Tuesday, January 03, 2012

Adik serius nak alami kehidupan berasrama?




Assalamualaikum,

Masa Maghrib tadi tiba-tiba idea banyak datang serbu otak. Gila, ini semua bisikan syaitan. Aku tak nak lah tulis idea syaitonnirajimm. Tercemar blog ni. Taip senja-senja, sambung malam-malam, publish pagi-pagi.

Bila buka facebook, rasa macam ditikam 1000 kali di bahagian perut. bila baca status pengguna facebook rasa sakit ditikam 1000 kali dekat dada. fuh sentapnya ayat diorang. Semua nak heboh sekolah dah mula lusa. Esok dah nak balik asrama. Dulu kecoh pasal result sekarang gelabah pasal sekolah. Dah dah, aku tak sanggup nak baca. Menaip apatah lagi.

Bila dah nak buka sekolah ni baru aku teringat aku pernah buat satu post khas berkaitan isu buka sekolah ni. Ahh, rasa macam baru semalam post entry tu. Padahal dah nak masuk setahun. Hah post ni lah, dan ini dan ini.

Tak mustahil benda macam ni akan berlaku lagi. Aku ulang, tak mustahil ya kakak-kakak cantik dan adik-adik comel. Harap tahun ni tak lama sangat fenomena dia. Mau mintak kaki juga bila tahan sabar lama sangat. Jadi di sini, saya mahu memberikan sepatah dua kata buat adik-adik yang akan masuk pada bulan Januari ni.



Bismillahirrahmanirrahim

Kepada adik-adik form 1 yang bakal masuk ke sabda,
Assalammualaikum adik-adik. Apa adik ingat seronok sangat masuk asrama? ops! Akak tak cakap tak seronok. tapi kalau adik rasa tempat basuh baju tinggi sangat, atau sayang tangan adik. Akak tak galakkan adik masuk asrama. Bukan apa, akak kesian tengok adik yang comel basuh baju buat muka eww eww macam tak pernah jumpa sabun. Mungkin akak wajib beritahu bahawa sekolah akak tak ada mesin basuh. ya bagus, sila garu kepala sekarang. Fikir masak-masak nak masuk lagi atau tak?

Adik, jangan garu kepala sangat. Lupa pula nak bagitahu, dekat sabda ada dobi. Dobi dibuka hari Rabu, Jumaat dan Ahad. Selagi ada duit gunalah untuk mendobi. Ya ya akak nampak muka gembira adik tu. kan akak dah kata jangan garu kepala sangat.

Seterusnya, akak harap adik hadir ke sabda dengan membawa buku kosong untuk dijadikan diari harian di sana. Beli buku latihan yang 80 muka surat tu pun jadilah. Asalkan adik ada satu. Bukan apa, bila adik dah besar nanti akak nak adik rasa malu dan tersengih sorang-sorang, "hik hik apahal dulu aku gila sangat suka mamat seluar senteng tu." Tak apa, bodoh pun bodoh juga. Kenangan tu bukan senang nak cari lagi.

Ada lagi ni. Adik tahu DM? DM adalah singkatan bagi Dewan Makan. tempat di mana adik menambah berat badan selain daripada kantin dan makanan dalam locker. Tahun lepas akak pernah nampak sorang adik comel ni angkat sayur taugeh tinggi-tinggi buat muka menyampah dan campak taugeh tersebut di lantai. Akak harap adik tak ulangi sinetron yang akak nampak tu. Bersyukurlah, kerana makanan DM memang tak sedap tapi kalau makanan ni kita hantar ke Afghanistan, adik boleh bayangkan betapa gembiranya diorang. Serius, kalau tak suka sayur, adik susun cantik-cantik dekat hujung pinggan atau bagi kawan adik yang suka sayur. Apa ingat akak makan ke sayur?

Adik, akak harap adik datang sebab nak belajar. Jangan mudah terpedaya dengan kenyitan mata abang-abang gatal. Nampak diorang kenyit, adik terus tulis dalam diari syok sorang-sorang. Adik kena jual mahal. Eh, akak tak mengajar. Cuma akak nak cakap jangan layan cinta sangat. Bila dah besar mesti adik cakap, "hik hik apahal dulu aku gila sangat suka mamat seluar senteng tu." Alah, ayat standard ni. Terasa diri sangat bodoh kan? Dah dah belajar pandai-pandai dulu. Nanti besar cari suami pandai jugak.

Akak faham adik eksaited nak pergi sekolah. Tapi kalau pukul 5 pagi sekolah pun gelap lagi. Jangan bersiap awal sangat. DM pun buka pukul 6.30. Ingat lawak ke buat orang lain rasa cuak sebab dah terlambat pergi sekolah padahal baru pukul 5. Adik bangun awal sangat kenapa? Pukul 5 akak baru nak masuk tandas. 

Adik, akak rasa adik dah malas nak baca wasiat akak ni sebab akak faham perasaan adik. Adik tahu tak akak tipu je tadi. Akak bukan faham perasaan adik tapi akak dah malas nak menaip sebab akak rasa adik tak ikut pun semua tu. Cuma akak harap nanti jangan nak guna public lama sangat, sebab ramai lagi adik-adik akak yang homesick tu nak guna. Akak tak galakkan adik bawa telefon bimbit ke sekolah. Nanti kalau hilang menyusahkan warden dan pengawas kena buat spotcheck. Secara tak langsung phone orang lain kena rampas jugak. Tengok sebab adik yang tak reti jaga phone orang lain punya telefon bimbit kena rampas pulak. Kesian kan.

Eh adik dah pukul 12 pagi. Dah, akak nak kemas barang nak mendaftar pukul 2 petang ni. Akhir kalam, akak nak adik fikir banyak kali cukup bersedia ke adik nak masuk asrama? Jangan ingat hidup berasrama ni mudah. Banyak cabarannya.


yang jujur,
Shahizan azmi


10 comments:

  1. kesian kau :/ tapi kau kena bersyukur dapat dok asrama . aku tak dapat T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha macam aku cakap tadi, best memang best tapi rasa malas yang menebal nak tinggalkan rumah :)

      Delete
  2. time ksih 'kakak'!adik excited gler nih,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama adik, baguslah akak tahu adik eksaited nak masuk asrama Haha blah laa taib ;D

      Delete
  3. Akak , fisrtly saya nak cakap , thanks sangat sebab sanggup buat entry ni .
    Saya pon nervous+eksaited nak masuk asrama untuk pertama kali ni .
    Thanks sangat ... Tapi , satu je saye mintakk .. Tolong laaa okayy ?

    SAMBUNGLA ENTRY NI !!!! SAYA NAK BACA LAGI !!! PLISSSS !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehem, adik sebenarnya akak tak sanggup pun nak buat entry ni. Ni entry main-main je hahaha terima kasih ketana membaca. Panjang ni, tak pent ke?

      Alahai dik, macam mana nak sambung? sebab entry ni dah tamat Haha nanti kalau tiba-tiba ada sambungan, akak sambung ya :) Nak tahu banyak lagi pasal cerita asrama check lah entry akak yang lepas-lepas.

      Delete
  4. haha..bgos entri ni. adik2 bleh prepare mental n fizikal sblm masok hostel. sye da 9 tahun dok ostel. mula dari form 1 sampai tahun 4 kt usm. Alhamdulillah, alah bisa tegal biasa. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha agaklah, bila dah lama dekat asrama dah tak rasa apa-apa sangat :)

      Delete
  5. ahaha suka jugak entri yg ni. sy pun dok asrama dulu tp belum pun stgh tahun, berambos keluar. =..=

    ReplyDelete
  6. Nak tiru ayat org bawah jugak laa . bawah ke atas . ? heheh . . thanks akak , syaa excited giler ne . hahaha . :p

    ReplyDelete

Have you said Alhamdulillah today?