Saturday, December 17, 2016

Jaulah - kompas niat

Dengan keadaan umat yang semakin menyayat ni rasa serba salah sangat untuk keluar berjaulah. Lagi-lagi lepas dikejutkan dengan berita Aleppo yang makin ditindas dengan kezaliman Bashar. Sedih bila benda ni hanya bermusim di Malaysia (peranan media). Sedangkan dari dulu lagi isu umat ni tak pernah selesai. 

Sedih bila sebenarnya mereka itu juga adalah sebahagian daripada kita. Bukankah Islam itu tiada garisan dan sempadan? Ini bukan isu kasihan pada sebuah tempat bernama Aleppo, dan kemudian menjalani rutin harian seperti biasa. Tak.

Mungkin sebab mereka bukan ahli keluarga kita? Atau mungkin kita tak pernah merasai persaudaraan sesama Muslim persis sebuah pertalian darah daging? Sirah Badar sendiri pernah melakar hubungan akidah itu melebihi hubungan sedarah.

Juga mungkin minda dan hati kita masih terikat dengan nasionalisme yang dibawa oleh barat. Berdoa dan mohonlah agar hati kita sebersih hati para assabikun al-awwalun.

Sebenarnya menaip ni pun sebab nak check diri sendiri balik. Atas segala nikmat yang Allah bagi ni sejauh mana dah gunakan balik untuk ummat. Rugi sangat rasa kalau tak utilize kan diri ni untuk orang lain.

Image result for cordoba

Sepanjang minggu terakhir dekat lab tu banyak kali je fikir macam mana nak jadikan jaulah ke Spain ni sebagai sesuatu yang membawa manfaat kepada ummat. Sebab orang yang berfikir bukan sekadar ke sana untuk bersuka-ria dan bergambar dengan bangunan cantik. Lagi-lagi dekat Spain ni banyak sejarah yang tersembunyi dan perlu dipelajari, nak lah pulang bersama hati yang terisi.

Ada 9 hari lagi untuk kaji sejarah Islam di Andalus sebelum ke sana.

Moga Allah permudahkan.

No comments:

Post a Comment

Have you said Alhamdulillah today?