Saturday, August 25, 2018

Izinkan aku,

*play*



Semakin mendekati hari untuk pergi
Semakin berat pula terasa hati.

Satu, kerana meninggalkan keluarga.
Dan dua, kerana di sana dah tak akan sama.

Tak tahu apa yang akan berlaku,
Moga masih banyak tangan-tangan yang akan membantu.

Tapi satu perkara yang aku pasti —
Semakin berkurang manusia di sana,
makin berkuranglah kebergantungan aku pada manusia.
Demikianlah harapnya buat yang masih tinggal,
moga semakin rapat dan akrab dengan Tuhan.

Tapi Tuhan,
izinkan aku untuk merindu.

Rindu pada saat kami saling menyaksikan, kesungguhan semua dalam beramal,
Rindu pada perkongsian yang mengasyikkan, semangatnya mereka dalam bicara.
Rindu ketika duduk bersama meluangkan masa, bercerita suka menghilangkan lara.
Rindu saat muayyasyah yang kadang terseka air mata, merasai betapa tabahnya si dia.
Rindu, pasti rindu pada gelak tawa mereka.

Tuhan,
izinkan aku untuk merindu.
(Juga kuatkanlah aku)


Salzburg, 2017

Yang akan sentiasa mengimbas momen bersama,
Shahizan Azmi.

No comments: