Tuesday, November 27, 2018

Tewas

*play*

Tak pernah diceritakan pada orang apa yang aku rasa selama ni akan kerinduan aku pada murobbi pertama.

Tak pernah tefikir untuk ceritakan pada siapa sebab susah untuk mereka faham dan tak boleh nak relate mungkin dengan apa yang aku alami. Kesedihan dan sakitnya perasaan menghimpit diri.

Hanya mampu diluahkan di sini atau menulis di atas sekeping kertas. Perasaan yang selalu datang tiba-tiba dan tak diduga, jadi aku perlu pen sentiasa dan akan mencapai mana-mana kertas yang ada.

Perasaan tu, mahu aku terjemah dan luahkan dalam tulisan agar sekurang-kurangnya hati menjadi lega.

Pernah juga menulis di atas tisu, sebab itu sahaja yang dibawa ketika itu.

Tapi semalam,

yaaa aku tewas.

Agenda untuk update diri dimasukkan di dalam meeting semalam.

Aku, yang baru sahaja sampai rumah dari satu program waktu tu tentu-tentunya ada beberapa perkara yang perlu dan mahu aku sampaikan pada semua.

Tapi ntah macam mana terlepas satu perkara yang selama ni aku diamkan dan kini mereka sudah tahu,

akan kerinduan pada murabbiku.


Hujung minggu lepas aku ke satu program dan berjumpa dengan beberapa jiwa yang aku tak sangka.

Antaranya, seorang adik yang wajahnya seiras sangat dengan murobbi pertama. Pernah berjumpa dengan adik tu sekali cuma summer yang lepas. Terkejut tu hanya Allah yang tahu.

Dan kali ini, aku berjumpa lagi dengan dia buat kali keduanya. Ditakdirkan masa mathurat pagi dibacakan, dia duduk bertentangan. Terus mengingatkan sekali lagi pada murabbiku yang pertama. Dengan suasana sejuk pagi, syahdunya bacaan mathurat, dan ditutupi dengan doa rabithah — ya doa rabithah yang membawa wajah murabbi pertama semakin jelas. Sebak aku menjadi-jadi.

Mujur masih sedar, emosi perlu dikawal. Kalau tak habis hilang segala isi pengisian pagi yang perlu disampaikan. Ikutkan hati, mahu sahaja lari dari semua manusia ketika itu dan duduk bersendirian dengan Tuhan.

Hanya Dia yang tahu membuak-buaknya rindu pada murabbi pertama sepanjang aku di situ hingga aku mencuri cari juga masa-masa bersendirian. Walau sebentar cuma, sekadar mahu bercerita dan luahkan kepada Tuhan akan perasaan-perasaan yang tak tertahankan.

Dan inilah antara apa yang murabbiku dulu ajarkan. Sentiasalah berbicara dengan Tuhan walau dalam apa jua keadaan.

Selama ni aku sentiasa mohon pada Allah untuk kembalikan dia (T__T). Tapi cara Allah makbulkan adalah dengan cara yang paling aku tak sangka-sangka.

Allah hadirkan satu jiwa yang mukanya seiras sangat dengan murabbi pertama. Yang bilamana aku bertanyakan pada akhawat lain mereka turut bersetuju dengan aku. Tiada lagi yang menyangkal akan irasnya wajah mereka.


Kepada adik itu, aku doakan moga Allah menthabatkan hati dalam jalan ini.

Untuk murabbi pertamaku, aku masih mendoakan dia sehingga hari ini.

Buat diri sendiri, moga terus melangkah laju dan dithabatkan hati -
Agar dapat bersama-sama dengan adik itu dalam jalan kebaikan, 
Agar dapat menyambut murabbi pertama jika dia kembali, 
Agar mutarabbiku tidak akan rasai dan lalui kepedihan yang aku alami.
***

Dan untuk pertama kali,

aku tewas dalam menyimpan rahsia rindu ini.

Thursday, November 22, 2018

Let's make the sacrification worth it!


Walapun tahun ni kedudukan bilik di tingkat atas sekali, tapi tak pernah menjadi penghalang untuk sesiapa datang lepak-lepak. Yang datang ambush tetibe, atau datang sekadar nak mengacau, yang masuk sebab nak karaoke tetibe pun ada. Ya gais jangan tanya kenapa. Manusia ni memang macam-macam ragam.

Dan baru tadi lepas isya' this one ukht buka pintu, masuk ke bilik dan tanya:

"Ok Jan, apa ayat yang kita nak share nanti?"

Aku tengok masa di laptop, ada lebih kurang setengah jam sebelum liqa' kecil kami di Nottingham bermula. Antara satu nikmat malam cepat (5.43pm isya') adalah majlis-majlis ilmu cemni kita boleh start awal.

Sebab dah jadi kebiasaan, lepas isya' selalunya manusia akan settle down sikit dengan kerja-kerja harian yang sibuk. Dan mula mencari sesuatu untuk mengisi keperluan jiwa, lagi-lagi sela masa antara maghrib dan isya' (or right after isya')

"Hmm hari ni nak cerita pasal apa?" - Aku

"Pasal Rasulullah, sebab semalam maulid nabi."

:)


Dunkirk, Nottingham

Ok yang dah angkat kening dan macam, "Oh masa maulid nabi baru nak cerita pasal Rasululullah keee...." boleh turunkan kening balik haha

Suka sangat bila kita bijak mengambil peluang dan sensitif dengan persekitaran. Apa isu yang berlaku dekat tempat kita? Atau event yang berlaku lately?

Contohnya, untuk sambutan maulidurrasul ni kita pun nak lah menjadi dai'e yang opportunist! -- menggunakan sebaik mungkin suasana dan 'ruh' yang dibawa secara global ni untuk bercerita tentang satu sosok peribadi yang rindukan kita, yang mahukan keimanan dan keselamatan sampai pada kita, yang tak mengharapkan apapun balasan dari manusia.

"Walaupun tak pernah jumpa kita?" - tanya Misha Omar (bukan nama sebenar)

Ya, walaupun Rasulullah tak pernah jumpa kita! Tapi baginda boleh rindukan kita U_U How irony is that gaisss.

Pernahkah kalian dibacakan kisah ini?

Suatu ketika berkumpullah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersama sahabat-sahabatnya yang mulia. Di sana hadir pula sahabat paling setia, Abu Bakar as-Siddiq. Kemudian terucap dari mulut baginda yang sangat mulia: “Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan ikhwanku (saudara-saudaraku).” 

Suasana di majlis itu hening sejenak. Semua yang hadir diam seolah sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi sayidina Abu Bakar, itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihinya melontarkan pengakuan demikian. 

Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?”Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mulai memenuhi fikiran. 

Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku.” Suara Rasulullah bernada rendah.
Saudara-saudaraku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka. Mereka itu adalah saudara-saudaraku dan mereka bersama denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku.” (Tertera dalam kitab Kanzul Ummal, hadits lemah menurut Ibnu Katsir)
****


Seronok sangat dapat berkumpul dan duduk lutut bertemu lutut dengan semua! Ada juga yang berkongsikan timeline kehidupan Rasulullah tadi. Sempat pulak main Kahoot (Kuiz) sebelum pengisian haha boleh check karat tak karat sirah kita ni huhu

Note: One of the best books untuk baca kisah Rasulullah sebelum kelahiran hingga wafatnya baginda is Raheeq Makhtum (The Sealed Nectar). Haven't finish it yet and still struggling huu tak bawak ke UK sebab terbeli version yang kulit keras and berat T_T but still, tak baik bagi alasan!

Lama sangat tak bukak and revise sirah Rasulullah. Terasa seperti ada teguran dari Allah untuk istiqamah kembali belek kisah-kisah Rasulullah :'(

Bila housemate tanya nak share ayat apa dari al-Quran terus terbayang satu ayat dari surah at-Taubah:

"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu dan amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang Mukmin." (9:128)

Unintentionally, we had such a good time to reflect and tadabbur on this ayah (before the liqa' started). We revised the sirah and at the same time were emotionally affected especially on the story of our beloved Rasulullah went to Taif T_T

Kita tahu kan Rasulullah ke Taif masa tahun ke-10 kerasulan yang juga dikenali sebagai tahun kesedihan. Abu Talib dan Khadijah meninggal pada tahun tu. Tulang belakang dakwah Rasulullah yang kuat dah tak ada. Tentangan dakwah makin dahsyat. Dah buat macam-macam tapi penduduk Mekah masih ada yang sombong dan taknak terima risalah tauhid ni.

The idea untuk ke Taif dengan harapan ada yang mahu menerima dakwah nabi tapi rupanya ditolak juga malah dihujani pula dengan batu oleh kanak-kanak di kota Taif T_T Lukanya baginda hingga berkocak kasut dengan darah.

Bayangkan, tengah sedih dengan kehilangan 2 insan yang paling baginda sayang, travel jauh-jauh tapi dakwah tak diterima. Kita ni kalau adik usrah tak reply whatsapp pun dah sedih, just imagine apa yang Rasulullah rasa.

The emotional part was during Rasulullah duduk bawah pohon anggur dan merintih pada Allah. Kalau baca rintihan Rasulullah dalam buku Raheeq Makhtum tu dapat rasa sangat kesedihan yang Rasulullah bebani ;(

Bayangkan hingga Allah pun utuskan malaikat Jibril dan malaikat yang menjaga gunung-ganang untuk offer nak telangkupkan orang-orang ni di antara dua bukit, dan musnahlah mereka seperti umat sebelumnya.

Bayangkan juga kalaulah kita dekat tempat Rasulullah mungkin kita akan reply,

"Hahh yesss, inilah masanya! Kan dah kata risalah yang aku bawa ni benar!"

Tapi,

Rasulullah tak terima offer tu. Malah mendoakan mereka lagi kalaulah mereka melahirkan zuriat, semoga zuriat mereka adalah orang-orang yang beriman kepada Allah.

Can you gais seeee? How selfless baginda was?

Yang tak pernah mengharapkan sebarang balasan dari manusia atau keinginan pada dunia. Tapi yang Rasulullah nak adalah kita dapat merasai nikmat keimanan kepada Allah dan keselamatan dari jurang api neraka.

Dan itulah tahap kesabaran dan kecintaan yang Rasulullah mahu ajarkan pada dai'e di luar sana. Benarlah Rasulullah sememangnya sebaik-baik qudwah!

****


"Bila baca ayat (9:128) ni, dan ingat balik kisah-kisah perjuangan Rasulullah saya mesti terbayang diri sendiri. Saya takut diri saya yang tah pape ni menjadikan pengorbanan Rasulullah tak worth it."

T_T

This has always been one of my biggest reflections sepanjang disentuh tarbiah.

Takut banyak main-main. Islam hanya pada nama. Tak beramal dengan Islam. Tak sungguh-sungguh dalam DnT. 

Kalau kita sayang someone, kita mesti nak pengorbanan yang dia buat tu berbaloi.

Ke sebenarnya masih belum mendalam lagi cinta pada Rasulullah?

Macam mana nak jatuh cinta kalau tak baca kisah baginda? Hah sebab tu lah pentingnya sirah! Bukan sebab nak lepas SPM je.

T_T

Bila tiap kali birthday, selalu reflect adakah keislaman aku membanggakan Rasulullah sepertimana baginda bergembira dan berbangga dengan keislaman Sa'ad bin Abi Waqqash?

T_T

Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang banyak bermain dan moga-moga kita termasuk dalam kalangan ikhwan yang dirindui Rasulullah, iaitu mereka yang;

"... belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka. Mereka itu adalah saudara-saudaraku dan mereka bersama denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku.” 
***


I may keep on typing and there'll go a long post since I can't find anywhere to stop. But yeah, I know I need to stop somehow. So, I leave u people with these (my fav) lyric videos and lot of questions to be asked to ourselves (i hope so)

jemput dengar menggunakan earphone







Kalaulah benar kita cinta, rindu dan sayang pada Rasulullah -- Let's make his sacrification worth it!

Thursday, November 15, 2018

Cubaan menjadi kakak yang baik

"Doakan adik eh, dia nak SPM dah." -- ibu, a week ago

Masa tu aku cam 'woww' adik aku dah besar!



Terus teringat selalu jugak buat entri pasal dia, kisah-kisah kerisauan seorang kakak tiap kali dia ni ada exam. Nampak tak, aku ni tak adalah kejam mana dengan dia.

Antara kisah yang aku paling tak tahan yang masa dia bawak balik kertas pendidikan seni dia tu ey geram je rasa!

Tak sangka dah SPM dah dia ni :')

Tolonglah jangan buat kelakar lagi tetibe bawak balik kertas karangan SPM ke apa.

Aku ni baiklah jugak rupanya dengan dia. Sebab tumpang risau tiap kali nak exam. Kadang aku yang ajak dia untuk study, yelah kalau tak aku yang stress sebab dia ni takde gaya macam exam besar je tahun ni.

Sementara aku ada dekat rumah pls gunakan aku sepenuhnya. Baiknya saiaaa. Tapi itulah dia ni tak bersyukur dapat kakak sikit punya baik macam ni : )

Baiklah juga kalau nak compare dengan kakak-kakak dia yang lain :p

2000s, bakal kakak-kakak dan abang yang baik untuk seorang adik yang tak lahir lagi

To be in her shoes, aku selalu rasa mesti dia berharap dia tak ada ramai kakak dan nak lagi ramai abang. Sebab kakak-kakak dia macam kejamlah jugak *evil laugh* sebab hanya abang yang melayan dia macam seorang adik selayaknya.

Kenapa aku kata cemtu ^ sebab aku sendiri berharap begitu hahahaha tapi syarat dia kena baik macam abang jugaklah :')

Kedua, sebab ada sekali tu aku dengan Shafiqa terbaca diary sekolah rendah dia. Dalam tu dia lukis barbie tengah tunggang gajah. Ala siri barbie yang mana satu ntah tinggal dalam hutan tu. Hah dia lukis yang itulah.

Selak lagi page sebelah ada satu tulisan, "abang sorang je yang panggil saya 'adik'."

Sedih nauuu bunyinya!

Masa tu aku dengan Shafiqa baru perasan, "eh kita panggil dia apa selama ni?" pastu kitorang siap gelak-gelak. Gelak je tau pastu tak ubah jugak.

Still panggil dia 'Mina oh Mina' hahahaha


Tahu apa untungnya menjadi anak bongsu ni?

Walau kau dah besar mana, engko tetap kecik di mata hakak-hakak dan abang kau ni.

Adik aku ni walau dah 17 tahun, tapi tiap kali kitorang balik dari beli barang basah mesti akan bagi dia plastik yang ringan-ringan je untuk diangkat. Rumah pulak tingkat atas-atas. Tak ada lif :') Pastu cam,

"halahh kesian budak kecik ni nah ambik plastik yang isinya ada tisu-tisu sahaja, atau sayur yang ringan-ringan."

Dan botol-botol kicap, sos, plastik berat semua diorang pass kat aku -_- hmmm aku ni pun adik jugaaaaa :')

padahal masa aku 12 tahun dah kena je angkat plastik berat-berat cemtu. Tapiiii adik aku ni sampai sekarang kitorang rasa dia ni kecik dan lemah lagi mmmm halah halah tapi kekadang aku sedarkan juga manusia di sekeliling,

"Bagi je mina plastik berat tu, dia dah besarrrr"

Kadang aku pun antara orang yang tak bagi dia angkat barang berat :') Tetap rasa kita lagi kuat untuk take over plastik yang berat-berat.

Dan adik aku berpersonaliti sejenis yang tak kisah, dia turutkan sahaja. Dia pun sedar dia dah besar, dan dia memang nak angkat plastik yang berat-berat cuma itulah semua kesian. Haih kasihan. Untunglah bongsu.

Ingat lagi masa umur 4 tahun dulu bila ibu kata pasni aku dah tak boleh dipanggil adik, aku golek nangis-nangis atas katil -- Sebab taknak hilang gelaran 'adik'.

Tapi fast forward beberapa tahun kemudian bila tengok fungsi sebagai anak bongsu yang sikit-sikit dipanggil untuk tutup suis lampu, tutup api di dapur, pergi beli barang -- aku jadi bersyukur sebab aku bukan bongsu :') Sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran, tiap tahun aku takkan lupa tarikh lahir adik aku hihi

Umur kitorang macam dekat-dekat lah jugak. Sampai dekat aku dengan dia ada gap 5 tahun. So gambar masa kecik-kecik memang tak ada lah muka dia. Selalunya memang muka kitorang berempat.





Rasa macam hidup 4 beradik pulak :') patut Syahmina selalu nangis kalau aku cakap dia tak lahir lagi hahahahaha

Dolu-dolu memang dia menangislah bila aku kata baby dalam gambar tu aku, bukan dia. Jangan perasan pls. Tapi dah makin besar ni, dah waras kot dan boleh terima hakikat yang dia memang tak lahir lagi dan baby dalam gambar tu terlalu comel kalau nak claim tu dia. eh. 

Masa Syahmina ni kecik-kecik dah ada kamera digital, so tak cuci-cuci gambar kat kedai dah. Kebanyakan gambar masa dia kecik banyak disimpan dalam komputer je.

Dan sejak aku kata dekat UK ni ada apps freeprint, tiap bulan dia send kat aku 45 keping gambar minta dicuci mmmmm balas dendam lettew. Mujur aku kakak yang baik. Eh.


Sebab dia lahir tahun 2000 ke atas, tetibe rasa tak sama generasi dengan dia hahaha sekati je (acah makan garam sangat). No, the point is aku sangatlah berdoa supaya dia tak mudah terpengaruh dengan trend dunia sekarang T_T jangan nak mengada tanam cita-cita jadi instafemes ke apa.

Selalu doa Allah hadirkan dia biah yang baik-baik U_U risau sangat, baru sedar hidup kat KL ni apa pun boleh buat kalau nak buat.

Alhamdulillah setakat ni dia memang tak layan dunia SOCMED ni semua.

Fitrah seorang kakak untuk sentiasa ada perasaan risau tentang adik dia. Normal juga aku rupanya. Selalu juga rasa sebagai kakak yang paling dekat dengan dia, dia ni suka tiru aku dalam semua benda. Macam aku selalu tiru Shafiqa dulu. Eh.

Dan dia mudah menerima benda yang baik-baik.

Selalu jugak dengan Shafiqa kitorang cam,

"weah masa kita umur-umur Mina (14 tahun ke atas cemtu), pakaian kita cam merapu jugak kan. So, mina ni kira bagus jugaklah dah pakai handsock dengan stokin. Kita start ada kesedaran pun lepas dah habis sekolah."

Lepas dah habis sekolah, aku dengan Shafiqa baru nak insaf (read: disentuh tarbiah) dan masa tu adik aku still sekolah lagi so apa yang kitorang pakai waktu tu dia akan pakai. Dah tu pun yang ada dekat rumahhh hahaha

Tapi, terasa besar jugalah kesan dan pengaruh kakak-kakak terhadap adik bawah ni.

Rasa-rasa kalau aku dengan Shafiqa suruh dia pergi usrah lepas habis SPM ni pun mesti dia ikut hahahaha.


Kalau orang tanya sayang adik tak?

Kalau cakap sayang depan-depan mesti kena reject dengan budak ni. Shafiqa contohnya, memang suka menggedik dekat tepi, "ayong sayang mina. Mina sayang ayong takk?" *annoyingly*

Sebab Syahmina ni banyaknya ikut perangai aku. Jadi memang tak dilayanlah ayat-ayat begini hahahaha

Mestilah sayang adik, kalau tak siapa nak tangkap gambar aku yang elok-elok sikit (eh). Nak harapkan Shafiqa, mmm tapis-tapis gambar nak cari yang ok tetibe terus kosong folder tu mmm.

Knowing me, 22 tahun hidup bersama diorang tahu dan faham je sayang aku tak ditunjuk-tunjuk dengan ungkapan sayang depan-depan.

Paling-paling pun kalau dalam bentuk perkataan, aku buat satu entri dekat sini kisah-kisah mereka yang aku akan dan mahu ingat sampai bila-bila.

And even thousand entries still can't do the justice untuk menceritakan kisah tiap satu dari family members.

Sebab tu jarang cerita sebab susah sebenarnya untuk tuliskan semua.

(p/s: kena acknowledge ok each one of us has diff love language :p)


Semalam Shafiqa video call sebab nak bangga akhirnya dia lepas JPJ :p dan waktu tu kebetulan Syahmina bukak pintu rumah, baru balik dari exam untuk hari tu.

Aku kira-kira jam waktu Malaysia. Waktu dah nak dekat 7pm, tapi dia baru pulang.

"Mina bukan sihat sangat ni, siang malam tusyen. Kawan dia tak pergi pun, dia pergi je sorang. Hujan-hujan pun dia nak pergi. Ni malam ni pun ada kelas dengan Mr.Ven lagi." -- Shafiqa

Uwoww, dialog macam ni jarang aku dengar kalau berkaitan dengan adik aku haha wow jugaklah masa dengar tu, dah rajin eh sekarang XD

Selama ni aku membebel dekat dia bukan sebab result, tapi sebab dia ni takde gaya nak belajar langsung -,-

Sesungguhnya tak pernah kisah dengan result yang dia akan dapat (: asalkan dia memang dah berusaha dan ada usaha tu. 

Result tu kan rezeki, dan kita tak boleh kawal rezeki. Tapi kita boleh control usaha kita.

Apa pun yang akan berlaku lepas ni, kakcik sentiasa doakan yang terbaik untuk mina (Y).

Terbaik yang bukan sahaja pada neraca mata dunia, tapi terbaik juga pada apa yang Allah mahu berikan.

Biiznillah!

***

Cuba baca tajuk entry ni.

Agak-agak berjaya tak?

Lol. Gurau.

Thursday, November 08, 2018

The Sunsetting


Nottingham St. Street
1830hrs, 201018

Ish ish betullah akhawat memang suka benda sweet sweet macam ni. Kita kena layankan je





Photos were taken 3 weeks ago. Sekarang Maghrib masuk around 4.20pm. Hah, bertabahlah buat golongan yang bukan night people untuk menghadapi malam yang panjang.

Yosh!


Saturday, November 03, 2018

Muhasabah of the day




I’m wondering — 
kalau kita teringat someone, orang tu pun akan teringat dekat kita ke?

Not so long after I was thinking to whatsapp her, tetibe dapat text dari dia dulu.

Bukannya atas dasar urusan kerja semata, tapi saja untuk bertanya khabar berita.

And this had happened not for the first time, and not only with her :)

Dan akhirnya Allah jualah yang menggerakkan hati 2 insan untuk saling berhubungan.

Moga Allah terus memelihara ukhuwah sesama kita.

p/s:
Waktu tu tangguh jap nak ws dia sebab otway nak ke kelas. Dan rupanya dapat tahu masa dia ws kita pun, dia nak ke kelas jugak huhu maka alasan saya jadi tak valid sebab dia boleh je buat

MUHASABAH sangat bila kita bertangguh-tangguh nak buat sesuatu, orang lain dah ambil peluang (berbuat) tu dulu.

And this is applicable in any situations pun.

Fastabiqul khairat — bekejar-kejar dalam kebaikan, bila bercakap tentang ni selalu terbayang kisah Umar dan Abu Bakar r.a sebagai inspirasi ;)