Wednesday, December 19, 2012

Suratkhabar je pun.



Walaupun aku tak suka English tak bermakna aku boleh lupa situasi dalam kelas English.

1 saat, 2 saat, 3 saat tik tok tik tok

Ok sebenarnya aku lupa masa tu tengah buat apa tapi kelas macam dalam keadaan senyap. Kita anggap masa ni satu kelas tengah buat essay.

Buat essay? Tak bolehlah, aku rasa berdebar bila sebut pasal essay ni. Disebabkan aku lupa masa ni tengah buat apa jadi aku ada kuasa nak tukar-tukar apa yang korang kena bayangkan. Ok ok bayangkan masa ni teacher suruh buat kerja masing-masing.





kelas senyap



kelas senyap



kelas senyap



tiba tiba









WAR!


WAR!



Seriously, this is war!



Perang memang ada, tapi aku tak tahu dari kelas mana. Bunyi orang menjerit sana-sini. Tapi kelas aku aman je. Kelas lain yang berperang. Jerit jerit jerit sampai ada suara garau jerit. baru satu kelas tu senyap. Rupanya suara cikgu lelaki suruh kelas tu senyap.

Blok akademik ada 2 blok je. Belah kiri lower form, yang kanan upper form. Entah siapa punya idea bina macam ni. Kalau satu kelas bersorak, lagi 26 kelas tu tahan iman je.

Kalau cikgu ABCDEFG turun blok akademik buat pnp dalam kelas memang cikgu2 lain geleng kepala. Suara tu je dah menguasai kawasan blok akademik. Bukan salah cikgu, tapi salah struktur binaan bangunan. memang senang nak lantunkan suara kita balik... lik... lik... lik *gema*

Bising doh! Sebab tu budak2 tak suka study dekat kelas masa prep malam. Sebab tu hazeem selalu jerit suruh senyap. Sebab tu budak2 suka pergi sekolah hari Ahad. Sebab hari Ahad sunyi. Ahad sunyi. S.U.N.Y.I - Sunyi. Kenapa orang suka dating dekat tempat sunyi eh? eh terasa? eh terlari topik pulak.




Semua pandang pintu kelas. 

Shamsul dari tandas kemain sopan main ketuk-ketuk pintu. 

Semua terus tanya pasal bunyi bising tadi. Teacher tak terkecuali. Shamsul jawab,


"Budak Form 1 berebut suratkhabar"



And the whole class's reaction





Satu kelas gelak sama-sama, tak sangka suratkhabar je pun. Teacher pun geleng-geleng kepala lepas buat muka terkejut dia.



10 saat, 



20 saat, 



30 saat



Tiba-tiba...






Ini bukan shamsul yang ketuk. Bukan... Bukan... 

Shamsul dah ada dalam kelas ya anak-anak. 

Sukarelawan datang hantar.... 





"Suratkhabar!"




And the whole class was like








EHMMMMM 





WAR BEGINS!


WAR!



WAR!



Masa tu semua lupa diri. Lupa baru gelakkan form1. Lupa teacher ada dalam kelas. Lupa lupa lupa. Suratkhabar tu kalau kau dapat maksudnya kau lah yang paling berkuasa. Sebab semua orang akan jerit nama kau 

"Jannn nak after!" 
" Jan aku tau aku!" 
"Jannnn aku cakap dulu kan tadi" 

dan kalau tak dapat, masa prep petang terbongkok-bongkok aku cari bawah 29 meja.


Biasalah, hanya suratkhabar sumber info kau nak tau pasal dunia luar

tak tahulah kalau dekat sekolah aku je ada fenomena berebut suratkhabar ni



11 comments:

  1. banyak suspen disitu..la haha...suraukhabar punya pasal..saya suka!! saya suka.. terigat rindu time kolah..hehek

    ReplyDelete
  2. kat sekolah dulu pun mcm tu jugak.. hebat gila pasal surt khabr nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kannnn hebat betul, suratkhabar je pun ;)

      Delete
  3. Fuyoooo ! banyak betul war kau !! bila nak peace ??? hahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila sekolah sponsor 1 murid 1 suratkhabar (:

      Delete
    2. Whooooooaaaa ! setiap hari ke ? hahaha :D

      Delete
    3. Yeahppp! :D Haha tapi semua kena bayar guna duit kelas lah ;)

      Delete
  4. Replies
    1. Panjang scroll ke bawah? Hahaha biasalah masuk sini kena usaha banyak.

      Delete
  5. Sekolah aku pun ada masalah ni gak. Sampai gaduh, perli-perli, tulis kat whiteboard lagi perli. Sampai ketua kelas aku buat rules panjang berjela pasal suratkhabar. Kalau aku, hm... give up. Nak kata, sebulan 2 or 3 kali je pegang surat khabar. Padahal bayar tu~ Sometimes ada yg selfish gila. Ergh rasa macam nak mencarut je dgn yang selfish2 tu. baca berjam2. Ahahaha

    ReplyDelete

Have you said Alhamdulillah today?