Junior: Assalamualaikum kakak umur 23 (insert emoji muka tak bersalah)
Me: (Speechless)
Dah 2019....
Legitly my kind of first new year wish from one of my closest juniors.
*****
Tadi nak tulis "2019" je as title tapi typo ke "2009". Pastu macam "eh 2009 kan tahun pertama buat blog". Just realise this blog has now been 10 years *facepalm*. Terus laju-laju tukar title entri ni sekali lagi -- dan macam biasalah title tetap hambar hahaharhar.
10 tahun tu bila fikir balik bukanlah sekejap. Kalau blog ni manusia dah boleh masuk tahap 2 sekolah rendah. Fuh, besar dah kau nak :')
Dan 10 tahun tu pula (2009-2019) bukanlah satu tempoh stagnant life, tapi fasa 10 tahun yang banyak betul berlaku perubahan-perubahan dalam hidup. Dari zaman baru masuk asrama, ke zaman KMB, ke zaman degree di UK pulak. Setahun lagi dah balik Malaysia dah masuk ke fasa lain pulak hmm...
dewasanyewww!
Jadi kisah-kisah dan gaya penulisan di blog sepanjang 10 tahun tu sangatlah rollercoaster. Seronok jugaklah baca post lama lepas tu kutuk diri sendiri sebab tak matang kahkah. Kalau baca yang drafted entries lagilah "Allahu, merapu apakah ini".
Kome tak nampaklah post merapu sangat tu sebab kebanyakkannya dah masuk draft huhu
Lebih draft daripada published -- tu mesti tahap merapu yang tak sesuai untuk dibaca public 😂 Banyak jugak membebel rupanya (garu dagu). Untuk manusia kena dengar bebelan 525 entries tu mungkin dia dah lari sebab tak tahan hahaha.
Jadi, kalaulah blog ni manusia rasa nak buat appreciation post dan bagi hadiah dekat dia sebab 10 tahun bertahan menjadi tempat untuk merakam segala perasaan dan menyimpan kisah-kisah tah pape aku tu (bisik: tapi mujur juga blog ni bukan manusia, sebab tak rajin pun nak tulis panjang-panjang appreciation post tu hahaha).
Baik buat appreciation post kepada orang yang masih membaca blog ni.
Eh ada ke? (emoji garu dagu)
Kalau ada pun, how i wish sampai bebila tak tahu dan taknak tahu siapa yang baca. Sejak dua menjak ni housemate suka betul menyakat sebarkan dekat manusia sekeliling yang aku ada blog (-_-)
Waktu disakat tu memang terus terdetik nak private blog ni wuwuuu pls jangan kacau begitu lagi T_T saya tak mampu berhadapan dengan known readers, terasa di jaj gituu.
I feel exposed!
Itulah nikmatnya menulis di blog berbanding SOCMED (FB, Twitter, Insta) yang lain. Yang datang membaca tidak dipaksa, readers datang secara rela. Dan lagi best kita tak tahu pun siapa yang baca apa kita tulis. Enjoy sekati je menaip sebab rasa macam cakap sorang-sorang. Semoga nikmat ni dirasai hingga bila-bila hihi.
FB tu insekyo tau nak taip panjang-panjang sebab tahu siapa list of friends/audience kita. Tapi followers dekat blog ni macam hiasan je, sebab sekarang orang mana aktif main blog dah :p
*****
Nevertheless, sebelum makin panjang membebel -- Selamat memasang azam dan meniti hari-hari mendatang 2019 dengan penuh hamasah (:
Indeed, being 20++ is not easy when you realised how much ummah needs you.
Bukanlah fasa main-main lagi.
No comments:
Post a Comment