Walapun tahun ni kedudukan bilik di tingkat atas sekali, tapi tak pernah menjadi penghalang untuk sesiapa datang lepak-lepak. Yang datang ambush tetibe, atau datang sekadar nak mengacau, yang masuk sebab nak karaoke tetibe pun ada. Ya gais jangan tanya kenapa. Manusia ni memang macam-macam ragam.
Dan baru tadi lepas isya' this one ukht buka pintu, masuk ke bilik dan tanya:
"Ok Jan, apa ayat yang kita nak share nanti?"
Aku tengok masa di laptop, ada lebih kurang setengah jam sebelum liqa' kecil kami di Nottingham bermula. Antara satu nikmat malam cepat (5.43pm isya') adalah majlis-majlis ilmu cemni kita boleh start awal.
Sebab dah jadi kebiasaan, lepas isya' selalunya manusia akan settle down sikit dengan kerja-kerja harian yang sibuk. Dan mula mencari sesuatu untuk mengisi keperluan jiwa, lagi-lagi sela masa antara maghrib dan isya' (or right after isya')
"Hmm hari ni nak cerita pasal apa?" - Aku
"Pasal Rasulullah, sebab semalam maulid nabi."
:)
Dunkirk, Nottingham
Ok yang dah angkat kening dan macam, "Oh masa maulid nabi baru nak cerita pasal Rasululullah keee...." boleh turunkan kening balik haha
Suka sangat bila kita bijak mengambil peluang dan sensitif dengan persekitaran. Apa isu yang berlaku dekat tempat kita? Atau event yang berlaku lately?
Contohnya, untuk sambutan maulidurrasul ni kita pun nak lah menjadi dai'e yang opportunist! -- menggunakan sebaik mungkin suasana dan 'ruh' yang dibawa secara global ni untuk bercerita tentang satu sosok peribadi yang rindukan kita, yang mahukan keimanan dan keselamatan sampai pada kita, yang tak mengharapkan apapun balasan dari manusia.
"Walaupun tak pernah jumpa kita?" - tanya Misha Omar (bukan nama sebenar)
Ya, walaupun Rasulullah tak pernah jumpa kita! Tapi baginda boleh rindukan kita U_U How irony is that gaisss.
Pernahkah kalian dibacakan kisah ini?
Suatu ketika berkumpullah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersama sahabat-sahabatnya yang mulia. Di sana hadir pula sahabat paling setia, Abu Bakar as-Siddiq. Kemudian terucap dari mulut baginda yang sangat mulia: “Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan ikhwanku (saudara-saudaraku).”
Suasana di majlis itu hening sejenak. Semua yang hadir diam seolah sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi sayidina Abu Bakar, itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihinya melontarkan pengakuan demikian.
“Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?”Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mulai memenuhi fikiran.
“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku.” Suara Rasulullah bernada rendah.
“Saudara-saudaraku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka. Mereka itu adalah saudara-saudaraku dan mereka bersama denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku.” (Tertera dalam kitab Kanzul Ummal, hadits lemah menurut Ibnu Katsir)
****
Seronok sangat dapat berkumpul dan duduk lutut bertemu lutut dengan semua! Ada juga yang berkongsikan timeline kehidupan Rasulullah tadi. Sempat pulak main Kahoot (Kuiz) sebelum pengisian haha boleh check karat tak karat sirah kita ni huhu
Note: One of the best books untuk baca kisah Rasulullah sebelum kelahiran hingga wafatnya baginda is Raheeq Makhtum (The Sealed Nectar). Haven't finish it yet and still struggling huu tak bawak ke UK sebab terbeli version yang kulit keras and berat T_T but still, tak baik bagi alasan!
Lama sangat tak bukak and revise sirah Rasulullah. Terasa seperti ada teguran dari Allah untuk istiqamah kembali belek kisah-kisah Rasulullah :'(
Bila housemate tanya nak share ayat apa dari al-Quran terus terbayang satu ayat dari surah at-Taubah:
"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu dan amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang Mukmin." (9:128)
Unintentionally, we had such a good time to reflect and tadabbur on this ayah (before the liqa' started). We revised the sirah and at the same time were emotionally affected especially on the story of our beloved Rasulullah went to Taif T_T
Kita tahu kan Rasulullah ke Taif masa tahun ke-10 kerasulan yang juga dikenali sebagai tahun kesedihan. Abu Talib dan Khadijah meninggal pada tahun tu. Tulang belakang dakwah Rasulullah yang kuat dah tak ada. Tentangan dakwah makin dahsyat. Dah buat macam-macam tapi penduduk Mekah masih ada yang sombong dan taknak terima risalah tauhid ni.
The idea untuk ke Taif dengan harapan ada yang mahu menerima dakwah nabi tapi rupanya ditolak juga malah dihujani pula dengan batu oleh kanak-kanak di kota Taif T_T Lukanya baginda hingga berkocak kasut dengan darah.
Bayangkan, tengah sedih dengan kehilangan 2 insan yang paling baginda sayang, travel jauh-jauh tapi dakwah tak diterima. Kita ni kalau adik usrah tak reply whatsapp pun dah sedih, just imagine apa yang Rasulullah rasa.
The emotional part was during Rasulullah duduk bawah pohon anggur dan merintih pada Allah. Kalau baca rintihan Rasulullah dalam buku Raheeq Makhtum tu dapat rasa sangat kesedihan yang Rasulullah bebani ;(
Bayangkan hingga Allah pun utuskan malaikat Jibril dan malaikat yang menjaga gunung-ganang untuk offer nak telangkupkan orang-orang ni di antara dua bukit, dan musnahlah mereka seperti umat sebelumnya.
Bayangkan juga kalaulah kita dekat tempat Rasulullah mungkin kita akan reply,
"Hahh yesss, inilah masanya! Kan dah kata risalah yang aku bawa ni benar!"
Tapi,
Rasulullah tak terima offer tu. Malah mendoakan mereka lagi kalaulah mereka melahirkan zuriat, semoga zuriat mereka adalah orang-orang yang beriman kepada Allah.
Can you gais seeee? How selfless baginda was?
Yang tak pernah mengharapkan sebarang balasan dari manusia atau keinginan pada dunia. Tapi yang Rasulullah nak adalah kita dapat merasai nikmat keimanan kepada Allah dan keselamatan dari jurang api neraka.
Dan itulah tahap kesabaran dan kecintaan yang Rasulullah mahu ajarkan pada dai'e di luar sana. Benarlah Rasulullah sememangnya sebaik-baik qudwah!
****
"Bila baca ayat (9:128) ni, dan ingat balik kisah-kisah perjuangan Rasulullah saya mesti terbayang diri sendiri. Saya takut diri saya yang tah pape ni menjadikan pengorbanan Rasulullah tak worth it."
T_T
This has always been one of my biggest reflections sepanjang disentuh tarbiah.
Takut banyak main-main. Islam hanya pada nama. Tak beramal dengan Islam. Tak sungguh-sungguh dalam DnT.
Kalau kita sayang someone, kita mesti nak pengorbanan yang dia buat tu berbaloi.
Ke sebenarnya masih belum mendalam lagi cinta pada Rasulullah?
Macam mana nak jatuh cinta kalau tak baca kisah baginda? Hah sebab tu lah pentingnya sirah! Bukan sebab nak lepas SPM je.
T_T
Bila tiap kali birthday, selalu reflect adakah keislaman aku membanggakan Rasulullah sepertimana baginda bergembira dan berbangga dengan keislaman Sa'ad bin Abi Waqqash?
T_T
Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang banyak bermain dan moga-moga kita termasuk dalam kalangan ikhwan yang dirindui Rasulullah, iaitu mereka yang;
"... belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka. Mereka itu adalah saudara-saudaraku dan mereka bersama denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku.”
***
I may keep on typing and there'll go a long post since I can't find anywhere to stop. But yeah, I know I need to stop somehow. So, I leave u people with these (my fav) lyric videos and lot of questions to be asked to ourselves (i hope so)
jemput dengar menggunakan earphone
Kalaulah benar kita cinta, rindu dan sayang pada Rasulullah -- Let's make his sacrification worth it!
No comments:
Post a Comment