Thursday, October 25, 2012

Korban

Aku rasa ni kali pertama dan terakhir aku bedah tikus putih. Bukan takut bukan geli. Aku sendiri tak faham, setiap orang yang lalu meja kumpulan aku mesti akan keluarkan bunyi seperti "eeee!" "ahhh!" "woi!" "apa korang buat?!" "bapak kejam!" tak kurang juga yang lalu tanpa keluarkan bunyi tapi buat reaksi macam kerutkan dahi, terus tutup mulut, hidung, mata. ahhh semua organ dia nak tutup.

lepas tu aku pun muka terkejut sebab orang yang lalu terkejut. Terkejut 2 saat dan sambung kerja macam biasa. sambil-sambil tu aku fikir. apa yang aku dah buat, semua orang bukan bedah cara yang sama ke. kalau aku kejam, yang lain tu apa? Tak kejam?

Tak apa, kita cool. Aku dengan diyana sambung buat tanpa rasa loya. bila dah siat habis-habisan sampai bahagian kepala, baru aku sedar yang deria bau kitorang tak berfungsi! Patutlah rasa lain macam dari awal. Dah nampak otak tikus baru naik bau bangkai. Padahal orang depan meja dah buat muka nak muntah tengok tikus kitorang. Errr...


SATU


DUA


TIGA


EMPAT


LIMA

Kes 5 tu orang lain punya. aku rasa macam bahaya nak tunjuk korban hasil kumpulan aku. Bentuk kepala pun dah hilang. Err... Tak payah tunjuk lah.

Aku rasa bukan aku sorang je yang tanam cita-cita untuk seludup kulit tikus ni buat pencil case atau dompet atau hiasan dalam locker. Ada kumpulan yang betul-betul pergi basuh kulit tu nak simpan. Phewwwwwww!


Oh aku ada tikus supermannnnn! Jeng jeng jenggg!



p/s: Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha! :D


yang menurut perintah : Ada kawan aku masa proses nak 
matikan tikus dah meleleh-leleh air mata.

4 comments:

  1. dahsyatnya korg.. sampai mcm tu korg buat.. kesian tikus tu... huhuhu

    ReplyDelete
  2. bestnye tikus besar. tahun lps, tikus kecik kenot je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe seronok jugak dapat tikus besar-besar ni ;D ada kelas yang tikus tak ada rupa tikus. tak tau lah tikus tu ada penyakit ke apa -_-

      Delete

Have you said Alhamdulillah today?