Alcazar, Seville
27th Dec 2017
Post ni macam special sikit sebab rasa nak cerita pasal Alcazar haha
Alcazar ni dibina dengan ispirasi dari gambaran-gambaran syurga yang Allah ceritakan dalam al-Quran. Jadi kalau masuk dalam ni memang akan amazed dengan seni bina dia.
Dan bila Alcazar dah jatuh di tangan-tangan orang kristian, bermulalah unsur-unsur patung dewa dalam istana ni (cam bese huhu) Jadi kalau sekarang ni kita pergi Alcazar, dia ada 2 bahagian.
Bahagian seni bina kristian dan seni bina Islam. Bila masuk dekat kawasan tinggalan seni bina Islam rasa best dan tenang sangat. Sebab tak ada ukiran-ukiran patung dewa dan binatang tapi corak yang digunakan was geometry based dan corak bunga/tumbuh-tumbuhan. Architecture dia lagi win lah.
Since masa the Golden Age tu Alcazar dibina dengan inspirasi gambaran syurga jadi bila masuk dalam ni kita akan jumpa banyak taman, mata air, sungai-sungai kecil, pokok-pokok, dihidangkan dengan suasana hijau-kehijauan.
Syurga (dunia) sangat.
Sepanjang dalam tu memang terbayang-bayang ayat syurga yang Allah pernah ceritakan dalam al-Quran. Kadang member siap bacakan lagi ayat-ayat tu huu antaranya adalah:
"Dan naungan (pepohonan)nya dekat kepada mereka dan dimudahkan semudah-mudahnya untuk memetik (buah)nya." (Al-Insan:14)
Dan kalau tengok pokok yang diorang tanam dekat kawasan taman alcazar ni win jugaklah -- Diorang tanam beberapa kaki jauh ke bawah, supaya bila pokok ni tumbuh meninggi, bahagian pucuk pokok akan sama paras dengan kita supaya senang nak petik buah. Dihujung jari sahaja gitu. (Huwaa rasa macam ada tangkap gambar pokok ni, tapi tak jumpa pulak)
Analogi modennya:
Kita tanam pokok kat ground floor pastu dia tembus sampai tingkat 2. So kalau kita dekat tingkat 2 tu senanglah nak petik buah. Gitu.
Power dan kreatif jugaklah idea tu.
Dan ini adalah gambar sekitar alcazar yang ditangkap secara random. Moga ruh alcazar dapat dirasai melalui gambar-gambar ini (acewah)
Dan ini adalah gambar sekitar alcazar yang ditangkap secara random. Moga ruh alcazar dapat dirasai melalui gambar-gambar ini (acewah)
The Lion's Gate (pintu masuk)
One of the walls yang terukir "la ghaliba ilallah", Tiada Penakluk Selain Allah
Water fountain yang ada dalam ni semua direka rendah belaka. Sebab nak menghasilkan bunyi air yang menenangkan. Bila barat cuba ambil idea ni diorang buat water fountain tinggi-tinggi jadi hadaf (objektif) asal untuk produce a calming sound tak tercapai dah sebenarnya mmm memang diorang tu sekati je acah-acah inovasi.
Baru perasan tak ada langsung gambar dekat section patung-patung dewa tu. Sebab tak berminat dan awkwardnya tangkap gambar patung huhu
****
Salah satu muhasabah sepanjang dalam Alcazar,
Bila masuk dalam ni memang amazed dan izzah sangat dengan seni bina islam. Pastu terfikir no wonder lah pemimpin waktu tu rasa terlalu selesa dan "bestnyaaaa taknak keluar istanalah!".
Tapi at the same time timbul jugak perasaan sedih sebab banyak sangat benda yang tak perlu pun dibuat/dibina bila fikir-fikirkan balik.
Kenapa Islam jatuh waktu tu? Apa yang Allah nak ajarkan pada kita sebenarnya? Adakah pemimpin waktu tu sangat mengejar untuk membuat satu gambaran syurga (yang memang tak dapat ditandingi pun) hingga ketepikan sesuatu yang lebih penting -- Misalnya mengejar-ngejar amal yang membawa ke syurga instead?
"Adapun orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, maka mereka akan mendapat syurga-syurga tempat kediaman, sebagai balasan akan apa yang telah mereka kerjakan." (Al-Sajdah:19)
Lagi satu muhasabah yang rasa tertampar diri sendiri,
Sekarang ni bolehlah kita nak tuding jari pada pemimpin waktu tu yang lagha dengan dunia sampai boleh jatuhnya Islam dekat situ.
"Apalah alat dengan matlamat pun tak boleh beza." - Bisik Jemah. Eh.
Tapi, ya tapi rakan-rakan ketahuilah andai kita di kasut dia adakah kita mampu lalui ujian sebegitu huuu atau mungkin kita juga adalah antara yang tertipu dengan keindahan-keindahan dunia ;( sepanjang dalam alcazar tu kitorang macam "no wonder lah, kalau saya pun rasa macam nak duduk senang lenang."
Hm tak perlu cerita tentang istana, yang sekarang biasa-biasa ni pun. Allahu.
No comments:
Post a Comment