Saturday, December 03, 2011

01. Alahai manusia - Post bawa maut

onion-emoticons-set-5-36
Amaran! Jika anda mula membaca post ini, sila jangan berhenti. Teruskan pembacaan sehingga habis. 10 tahun yang lalu ada seorang jejaka tampan menghiraukan post ini dan menganggap ini semua kolot. Tidak lama kemudian beliau dikhabarkan koma gara-gara tercekik tulang ikan......

 

Pernah baca ayat macam ni? Ok aku rasa mesti ada yang tekan ctrl+w bila baca perenggan dekat atas. Yalah takut kena sumpahan. Woi woi jangan tutup kan aku cakap baca sampai habis. HAHAHA kalau dapat mesej macam ni apa kau buat? Lagi-lagi dia ugut suruh sebarkan kalau tak nanti tak akan bahagia. Besar nanti kahwin dengan suami orang lah apa lah.

onion-emoticons-set-6-156

Baru-baru ni aku dapat msg, bla bla bla pasal periksa result PMR kalau tak sebarkan dekat 10 orang nanti hidup aku akan sentiasa menemui kegagalan dan kecantikan aku akan hilang. Alah, aku forwardkan dekat orang yang hantar dekat aku tu je. Bagi dia puas dan tersenyum riang gembira.

onion-emoticons-set-4-10

Kalau aku sebarkan dekat 10 orang, mana tau dalam kalangan tu ada yang dungu nak sebarkan lagi dekat 10 orang dan benda tu akan tersebar dekat 10 orang lagi dan dan benda ni akan menular. 

onion-emoticons-set-5-32

OH NOOOO! SAMPAI BILA NAK BERHENTI? 
(baca dengan nada gedik)

Ya, sebab tu kalau aku dapat benda-benda suruh sebarkan apa semua aku tak bertindak. Biarlah aku berada dalam golongan yang menjadi penghujung kepada cerita karut tersebut. Fuh, aku penyelamat dunia. 

onion-emoticons-set-5-27

Ahh, tenang je hidup aku. Yang paling penting, kehenseman aku tak ada yang hilang pun. Aku kekal hensem dulu, kini dan selamanya. 
onion-emoticons-set-5-63

Lagi mengecewakan ada yang menyebarkan dakwah secara kotor. Ya aku tahulah kau nak bagitau aku apa semua. Nak berdakwah lah kan. Tak payah lah nak buat ayat ugutan. Sedih aku.

 onion-emoticons-set-5-34


Cerita dia menarik, memang menarik. Aku suka ilmu yang disampaikan. Tapi sayang kenapa perlu wujudkan mitos ni? Aku memang akan sebarkan tapi aku padam ayat bawah-bawah yang durjana ni. Kesian pula nanti mereka rasa hidup tak selamat kalau tak sebarkan. 

onion-emoticons-set-3-58

Aku bukan tak nak sebarkan tapi aku lebih suka bercerita secara depan depan. Ya itu yang aku buat. Bila bosan aku buka topik macam ni cerita tentang kisah dulu-dulu. Sebarkan ilmu secara begini bukankah lebih menyeronokkan. Tak ada mati-mati, tak ada kahwin dengan orang tua, tak ada yang akan gagal dengan dunia. Sudahlah semua sila buka minda.

onion-emoticons-set-6-55


6 comments:

Nalisa Syahira said...

ajal maut tu di tangan allah , bukan dtg dari surat berantai mengarut mcm ni , byk kali dah kot dpt benda mcm ni , mengarut giloo .

Unknown said...

haha dulu pun slalu dpt mesej2 mcm tu, siap ada ugutan lagi. walaupun mesej yg kaitan dakwah, ish ish. yg ptng kita ni kena percaya pada qada' dan qadar allah kan :)

Syazana said...

anoyying kot mesej mesej cenggini.

D-SIM said...

aku selalu fikir...

orang yang buat mesej nie adalah tuan punya syarikat telco ( maxxxissssss celkom atau digit ). aku fikir diorang dulu crisis hampir bankrupt, dan kebetulan orang kita dungu pergi percaya benda karut2..so, coincidence, idea buruk ini berjaya membuatkan mereka kaya semula and still...orang kita masih percaya. sekian.

Ainaa said...

dulu waktu aku darjah 4 aku percaya la. dulu la. haha. lepas tu x caye dah. syirik doh kalau percaye ;D

Shahizan Azmi said...

@AinaaHasinahHaha bagi aku nak sebarkan, buat jelah. Tapi padam ayat-ayat puaka tu semua, mengganggu-gugat ketenteraman awam. Haha