Monday, August 20, 2018

Arafah


Hari Arafah yang mulia ini, atas segala kisah yang signifikan misalnya pertemuan Adam dan Hawa di Jabal Rahmah ada satu lagi kisah sebelumnya yang perlu kita sentiasa ingatkan dan ambil pengajaran -- itulah dia bagaimana tipu daya syaitan membawa kepada pengusiran 2 insan. 
Mengambil ibrah dari kisah Adam di permulaan surah al-Araf --
Menjadilah kita hamba yang sentiasa tidak lupa akan musuh yang nyata,
Hamba yang terus memohon keampunan dan rahmat bila tergelumang dalam dosa,
Hamba yang sentiasa mengharapkan pertolongan dan perlindungan dari Tuhannya.

Amin ya Rabb

Hari Arafah yang mulia ini, adalah hari yang sangat baik untuk kita muhasabah,
menilai semula amalan-amalan.

Juga adakah kita dalam golongan yang termakan tipu daya syaitan,
atau dalam kalangan hamba Allah yang ikhlas lagi beriman.

Kerana akhirnya hamba yang ikhlas itulah yang akan terlepas daripada tipu daya syaitan.
“Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan aku sesat, aku pasti akan menjadikan mereka memandang baik (maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.  Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di kalangan mereka” (Al-Hijr:39-40) 
Ya Rabb, bimbinglah kami dalam usaha menjadi hambaMu yang mukhlis :'/ 
Salam 9 Zulhijjah.


No comments: