Semalam pergi bercuti dekat Bagan Datoh. Ada satu sekolah ni tengok pagar pun dah tau power! Tengok signboard, Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh. Rasa macam tertarik nak masuk dalam. Jadi sebelum masuk tu bagi salam dekat pak guard sekolah tu "saya nak pusing-pusing sekolah ni boleh?" Dia angguk. Angguk tanda setuju. Sampai dekat kantin. Ada sorang mak cik kantin cun. Ingat nak ayat satu dua. Mana tau dapat air milo free.
Sedang-sedang mangayat. Tiba-tiba "Hachuuuummmm!" ya aku bersin. Mungkin udara persekitaran yang belum masuk dengan diri ini. Alhamdulillah, Syukur. keluar segala kuman. Alhamdulillah mata aku tertancap pada sehelai kertas putih yang bersih daripada kotoran. Saiznya lebih kurang 1/2 daripada kertas A4 biasa. Cantik! Aku tertarik! Aku ambil dan wauuu sekali lagi!
Sedang-sedang mangayat. Tiba-tiba "Hachuuuummmm!" ya aku bersin. Mungkin udara persekitaran yang belum masuk dengan diri ini. Alhamdulillah, Syukur. keluar segala kuman. Alhamdulillah mata aku tertancap pada sehelai kertas putih yang bersih daripada kotoran. Saiznya lebih kurang 1/2 daripada kertas A4 biasa. Cantik! Aku tertarik! Aku ambil dan wauuu sekali lagi!
Apa ni? Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mathematics, Science, Sejarah, Geografi, KHB-perdagangan, Pendidikan Islam. Ini slip keputusan peperiksaan ke apa? Tiba-tiba dalam hati ada taman. Ya, aku dan mak cik kantin tersebut apa lagi. Kalau bukan kerana kami pakai kain dah lama main lompat-lompat tali.
Ini bukan slip peperiksaan biasa. Aku agak hairan, mengapa slip ini lain daripada yang lain? 8A+? Gilalah! Benda serious mana boleh bawak main! Siapakah gerangan tuan punya slip ini? Aku agak tak ada orang tuntut. Jadi aku liquid nama dia dan letak nama aku.
Siapa ntah kata PMR tak ada + dan -
Ok semua mari kembali serius. Aku tengok semua buat status pasal result pmr. Budak f3 semua cerita pasal result dekat blog diorang. Rasa macam katak yang hidup zaman purba pula kalau tak ikut perkembangan isu semasa.
Alhamdulillah, batch kitorang yang pertama ambil PMR di SABDA. Keputusan boleh kata membanggakan Alhamdulillah. Target yang disasarkan hanyalah 50%. Dan keputusan mencapai sasaran, 75% cemerlang 8A+. 106 out of 140 dapat straight. Ya tau tau, SBP patutnya 100% straight. Tapi, 75% tu sangat cemerlang dah untuk sekolah baru ahah. Menurut Cik Intan (acik kantin), ramai kantoi dekat Bahasa Melayu. Ish macam mana boleh jadi macam ni? Ini semua angkara Yahudi!
Kedudukan dalam daerah Hilir Perak
1. Sains Teluk Intan
2. Sains Bagan Datoh
3. Bla bla bla
4. Dot dot dot
kedudukan dalam negeri Perak
1. Sains Teluk Intan
2. Sains Tuanku Abdul Rahman (STAR)
3. Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
4. Sains Bagan Datoh
Tiga yang atas tu semua sekolah zaman aku tak lahir lagi. Kenapalah Sains Teluk Intan satu daerah dengan SABDA. Kalau tak boleh merasa no.1 dalam daerah haha sudahlah Sains Teluk Intan no.1 dalam negeri! Rasa tergugat juga. Banyak sekolah otai yang hebat belaka.
Seingat aku, tahun ni 2 kali je ambil peperiksaan sebelum trial pmr dan pmr. Ujian Penilaian 1 dimana format pun mana ikut sangat. Soalan yang diberi sangat sikit. Aku ingat lagi Math salah 1 tolak 5 markah Dush! Peperiksaan Pertengahan Tahun. Lepas tu terus ambil Percubaan PMR peringkat SBP dan PMR satu Malaysia. Aku rasa sekolah lain sampai berbelas kali ambil ujian :')
Aku rasa sekarang Cik Intan tengah susun menu untuk belanja seramai 106 orang pelajar tahun depan. Alahai, apa yang susahnya sekolah kan ada bas. Cik Intan bawak kitorang belanja McD pun cukuplah. Haha aku yakin cik intan akan tunaikan janji beliau (': Oh pemurah sungguh cik tuan dan cik puan kantin sekolah ku ini.
Tahniah Battutah 2011. Ustazah pun seronok je bagi 30 slip semua straight 8A+ (: Seronok rasa bila ustazah seronok.
yang menurut perintah : Ketua Batch tak puas hati slip aku ada A+ HaHa
25 comments:
sekolah kita dalam ranking SBP no 23. rasanya lahhh :D
@Yana Mahmud: Ooo yeke? Mana tahu? haha akak pun target dalam 20 lebih jugak.
wah, terror larhhhh korang...memang terbaiklah
btw, done follow u, follow me k
tahniah ahhh. kan aku dah ckap,ko mesti kena serpih daulat aku :D
@cik diba: Haha thank you :)
@D-SIM: Toche toche :) hahaha itulah serpih daulat kau banyak membantu :p
ad tulis A+? -.-?
keji nya A (+) kau -.-' apehal aku tader ??
btw, hebat lahh sekolah kau, walaupun skolah baru :O tahniah tahniah :D
tahniah.korang memang superb.kitorang sentiasa doakan korang terus berjaya.satu jer pesanan-
jangan jadikan f4 satu tahun untuk honeymoon.
sebab? susah nak archieve tok SPM.buat persediaan awal. =)
Alahhh, kakak aku banyak tangkap gambar kau dengan farina. HAHAHA
@Ainaa Hasinah: Haha ini limited edition punya. Siapa sampai awal, dapat lah yang ada (+) :p
@aafifah: Hahaha biasalah, kementerian sayang aku lebih :D kena lebih usaha kalau nak ada (+) :p haha thank youu :) Itulah aku pun tak sangka :D
@Tuan Yang Di-pertua: Thank You :D Whoo siap bagi pesanan lagi. Haha itulah sekarang kena belajar untuk SPM pulak -,-
@Ahmad Kassim: HAHAHA deyy itulah kita beratur depan belakang. Dekat camera aku pun ada selit-selit lembaga jasad kau. Fuhhh, nak gambar tu - muka kau nanti aku crop ahhh Haha :p
tahniah :D
@Siti Nur Aisyah: Terima kasih daun keladi :')
thniah adik epul.... :D
@smy: Haha thankssss :D
Sains Tapah belum PMR lagi.
2012 baru tahun first untuk PMR dgn SPM
tehee,
btw, congratz on your result, keep up for SPM :)
@nurulamelina.: ooo patutlah cari sains tapah dalam ranking sbp tak jumpa :) hehe thank youu :D
tahniah cijan!nnti bleh la blanje aku,,:)
@taib: Haha thank youu :D Eh aku pulak, kau lah belanja aku :p
hai cik adik manis, SMS Sains Bagan Datoh? Sekolah apa tu? tak pernah dengar. UUUUU.... 106 dapat 8A? eh tak tahu pun. eh eh cik ni tipu ye? Haahaha :D nanti kenalkan saya kat sekolah ni ye. apa? pinggir desa? oh yeah.
@Nia Erry.: comment mintak penyepak Haha
hahahha... ngok ngek giler.. kau edit crite nih.. angkare yahudi??? hahahha.. klakar klakar
Post a Comment