangan sambil urut-urut jari. Jari naik lebam.

Ikat-ikat alat tulis ni tak pernah jadi masalah untuk pelajar perempuan. Getah rambut boleh dapat dimana-mana. Tapi bila budak lelaki yang guna getah rambut - aku macam...

musykil. Hmm hmm.



Aku guna getah rambut adik aku je. Bila mak aku telefon, mak aku tanya nampak getah rambut Syahmina tak. Aku suruh mak aku tipu yang aku tak ambik. Stressed tau setiap kali telefon mak aku, nanti dengar suara latar belakang adik aku menjerit "pulangkan balik getah rambut sayaaaaaaaaaaaaa!"

Adik aku percaya lepas mak aku tipu. Sebab bila aku telefon dah tak ada suara sumbang atau apa-apa.


Aku menaip ni bila kawan aku kata dia mimpi results. 


Ada sebab lain aku menaip, 


sebab adik aku dah jumpa getah rambut dia 


dalam pencil case aku 


petang semalam. 


Gulp!


Aku tak suka ditangkap menipu, walaupun dengan adik sendiri.


Friday, December 20, 2013

8A PMR is priceless

Keputusan PMR keluar semalam. Nak throwback sikit. masa zaman aku dulu nak ambik result apa pun tak sedia lagi. Dewan kosong. Macam tak ada apa akan jadi hari tu. Parents datang angkat kerusi sendiri. Tapi... tapi kisah lama harhar cukuplah sebagai mukadimah. nak throwback sikit je.

Alhamdulillah, sekarang pusat sumber jadi tempat ambik results. sejuk. selesa. air-cond. eh?

Lama tergantung ni. Hmm 2103, hmm.

Tahniah NOVA 1119. Tahniah kepada 79 orang dan yang lain-lain. Jangan sesedih. Dapat result macam mana pun selagi anda memilih untuk terus belajar di SABDA anda akan tetap berada dalam aliran Sains tulen. Tak nak sains tulen? Pindahlah. hohoho.



Aku tau adik-adik aku ni hebat. Bagi aku diorang ada potensi untuk pecahkan rekod. Doa untuk diorang berjaya itu sentiasa. Tapi aku tak nak juga rekod pecah. Tapi tapi tapi... ((faham kan apa maksud aku?)) hahaha Alhamdulillah keputusan diorang pun cemerlang tapi rekod tetap Zealot pegang. Lepas ni PMR dah tak ada. PBSMR dah mula trending di twitter yo. Selamat berjuang adik-adik PBS walau ku tidak mengerti sistemnyaaaaaa.

Baca tajuk atas. Kita dah mula nak masuk isi.

(unknown)

takut tak? takut tak?

Jujurnya aku sangatlah tidak bersetuju dengan statement tu. Kesian adik-adik PMR baru happy dapat result tiba-tiba dapat statement macam ni. Tak sempat happy untuk 1 malam. Dan lagi satu nampak macam 8A PMR is not worthy. Tak berbaloikah 8A tu? Susah payah cikgu ajar bagi faham, buat kelas tambahan, buat studygroup - dan semua tu is just less worth than an-A in addmath? kepada unknown tak perlu cakap begitu. Kalau macam tu baik skip PMR terus belajar Addmaths.

Janganlah bandingkan A untuk Addmaths dengan 8A PMR. Boleh?

Sebab usaha untuk 8A dalam PMR tak sama dengan A Addmaths. Bukanlah nak maksudkan Addmaths tu senang. Addmaths susah oiii kalau tak faham. Cuma perbandingan tu macam berat sebelah. Melainkan ayatnya, "wahai adik-adik, sesungguhnya 8A PMR itu tidak semahal 9A SPM" This is sooooo TRUE! lol.

Kenapa aku kata macam ni? Contohnya, kawan-kawan aku yang A+ addmaths aku tengok diorang belajar addmaths tak macam zaman diorang belajar 8 subjek PMR. Addmaths hanyalah satu subjek. Jadi untuk keadilan, kalau kau suka sangat banding-banding ni kau bandingkan dengan satu subjek juga, contohnya maths PMR. Itu memang nampak Addmaths sangat mahal. Begitulah ya untuk perbandingan yang realistik.


Aku faham apa yang unknown tu nak kata ialah, kalau dapat 8A PMR tak semestinya Addmaths kau boleh A. Cuma term 'semahal' yang digunakan macam 8A tu mudah petikpetik jari. Haha. Kepada adik-adik yang bakal ke menengah atas sila belajar rajin-rajin inshaaAllah A yang mahal tu akan dapat.


Lagi satu,

aku tak berapa minat bila orang kata "alah, UPSR je" - "PMR senang je. bulat-bulat" - "UPSR tu tak ada apa" - "PMR org tak pandang" - "SPM hanyalah permulaan"

walaupun sekarang ni aku juga rasa UPSR dan PMR tu senang ((haha semua orang akan rasa kan cuma diam-diam dah lah)), tapi... ya tapi

tapi bila aku fikir balik keadaan dan situasi masa aku darjah 6 dan tingkatan 3, ketegangan situasi tetap sama. kalau bukan sebab keputusan UPSR, dan PMR yang aku ada, rasanya aku dekat mana sekarang. entah. Dan aku fikir kalau PMR tu senang kenapa aku tak pernah dapat straight A sebelum PMR sebenar?

suarah hati: sebab PMR sebenar gred turun naik hekhek

Cuma bezanya malam UPSR tu aku boleh main Cake Mania dan masa SPM aku... aku belajar dan masuk tidur. Hirau apa orang kata. Dengar apa mak ayah kata. kalau UPSR, PMR, SPM tak penting kenapa mak ayah selalu pesan "belajar nak, belajar"

Ini baru gaya SPM hehe

Tak nak cakap banyak. Sebab result SPM pun tak keluar lagi hahahihihoho. Doakan aku, 9A plas plis plus. Aminnn.

Ini slip PMR guwe. 8A+ gitu. Moga-moga slip SPM nanti pun semua ada 'plus'

Sunday, December 08, 2013

Lihat, terima, analisis, dan belajar

Assalamualaikum kakak-kakak jelita. Pernah satu ketika aku tweet,



Lebih kurang lah. Cuba kira terlebih 140 huruf tak? Kalau terlebih maksudnya ayat tu lari habis. Biasalah twitter kan letters limit gitu. Tambah tolak macam tu lah rupa ayat yang aku pernah tweet. Nak dapat perfect macam dulu tu sampai esok tak habis scroll semata-mata nak cari balik.

Ini bukan isi lagi.

Tapi balasan tweet yang aku dapat lepas tu
"ceh jannnnnn!"
"sejak bila ni jannn"
"sabar, hidup memang macam ni"

Awal-awal tak faham apa maksud tweet diorang. Lama-lama baru nampak the hidden meanings. Trolololo adakah ayat aku ada gaya macam putus cinta? Ada ke? Aduhduh cuba baca balik dekat atas? Mungkin tweet aku masa tu memang mengundang perasaan curiga mereka. Eloklah aku abaikan. Penat juga nak terangkan dekat diorang tu tweet random.

Sebenarnya itu tweet dari hati. Masa tu tengah fikirkan sorang kawan aku ni. Atau aku gelar dia sahabat (': Entahlah, selalu rasa dia istimewa. Aku ialah spesies yang sukar melahirkan pujian pada orang. Jarang nak puji depan-depan, selalu simpan dalam hati sebab rasa lagi tulus pujian yang disimpan wahahaha. Simpan, senyum dalam hati je.

Lagipun pujian tu kan bahaya, boleh bawa kepada jiwa yang tenat.

Gambar sampingan dan tiada kaitan

Sahabat aku ni biasa-biasa je. Tak terlalu menonjol di sekolah. Tapi ramai senang berkawan dengan dia. Termasuk aku. Kalau ramai orang sibuk puji-puji orang lain, tapi dalam hati aku - aku puji dia. Tak pernah aku dengar orang puji dia. Atau adakah semua orang macam aku sebenarnya? Puji dalam hati? hahahaha

kalau ramai orang sibuk jadikan si dia dia itu idola. Tapi aku lebih melihat ke dalam diri dia. Banyak benda kau boleh belajar hanya dengan melihat dia. hebat kan? ramai tak sedar.

Kalau ramai orang sibuk merungut dan marah, tapi bila aku lihat dia - dia banyak diam. Tak banyak merungut. Dia sabar. Dia anggap kekurangan tu satu keseronokan. Otomatik hal tu jadi seronok. Dari situ aku belajar. Walaupun dia tak pernah nyatakan. Tapi aku cuba jadi macam dia.

Bila cerita masalah dekat dia, dia fikir ayat dulu. Cuba tak jadi batu api. banyak kali aku perasan benda ni. Kalau bukan pada aku pun, pada yang lain juga. Aku selalu perhatikan dia ((pergh macam stalker)) tapi betul lah. Dia tak akan lebihkan mana-mana pihak. Dia cuma mendengar dan berkata apa yang perlu. Hebat! aku belajar lagi dari dia, jangan jadi batu api.

Kalau ramai merungut sebab peperiksaan, contoh ayat :

Bedah : menyampah lah, semua aku belajar tak masuk!
Normala : masuk bhaiiii apa aku belajar
Jebon : Addmaths guwa failed sob sob

tapi aku tak pernah dengar sekali pun dia merungut sebab akademik tak memuaskan. Dia telan je semua keputusan yang dia dapat. Kadang sebab sifat dia ni buat aku rasa malu bila aku merungut. nampak macam aku tak bersyukur. Kalau dia boleh sabar, kenapa aku tak. Malu sangat, hempuk muka dekat dinding. Sebab pernah sekali menangis BM dapat B. Lol, paper pertama yang buat aku menangis. BM pulak tu. Sumpah tak boleh terima bhahahaha Ok, lari topik dah ni. Tapi, dia tak sedar yang dia ajar aku untuk bersyukur.

Dia ramai kawan (aku ada cakap dekat atas) tapi dia pandai spent time dengan kengkawan dia tanpa abaikan kawan yang lain. Dari situ aku nampak macam mana dia jaga hati kawan yang lagi satu walaupun dia ada kawan baru. Kita sebagai kawan pun kena faham, kadang-kadang aku sengaja jauhkan diri sikit nak bagi ruang untuk dia spent masa dengan yang lain. lol tak payah cakap lah ada yang jeles bila aku rapat dengan dia hahahahaha gelak 10 minit. Cuma nak kata yang kedua-dua habluminallah habluminannas dia pun terjaga.

Untuk nampak dia menangis, rasanya baru 5 kali. Itu memang hal yang dia betul-betul kecewa. Tak semua orang menangis boleh buat aku menangis sama. Sebab aku selalu nampak dia tenang dan bila dia menangis tu memang true punya menangis. Buat aku rasa sedih, lagi sedih sebab aku tak pakar hal ehwal pujuk Hahahalppp.

Satu malam beberapa tahun lepas, tahun yang kami baru mula menjadi rapat -- tak boleh nak kata seronoknya bila dia kata dah lama dia nak jadi kawan aku (senyum dalam hati) memanglah berkawan tak perlu dinyatakan. Sebab hal ikatan ni datang sendiri tak payah nak cakap. macam awkward gila je kan. Tapi dengan dia tak, aku senang. Dia kata aku ni (malu lah nak cakap) tapi aku rasa dia lagi hebat. Sebab banyak kebaikan dalam diri dia nak banding dengan aku.

Tak pernah puji dia depan-depan. Sikit pun tak, aku rasa dia tak kan sangka dan tak terfikir pun yang aku kagum dengan dia. Aku puji dia dekat sini sebab aku tau dia mana baca blog ni. Rasa selamat Hahaha

Oh ya, dia tak pernah ajak aku buat benda jahat. Sekalipun untuk ponteng-ponteng hal berkaitan. Dan dia sentiasa hormat tugas aku sebagai pengawas U_U Terharu! rasa nak nangis hahahaha

Apa yang aku nak tekankan, 
belajar lah dari apa yang kau lihat. Baik kau ambil, buruk kau jangan buang tapi belajar. Belajar! jangan buat dekat orang lain macam ni macam ni. Bila kita tak suka suatu perkara, sama lah macam orang lain tak suka bila kita buat macam tu, kan?

Dan untuk ubah seseorang tak semestinya dengan nasihat. Rasulullah pun berdakwah dengan akhlak yang mulia.

Gambar sampingan tapi ada kaitan.

perhatian : nama-nama yang disebut ialah contoh dan tak wujud pun dekat sabda.


Thursday, December 05, 2013

Repost - Kisah seorang mukmin dan seorang kafir

helloloo Aku baca-baca balik drafts dalam account ni. Tiba-tiba jumpa entri ni. Entri yang aku simpan tahun lepas, bulan March. Entri yang aku simpan untuk dibaca berulang kali. Tapi biar aku fikir semula, "buat apa simpan untuk bacaan sendiri sedangkan aku boleh jadikan sebagai tatapan umum." Ye dak? Aku tak ingat dari mana aku copy. Tapi mohon diizinkan untuk perkongsian semua. Mungkin ada yang pernah baca tapi baca lah lagi hehe. tengoklah jenis font dia sikit pun aku tak tukar. Cuma aku 'bold'-kan dan betulkan beberapa typo. Khas untuk sesiapa yang ingin baca. Oh ya, sama-sama (sengih)


Teluk Segadas, 2011 - gambar sampingan

Pada zaman dahulu ada seorang mukmin dan seorang kafir, kedua-dua mereka pergi menjala ikan. Si kafir mengangkat jala dengan menyebut nama berhalanya lalu dia mendapat banyak ikan manakala si mukmin mengangkat jala dengan menyebut nama Allah, tetapi tidak mendapat satu ikan pun. Orang mukmin itu pun menjala sehingga waktu maghrib maka dia pun dapatlah seekor ikan, tapi malangnya ikan itu telah jatuh kembali ke dalam sungai. Maka kembalilah orang mukmin tanpa mendapat apa-apa ikan dan si kafir pula mendapat banyak ikan.
Melihat hal yang demikian, maka malaikat yang menjaga orang mukmin itu pun sangat kesal dan apabila malaikat itu naik ke langit maka Allah menunjukkan kepada malaikat tersebut tempat yang disediakan oleh Allah untuk orang mukmin itu, iaitu syurga. Sehingga malaikat itu berkata, “Tidak bererti apa-apa pun penderitaan di dunia ini, apabila dia mendapat tempat di syurga”. Allah juga menunjukkan tempat orang kafir kepada malaikat itu, dan berkatalah malaikat, “Demi Allah tidak berguna apa yang didapatinya di dunia pada hal tempat kembalinya adalah neraka jahanam”.
Pada hari Kiamat Allah tetap akan menolak empat alasan atas empat sebab:
  1. Menolak alasan orang yang kaya jika orang kaya itu berkata, “Kekayaan itu telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melakukan amal ibadat”. Maka Allah akan berkata, “Kekayaan kamu itu tidak sampai dengan kekayaan Nabi Sulaiman, tapi Nabi Sulaiman tidak lalai dari melakukan ibadat”.
  2. Apabila hamba sahaya berkata, “Oleh kerana aku hamba sahaya, maka aku tidak bebas, oleh itu aku tidak dapat beribadat kepadamu”. Lalu Allah berfirman, “Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba sahaya, tapi tidak pula dia lalai dari melakukan ibadah”.
  3. Apabila orang miskin berkata, “Kemiskinan inilah yang menyebabkan kami lalai dari beribadat kepadaMu”. Lalu Allah berfirman, “Kamu tidaklah semiskin Nabi Isa tapi Nabi Isa tidak pula lalai dari beribadat kepadaKu”.
  4. Apabila orang yang sakit memberikan alasan dengan mengatakan, “Penyakit itulah yang telah menghalang aku dari beribadat kepadaMu”. Maka Allah berfirman, “Penyakitmu itu tidaklah seteruk seperti penyakit yang dihidapi oleh Nabi Ayub dan penyakit itu tidak menghalangnya dari beribadat kepadaKu”.
Sehinggakan tiada orang lagi dapat memberikan alasan kepada Allah kelak di hari Kiamat.

 Moga Allah redha :)

03. Dormmates - 3 situasi



Assalamualaikum adik-adik kacak! 5 minit termenung jap. Nak bukak cerita pasal dorm ni macam payah jugak. Rasa macam kena ada episod. sampai episod 10 mungkin. Terlalu banyak. Sebab 4 tahun setengah tu hidup dengan diorang. Dormmates lah family yang paling banyak rahsia. macam dalam family biasa. Kongsi problem. Jaga satu sama lain. Dan aku paling tak suka rahsia dorm orang luar tau. Ya ya macam family biasa.

Jadi kisah pasal dormmates memang banyak. Nak cerita mana ni?

Ini cerita secara umum.

Aku anggap diri aku antara yang paling bertuah. oppps opps sabar tak habis cerita lagi. turun kening balik.

Sebab sepanjang aku dekat sabda, aku pernah satu dorm dengan seniors, juniors dan rakan sebaya. Berbanding kengkawan aku yang selama ni asyik hidup dengan senior setiap tahun, dan bila tiba saat menjadi senior dapat pulak satu dorm dengan kawan sebaya sahaja. Tak pernah berpeluang untuk atleast ada 1 junior dalam dorm. dan sebaliknya juga.

Kira bertuah sebab aku dapat rasa perbezaan ketiga-tiga situasi hidup berasrama ni.


Senior dormmates '09/'10
bila ada senior dalam dorm aku rasa selamat. sebab ada kakak yang jaga aku. Ibaratnya macam tu lah. Apa-apa hal diorang kena dulu. ye dak? ayat normal warden "awak ni dah besar tak reti jaga adik-adik ke?" kesian diorang sebab adik-adik masa tu selalu nama naik. Nama dorm kemain famous. Kemain kena denda lari 10 pusingan court bola tampar. Kemain kauuu kemain. Nak bangun pagi pun aku tak risau. Sebab kak Niza (orang bawah katil) selalu bangun awal. Dia bangun terus kejut aku. Hmmm hmmm rindunya ada orang kejut.


Junior dormmates '11
Bila naik tingkatan 3, tinggal dengan adik-adik form 2. Masa ni semua vice versa. Apa yang senior buat dekat kitorang macam jaga sakit apa semua, jaga dorm, kejut pagi tu semua dah jadi tanggungjawab. masa ni sekali alarm bunyi dah kena bangun. Tak ada kak niza nak kejutkan. Ayat yang selalu dapat tiap malam "kak cijan, esok kejut awal tau" diorang ni harap je ada jam loceng tau. Hmm hmm takpe, aku dulu pun macam tu. Kalau musim periksa jadi guru tak berbayar. Lagipun masa tu PMR so macam best dapat refresh form 2 punya syllabus. Dan diorang pun akan jadi guru tak berbayar ajar sejarah tingkatan 2 balik muehehehe. mutualisme kan?


Dormmates sebaya '12/'13
Bila naik tingkatan 4, hari pertama daftar dapat tau semua sebaya. memang depan meja warden tu aku lompat. Feel free. tak tau kenapa. sebab lepas ni kalau dorm bising aku dah tak rasa serba salah. sebelum ni kalau dorm bising aku tak nak lah batch lain rasa tak selesa kan. serba salah ai. tapi kalau dapat batch sama, buat bising sama-sama tak ada siapa kisah hoho. Lepas tu adik dormmates F2 tahun lepas (yang dah naik F3) pulak jadi senior dekat dorm diorang. Bila aku pandang, lahai diorang ni kesian betul kecik-kecik dah jadi senior dalam dorm. Ooooo macam ni rupanya aku dulu. Hahhhhh!



Atas tadi semua secara ringkas. Nak bagi gambaran je. Secara total banyak benda aku belajar. Lain situasi lain cara kau interaksi. kalau tua kau hormat, kalau muda kau jaga. tak kisahlah aku dalam situasi mana tapi setiap tahun ohsem. Paling ohsem dormmates sebaya! Tak kisah lah nak percaya ke tak. Sebab ramai fikir hidup dekat asrama ni macam horror sangat. Aah horror kalau seniority kuat dan asrama kau buruk. Hakhak. quote balik, "asrama buruk"

Please lah mana-mana sekolah yang ada seniority tu, kadang-kadang benda tu memang bagus tapi kau akan enjoy hidup bila dah naik F5 je. Sebab masa tu kau senior. Hidup kau masa junior? lupa ke? Stop lah bagi adik-adik kau life jugak hahaha bukan nak kata apa, tapi aku tengok junior aku happy je dapat senior macam kitorang. Tak tau lah berlakon ke apa. Tapi happy lah sebab apa yang aku nampak dekat sabda ni takat nak masuk lepak dorm senior, makan kantin semeja, turun DM sama-sama, riadah sama-sama, baring dalam surau sama-sama tu macam benda biasa.

aku bukan cakap kosong sebab kawan aku punya adik trauma masuk asrama. Sekolah hebat. malas nak sebut nama sekolah kan. Nanti bebudak sekolah tu redzone aku. Tak tahan sampai pindah keluar. Kan dah rugi duit mak bapak. banyaklah kes macam ni. Cikgu sekolah tu siap telefon parents cakap jangan report dekat pihak atasan, nak jaga nama sekolah kannnn. sekolah hebat tapi takde life Har har har

tak bestlah bila kau keluar dari sekolah tapi tak ada siapa sedih. Biar laa ketiadaan batch kau dekat sekolah tu dirasai oleh adik-adik lol. so goodluck avant garde next year turn korang pegang sekolah.


junior muda setahun. Mekasih, batch zealot memang unite ahaks!
credits : Arissha's insta







Banyak lagi ni, tapi eh sambunglah


























Kenapa? Bersambung kan.



Sepatutnya ada 12. Cuba cari mana lagi sorang


Monday, December 02, 2013

Family - studyroommates

Bila hidup berasrama ni kau kena pandai bergaul. Bagi aku hidup asrama ni ibarat satu family besar. Dalam aspuri tu semua family kau, kakak kau, adik kau. Sangat sesuai untuk orang yang tak ada kakak atau adik perempuan. Dengan syarat asrama kau tak mengamalkan seniority. Syarat ni penting. Kalau tak semua yang aku cakap ni automatic invalid.

Family aku banyak. boleh bahagikan kepada schoolmates, batchmates, dormmates, classmates, studyroommates. Dan sekarang aku dalam mood untuk bercerita tentang studyroommates. Ni semua sebab Ecah bukak cerita dekat WeChat.


Bersepah. Tapi yang guna 8 orang je.

Ini family paling baru yang aku jumpa. Tak sedar ukhuwah yang terbina. Semua kerana bilik study. Mula-mula belajar meja jauh. Lama-lama makin dekat. Bincang soalan, jawapan semua. Share nesvita campur milo. serbuk coco tesco mahupun wet tissue tesco. Ada toto, bantal, selimut. sikat rambut pun ada. kau nak apa semua ada. Iron baju pun dalam tu. Setail kan. Kitorang iktiraf itu macam bungalow lah. kahkah.

Ada laaa dalam 8 orang gitu. Sebab bilik study atas tak ada siapa berani nak naik. Floor kosong kan sebab semua budak balik, F5 pulak kena turun ground floor. Kalau bukan sebab takut pun, sebab malas panjat 60 anak tangga. bilik study kitorang floor 3. So, muka sama je yang ada dalam bilik tu. Lagi lah rasa macam family.


credits : Fatieha

Bila tiba masa yang semua budak dah balik, nak naik turun bilik study sesama. Bab naik tak cuak sangat, tapi nak turun pukul 2 pagi tu memang gentar laaaa sorang-sorang lalu floor gelap memang sakit jantung mak aihhhh. Siapa nak selamatkan nadia dengan farina kalau tiba-tiba ada lipas dekat dinding? Yaaaa, sebab tu kena turun ramai-ramai! Lipas tu boleh buat diorang menggelupur. Serious talk, serious.

Tapi part paling aku suka bila semua saling ingat-mengingati bab solat. selagi tak solat, ada yang tak berhenti menjerit. Bukan takat yang wajib, yang sunat-sunat sekali. Belajar pagi-pagi lepas tu Dhuha dalam studyroom. Kalau nak pahala lebih pergi lah surau. Pagi tuu tengah fresh lagi. best wooo!

Tapi jadi masalah untuk kiblat. Kena usha surau dekat luar tingkap betulkan kiblat. 

"ok korang, upin ipin ni jadi penanda kiblat tau"

"gila kau, kalau aku alihkan karpet tu rasa-rasa kiblat dia sama lagi ke"

"aaaaaaaaaaaa"

Waktu akhir sekolah memang banyak spent masa dengan studyroommates. Semua buat sesama. Belajar sesama. Masuk aspura sesama. Tidur surau sesama. Tengok video Ahmad Ammar sesama. Tak nak balik sekolah hari rabu pun sesama. kahkah. lepas tu gelabah cari tempat menginap. Hal penginapan takpa, boleh pejam mata. paling sadis pun tidur tangki lah. Ada jugak yang percaya bila aku kata tidur hotel bajet. Mohon ampun kepada pihak tersebut.

kalau tak boleh stay sekolah, kitorang dah buat plan B. tidur rumah Nana! Dalam pukul 7 waktu senja seramai 7 orang rushing pergi pagar utama, takut tak ada bas dah. Matilah nak, nak pergi rumah Nana naik apa nanti?

"Jan macam mana ni. Kalau tak sempat solat macam mana"

"Boleh boleh. sempat punya. Makcik guard kata pukul 7 bas ada lagi kan"

Rasa macam adventure gila sebab tiba2 pukul 7 tu kena cari bas. kalau takda bas jugak jalan kaki balik rumah Nana. HAHAHA k memain je. Apa-apa pun ada jugak bas. Semua macam overfeeling masa tu sebab dapat bas. paling best dalam bas tu ada kitorang je. Bas tu pun dah macam hak sendiri punya. Uncle driver pun fokus memandu. Tak kisah bunyi bising belakang dia.

Sepanjang perjalanan tu lah bercerita betapa sadisnya hari tersebut kepada kitorang. Dah laaa baru habis spm, tapi kena lalui benda2 leceh macam ni pulak. Lepas tu semua gelak, takpa kenangan! Selamat sampai Hutan Melintang, singgah masjid dulu baru pergi rumah Nana. Dapat pulak makanan sedap. Rezeki! Rumah Nana best ada kucing nama Isha tapi kitorang panggil Pishang. eh?

Memanglah last day kita macam sadis, tapi sekurang-kurangnya kita dapat jugak spent masa satu malam sesama sebelum balik rumah masing-masing. Dan aku dapat tengok sunset yang mungkin kali terakhir dekat Bagan. Sepanjang perjalanan tu pun langit lawa je, sikit pun aku tak menyesal pasal benda ni ^^ Sebab langit lawa sangat haha

credits : Ayshah dan Fatieha

Terima kasih untuk ilmu korang. 
Halalkan makan minum. 
Doakan aku setiap kali habis solat. 
Terima kasih untuk kenangan. 
Jaga diri, jaga iman, jaga hati. 
InshaaAllah panjang umur, kita kumpul balik belajar sesama :')

"nanti mesti aku rindu studygroup ni" - nadia, orang pertama yang confessed

Sunday, December 01, 2013

Selepas SPM


Aku tak ingat paper apa aku ambik hari tu. Tapi Diyanna tepuk belakang aku dan berkata,

"Jan! okay? Setakat ni kita tak dengar lagi orang merungut hang tidoq"

aku senyum. angkat ibu jari, "semua selamat. tak ada lagi jumpa aku maki-maki"

Masa percubaan, ramai bising sebab aku tidur dalam dewan. Lepas tu diorang pun terdorong untuk tidur. Ahhh tu semua mengada jadikan aku punca. Korang kalau nak tidur tu hal jati diri memasing. Jangan tuding jari dekat aku. Tapi... yelah foineee time spm memang aku tak tidur. Kalau tidur pun TER lah kot. tertidur. Nasib meja aku 4 dari belakang. Kalau betul yang terpengaruh untuk tidur pun tak ada laaa ramai mana. Ye dak?

Jadi untuk mengisi masa lapang aku, sementara tunggu waktu exam habis aku akan menyanyi dalam hati. Kadang-kadang malas dalam hati aku nyanyi je kuat-kuat. Tapi muka Dibah cool je. Tak dengar lah kot. Bila ada masa lagi aku bina plan after spm. aku rasa ni benda biasa. benda yang semua orang buat. Masa lebih semua berangan kunun nak cari idea. kononnn. eleh eleh, tak nak mengaku lettew.

Jadi ini antara beberapa plans selepas spm aku

ASRAMA
aku memang tekad tak nak koyak pembalut dia sampai aku habis SPM. aku tekad tak nak baca sampai aku dah keluar dari asrama. So deal or no deal? aku berjaya akhirnya kahkah. bukan seram, bukan takut terpengaruh macam tak nak pergi tandas memalam. no no no. sebab aku memang sengaja nak baca lepas keluar dari asrama. saja nak mengados. Rasa macam cool buat macam ni padahal tak cool langsung.

Image result for asrama fixi


MASAK
aku selalu rasa bahawa budak2 asrama tak patut ambik perdagangan dalam subjek KH masa menengah rendah. Lagi-lagi budak perempuan patutnya WAJIB ambik Ekonomi Rumah Tangga. Yelah, bila lagi kau nak spend masa untuk bebenda macam ni. balik rumah 2 bulan sekali pun belum tentu. Tu hahhh pinggan makan dekat DM pun abang DM yang basuhkan. Kita cuma basuh bekas maggi je dekat asrama. Kalau budak laki, basuh bekas maggi pun aku tak berani nak confirmkan. Budak laki basuh baju pun aku tak percaya. Semua berharap air hujan. Eh? lari topik. ok next!


LESEN
 ini impian aku sejak sekolah rendah. Entahlah, eager betul untuk ada lesen. Senang nak bawak ibu pergi memana. Dari kecik memang suka abah bawak kereta laju-laju. Kalau ada kereta dekat depan aku jerit je "langgar! langgar!" kalau dekat kampung lagi best, banyak lembu. semua benda aku suruh langgar. nanti Shafiqa poyos je jerit-jerit ketakutan wahahaha. Aku rasa shafiqa mesti tak nak jadi penumpang aku satu hari nanti.

kalau JPJ baca benda ni mesti dia tak luluskan lesen aku T.T

eh? kepada kengkawan semua tolonglah daftar awal. Sebab katanya tahun depan mula sistem baru. Lagi payah prosesnya nanti.


PLKN
Oh sorry, kerajaan tak panggil aku untuk PLKN. Aaaaa next!


ISTIKHARAH
bila aku cakap ni semua fikir lain. Dah gua nak solat istikharah mohon petunjuk nak ambik bidang apa lepas ni. Banyak juga benda yang aku minat ni. Tak tau nak fokus mana dulu. Mungkin ada yang terbaik dari Allah. InshaaAllah doakan asal jadi manusia berguna. Sekurang-kurangnya wujudnya aku dekat dunia ni ada bawak kebaikan untuk masyarakat. Jom amin ramai-ramai! haha.

pssttt, nak bisik.

oh tau tak jubah-jubah yang Nisa Jailani jual? please laaa belanja aku satu. Please please Tahun depan punya hadiah birthday pun jadilah. Wakakaka.