Friday, December 23, 2011

Bukanlah katak zaman purba

Semalam pergi bercuti dekat Bagan Datoh. Ada satu sekolah ni tengok pagar pun dah tau power! Tengok signboard, Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh. Rasa macam tertarik nak masuk dalam. Jadi sebelum masuk tu bagi salam dekat pak guard sekolah tu "saya nak pusing-pusing sekolah ni boleh?" Dia angguk. Angguk tanda setuju. Sampai dekat kantin. Ada sorang mak cik kantin cun. Ingat nak ayat satu dua. Mana tau dapat air milo free.

Sedang-sedang mangayat. Tiba-tiba "Hachuuuummmm!" ya aku bersin. Mungkin udara persekitaran yang belum masuk dengan diri ini. Alhamdulillah, Syukur. keluar segala kuman. Alhamdulillah mata aku tertancap pada sehelai kertas putih yang bersih daripada kotoran. Saiznya lebih kurang 1/2 daripada kertas A4 biasa. Cantik! Aku tertarik! Aku ambil dan wauuu sekali lagi! 

Apa ni? Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mathematics, Science, Sejarah, Geografi, KHB-perdagangan, Pendidikan Islam. Ini slip keputusan peperiksaan ke apa? Tiba-tiba dalam hati ada taman. Ya, aku dan mak cik kantin tersebut apa lagi. Kalau bukan kerana kami pakai kain dah lama main lompat-lompat tali.

Ini bukan slip peperiksaan biasa. Aku agak hairan, mengapa slip ini lain daripada yang lain? 8A+? Gilalah! Benda serious mana boleh bawak main! Siapakah gerangan tuan punya slip ini? Aku agak tak ada orang tuntut. Jadi aku liquid nama dia dan letak nama aku.


Siapa ntah kata PMR tak ada + dan -

Ok semua mari kembali serius. Aku tengok semua buat status pasal result pmr. Budak f3 semua cerita pasal result dekat blog diorang. Rasa macam katak yang hidup zaman purba pula kalau tak ikut perkembangan isu semasa.

Alhamdulillah, batch kitorang yang pertama ambil PMR di SABDA. Keputusan boleh kata membanggakan Alhamdulillah. Target yang disasarkan hanyalah 50%. Dan keputusan mencapai sasaran, 75% cemerlang 8A+. 106 out of 140 dapat straight. Ya tau tau, SBP patutnya 100% straight. Tapi, 75% tu sangat cemerlang dah untuk sekolah baru ahah. Menurut Cik Intan (acik kantin), ramai kantoi dekat Bahasa Melayu. Ish macam mana boleh jadi macam ni? Ini semua angkara Yahudi!


Kedudukan dalam daerah Hilir Perak
1. Sains Teluk Intan
2. Sains Bagan Datoh
3. Bla bla bla
4. Dot dot dot

kedudukan dalam negeri Perak
1. Sains Teluk Intan
2. Sains Tuanku Abdul Rahman (STAR)
3. Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
4. Sains Bagan Datoh

Tiga yang atas tu semua sekolah zaman aku tak lahir lagi. Kenapalah Sains Teluk Intan satu daerah dengan SABDA. Kalau tak boleh merasa no.1 dalam daerah haha sudahlah Sains Teluk Intan no.1 dalam negeri! Rasa tergugat juga. Banyak sekolah otai yang hebat belaka.

Seingat aku, tahun ni 2 kali je ambil peperiksaan sebelum trial pmr dan pmr. Ujian Penilaian 1 dimana format pun mana ikut sangat. Soalan yang diberi sangat sikit. Aku ingat lagi Math salah 1 tolak 5 markah Dush! Peperiksaan Pertengahan Tahun. Lepas tu terus ambil Percubaan PMR peringkat SBP dan PMR satu Malaysia. Aku rasa sekolah lain sampai berbelas kali ambil ujian :')

Aku rasa sekarang Cik Intan tengah susun menu untuk belanja seramai 106 orang pelajar tahun depan. Alahai, apa yang susahnya sekolah kan ada bas. Cik Intan bawak kitorang belanja McD pun cukuplah. Haha aku yakin cik intan akan tunaikan janji beliau (': Oh pemurah sungguh cik tuan dan cik puan kantin sekolah ku ini.

Tahniah Battutah 2011. Ustazah pun seronok je bagi 30 slip semua straight 8A+ (: Seronok rasa bila ustazah seronok.



yang menurut perintah :  Ketua Batch tak puas hati slip aku ada A+ HaHa

Tuesday, December 20, 2011

Cuak tak cuak, kau dapat jugak!


Tak kurang hebat juga isu result PMR yang akan keluar khamis ni. Asal aku buka facebook je nampak ada yang buat status countdown 5 days more. Terus aku signout balik. Apakah? Aku sendiri pun tak pernah kira benda ni. Boleh cakap timeline dekat home facebook aku, 75% semua nak cerita pasal result khamis ni.
onion-emoticons-set-5-21

Dekat blog pun usha usha semua budak form 3 nak cerita pasal Khamis ni. Rasa rendah diri pula aku bila tak ikut perkembangan semasa. Tiba-tiba aura untuk buat satu entry tentang hari Khamis ni membuak-buak. Ok, tipu. Tak membuak pun. Penatlah baca orang cerita pasal result ni! Hah lepas tu saja nak tambah penat sendiri lagi dengan entry ni.


onion-emoticons-set-5-36

Pasal propaganda tarikh tu tak payah risau sebab memang dah muktamad 22 haribulan Disember 2011 result PMR diumumkan. Agak geram dengan propaganda tarikh result. Sudahlah abah dah minta cuti 22hb. Kalau result keluar selain 22hb, aku dah pasang plan nak sms je check dari rumah.  Check dulu result dengan sms. Kalau straight, baru gerak pergi sekolah huahua. Minyak pun jimat. Apa ingat dekat sangat nak ke hilir perak tu? Itu tak termasuk dengan saman pergi balik lagi. Sudahlah banyak speed trap! Jarang-jarang tak kena saman.

onion-emoticons-set-5-53


Cuak tak cuak nanti tahu juga! Banyak juga yang cakap-cakap 'ambil PMR pun tak segerun rasa nak ambil result'. Ehemmm, atleast ambil result tak payah belajar ya dalink. Cuma perlukan persediaan mental sajalah. Satu hari tu aku nak putuskan talian internet di rumah, dan telefon bimbit akan dimatikan. Sengaja sebagai persediaan menghadapi hari Khamis nanti. Kah poyo!

onion-emoticons-set-5-45

Malam semalam dah mula beli barang sekolah. Awal kan? Hmm result pun tak dapat lagi, kain sekolah semua dah beli! Itulah, mak aku semua benda nak awal.

Eh, topik asal kita apa tadi?

Sebulan cuti ni, mimpi aku semua berkaitan dengan sekolah. Aku tahu ada juga yang mimpi result ni. Kalau mimpi tak baik tu cuba ingat balik ada tak baca doa sebelum tidur? Agak sentap jugaklah bila dapat mimpi macam ni. Tapi aku jadi lega bila,



Shahizan : Weah, aku mimpi result semalam?
Shafiqa : Dulu pun aku mimpi jugak dapat 4A 4B. Alih-alih straight jugak.
Shahizan : Phewwww (lap peluh)


onion-emoticons-set-5-47

Oh ya, sebelum aku terlupa kepada budak SABDA sila pakai baju batik sekolah hari Khamis ni.

_____________________________________________________________

Err, rasa macam tak menarik cerita pasal result. Bosanlah sikit-sikit result.

Sepatutnya entry ni dilancarkan lebih awal. Tapi tadi aku macam down sikit bila dengar ayat keji daripada Shafiqa. Sedang aku enak makan malam, tiba-tiba

 "Weah shahizan! Sejak bila kau makan sayur ni?!"

onion-emoticons-set-5-26

Dengan muka yang menjengkelkan,

 "Kau apahal?" 

onion-emoticons-set-5-23

Apa salah aku? :( Baru cuba nak makan kangkung sudah kena dump! Macam ni lah manusia! Sudahlah,  patah hati bila fikirkan situasi ni. Lepas ni aku tak nak makan sayur dah. Hahahaha gedik!

Moga semua berjaya dengan cemerlanglah hendaknya.


p/s: Kangkung sedap juga. Hm bolehlah.

Saturday, December 03, 2011

01. Alahai manusia - Post bawa maut

onion-emoticons-set-5-36
Amaran! Jika anda mula membaca post ini, sila jangan berhenti. Teruskan pembacaan sehingga habis. 10 tahun yang lalu ada seorang jejaka tampan menghiraukan post ini dan menganggap ini semua kolot. Tidak lama kemudian beliau dikhabarkan koma gara-gara tercekik tulang ikan......

 

Pernah baca ayat macam ni? Ok aku rasa mesti ada yang tekan ctrl+w bila baca perenggan dekat atas. Yalah takut kena sumpahan. Woi woi jangan tutup kan aku cakap baca sampai habis. HAHAHA kalau dapat mesej macam ni apa kau buat? Lagi-lagi dia ugut suruh sebarkan kalau tak nanti tak akan bahagia. Besar nanti kahwin dengan suami orang lah apa lah.

onion-emoticons-set-6-156

Baru-baru ni aku dapat msg, bla bla bla pasal periksa result PMR kalau tak sebarkan dekat 10 orang nanti hidup aku akan sentiasa menemui kegagalan dan kecantikan aku akan hilang. Alah, aku forwardkan dekat orang yang hantar dekat aku tu je. Bagi dia puas dan tersenyum riang gembira.

onion-emoticons-set-4-10

Kalau aku sebarkan dekat 10 orang, mana tau dalam kalangan tu ada yang dungu nak sebarkan lagi dekat 10 orang dan benda tu akan tersebar dekat 10 orang lagi dan dan benda ni akan menular. 

onion-emoticons-set-5-32

OH NOOOO! SAMPAI BILA NAK BERHENTI? 
(baca dengan nada gedik)

Ya, sebab tu kalau aku dapat benda-benda suruh sebarkan apa semua aku tak bertindak. Biarlah aku berada dalam golongan yang menjadi penghujung kepada cerita karut tersebut. Fuh, aku penyelamat dunia. 

onion-emoticons-set-5-27

Ahh, tenang je hidup aku. Yang paling penting, kehenseman aku tak ada yang hilang pun. Aku kekal hensem dulu, kini dan selamanya. 
onion-emoticons-set-5-63

Lagi mengecewakan ada yang menyebarkan dakwah secara kotor. Ya aku tahulah kau nak bagitau aku apa semua. Nak berdakwah lah kan. Tak payah lah nak buat ayat ugutan. Sedih aku.

 onion-emoticons-set-5-34


Cerita dia menarik, memang menarik. Aku suka ilmu yang disampaikan. Tapi sayang kenapa perlu wujudkan mitos ni? Aku memang akan sebarkan tapi aku padam ayat bawah-bawah yang durjana ni. Kesian pula nanti mereka rasa hidup tak selamat kalau tak sebarkan. 

onion-emoticons-set-3-58

Aku bukan tak nak sebarkan tapi aku lebih suka bercerita secara depan depan. Ya itu yang aku buat. Bila bosan aku buka topik macam ni cerita tentang kisah dulu-dulu. Sebarkan ilmu secara begini bukankah lebih menyeronokkan. Tak ada mati-mati, tak ada kahwin dengan orang tua, tak ada yang akan gagal dengan dunia. Sudahlah semua sila buka minda.

onion-emoticons-set-6-55


Friday, November 18, 2011

Bila lagi nak dapat kelas macam ni

Renggang-renggangkan jari, mengeliat sat. Urghhh! (penuh ekspresi) tak sangka dah cuti hujung tahun. Aku rasa semua orang patut berbangga dengan ahli-ahli dorm aku sebab bertahan hidup satu tahun tanpa bakul sampah dalam dorm. Kalau rajin sikit letak lah plastik kecik kedai runcit sangkut dekat tingkap. Tu pun macam jarang sekali berlaku. Tahun ni memang senang nak kemas dorm untuk hujung tahun, biasalah dorm tak berhias. Memang tahun berjimat-cermat tak payah membazir beli barang keceriaan. Penyapu dengan penyodok pun jumpa bawah tangga punya.

Secara tidak rasmi penyodok ada 2 fungsi. Campak-campak sampah dekat penyodok tunggu sampai bertimbun. Nasib malang orang bertugas esok menangis-nangis syahdu cari plastik sampah untuk buang sampah.


2 bungkus - Johan
2 bungkus - Naib Johan

Jamuan kelas pun makan makanan hamper. Jimat tak jimat. Untunglah dapat 4 bungkus hamper makan biskut ramai-ramai cicah dengan FnN perisa anggur. Tak percaya gila tahun depan dah tak satu kelas dengan budak-budak perempuan ni hah. Manalah nak cari kelas macam ni lagi. Susah nak jumpa sampah atas lantai dalam kelas (muka serious). Awal-awal pagi lagi dah ada yang menyapu sampah. Sayang betul orang yang buat jadual bertugas tu, alah setakat padam papan putih setiap hari Isnin apa lah sangat. Tu pun rasanya 5 kali je aku buat.

Bangga juga dengan ketabahan dua kumbang dekat depan kelas. Terpaksa jadi tukang angguk kepala.

"Tema kita warna purple ok" - angguk kepala
"sebulan bayar RM4" - angguk kepala
"dekat papan putih kita letak bunga-bunga" - angguk kepala
"tirai dekat pintu bentuk bunga dengan rama-rama ok tak?" - angguk kepala
"weah! Cepat pergi buang sampah! ustaz Mad on the way!" - angguk kepala dan terus bertindak

Dan kalaulah aku tau betapa senangnya nak kutip duit dekat budak kelas aku, awal tahun aku dah angkat tangan sukarela nak jadi bendahari. Mintak sekali je budak dah hulur. Pheww, senang-senang je bendahari dapat pegang RM2000 sekelip mata. Rasa jeles tengok muka bendahari dengan hidung kembang-kempis.

Tahun ni betullah aku dapat rasa susah senang bersama. Sorang kena marah yang lain pun rasa nak nangis. Seminggu sebelum PMR pun sempat prank birthday Mya. Fuh, menangis budak tu sampai masuk makmal bahasa lambat 15 minit. Nasib baik cikgu tak syak apa-apa. Jamuan raya dekat rumah ayahanda pun dia tak nak jamu makanan. Punyalah syahdu. Kesian Mya lagi berapa hari nak exam emosi terganggu sampai buat latihan sejarah tak boleh nak focus. Nasib baik kau pandai, mesti straight A's inshaaAllah eheh.

Eh, paling tak tahan malam jamuan tu berderet semua nak bagi ucapan beratus patah kata. Sampai pukul 11.45 malam pun tak habis lagi orang bagi ucapan. Ketua kelas buat aku rasa terharu bila dia puji-puji aku. eh salah bila dia puji-puji kelas aku. Aku pun nak bagi ucapan tapi saja tahan, takut hilang macho karang sebak tak tentu pasal. Lagi sebak daripada tak dapat makan ayam masa majlis anugerah kokurikulum. 

Apa-apa pun yang berlaku, korang paksa macam mana pun, aku tetap takkan cakap yang aku akan rindu suara-suara sumbang yang menyanyi lagu Rossa, Nabil dll setiap malam prep. Tak mungkin jugak untuk aku cakap yang aku suka bila dapat budak kelas yang rajin tahap dewa. Jangan harap aku nak kata yang aku tabik bakat-bakat yang korang ada. Dan sampai bila-bila korang tak akan dengar bahawasanya aku sayang korang uhuu. Seriously, korang tak akan dengar semua ni kalau korang ada depan aku.

Cukuplah dekat sini je aku akan cakap yang aku mesti rindu lagu-lagu yang kita nyanyi dalam kelas setiap malam prep. Aku suka tengok korang kemas kelas punya semangat. Aku respect bakat-bakat korang, yang tak ada pada semua orang. Paling penting, aku sayang korang semua, aku sayang kelas kita, aku sayang ustazah, aku sayang ustaz Mad (eh?). Aiseh, sebak lah pulak taip macam ni. Fuh, hilang macho pulak rasanya. Haha untunglah korang kalau baca benda ni. Dah lah tak nak puji lebih-lebih. Apa-apa pun aku sayang kelas ni.



Bilalah lagi nak dapat 'kelas perempuan' macam ni? 


Thursday, October 27, 2011

Mungkin rasa cool tapi sebenarnya tak.


Ini adalah sebahagian perkara yang majoriti masyarakat kita rasa cool tapi sebenarnya TAK. Untuk baca, sila scroll ke bawah.


1#Mungkin rasa cool bila jalan seret kaki.
Oh my dear tau lah kasut tu di import dari negara China tapi tolong lah jalan angkat kaki bagi yang berkemampuan. Eh, tak kan lah tenaga anak muda lingkungan umur 13-30 tak mampu nak angkat kaki. Badak Sumbu jalan pun tak dengar bunyi tapak kaki dia. Pakai kasut mahal dah cukup cool dah bila jalan bunyi “Sreet! Sreet!” hilang cool terus. Sekali dengar ingatkan hantu datang mengesot, dua kali dengar rupanya manusia yang kurang daya kekuatan.

Berdasarkan pemerhatian aku, perkara macam ni budak lelaki memang suka buat (opp opp angkat tangan). Ternyata benda ni masa aku nak masuk dewan peperiksaan. Disebabkan kelas aku SEMUA perempuan bunyi orang seret kasut memang tak ada. Bila kelas ke-2 masuk. Baru 10 org lelaki. Bunyi dia dah macam apa. Huru-hara dewan tu aku rasa. Nasib baik calon lelaki PMR tahun ni tak sampai 50 orang.

"Eleh, benda ni pun nak jadi isu"

Eh, of courseeee. Cikgu Science aku sangat tak suka benda tu. Disebabkan aku sayang dia jadi aku rasa ini adalah satu isu. Haha alah, apa susah janganlah pakai kasut berat-berat ok.


Letak signboard ni dan tulis besar-besar 
"Kawasan Larangan Seret Kaki"

2#Mungkin rasa cool bila pakai songkok, keluarkan jambul dekat depan
Start rasa benda ni tak cool masa aku sekolah rendah lagi. Aku rasa benda ni tak cool bila kawan aku kena tampar dengan cikgu math sampai tersungkur sebab pakai songkok dan keluarkan jambul di hadapan. Bak kata cikgu tu, "Itu gaya Yahudi bukan Islam". Cikgu tulah yang kata, siap package lempang. Seram. Kenapa boleh pakai macam tu eh? Mungkin gara-gara songkok dah kecik. Raya tahun depan sila-sila kan lah beli songkok yang besar 2 inch dari kepala. Boleh tahan sampai 5 tahun kalau kepala tu cepat membesar sangat. Biasalah dekat dunia ni memang ramai orang besar kepala. Pakai songkok betul-betul baru nampak rupa melayu sejati.

3#Mungkin rasa cool bila merokok dekat tempat awam
Aku rasa aku pernah buat post pasal benda ni. Haih, tak cool lah kalau hisap rokok dekat tempat awam. Ya, sangat tak cool bila kau nak bunuh diri lepas tu bawak orang ramai-ramai join temu ajal. Aku tak nak lah jadi macam kerajaan nak paksa paksa orang berhenti hisap rokok buang duit rakyat (ops!) semata-mata nak bagi kesedaran dekat orang macam ni. Penat-penat je taip apa isi kandungan rokok yang berbahaya, tapi bukan senang untuk orang macam ni nak stop. Macam ni lah, jangan rokok dekat tempat awam je okay :D Pergilah sorokkan diri tu merokok dekat dalam tandas atau bawah jambatan. Manalah tau terjumpa hidayah macam mana nak stop.

4#Mungkin rasa cool minta pujian secara halus
Hah, apabenda yang aku cakap ni? Mesti tak faham kan. Kih kih kih. Meh aku bagi situasi. Si fulan letak gambar paling tersangat cantik sekali dekat FB atau laman web sosial lepas tu buat caption

"I taulah muka I hodoh"
"pfft, the ugly picture I ever had"
"Not prettayy like u"


Dan yang seangkatan dengannya. Eleh, ni semua caption umpan je. Nanti adalah spesies yang nak ambik hati drop comment.

"No lah lalink. You look more gorgeous in this picture"
"OMG! lawa gila you ni"
"Haish muka dah cantik tak reti nak bersyukur."


Tengok! Tak pasal-pasal dapat pujian free. Inilah maksud aku. Faham? Haha kalau rasa gambar tu hodoh at the first place tak payah upload terus lah kan? Hmmm tak faham lah manusia ni. Ke anda faham sebenarnya?

6#Mungkin rasa cool bila mencarut
Malaslah nak hurai. Tapi rasa cool ke macam ni?


Friday, January 28, 2011

kelas aku lain macam

Masa hari pertama masuk sekolah bagi sesi 2011, benda pertama yang aku nampak tangki air. lepas tu aku bersorak dengan penuh kegirangan, "yeay ! yeay ! Dah sampai sekolah". Sikit tak kisah kalau engkorang tak percaya dengan apa yang aku buat ni. Sebab sememangnya 2 ayat pertama adalah satu penipuan.

Masa hari pendaftaran tu aku terus cari nama sendiri dekat kelas apa. Dah tahu nama kelas baru boleh masuk dewan nak daftar. Sekilas pandang nama sendiri, tangan aku automatik tepuk dahi. Alamak, guru kelas aku ustazah ni! Lagi lagi masa tahun lepas ramai cakap ustazah aku ni garang.

Tapi bila dah lama-lama jadi anak murid ustazah ni, dia takdelah garang mana. Cis, propaganda je lebih. 

Ustazah siap sediakan kismis satu bekas untuk makan hari hari. Surat khabar UTUSAN untuk dibaca hari hari. Walaupun sebenarnya kitorang nak berita harian tapi ustazah tetap nak bagi UTUSAN. Katanya baca UTUSAN dapat meningkatkan bahasa malaysia kita. Betul ke? UTUSAN macam banyak politik mmm. 

Kau tau tak budak lelaki kelas aku ada 2 orang je? Mestilah tak tau. Sebab aku tak pernah cerita lagi. Memang dah ditakdirkan aku ni asyik masuk kelas yang paling ramai perempuan dan paling sikit lelaki. Lepas tu hampir semua cikgu keluarkan dialog yang sama,

"dah macam kelas perempuan saya rasa"

"awak semua jangan buli 2 orang budak laki ni ye"

"kenapa dua laki tu duduk belakang ? Lagilah tak perasan kehadiran diorang"

Yang dialog ke tiga tu paling membunuh. Aku dah laa duduk depan sekali. Mana lagi cikgu nak alihkan diorang kalau tak ke depan sekali. Elok elok duduk depan, aku kena berhijrah ke belakang sekali bawah kipas lagi tuuu. Pagi pagi dah menggigil kesejukan. Tiap pagi dah macam anak yang lari dari rumah masa hujan.

Yang dua orang lelaki kena duduk depan tu dah keluarkan keluh kesah berpanjangan. Duduk berdekatan dengan pintu masuk dihiasi dengan tirai bunga dan rama-rama memang satu penyeksaan bagi diorang. Kalau budak pinky boy masuk kelas aku mesti dia suka.

Dan lagi, bila cakap kelas ni ramai perempuan, hiasan pun mesti nak ada sentuhan perempuan. Kata kata hikmat yang tampal kat dinding semua pasal perempuan,

"perempuan solehah adalah perempuan...."

"perempuan yang menerima sesuatu...."

"perempuan ibarat hiasan dunia, sebaik-baik...."

"perempuan adalah seorang...."


Tak kisahlah rasa lain macam ke tak kelas ni, tapi still tak puas hati sebab kena duduk belakang sekali. Bukan apa, belakang-belakang ni tak berapa dengar sangat apa cikgu cakap. Aiseh, ni tak suka ni.

Saturday, January 01, 2011

1000 kemungkinan yang akan terjadi awal tahun 2011


Okay semuaa sila lihat tajuk di atas. Ya, aku nak bagi 1000 kemungkinan yang sememangnya akan terjadi awal tahun depan. Eh, kemungkinan? Macam kurang tepat tajuk entry ni. Tajuk post yang sepatutnya :

1000 perkara yang SEMEMANGNYA akan terjadi awal tahun depan.

Wah, shahizan bagi fakta. Semua boleh melompat dengan riang dan bahagia sekarang. Baiklah semua sila focus sekarang.



Budak budak bangun awal
Macam tahun lepas masa awal tahun semua bangun ya ampuuun awal gilaaa! Aku betul betul maksudkan awal gilaa. Terutama budak tingkatan 1. Aku baru menapak keluar dari dorm dengan tuala dengan muka 'bahagia'. Pandang tingkat atas budak form 1 dah siap dengan beg sekolah nak pakai kasut.

Aku terus masuk dorm balik tengok jam loceng. ((Mengucap)) Baru pukul 5! Ingatkan aku dah lambat. Kau bayangkan aku baru bangun tidur diorang dah berduyun duyun turun dari tangga. Mula-mula malas nak ambil tahu diorang pergi mana.

Tapi bila fikir balik, diorang pegi mana pukul 5 pagi ? Dewan makan mana bukak lagi. Sekolah? gila diorang ni, gelap gelita blok akademik tu. Surau mungkin hmm hmm.

Bila dah lama lama sikit baru budak form 1 kembali normal. Siap ada yang lambat pergi sekolah lagi. Amboi ewah ewah.


Tahun depan wujud f1, f2, f3, f4, f5 tandas bakal sesak
Awal tahun semua nak bangun awal. Awal tahun semua nak bersiap pergi surau awal, baca mathurat. Aku boleh bayangkan macam mana tandas tu sesak nanti. 1 baris corridor ada 3 dorm, 1 dorm ada 12 orang. mari kita buat kira-kira. Ok semua angkat jari.

3 x 12 = 36 orang kongsi 3 shower 3 toilet


macam aku cakap benda ni masa awal tahun je kan. Petengahan tahun semua dah malas bangun awal. Budak SPM mesti hari hari riadah optional (jeles) aku harap f3 pun dapat riadah optional!

Orang yang tak pergi riadah ni mesti dah mandi awal awal. So, bila budak yang pergi riadah ni balik tak ada lah berlaku pertembungan dengan budak yang tak pergi riadah masa nak mandi. Kurang kesesakan di tandas.


Public phone tak putus-putus digunakan
Masa masa awal tahun ni memang ramai homesick. Aku tahu aku tahu. Muahaha. Lepas tu mesti ada barisan pengguna beratur nak guna public.

yang bawak 'calculator', 'novel', 'baby' dan bermacam macam lagi gelaran untuk telefon bimbit diorang memang tak pernah kisah dengan situasi ni.

Aku sebagai pelajar yang ikut peraturan (lah sangat),  Sangat bimbang dengan keadaan ni. Kalau boleh diorang nak telefon sampai battery public phone habis. Eh public phone pun ada battery ok. Sejak masuk SABDA baru aku tahu.

Ye ye aku faham telefon mak, homesick kan. Ni aku maafkan lah. Yang telefon boiprengg paling tak menahan. Nak je tutup suis public phone tu. Plug dia betul betul dekat tepi pintu dorm aku. Bunyi macam kejam, tapi manusia yang guna public phone tanpa fikir orang lain lagi kejam tsk.



Cukuplah 3 ni. Aku janjikan 1000 tapi nanti kau yang tak larat baca. (padahal penat menaip) 3 tahun je lagi aku akan lalui situasi macam ni. Siapa dah tengok Pendamping malam? Aku belum. Trailer pun tak sanggup tengok. Sebab tak nak terpengaruh dekat asrama nanti fuh!