Friday, June 15, 2018

Le Hawariyyun


1st June 2018,
"Untuk usrah esok bawa something special okies ;) anything. Special to your definition." - Murabbi 
"Akak, saya datang bawa usrahmates dikira tak? ;)" - Me  
"Tetttt. Tak dikira 😂 " - Murabbi 
*********


Mesej dari naqibah di atas akhirnya menyedarkan aku yang usrah Hawariyyun ni akan 'berakhir' setelah 2 tahun usrah bersama. Dua dari lima akan BFG tahun ni. Usrah yang paling lama untuk aku. Sebab usrah sebelum-sebelum ni paling lama setahun je pastu mesti ada perubahan / shuffle usrah. Dan begitulah lumrahnya. Manusia itu datang dan pergi. Nama usrah pun akan bertukar ganti.

2 tahun usrah bersama -- tentu-tentu aku akan rindukan sesi qadhaya kita, kisah-kisah tragis DnT yang kita lalui, kejar train cam gila, lawak hambar antunna, muayyasyah hingga larut malam, air tangan yang tak pernah mengecewakan, sesi akhbar Islami yang deep tiap kali usrah (sebab usrahmates semua social science) bestlah bila dengar kupasan akhbar islami dari perspektif ekonomi dan law :') Allahu banyaknya yang saya belajar dari antunna. Tetibe rasa tak function sebab ambik pure science hahaha

Berbalik pada arahan naqibah yang suruh bawak barang special tu, buntu jugaklah sebab barang semua dah dipindahkan ke rumah baru. Tak banyak harta pun yang tinggal dalam bilik. Kalau ikutkan nak bawa diri sendiri je hm something special lah katakan *cough*.

*********


"Awak bagilah beg ni" - kawan tunjuk bag Cath Kidston di tepi katil aku 
Dia lepak bilik untuk sama-sama brainstorm barang special yang nak dibawa untuk usrah keesokannya. Selalunya sesi "bawa something special" ni ertinya kita akan bertukar-tukar barang dengan orang lain. 

"Ehh taknak lah. Dah lah dapat free."  - aku

Ye gais ada ke patut aku nak kasi orang barang yang aku dapat free. Hadiah yang aku dapat sebab masuk this one contest. 

"Saya suka je kalau dapat ni hahaha" 
"Orang lain mungkin suka tapi beg tu tak mencapai definition something special saya huhu"

Kitorang sama-sama buntu sebenarnya sebab bilik dah kosong, barang yang tinggal ni pun untuk dibawa balik ke Malaysia je lagi.

"Eh, awak bagilah cover Quran tu hiuhiu" - Aku balas balik, tahu dia sayang cover Quran tu hahaha 
"Ekeleh, bagilah cover Quran awak tu jugak" - Si dia. Ya cover Quran kitorang sama tapi warna je lain.

Bukanlah taknak bagi cover Quran tu tapi hati aku dapat rasa yang benda tu belum mencapai standard special yang hati aku berat sangat nak lepaskan. Jadi aku tak rasa cover Quran tu sesuatu yang akan dibawa ke usrah esok.

Malam tu, tak tidur lena aku sebab masih fikirkan apa barang terbaik untuk dilepaskan. Bila bermula cubaan pertama untuk lelapkan mata, tiba-tiba teringat yang aku ada...

"That something special."

*********


2nd June 2018,
Last train together to Sheffield.

Acah lah masa nak gerak ke Sheffield pagi tu nak buat video perjalanan terakhir pergi usrah sesama. Tapi pagi tu pun berlari-lari nak kejar train. Terus aku kuburkan hasrat tersebut hahahaha last usrah pun masih ada lagi drama lari kejar train! Jarang pergi usrah/daurah tak kena kejar train T-T penatlah cemni, mujur dulu atlet. eh.

Sampai je rumah murabbi, kitorang dapat hadiah dulu. Murabbi yang beri, tiap seorang dapat satu. Berbalut cantik dengan ribbon lagi. Tapi kantoi apa isi dalamnya bila Imad nangis nak bukak hadiah tu hahaha Semua dapat tumblr cup untuk isi hot drinks ;) Aww ni kalau dapat awal usrah dulu mesti best dapat bawak sama-sama pergi usrah/daurah. Memang kena cop kumpulan nasyid lah semua nak sama eheh.



*******

Usrah kami mulakan dengan tilawah dan tadabbur untuk satu muka surat dalam surah Hud. Surah yang menyeru para dai'e untuk terus istiqamah. Juga surah yang membuatkan rambut nabi beruban kerana sukarnya untuk istiqamah itu.

"Fastaqim kamaa umirta"
"Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar"

Yang aku kira sangat kena pada masanya untuk ditadabburkan muka surat itu sebelum murabbi berkongsikan tafsirnya.

Kerana selepas ni atau bila-bila sahaja perubahan fasa dalam hidup kita akan tetap berlaku. Yang dah habis belajar akan masuk ke alam pekerjaan. DnT akan lebih teruji kerana semakin bertambah tanggungjawab dan hak yang perlu kita tunaikan.

Ujian dari pelbagai penjuru akan sentiasa ada, proses penapisan Allah akan terus berlaku tak kira dimana pun kita saat itu. Ya, tidak kiralah masa belajar atau kerja. Cuma ujiannya yang berbeza. Tapi apa pun ujian yang akan kita hadapi nanti -- fastaqim kamaa umirta!


When you have to do both, salin nota usrah and entertain small kid

"Ok sekarang yang dah nak BFG partner dengan yang akan stay UK lagi. Antunna dah usrah sama-sama 2 tahun kannn..."

Naqibah keluarkan satu arahan dan penyataan yang ada bau-bau bahawa kitorang akan bermain satu ujian personaliti je ni ehmmmm.

Kah, benarlah kami harus meneka preference di antara dua pilihan akhawat yang akan BFG ini. Misalnya antara beg sandang atau beg silang yang manakah lebih menjadi pujaan hati.

Mujur aku lepas kebanyakan soalan dan hanya ada satu kesilapan yang aku saja-saja buat. Kalau betul semua sweet sangat nanti hahahaha

Di hujung game murabbi suruh keluarkan barang special dan bertukar-tukar dengan partner sebelah. Engkorang nampak tak sejenis pen dalam gambar di atas itu. Ya, itulah yang aku dapat dan aku tahu betapa special-nya pena sejenis itu buat ukht ini.

Nak menangis aku dapat pena kesayangan dia ni. Dan sebenarnya dari dulu lagi aku sangatlah suka dan appreciate bila diberi pen atau kertas/notebook. Aku lebih suka menulis di atas sekeping kertas, kerana apa yang ditulis itu selalunya datang dari hati yang paling dalam. Especially kalau nak melayan perasaan dalam train hah kasi je pen dengan kertas hahaha

Dalam masa yang sama takut juga kalau aku tidak amanah dalam menjaga pen mahal ni phew.

Dan tibalah masa untuk aku sendiri yang keluarkan barang special-pada-definition-aku dari dalam beg;

*******



Dan malam semalam bila bermula cubaan pertama untuk lelapkan mata, tiba-tiba teringat yang aku ada...

"MP3"

Aku baru nak tidur, tetibe otak aku suggest untuk bawak MP3 yang aku dah guna sejak 5 tahun lepas. Bila fikirkan je benda tu aku terus sebak. Sebak bila terbayang yang aku mungkin akan lepaskan MP3 ni pada orang lain.

Tapi saat tu aku makin jelas dan tahu, MP3 ini lah barang special yang aku akan bawa esok. Itulah attachment yang aku kena lepaskan ke tangan orang lain T-T

Tak terhenti sampai disitu, aku terbayang lagi benda yang sangat istimewa untuk diri aku -- Invitation card ke daurah pertama yang aku terima hampir 4 tahun lepas. 

Sekali lagi dalam bilik yang gelap aku kesat air mata bila membayangkan dua benda yang signifikan dalam kisah tarbiah aku, sesuatu yang sangat dekat dengan kisah-kisah awal pentarbiahan diri ni. Ya, inilah benda yang punya sentimental value yang tinggi pada aku, perkara yang membawa kepada turning point kisah hidup aku.

Tapi sebab aku kenal dan yakin dengan orang yang akan menjaga barang berharga ni adalah antara usrahmates yang telah bersama selama 2 tahun, jadi aku tekadkan saja untuk bawa dua benda ini.

Aku tenang untuk melepaskan dua benda kesayangan ini setelah fikirkan bahawa memisahkan diri dengan benda-benda ini tidak sedikit pun akan mengurangkan kisah tarbiah aku.

Malah sebenarnya menambah lagi kisah baru dalam kamus tarbiah diri.

Yang mengajar aku untuk betul-betul memberi sesuatu yang paling kita sayang kepada orang yang kita sayang.



The special gift exchanged :)

*******
"Maka tatkala ’Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani Israil) berkatalah dia: 
“Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah?” Para hawariyyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: 
“Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri."
(Al-Imran:52) 

Our usrah's name was inspired by the stories of le hawariyyun that was mentioned in the Quran (: Pemilihan nama yang baik itu sangat perlu, moga-moga nama yang baik itu menjadi pendorong semangat dan satu doa untuk menjadi seperti Hawariyyun yang dikisahkan -- That's a lil bit of how we chose 'Hawariyyun' as our usrah's name.



And when I said I wanna bring my usrahmates as  'something special',
hence, this photo is also for the ukht ;)

No comments: