Thursday, September 24, 2015

Mudah bagi kamu, tak senang untuk dia


Kerana jahiliyah dan struggle yang berbeza,
kita selalu terlepas pandang pengorbanan sahabat lain. 

Walau bagi kita amat kecil,
siapa tahu diam-diam dia sakit.

Bagi kamu rm50 tiada apa,
Untuk dia mungkin rm50 besar nilainya.

Dalam perkara yang lain, untuk ke mana-mana program
 setakat naik bas buruk bukanlah menjadi satu hal;
jangan lupa pasti ada yang menahan rasa, pusing kepala dan tak selesa. 

Tapi diam-diam, susah-susah, mereka lakukan juga, 
walau manusia tak nampak – bukanlah itu yang mereka kira
Kerana mereka sedar Allah itu sentiasa ada dan tahu apa yang dirasa.

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" [50:16]
Masjid KLIA, 2015

Membeli kasut berharga rm80 adalah struggle bagi dia.
Dahulunya ratus-ratusan dilaburkan hanya untuk sepasang kasut.
Walaupun rm80 masih besar di mata kita, tapi raikanlah susah payah dia. 
Sekurang-kurang dia mencuba

rm10 yang didermakan oleh orang yang tiada apa, 
dan rm10 yang didermakan oleh orang berada tak sama sakitnya.

Dan bukanlah pengorbanan kalau tidak merasakan sakit.
Yang sakit itu moga Allah pandang.

Raikan pengorbanan dan susah payah sahabat kita.
Untuk buat sesuatu keputusan fikirlah masih ada hati-hati yang perlu diambil kira.
Mudah bagi kamu, tak senang untuk dia.

*Menaip sebaik sahaja terbaca entry ni dari Blog Teme*

Jalan dakwah ni tak mudah, sudah pastinya menuntut banyak pengorbanan. Tapi baiknya Allah Dia hadirkan orang-orang yang akan membantu sama; Masing-masing saling melengkapi. Dan antara perkara yang menguatkan mereka adalah ini;

"sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin jiwa-jiwa mereka, dan harta-harta mereka dgn membayarnya dengan syurga" [9:111]
Salam Hari Raya Korban 1436H

Oh yaaa lagi entri berkaitan Eid Adha dari belog:


Moga ramai dapat mengambil ibrah dari 2 penulisan hebat ini ^^


No comments: