Saturday, October 27, 2012

01. Dormmates - Roti bakar


Dari sini kita boleh nampak kantin dan Dewan Makan

Assalamualaikum kepada peminat roti semua. Roti jugak sangat sinonim dengan budak asrama yang memang perut asyik minta untuk diisi. Bila DM bukak, tak nak pergi makan. Merungut makanan tak sedap. Dan inisiatif selain DM dan kantin yang cekik darah adalah makanan dalam locker sendiri. 

Bagi menarikkan lagi gaya pemakanan piramid makanan, kami-kami ada buat pesta roti bakar secara kecil-kecilan. Maggi? Ehem, kalau makan maggi setiap minggu selain daripada botakkan kepala, kau juga boleh muntah darah sebab terlampau muak.

Untuk pengetahuan semua, aktiviti bakar-bakar ni memang terkenal dekat mana-mana asrama sejak dulu lagi.

Baiklah, antara bahan dan radas yang diperlukan untuk buat roti bakar ni adalah seperti di bawah :



1. Roti
2. Sebarang perisa untuk roti
3. Dua helai kertas (tiada dalam gambar)
4. Pisau
5. Iron
6. Arus elektrik

Ok, roti ni memang payah nak dapat. Kalau beli dari rumah... Alahai kau tau tau je lah expired date untuk roti ni memang tak sempat bulan nak purnama  Tak ada pilihan lain selain beli di Bagan semasa outing atau di kantin. Nasib baik harga roti ni fixed dekat mana-mana je. Kalau tak mesti kantin jual mahal jugak.

Iron dan arus elektrik adalah benda yang paling penting. Kalau tak kau akan makan roti kosong bersama nutella di mana tak ada fungsi entri ni dibaca. Kita nak buat roti bakar! Roti bakar! Come on bro setakat roti biasa tak cool kan. Kahkah.

Langkah1
Kita warm up dulu iron tu sampai lampu merah yang menyala terpadam. letakkan sekeping roti, atau dua atau seberapa banyak yang agak-agak kertas tu boleh tampung.


Langkah 2
tutup roti tu dengan satu lagi kertas dan tekapkan dengan iron. Hah masa tu kau iron lah kertas tu sampai rasa roti dah cukup rangup. Kalih-kalihkan kertas tu macam goreng ayam untuk pastikan kedua-dua belah permukaan rangup.


Langkah 3
Rasa dah rangup untuk dimakan, angkat kertas bahagian atas dan bersedia untuk fasa seterusnya.


Langkah 4
Sapukan roti bakar dengan apa-apa jem yang kau nak. Lagi sedap kalau kau campurkan perisa dia.



langkah 5
Potong roti bakar kepada beberapa bahagian. Ini bukan kau nak makan sorang. Hidup jangan nak sorang-sorang sangat. Lagi-lagi bila pesta makan macam ni. 



Bila kau makan, rasa dia cair dalam mulut. Sempurna betul roti bakar menggunakan iron ni. kerangupan roti dapat di-adjust secara manual. Iron adalah radas yang paling penting untuk sesebuah dorm. Iron ni sangat universal sifatnya. Selain untuk gosok baju dan buat roti bakar, kau boleh buat 'milo bar' dan masak telur guna iron. Hahhhhhh....!

Sekian sahaja buat kali ini. Terima kasih :)


yang menurut perintah : Esok dah balik asrama. Boleh cuba-cuba.

14 comments:

cutie raccoon said...

wah, baru saya tahu ada cara lain nak buat roti bakar. Nanti akan dipraktikkan :)

Naila Eeenie Menie said...

terbaik lha .

Shahizan Azmi said...

lepas ni bilik iron bau roti bakar (Y)

D-SIM said...

kreatif, tapi. . memudaratkan lah -.-'''

Nialler said...

Boleh buat jual. Hahahahahahahaha, jual dekat rumah warden konfem laku xD

Shahizan Azmi said...

alah sim kau dulu mesti lagi hebat bab bab camni hoho. err... takpe, bukan selalu buat -.-'

Shahizan Azmi said...

haha nak jual dekat rumah warden o.O macam tempah maut je -.-'

Hahahaha lupa nak state langkah berjaga-jaga tadi : "pastikan pintu telah dikunci bagi mengelakkan warden masuk secara tiba-tiba"

Daus said...

hahaha.. 1st time tgk..
bley gak cenggini..
aduii..

Shahizan Azmi said...

ehem, sedap kot.

Fauzi Blues said...

Skill turun temurun warga dorm ni...hahah

Anonymous said...

ni dah mcm survival di pinggir desa.lol

miraE said...

haha. agak dah ni yg korg buat bila aq lalu kat dorm korg dan bau roti bakar~

Shahizan Azmi said...

hahaha lain kali ketuk pintu terus boleh makan sekali ;DD

Shahizan Azmi said...

Biasalah, Bagan Datoh kan bandar zombie :3