Jan 2016,
ntah seribu satu kisah boleh dimuntahkan.
Sem 4 di KMB, masih terkejar-kejar untuk finalized TOK Essay, IA, penempatan Uni.
Dalam masa yang sama kena siapkan diri untuk peperiksaan IB.
Bila fikir-fikirkan, baru faham kenapa orang kata IB ni tak mudah.
May 2016,
Disibukkan pula dengan suasana final IB Exam.
Elok satu subjek tamat, elok satu buku disimpan rapi ke dalam kotak.
Diikat dan disusun untuk junior tahun hadapan.
Bilik dikemas, tangan mula giat melambai-lambai rakan.
Jun 2016,
Keluar pula keputusan di tengah kawasan perkampungan.
Malam sebelum raya.
Ada yang bergurau sebelumnya, "kalau aku tak lepas, mak kata duduk dekat dapur kacau rendang je"
Ada yang bergurau sebelumnya, "kalau aku tak lepas, mak kata duduk dekat dapur kacau rendang je"
Siapa sangka perancangan Allah itu lebih baik.
Dia tahu apa yang paling hambaNya perlukan pada ketika itu.
Syawal ini, kita bukan menang sekali, tapi dua kali.
Menang kerana kembali kepada fitrah,
menang lagi kerana menerima segalanya dengan redha.
Sep 2016,
Setelah disibukkan dengan persiapan ke bumi asing,
Allah izinkan juga sampai ke UK dengan aman dan selamat.
Dikejutkan pula dengan kehadiran beberapa rakan sekelas,
yang rupanya Allah hadirkan supaya kita tidak keseorangan.
Dec 2016,
Alhamdulillah, masih diberi nikmat bernafas dengan nafas iman dan islam.
Esok akan bergerak ke London, sedikit pengisian sebelum ke Spain.
Alhamdulillah tak pernah terfikir untuk diberi peluang ke tanah Islam yang pernah gemilang suatu ketika dahulu.
Perasaannya mungkin berlainan jika Islam masih tertegak di situ.
Mungkin perasaan yang bakal hadir, ibarat pulang ke kampung.
Ibarat kampung kita tapi sudah dipenuhi dengan orang-orang asing.
Persamaan dalam timeline 2016 ni, setiap masa memang akan disibukkan dengan sesuatu. Nak cakap pasal sibuk dunia memang tak akan pernah habis pun. Yang akan membezakan kita adalah sejauh mana sibuk tu digunakan untuk Islam kembali. Atau sebenarnya diri ni lebih banyak disibukkan dengan hal-hal jahiliyyah? T^T
- Reflection 2016
No comments:
Post a Comment