Tuesday, February 26, 2019

02. Nikmat Kauthar

Setiap kali birthday mesti akan teringat surah al-Kauthar.

Dan baru-baru ni ada kupas tafsir al-Kauthar dengan adik-adik.

Antara surah yang sangatlah membersihkan bilamana Allah menceritakan nikmat-nikmat Dia pada Rasulullah. Kurniaan al-Kauthar -- nikmat yang tak terbatas, tak tersekat, tak putus-putus.

Atas segala nikmat ni Allah suruh kita bersyukur dengan dirikan solat, berkorban dengan ikhlas. Inilah kewajipan yang akan membawa hati manusia menuju Allah kembali. Menuju hanya kepada Dia, dan tiada ilah selain Dia.

***

Surah ni sangatlah membersihkan dan mengingatkan. Mengingatkan betapa banyaknya juga nikmat Allah pada diri ni. 

Sebab tu tiap kali birthday akan teringat surah ni -- yang membawa diri untuk reflect segala nikmat yang tak putus-putus sejak dari lahir hingga kini.

Antaranya, dulu waktu kecik ingatkan semorang ada a functional family. Ibu bapa yang baik, yang menjaga kita dengan penuh amanah. Abang dan kakak yang protective, yang menjadi pengganti kepada ibu dan abah lagi-lagi kalau abah tak dapat ambil/hantar ke sesuatu tempat.


Tapi, bila makin besar (lagi-lagi dalam dunia digital ni) makin banyak pula didedahkan dengan kisah-kisah yang tak enak. Ibu bapa tak endahkan anak. Survive sendiri selama dia hidup, urus makan pakai sendiri. Didera dan dipukul. Dibuang. Tak dapat hak pendidikan. Yang lebih menyedihkan, tak dapat hak mengenali Tuhan T___T

Teringat ada seorang kakak ni cakap,

"Allah jua lah yang alirkan perasaan kasih sayang tu dalam diri parents kita."

Sebelum ni rasa pelik je dengan statement ni sebab, "eh common sense lah untuk parents sayang anak dia", tapi rupanya tak :(

Benarlah, perasaan kasih dan sayang tu bukanlah common sense tapi satu perasaan yang Allah jua lah mengizinkan ia untuk mengalir dalam diri parents kita.

Nikmat yang sangat besar untuk sesiapa sahaja yang menerimanya.

***

Dan aku--

Nikmat kasih sayang dari orang sekeliling adalah antara al-Kauthar yang aku tetap rasai hingga kini. Baik dari kecil, membesar masuk ke sekolah, ke kolej persediaan, malah untuk ke-23 tahun, aku masih merasakan nikmat ini.

Atas kasih sayang yang sangat banyak dari orang sekeliling, maka menjadi '23' bermakna semakin banyaklah harta, masa dan jiwa yang perlu aku korbankan dalam usaha menyebarluas pula kasih sayang dari Tuhan.

Membawa manusia pulang kepada Tuhan.

Mengenalkan mereka kepada hakikat kehidupan.

Kerana kita tersangatlah mahu mereka merasai kebahagiaan yang kita rasai.

Dan kebahagian sebenar adalah pada saat manusia mengenali Tuhannya.

14 Feb '19
"Kalau rasa susah nak berkorban, kita kena rasa yang semua kita ada sekarang ni bukan milik kita pun. Semuanya kan Allah punya. Hope mindset ni akan mudahkan kita untuk berkorban dan berinfak." -- one of the mutarabbi(s)
"Indeed" :) 


Sangatlah terasa diri ni hanya menumpang kebaikan yang Allah mahu berikan pada ibu dan abah. Such a huge blessing 23 tahun hidup di dalam doa ibu dan abah yang penuh berkat, penuh rahmat 😊💕 


*Favourite*

"Ya Allah, sungguh aku minta kepadaMu rasa cinta kepadaMu, dan mencintai orang yang mencintaiMu, dan amal yang menyampaikan kami kepada cintaMu. Ya Allah jadikanlah kecintaan kepadaMu, lebih dari diriku sendiri, keluargaku, dan dari air yang dingin." [HR at-Tirmizi]
^ Antara doa yang boleh kita amalkan selalu :)

Monday, February 25, 2019

Di JalanNya Kita Bermesra


"Dalam dekapan ukhuwah,
kita mengambil cinta dari langit.
Lalu menebarkannya di bumi. 
Sungguh di syurga,
menara-menara cahaya menjulang
untuk hati yang saling mencinta. 
Mari membangunnya dari sini,
dalam dekapan ukhuwah." 

-DDU-


2341hrs, 23rd February 2019
Nottingham Central Mosque.

Had an early birthday celebration with my akhawatifillah and how I really wish that the other 13 Hamasah were all here :') Setiap tahun, bila daurah bulan Februari mesti this one ukht akan bawak kek yang dia buat sendiri.

Best jugak birthday dekat dengan minggu-minggu daurah ni :p

Nevertheless, to have this small celebration with my akhawatifillah especially just right after a refreshing session, did all the throwback things of our early tarbiyah phase, to realise that we'd been through a lot in this DnT for the past few years (all the challenges, the struggles, the conflicts and what not) -- Really make us wanna appreciate this tarbiyah more, to give more and do extra more in DnT.

Sebab kita nak orang rasa apa yang kita rasa (:

Bukan mahu mereka merasakan penat dan lelah tu, tetapi mahu semua merasai kemanisan dalam kepenatan yang tak ada siapa mampu gambarkan.

Tak ada siapa melainkan orang itu juga melakukan hal yang sama.

Moga Allah terus mentsabatkan hati kita dan menguatkan keinginan untuk terus berbuat.

Biiznillah.




Friday, February 22, 2019

That Spirit


That "Jom usrah dekat bilik saya jommm"


And also,



Hence,
.
.
.
.



Sikit lagi kepala nak bertembung dengan Quran tu 😅

Haih macam-macam (geleng kepala).

Takpe, semangat tu yang kita mahukan.

Ok saja post sini untuk kenangan ðŸ˜‚

Monday, February 18, 2019

Surat Cinta kepada Tuhan

Last month ramai kawan ws cakap diorang akan buat umrah, and tanya ada doa nak kirim tak. Rasa terharu sangat bila ada orang offer macam ni.

Sebab tak pernah kirim doa dekat orang sebelum ni. So, tak tau selalunya orang kirim panjang mana? Kalau nak tulis atas kertas dan minta dia baca, pastu nak tulis guna ganti nama diri apa? Kawan pun macam.... "aku pun tak pernah baca doa orang sebelum ni weah. Tulis je lah gaya apa-apa pun." ðŸ˜‚


Ada yang minta aku kirimkan doa secara spesifik. Kalau ada kesulitan waktu tu, minta dan berdoalah penyelesaian yang spesifik (: Baik sangat kawan-kawan saya ni huu

Segan jugak sebab selama ni doa spesifik yang kau baca tak ada siapa yang tahu melainkan antara kau dengan Tuhan. Tapi peluang-peluang macam ni takkan aku nak lepaskan hanya sebab rasa segan. Mujur doa yang dikirimkan adalah pada orang-orang yang aku sangat percaya, jadi apa yang ada dalam hati aku terus kirimkan saja.

Doa yang mahu dikirimkan sudah siap-siap ditaip dalam word doc. Bila menaip ni biasalah sedar tak sedar "eh dah 2 muka surat!" hahaha kesiannya member tak cukup nafas kena baca.


Orang offer nak bacakan doa kita pun dah boleh bawa terharu, ni siap effort print out letak dalam sampul ni level apa niii T_T

Salah satu doa saya Allah makbulkan minggu lepas. Satu benda yang terasa sangatlah impossible untuk berlaku :') Allahuakbar, speechless je masa tu.

Hanya mereka sahajalah yang tahu isi kandungan doa yang panjang tu, maka untuk setiap kali doa di atas kertas itu menjadi kenyataan merekalah yang akan menjadi saksi pada setiap satu peristiwa tu (: Tiada apa yang aku harapkan melainkan Allah mengurniakan hal yang sama kepada mereka yang membacakan doa aku ini. 

Juga ya Allah izinkanlah aku untuk ke sana supaya diizinkan pula membacakan doa-doa mereka.


When both your bestfriends are doing their umrah at the same time and they met in front of the ka'abah by Allah's will and sent me this selfies :')

*****

Would like to end my post with one of my fav Hadith(s):
"Sesungguhnya Allah itu Maha Malu dan Maha Pemurah. Allah malu jika ada seseorang yang menengadahkan kedua tangan kepadaNya tapi kemudian menolaknya dengan hampa." (H.R. Abu Dawud, At-Tirmizi dan Ibn Majah)
Jom jadikan "doa" sebagai ibadah lazim kita ðŸ’ª


Tuesday, February 12, 2019

Why Photographing?


*Video calling le family*

Me: Hai semuaaa saya menang duckscarf!

Ibu: Apa tu?

Abah: Dark, dark. (so confidentttt)

Syahmina: Ohh 'dark' tu maksud dia 'gelap' ibu.

Me: Bukanlahhh -_- 'duck' not 'dark' aduhduh jap eh orang hantar gambar

*photo sent*


Ibu: Wow ada Cadburry!

Me: Kenapa ibu nampak tu dulu 😂 (tepuk dahi guwe)

Ok, so my family appreciate the chocolate more rather than the scarf.

Ok saya tahulah yang duckscarf ni tak pernah mencemar duli dalam rumah kitorang, but I was expecting Syahmina ni tahulah jugak pasal branding.

"Apa ni minaaa, kata duduk Keyell hahaha"

"Hellooo saya duduk rumah je ok"

Pernah cakap dekat member, dUck brand ni adalah sesuatu yang aku tak akan belilah selamanya. Kalau tetibe satu hari ternampak aku pakai ada 2 sebab je (disclaimer siap-siap):

1. Orang bagi
2. Dapat hadiah

hahahaha

Ntahlah rasa tak berbaloi pun beli tudung mahal-mahal tapi tudung seploh ringgit jugak yang selesa dipakai. Anyhow, alhamdulillah dapatlah rasa apakebest sangat ke mende ni sampai orang sanggup buat collection yadaa yadaa. 

I win The dUCk from the photo contest held by SEMAWAR (a muslim women event here in UK). Sebenarnya masuk bukan sebab hadiah dia dUCk scarf or Cath Kidston, tapi lebih kepada nak sampaikan how a photo can deliver a msg.

Inspired dengan photographer yang mampu sampaikan msg dan salurkan perasaan hanya dengan sekeping gambar. Contohnya yang viral baru-baru ni gambar adik Syukur dengan kerbau perliharaan bapak dia tu. Hanya dengan beberapa keping gambar je, kisah hidup adik Syukur ni dapat liputan yang meluas.


Tetibe semua orang tahu background hidup dia, tetibe dapat perhatian mufti, tetibe sekolah bagi dia anugerah. Tetibe kan. Wondering je lah, sebelum ni dia sekolah kat situ bertahun-tahun tak ada siapa ke aware dengan kisah hidup dia ni? Kalau ada yang aware pun, mungkin tak ada sesiapa terfikir nak bagi dia anugerah khas tu mmmmm.

Ok point dia adalah, kenapa tak ada siapa kisah dengan talent photographer tu? Hahaha ingat semua orang mampu ke sampai ke tahap tu. 10 orang photographer tangkap gambar yang sama, tapi tak semua mampu deliver perasaan yang sama dari sekeping gambar -- Kalau tengok di sebalik penggambaran adik Syukur dengan kerbau dia, bukan Abdullah Dean sorang je ok yang ada di tempat kejadian dan tangkap gambar masa tu.

Ada je lah cita-cita nak capai level tu, tapi tu level-level main photoshop dah haha and such time consuming to practice bagai huu. So, for a time being kita guna lightroom je lah dan jadikan photographing ni as hobby dulu -- Practice tangkap gambar selalu sebab kalau edit power tapi composition skill lemah payah jugak.

Ok gambar bawah ni cliche and beshe-beshe je haha tapi tak expect pulak yang ni menang.


"It’s not what you use, but how you use it"

p/s: Before this pernah hantar gambar main-main pastu menang bluetooth speaker. Rasa function lah jugak sebab boleh guna dekat daurah. Kalau duckscarf ni taktau cemana nak bagi function sikit untuk DnT mmmm mungkin kalau nak attract mad'u yang high class kot hahaha

Monday, February 04, 2019

The Wishes

Nottingham, 2018

Masa dia awal-awal sampai UK dulu, dia harap sangat boleh bawak usrah. Tapi masa tu 1st year lagi. Batch yang dia paling boleh reach pun sebaya dengan dia.

Terasa baru, tapi dah dua tahun berlalu -- housemate ajak DF coursemate dia. Jauh tinggal dekat hall uni. Pergi balik jalan kaki. Sejuk-sejuk jalan bertiga, tak kisah walau langit dah gelap sebab bahagia tu hanya Allah yang tahu.

Allah tu baik sangat.

Dia mintak nak bawa usrah, tahun pertama tu Allah beri juga mutarabbi walau sebaya.

Tapi dia rasa dia boleh buat lebih kalau dapat bawa yang lebih muda dari dia.

So tahun depannya tu Allah hantarkan dia juniors.

Walau bukanlah dekat tempat yang dia belajar, tapi Allah mudahkan dengan personality juniors yang sangat welcoming. Dia tak diuji seperti nabi -- datang jauh-jauh dari mekah ke Taif tapi penduduk Taif tolak mentah-mentah.

Nasib dia baik. Bila dia datang, adik-adik sangat raikan. Walau ntah siapa-siapa ntah kakak ni. 

Dengan tak malunya dia mintak lagi pada Allah. Dia berharap dapat buat lebih bila adik-adik duduk tinggal dekat. Senang nak DF. Boleh lawat selalu. Boleh ada dengan dia sentiasa. Supaya dapat influence kehidupan mereka dengan biah yang baik.

Allah tu baik sangat.

Tahun seterusnya Allah hantarkan dia seorang junior yang sama uni. Jarak ke rumahnya hanya 5 minit berjalan kaki. Ditakdirkan adik tu disusun dalam usrah yang dia bawa sebelum ni.

Jadi sekarang ni Allah dah beri semua yang dia minta, tinggal dia je nak atau tak untuk buat semua yang dia pernah ceritakan pada Allah selama ni.


May Allah accept our investments

Bila rasa overwhelmed dengan banyak benda, rasa nak putus asa, dia akan teringat balik betapa baiknya Allah dalam menunaikan semua permintaan dan kemahuan dia. Bukankah ini kehidupan yang dia mahukan. Dan sekarang ni dia lah yang perlu berusaha untuk mengikat janji setia ini dengan Tuhan.

Bila dia penat sangat, ada satu ayat fav yang akan terngiang-ngiang dalam kepala dia supaya tak berputus-asa:

"Di antara orang mukmin itu ada orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur syahid dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya)." [33:23]

Dia nak jadi macam sahabat dalam ayat tu. Yang sangat ternanti-nanti bilalah pula giliran mereka untuk dapat seperti yang sahabat mereka dapat.

Dan dalam penantian tu mereka sedikit pun tidak mengubah janji mereka pada Allah.

U_U

Sebab dia tahu Allah tu baik sangat.

Sekarang, dia masih lagi tidak malu untuk minta selalu.

Meminta agar Allah tsabatkan hati dia dan kurniakan syahid dalam urusan dia menunaikan janji setia tu.

*****

Last week dia exhausted sangat sampai whatsapp mutarabbi lama minta kata-kata semangat,


And lil did you know she's forever grateful to have you as her first mutarabbi too. Kerana dari awak dia belajar banyak perkara, belajar untuk improve diri, belajar menjadi murabbi yang lebih baik.

Cukuplah dengan melihat mutarabbi kita membesar dalam jalan ni buatkan kita lebih bersemangat dan tak berputus asa dalam usaha membina manusia.

Selain first murabbi, first mutarabbi ni pun special juga di hati saya :3



Saturday, February 02, 2019

10 Years Challenge

Can I actually say my 2019 starts February onwards. Since January is an exam month so fefeeling 2019 tu tak sampai lagi haha 

Sepanjang exam tu perati je lah post #10yearschallenge bagaikan air yang mengalir di timeline FB mahupun tuitter juga insta. Eh eh ramai pulak yang buat. Mujur tak berjaya trigger untuk buat (physical) comparison #10yearschallenge jugak. Sebab,

1. MashaaAllah gambar rempit sangat sebab sis baru form1 seploh tahun yang lalu. Terbayang gambar zaman-zaman myspace sambil menangis kenapa gambar merapu sangat dulu.

2. Sebab tak ada lagi gambar sendiri untuk 2019, Alhamdulillah tak cukup syarat untuk buat pun xP

3. seploh tahun ke doploh tahun ke, masih lagi hensem seperti dahulu wahahaha konfiden memang maintain. Tak berubah walau sedikit.

Manchester, 2019

Bila nampak orang buat #10yearschallenge bak cendawan tumbuh lepas hujan terus teringat conversation dengan someone bulan lepas,

"alah nakal awak dulu macam mana je pun. Mesti nakal-nakal pun baik." - Kata seseorang yang background dia dulu sekolah agama T_T wuuuwu

Tak tahu nak ambik ayat ni sebagai pujian ke apa. Ni kalau member yang sama-sama masuk air dulu atau bebudak SABDA tahu mesti dah terbahak-bahak dengar. Hmmm mmm.

Takkanlah nak cerita jahiliah lama yang kita pun dah lama tinggal. Percakapan, perbuatan, pakaian. Merapu sangat. Kalau boleh tak nak toleh belakang pun untuk fikir balik jahiliah-jahiliah lama.

Ibu pun mampu geleng-geleng kepala je kot dulu hahaha

Punyalah teruk diri yang dulu sampai tak pernah terfikir pun 10 years later aku akan buat apa yang aku buat sekarang. Read: join usrah dan bergelumang dengan tarbiah. So anak-anak, meh lah pm akak tepi kalau nak join usrah hahahaha

But yeah, I'll just take that "Mesti nakal-nakal pun baik" as a compliment sebab "eh baik sangat ke sekarang ni sampai dia ingat kita ni kalau nakal pun baik" kahkah astaghfirullahalazim, mana boleh rasa diri ni baik btw. Perangai syaitan je perasan diri baik ni.

Diri ni, sangatlah banyak lopong-lopong yang perlu dibaiki, ruang-ruang kebaikan yang perlu diisi. Afterall, Allah lah yang menutupi aib-aib lama dan aib yang sekarang. Bukti Allah ni sangatlah baik pada hamba-hambaNya dan satu nikmat yang tersangatlah besar untuk sesiapun!

So hah, Allah dah tutup aib takkan syok pulak nak cerita apa kita buat dulu. Melainkan cerita-cerita jahiliah lama tu boleh dijadikan pengajaran, pedoman, harapan yang sesiapa pun boleh berubah.

The John Rylands Library, Manchester

Tak salah untuk merasai ada improvement pada diri. Sebab muslim tu memang perlu muhasabah pencapaian diri untuk improve diri mereka setiap hari, lagi dan lagi. Bukan hanya pada 10 tahun sekali ehehe.

Macam mana dengan tilawah? Hubungan dengan al-Quran? Hafazan dah sampai mana? Kualiti solat jaga tak? Hubungan dengan Allah? Hubungan dengan manusia? Bahan bacaan? Dah besar-besar ni takkan nak baca Gempak Star dengan novel alaf 21 lagi uhukhuk. Ya saya dah start jual sedikit demi sedikit :')

Eheh, banyak betul benda kena reflect.

Lepas dah reflect semua ni, bolehlah fikir agak-agak ada improvement tak. 10 tahun bukanlah tempoh masa yang sekejap. Kalau rasa stagnant je, dah boleh pelan-pelan untuk rasa takut.

Tapi jangan takut lama-lama sangat, capailah planner dan mula merancang. Set-up resolutions untuk tahun ni. Kalau kita tak merancang, syaitan dan nafsu akan merancang untuk diri kita (hahhh takut takkk 👻)

"Hai orang-orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Hasyr:18)
Selamat melalui 2019 dengan penuh jayanya ;)

Jika masih panjang umur, moga 10 tahun akan datang kita akan tersenyum melihat perubahan diri sepanjang 10 tahun ke hadapan ni ^^


Friday, February 01, 2019

Saling Menjaga

Tengah masak-masak pintu rumah terbukak.

Member baru balik kelas. Dia naik atas, turun balik goreng bergedil. Nak bawa masa jumpa adik usrah nanti agaknya. Siap menggoreng dia naik ke atas balik. Bersiap-siap.

Bila ditanya pukul berapa train?

"5-ish macam tu" - balas dia.

Aku tengok jam, tak berapa lama lagi tu.

Api dapur aku tutup. Sedap makan terus ni, nasi pun tengah panas lagi.

Tengah makan-makan, tengok jam balik. Hm, macam tak sempat member nak makan sebelum gerak.

Terus ke dapur, basuh tangan dan bekas putih penutup hijau aku ambil. Nasi panas terus diisi, lauk butterchicken yang berasap-asap aku tuang atas nasi.

"Awak, saya ada tapaukan nasi. Atas meja tu. Tak tutup sebab panas lagi. Nanti bawaklah makan dalam train." - msg sent.

Aku sambung makan macam biasa. 

Bila kelas habis petang dan terus kena keluar untuk usrah dengan adik selalunya memang tak sempat makan. Waktu usrah tahan je lah perut kelaparan. Kalau sampai rumah around 11-ish baru dapat makan. Itupun kalau masih larat. Tidur dan makan, selalunya tidur jadi keutamaan huhu.

310119, and it's snowing ;)


Berukhuwah bukanlah pada ketika senang dan yang manis-manis sahaja.

Berukhuwah ertinya saling menjaga, saling memudahkan urusan :)


****
Plot twist:


Boleh pulak dia ingat kita yang nak keluar -,-

Baru nak sweet sweet haish dia ni.