Assalamualaikum kacak-kacak sekalian. Hihi gelak gatal. Ok tak. Ehem, semalam kan sampai rumah kan aku terus salam ibu cium peluk kiri kanan kan (alahai anak perempuan)
Dan dialog pertama aku. ok tak. dialog kedua lah. Dialog pertama 'assalamualaikum' bagi salam masuk rumah. So dialog kedua,
aku : Ehehe ibu muka dah hitam lah. Dekat kem mandi laut lama sangat.
ibu: alah tak apa, biasalah tu.
Biar betul?! Sejak bila mak aku buat ayat redha bila muka aku hitam!
Kalau sebelum ni aku duduk diam dalam rumah pun mak aku boleh tiba-tiba pertikaikan kenapa muka aku hitam. Tapi aku buat dunno muka pasgah je. Dah biasa dah biasa. Sejak dilahirkan lagi memang aku di-hitam-warna-kan oleh mak sendiri. Hehe. Tak apa hitam manis, hitam menawan. Kan?
*******
Sebenarnya aku nak bukak cerita dari Segadas. Walaupun dah 3 kali aku ber-camping di
tempat yang sama dan aktiviti yang hampir sama tapi pengalaman yang berbeza aku dapat, of course!
*******
So, sebelum apa-apa molek benar kalau kita berkenalan dengan penghulu yang dilantik cikgu faris ni.
Ok orangnya manis sekali. Pandai buat tarian gajah. Tarian Gangnam Style tu kenyit mata je. Sangat berani bila keluarkan arahan walaupun tahu tak ada siapa nak dengar, dan masih berusaha untuk memberi arahan. Tapi yang paling penting dia kuat membebel dan suka buat penghuluwati aku pening kepala. Haha ok. Perkenalkan
Talibbbb! Siapa berkenan boleh terus PM aku di facebook ya. Nanti aku tolong mintakkan nombor dia.
Bas ada dua;
Bas sekolah dan bas luar. Maka semua pelajar mula tadah tangan menghadap kiblat panjatkan doa moga-moga dapat naik bas sekolah. Bas sekolah lebih cantik dan selesa untuk tidur sepanjang perjalanan ke Jeti Lumut.
Tak tahu mana datang tuah. Inilah yang orang katakan rezeki. bagai bulan jatuh ke riba! bila mintak peha, alhamdulillah dapat peha! kumpulan aku dapat naik bas sekolah! Pak keboom! keboom (bunyi kompang) Rasa macam nak menyanyi lagu sekolah je masa tu!
Bas Limited Edition. Kihkih.
Sebelum sampai Jeti Lumut, berhenti dekat Masjid Lekir untuk solat Jumaat dan makan-makan. Sementara tunggu budak laki solat jumaat, kami yang perempuan ni boleh nampak ramai jugak manusia yang jadi jin dekat luar masjid main asap. Kesian mak bapak diorang tertipu dengan anak sendiri. Ingat anak betul-betul pergi solat jumaat ada chance-lah dapat anak soleh. Tapi pergi masjid buat pencemaran udara je. Malu pulak bila tengok insan macam diorang ni. Ntah kenapa aku yang malu. Patut dioranglah yang malu!
tadi aku scroll gambar-gambar kem. Tiba-tiba nampak gambar ni. Ini ketua kumpulan aku. Terima kasih Hakim sanggup terima tawaran jadi ketua kumpulan hmm dah macam duta Jeti Lumut pulak hang ni. Kalau cikgu tengok gambar ni mesti kumpulan kita dapat markah lebih.
Kem kali ni tak dapat tangkap view yang lawa-lawa sangat berbanding
tahun lepas. Memandangkan sekarang musim tengkujuh, ribut petir serta hujan tak ketinggalan memeriahkan suasana. Pagi pertama kitorang dah kena tahan khemah yang hampir melayang (phewww) dan berusaha keluarkan air yang masuk dalam khemah sampai khemah kering.
BERJAYA PULAK! Walaupun makan masa hampir sejam sobs dari 6.30 pagi sampai pukul 7.30 ok. lepas tu hujan renyai-renyai. Senamrobik pun bermandikan hujan.
Kembara Pulau
Ini memang true punya kembara pulau. Berpuluh kilometer kalau total-kan semua perjalanan kitorang. Dengan pakaian
kuning, aku tengok muka penduduk dekat situ semua naik risau. ingat kitorang nak buat
Bersih 4.0? Kahkah cikgu ni pun satu. Buat baju kitorang warna kuning kenapa lah alahai. Lepas tu boleh pulak dapat tugasan kena buat amal bakti. Patutlah ramai tolak amal bakti kitorang. Ehmmm, no wonder...
Kota Belanda
Ada lagi tugasan wajib. Tangkap gambar bersama banner kem ni (rujuk gambar atas sekali) Haahhh, group aku siap cari public phone nak tanya cikgu banner dekat mana. Effort tak effort.
Cikgu R : "Dekat Kota Belanda!"
Ok terus semua dah semangat pergi Kota Belanda nak tangkap gambar dengan banner. Nak selesaikan tugasan! Dah tak tahan jalan penat-penat ni :')
Tapiiiii ingatkan banner tu tergantung macam tu je. Rupanya kena mencari lagi! Huru-hara masa tu. Akak yang jual key chain, adik main bola, abang baring santai, abang van teksi semua tolong carikan. 1 jam berlalu macam tu je. semua muka ketat tak jumpa-jumpa banner lagi. Masa ada lagi 1 jam sebelum pukul 4. Pukul 4.01 lewat kena lempang dengan kem komander..... Setelah
1 jam 15 minit dekat situ, akhirnya jumpa jugak! Semua gelabah nak tiup wisel. overexcited.
Dekat Kota Belanda sangat... ok, sebenarnya banner ni 'dekat DENGAN kota belanda'. Tricky lah tu bagi hint cenggitu.
Ada motor tengah speed punya laju tapi sempatlah kitorang tahan mintak tolong tangkapkan gambar. Hailahh terima kasih bang. Kalau jumpa lagi saya belanja cendol. Tambah rasa geram masa kitorang jumpa banner ni, group lain dah mula datang! Cis ni mesti sebab dah nampak kitorang dengan banner ni dari jauh. Sedangkan kitorang bermatian mencari, diorang boleh petik jari!
Tak kisah lah apa pun, kumpulan aku tetap sampai dulu dekat camp site! Hehe ini bukan kes berlumba. ini sebab nak kejar masa, nak sampai cepat nak duduk goyang kaki sambil menikmati udara pantai. Penat gilaaa~
Percayalah memang penat walaupun muka semua gembira dalam ni -.-
Disebabkan kami punya group je yang ada masa ni. Maka pulau ni memang dah macam harta sendiri. Rasa macam taiko jap.
Ramai tak puas hati dengan kumpulan 8 Ada jugak cakap cikgu pilih kasih kih kih. jeles lettew. Walaupun kumpulan 8 last group dalam list tapi semua aktiviti mesti kami yang start dulu. Night walk, flying fox, mandi laut semua group 8 dulu ;D
Kalau dulu makan dalam pinggan, kali ni makan dalam talam ikut khemah. Ini betul-betul nak kerja mudah. Mudah sediakan makanan, mudah basuh bekas segalanya mudah ;) Makan sampai licin! Sedap gila. Bukan lahap eh bukan, tapi taknak membazir.
Setiap kali orang tanya kem ni best tak? Aku tak ada rasa was-was atau 50-50 pun untuk cakap yang kem kali ni seronok sangat. Hangpa yang tak pergi nak jeles, jeles lah. Sebab kem kali ni memang seronok XD
Terima kasih kepada semua. Terima kasih kepada kumpulan 8 setelah kita berjaya lakukan penipuan yang banyak. Terima kasih kepada ahli khemah bersama-sama kita naikkan dan turunkan khemah. Terima kasih kepada tuan punya gambar -most pictures credit to Nawal A, Sarah Zaid, Amerrrr (F2)- Terima kasih abang van. Terima kasih cikgu.
Terima kasih daun sawi, ada masa jumpa lagi.
Salam janji ditepati semua!