Friday, November 18, 2011

Bila lagi nak dapat kelas macam ni

Renggang-renggangkan jari, mengeliat sat. Urghhh! (penuh ekspresi) tak sangka dah cuti hujung tahun. Aku rasa semua orang patut berbangga dengan ahli-ahli dorm aku sebab bertahan hidup satu tahun tanpa bakul sampah dalam dorm. Kalau rajin sikit letak lah plastik kecik kedai runcit sangkut dekat tingkap. Tu pun macam jarang sekali berlaku. Tahun ni memang senang nak kemas dorm untuk hujung tahun, biasalah dorm tak berhias. Memang tahun berjimat-cermat tak payah membazir beli barang keceriaan. Penyapu dengan penyodok pun jumpa bawah tangga punya.

Secara tidak rasmi penyodok ada 2 fungsi. Campak-campak sampah dekat penyodok tunggu sampai bertimbun. Nasib malang orang bertugas esok menangis-nangis syahdu cari plastik sampah untuk buang sampah.


2 bungkus - Johan
2 bungkus - Naib Johan

Jamuan kelas pun makan makanan hamper. Jimat tak jimat. Untunglah dapat 4 bungkus hamper makan biskut ramai-ramai cicah dengan FnN perisa anggur. Tak percaya gila tahun depan dah tak satu kelas dengan budak-budak perempuan ni hah. Manalah nak cari kelas macam ni lagi. Susah nak jumpa sampah atas lantai dalam kelas (muka serious). Awal-awal pagi lagi dah ada yang menyapu sampah. Sayang betul orang yang buat jadual bertugas tu, alah setakat padam papan putih setiap hari Isnin apa lah sangat. Tu pun rasanya 5 kali je aku buat.

Bangga juga dengan ketabahan dua kumbang dekat depan kelas. Terpaksa jadi tukang angguk kepala.

"Tema kita warna purple ok" - angguk kepala
"sebulan bayar RM4" - angguk kepala
"dekat papan putih kita letak bunga-bunga" - angguk kepala
"tirai dekat pintu bentuk bunga dengan rama-rama ok tak?" - angguk kepala
"weah! Cepat pergi buang sampah! ustaz Mad on the way!" - angguk kepala dan terus bertindak

Dan kalaulah aku tau betapa senangnya nak kutip duit dekat budak kelas aku, awal tahun aku dah angkat tangan sukarela nak jadi bendahari. Mintak sekali je budak dah hulur. Pheww, senang-senang je bendahari dapat pegang RM2000 sekelip mata. Rasa jeles tengok muka bendahari dengan hidung kembang-kempis.

Tahun ni betullah aku dapat rasa susah senang bersama. Sorang kena marah yang lain pun rasa nak nangis. Seminggu sebelum PMR pun sempat prank birthday Mya. Fuh, menangis budak tu sampai masuk makmal bahasa lambat 15 minit. Nasib baik cikgu tak syak apa-apa. Jamuan raya dekat rumah ayahanda pun dia tak nak jamu makanan. Punyalah syahdu. Kesian Mya lagi berapa hari nak exam emosi terganggu sampai buat latihan sejarah tak boleh nak focus. Nasib baik kau pandai, mesti straight A's inshaaAllah eheh.

Eh, paling tak tahan malam jamuan tu berderet semua nak bagi ucapan beratus patah kata. Sampai pukul 11.45 malam pun tak habis lagi orang bagi ucapan. Ketua kelas buat aku rasa terharu bila dia puji-puji aku. eh salah bila dia puji-puji kelas aku. Aku pun nak bagi ucapan tapi saja tahan, takut hilang macho karang sebak tak tentu pasal. Lagi sebak daripada tak dapat makan ayam masa majlis anugerah kokurikulum. 

Apa-apa pun yang berlaku, korang paksa macam mana pun, aku tetap takkan cakap yang aku akan rindu suara-suara sumbang yang menyanyi lagu Rossa, Nabil dll setiap malam prep. Tak mungkin jugak untuk aku cakap yang aku suka bila dapat budak kelas yang rajin tahap dewa. Jangan harap aku nak kata yang aku tabik bakat-bakat yang korang ada. Dan sampai bila-bila korang tak akan dengar bahawasanya aku sayang korang uhuu. Seriously, korang tak akan dengar semua ni kalau korang ada depan aku.

Cukuplah dekat sini je aku akan cakap yang aku mesti rindu lagu-lagu yang kita nyanyi dalam kelas setiap malam prep. Aku suka tengok korang kemas kelas punya semangat. Aku respect bakat-bakat korang, yang tak ada pada semua orang. Paling penting, aku sayang korang semua, aku sayang kelas kita, aku sayang ustazah, aku sayang ustaz Mad (eh?). Aiseh, sebak lah pulak taip macam ni. Fuh, hilang macho pulak rasanya. Haha untunglah korang kalau baca benda ni. Dah lah tak nak puji lebih-lebih. Apa-apa pun aku sayang kelas ni.



Bilalah lagi nak dapat 'kelas perempuan' macam ni? 


6 comments:

afieqmokhtar said...

wahh..tabah tol kumbang dua ekor tu yek?...bahagia betoi 3 batutta taon ni.taper,ko tgk klas f.4 taon depan.mau pengsan cam taon ni.haha

D-SIM said...

alah pmr korek idong jea,haha.
happy hols ( hbis ar facebook penuh ngan bdk skola pas nie~ )

Shahizan Azmi said...

@afieq sabda haaa sebab tulah kalau boleh aku nak ambik PMR setiap tahun dan nak berhentikan masa, tak nak naik f4

Shahizan Azmi said...

@D-SIM Haha ya sim, 1 Malaysia suka guna ayat macam tu. Yeay happy hols ;D Ahh for sure punya fb akan sesak.

Anonymous said...

kumbang -.-

Shahizan Azmi said...

@khairul anwar aku hampir taip kuntum, maaf