Friday, December 02, 2016

The guy with burgers

Sebenarnya sekarang tengah stuck buat lab report pastu buatlah benda lain jap cari mood balik. Pastu tetibe, "eh, lupa pulak ada blog"

Banyak je lah benda baik dan menarik berlaku kebelakangan ni. Something yang rasa seronok sangat kalau dapat cerita dan kebaikan tu disebarkan.

Sejak dua menjak suhu tak menentu sekejap 7degree celcius pastu esoknya pukul 2pm pun boleh -2degree celcius, memang selalu lah lari dari rumah (baca: pergi library). Pasang heater pun tangan beku jugak. Portable heater yang dah order seminggu pun tak sampai lagi :'(

Pastu kalau terserempak dengan senior dekat library diorang mesti, "Guys buat apa dekat sini? Omg baru first year." Macam satu kepelikan lah hahaha nampak macam rajin tapi sebenarnya nak cari tempat yang warm. (sebab library dekat, jalan kaki less than 10 mins je dari rumah) Senior akan lagi terkejut kalau dah pukul 11pm pun taknak balik lagi (nampak gigih kan) sebenarnya nak je tidur kat library tu sebab warmmm hahaha teruk gila perangai.

Nak cerita ni sebenarnya, ada lah satu malam tu ntah banyak minum kopi yang bawak dari rumah kot dan housemate macam nak settlekan lagi satu economics essay katanya. Waktu tu dah pukul 1 pagi. Tetibe, nampak this one guy bawak satu plastic and dalam tu ada polystyrene makanan (yang kalau order fast food mmg kedai-kedai guna polystryrene tu). Pastu housemate,

"Jan, tengok tu. Saya teringat dekat masjid putra dulu. Pak guard situ selalu bagi kita makanan extra yang orang sedekah kat masjid tu"

Rindu sangat suasana tu, tetibe rasa sebak sebab rasa cam banyak kenangan dengan masjid putra sobs kalau dah throwback dengan housemate ntah bermalam kot dekat library tu. Tak lama lepas tu tetibe,

"Excuse me, actually I wanna give this to the guard but they rejected it. Would u mind to take these burgers -- Don't worry it's all halal -- I'm a muslim too."

Sebenarnya dia explain macam lagi panjang and kitorang angguk je lah, dah expect pun sebenarnya point dia apa. Reaction muka kosong je waktu tu. Takkan nak sengih kot, dia dah lah lelaki.... kang hahhh

Tapi bila dia pergi je, kitorang bukaklah bekas tu en pastu, 

"Jannnnnn, it's ur fav!" - housemate

"Weahhh nangis sekarang! Hahahaha"

T^T

Sebab waktu tu dah pukul 1 pagi pun kan. So burger tu kitorang makan waktu breakfast esoknya.


Banyaklah benda yang reflect waktu breakfast tu, Sebab baru tau dia belikan double burger for the guards. Double burger. Dia belikan dua set since ada dua pakcik yang berjaga waktu tu. Dia bukan beli yang set biasa-biasa, tapi dia berikan yang terbaik. Dia tak beli satu set dan suruh pakcik tu berkongsi. Dia belikan sorang satu. Dan setiap set tu termasuk air, fries, double burgers.

The point is, bila kita nak berikan sesuatu berilah yang paling terbaik.

Bila nak hadiahkan something kepada orang, berilah benda yang paling kita suka.

Bila tengok akhlak pak arab ni (lupa nak cakap dia Arabians rasanya) teringat kisah Habil dan Qabil (al-Maidah:27-31). Kisah tentang korban yang terbaik untuk Allah. Bacalah, inshaaAllah banyak sangat ibrah hihi.

All in all, apa yang kita buat sekecil-kecil perkara sekali pun berilah yang terbaik. Lagi-lagi jika perkara tu membawa kita kepada Allah.

Walaupun dalam menyiapkan lab report uhuks


p/s: oh btw sebenarnya before keluar dari library tu kitorang offer lagi sekali burger tu dekat pakcik jaga kaunter. Tapi dia senyum je cakap dah makan. Lepas tu terfikir je, atau tu sebenarnya antara etika kerja dia (tak boleh makan dalam library), and if yes kagumlah dengan pakcik ni yang sentiasa ihsan dalam bekerja huu

No comments:

Post a Comment

Have you said Alhamdulillah today?