Tuesday, March 11, 2014

Risau

Minggu ni buat pertama-tama kalinya adik bongsu aku periksa. Periksa tingkatan 1. Dak-dak PBS. Tak tau periksa camne, tapi dia kata Rabu ni last day. Ooo 3 hari je exam? k tak faham pbs ni.

Setiap kali dia periksa, orang lain yang risau - gelisah. Kadang-kadang rasa nak nangis tengok dia ni. Rasa bosan nak suruh dia baca buku. Sebab dia mesti dengan cerita kartun dia jugak HAIHHH. Aku tak ingat berapa kali aku sebak tengok keputusan exam dia.


Ada sekali tu zaman budak ni darjah 4 kot, dia bawak balik kertas Seni dia. Dia pilih soalan no.4 "lukis pemandangan dasar laut"

aku tengok kertas dia... ada ikan-ikan, ada bubble terapung keluar dari mulut ikan. Makin ke atas semakin besar saiznya. Bagus. Menepati Hukum Boyle. Semua dah bagus.. dan tiba-tiba aku nampak ada nenas dekat dasar laut. Nenas?


dan aku nampak spongebob. 






Jap, Spongebob? 












Dann... Patrick Star?










Apa semua ni?



Apa budak ni lukis? Ahhhh yang Patrick Star tu nasib baik dia lukis hodoh tak ada rupa Patrick Star, nampak laaa macam tapak Sulaiman. Secara total lukisan dia dapat C. yelahh seni aku pun tak hebat mana tapi lukisan aku make sense jugak (kadang-kadang)

Lepastu semua orang marah dia. Dia pulak bukan jenis melawan. Dia senyap je. Sebab dia tak melawan laa aku rasa sedih. Sebab dia buat muka sedih. Lepas tu aku marah orang yang marah dia. Bila aku marah... aku menangis HAHAHAHAHAHA LAWAK GILA JAN NI


Ada lagi tu, periksa seni jugak. Soalan lukis "Labu Sayong". Malam sebelum exam tu puas aku ajar dia macam mana nak lukis labu sayong. Esoknya dia balik rumah dengan gembira, sambil keluarkan sesuatu dari beg. Dia dengan bangga tunjuk lukisan Labu Sayong dia dekat aku. 

Silap besar dik... Silap besar... Maka, aku pun...


"Kenapa bawak balik lahhhhh?"

"Kenapa tak hantar?"

"Kenapa lukis buruk sangat?"

"Kenapa lukis kecik-kecik?"

"Tau tak banyak lagi space ni?"

"Kan semalam dah ajar?"

"Ahhh tak kisahlahhh! Tapi kenapa tak hantar???"

Gerammmm. Geram sangat rasa nak nangis. Geram cikgu yang jaga periksa tu tak kira betul-betul ke? Macam mana boleh terlepas kira kertas adik aku ni? Arghh sakit hati aku. Memang aku marah betul masa tu, sebak sebak sebak. Nasib baik Shafiqa tak ada masa tu, sebab Shafiqa lagi jahat dengan dia Hahahahahaha

(cerita tambahan) Shafiqa kalau marah lagi kejam. Pernah sekali tu adik aku frustrated kena tengking dengan Shafiqa, dia masuk bilik menangis. Dia conteng nota kemist je. Tapi Shafiqa marah kaw-kaw. Pastu aku marah Shafiqa balik. Pastu aku yang menangis HAHAHAHAHAHA

(gambar hiasan)

Dan semalam, dia balik sekolah dan terus ke dapur. Bancuh susu, jet jet nak cicah Oreo (menyampah gila aku) dan aku tanya "esok exam apa pulak?"

"English, Seni, Geografi...... je"

"je?" 

"apa je? apa?"

"dah baca ke semua tu? Eeee budak ni!"


Walaupun result SPM lagi seminggu, tapi untuk minggu ni aku lebih risaukan adik aku yang nak ambik exam. Dan aku risau tentang MH370. Masih terfikir mana pergi MH370. Dimana kalian?

Secara seriusnya, result spm lari dari perhatian aku untuk sementara waktu. 





Berhenti menaip. Dan mainkan lagu 'Menghitung Hari'



7 days left

No comments:

Post a Comment

Have you said Alhamdulillah today?