Rasa kekok sebab dah lama tak menyinggah untuk menulis. Last post was on June, pastu tup tup eh dah August! Hah nampaklah bukti aku sedang menikmati summer break ini dengan bahagia dan jayanya eheh :p sebab bila perati balik frequent posts selalunya masa musim-musim exam, masa tengah stressed lols.
Manusia ni memang gemar menulis bila dia dalam 2 keadaan:- (1) Bila rasa nak escape dari keserabutan dan (2) bila memang betul-betul free.
Dan antara dua itu, jarang sekali aku menaip dalam keadaan yang memang tengah duduk tenang dan senang.
Alhamdulillah ala kulli hal wa ni'mah
Atas nikmat iman, nikmat Islam, nikmat ukhuwah, nikmat untuk beramal, nikmat dilindungi daripada masa-masa yang dibazirkan. My summer break has always been great and fruitful :) ziarah, uskab, rehlah, konvensyen, daurah, back-to-back programmes yang disusun untuk kami sepanjang cuti summer ni. Yang dirangka sejak awal, yang dirancang sebelum spring exam lagi.
Baik untuk program balik hari, atau berhari-hari, juga yang masih berterusan hingga habis summer ini-- moga Allah meredhai dan mengurniakan berkah dalam setiap apa yang kita lakukan.
Nak berkata tentang penat tu memang penat. Tapi penat tu adalah sesuatu yang valid pada semorang. Ikut tarbiah atau tidak, manusia tu memang akan sentiasa berpenat. Kalau tidak berpenat dalam DnT, pastinya dia sedang berpenat dengan hal yang lain pula. Arasso?
Maka, jadilah manusia yang bijak dalam menentukan atas hal apa yang mahu kita berpenatkan.
Buat setiap kali wasilah, melaksanakan hal-hal teknikal secara relatifnya adalah lebih mudah berbanding mencipta ikhlas dalam kepenatan. Adalah satu mujahadah yang tinggi bagi diri setiap akh dan ukht untuk terus ikhlas ketika penat menjengah.
Akan ada masanya kita akan rasa sangat overwhelmed dengan kerja yang bertindih-tindih, hingga mula persoalkan,

"Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia berada dalam susah payah" (90:4)
Buat setiap kali wasilah, melaksanakan hal-hal teknikal secara relatifnya adalah lebih mudah berbanding mencipta ikhlas dalam kepenatan. Adalah satu mujahadah yang tinggi bagi diri setiap akh dan ukht untuk terus ikhlas ketika penat menjengah.
Akan ada masanya kita akan rasa sangat overwhelmed dengan kerja yang bertindih-tindih, hingga mula persoalkan,
"Ya Allah, kenapa aku?"
*tarik nafas*
Dan bila timbul persoalan sebegitu,
lawanlah semula dengan monolog.
"Ya Allah, kenapa bukan aku?"
Tak tahulah ceramah mana satu yang buatkan aku sangat terkesan dengan ayat, "Allah telah memilih anda untuk berada di sini...". Terdengar masa zaman-zaman sekolah menengah macam tu lah. Sejak dari tu kalau diizinkan untuk duduk dalam mana-mana majlis ilmu rasa bersyukur sangat sebab rasa macam "Eh Allah sayang aku" haha
Moga Allah ganjarkan penceramah tu pahala yang baik (: Sejak dari tu hingga masuk ke KMB kakak-kakak pun selalu remind yang takdir Allah tak pernah silap. Macam mana pun kita berusaha untuk pergi ke sesuatu tempat tapi kalau Allah tak izinkan maka tiadalah kita disitu. Begitulah juga sebaliknya.
Tapiii ya tapi, janganlah pula kita menjadi manusia yang tak tunjuk effort pun untuk ke arah kebaikan. Kemudian bisik pada hati,
Dan telah banyak kali aku ditayangkan dengan kisah mujahadah akhawat yang sentiasa berusaha, mencuba pelbagai cara untuk hadir, kemudian timbul pula kekangan-kekangan yang tak dapat dielakkan -- jika anda dalam situasi begini maka janganlah bersedih duhai akhawat (:
Bukankah kita mengimani bahawa Allah melihat pada usaha dan tidak menilai hasil. Kerana hasil itu adalah rezeki dari Allah -- sesuatu yang bukan dalam kawalan kita. Teruskan berusaha dalam membuktikan pada Allah kesungguhan kita untuk mendekati Dia.
Juga buat mereka yang dikurniakan mas'uliyat dan amanah, teruskan kesyukuran antunna kerana direzekikan medan untuk beramal. Kalau penat, pujuklah hati bahawa Allah Maha Halus telah memilih antunna pada saat ramai yang ingin melakukan hal tersebut tetapi punya pelbagai kekangan.
Juga eloklah kongsikan satu ayat yang sering memujuk hati sebagai penutup,
Tapiii ya tapi, janganlah pula kita menjadi manusia yang tak tunjuk effort pun untuk ke arah kebaikan. Kemudian bisik pada hati,
"yaaaa rumah dan katil adalah tempat yang terbaik untuk aku sekarang."
Aduhai ukht! *tepuk dahi
Hanya kita yang tahu sejauh mana kita betul-betul telah berusaha
Bukankah kita mengimani bahawa Allah melihat pada usaha dan tidak menilai hasil. Kerana hasil itu adalah rezeki dari Allah -- sesuatu yang bukan dalam kawalan kita. Teruskan berusaha dalam membuktikan pada Allah kesungguhan kita untuk mendekati Dia.
Juga buat mereka yang dikurniakan mas'uliyat dan amanah, teruskan kesyukuran antunna kerana direzekikan medan untuk beramal. Kalau penat, pujuklah hati bahawa Allah Maha Halus telah memilih antunna pada saat ramai yang ingin melakukan hal tersebut tetapi punya pelbagai kekangan.
Juga eloklah kongsikan satu ayat yang sering memujuk hati sebagai penutup,
"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik penolong." (Al-Hajj:78)
030818 - Rehlah Akhawat
Moga Allah terus memilih kita :)
p/s: "Kenapa bukan aku?" ini adalah standard dialog untuk mereka yang ada 2nd child syndrome :p hahahaha
No comments:
Post a Comment