Baru-baru ni ada akhawat tanya,
"Korang satu uni ke?" - rujuk dia pada ukht di hadapan aku ketika itu
"Kitorang nampak macam satu uni ke akak? 😂" - us
090418 - Barcelona
Sedikit latar belakang;
Di KMB bukanlah sekelas. Walau kelas sebelah-sebelah, tapi tak pernah temui alasan untuk berkenalan. Yang menjadikan kami sedar kewujudan satu sama lain adalah di daurah. Tapi kemudian, masih lagi belum rapat. Waktu tu masih kau dengan kelasmate kau dan aku dengan kelasmate aku. Gituuuu.
Tapi lama-kelamaan kami berjumpa satu titik persamaan. Yang menjadi topik perbualan pada setiap kali pertemuan :) Lebih semakin rapat pada setiap kali cuti penggal.
perbincangan di dalam usrah pula, pernah plan untuk masuk ke uni yang sama, medan yang sama. Mahu buat tajmik bersama di UK. Atas segala hal ini, firm dan insurance university yang kami isi di dalam borang adalah sama! Course yang diminta juga sama.
Ya, hingga begitu perancangannya.
Effort tau, murabbi siap keluarkan whiteboard lagi
Tapi,
eh sebak pulak tiba-tiba nak taip next paragraph ni
Bila result IB keluar dan semua menanti panggilan university, kami tahu Allah merancang sesuatu yang lebih baik. Segala yang berlaku selepas ini tidak akan sama dengan apa yang kami rancang.
Saat dia ditolak oleh insurance uni dan aku pula ditolak oleh firm uni -- saat itu kami sudah tahu 99% adalah mustahil untuk ke university yang sama. Malah bakal diletakkan di medan berasingan.
Tapi masih ada kesyukuran dalam diri sebab ada akhawat lain yang akan ke Nottingham juga Leeds. Asal bukan keseorangan huhu
130418, Paris -- bukan saya di dalam gambar (nasib seorang jurugambar)
Dekat UK ni bila rasa terlalu overwhelmed, Leeds menjadi antara destinasi yang masuk dalam list. Selalu je lah random beli tiket pergi Leeds untuk jumpa akhawat di sana.
Dalam diri setiap akhawat akan ada banyak nilai yang aku perhati dan pelajari. Dan si dia ini seorang yang sangat thoughtful dengan apa yang ada di sekeliling diri.
Masa program winter lepas, sedang aku sorang-sorang di tingkat atas dewan untuk siapkan video penutup tiba-tiba pintu dikuak;
"Jannnn, tengah buat apa tu?" - sengih dia. Bersama secawan teh tarik di tangan.
Eh soalan retorik apakah ini? Bukannya dia tak tahu kerja aku waktu tu.
Sebelum turun ke bawah untuk sertai yang lain, sempat jugak dia komen kritik video yang aku buat. Hm tarik jadi JK Media nanti kang baru tau haha
Aku hirup sekali lagi teh tarik yang dia buat. Tersentuh juga masih ada yang ingat aku di atas ni :p dah lah duduk sorang-sorang haha
Sedap jugaklah dapat air panas waktu sejuk-sejuk cenggitu. Dia buat aku teringat satu peristiwa yang aku tak pasti dia ingat atau tidak.
Biasalah selalunya apa yang kita buat dekat orang bukannya ada dalam memori sangat. Tapi apa yang orang buat pada kita, eloklah kita ingat sampai bila-bila.
******
240718, visiting KMB
Ada suatu ketika di KMB dulu si adik request teh ais masa usrah. Aku tahu dia gurau-gurau, tapi iyalah siapa tak sayang mutarabbi kan.
Tengah aku bersiap-siap nak turun usrah dengan adik-adik, dah plan baik bila nak singgah food court untuk beli teh ais -- tiba-tiba ada member text ajak turun jogging. Adeh sudah, camnelah boleh terlupa ada janji dengan member nak jogging petang tu.
Aku mula mengira-ngira masa. Kalau beli awal sangat nanti air jadi tawar, lambat-lambat food court tutup pulak.
Kalau follow dia jogging sempat ke nak singgah food court sebelum masanya. Hmmmm tapi sebab dah janji, aku rasa eloklah kita tunaikan.
Dan si ukht ini dia tahu petang itu aku ada usrah 'penting' dengan adik-adik. Ada juga cerita dekat dia yang nak beli teh ais untuk usrah petang tu.
******
"Awak sorry akak tak bawak teh ais." - aku. Ya tak sempat beli pun huhu
"Akak, saya gurau je lah hahaha" - mutarabbi
"Hm yeye'o je tu. Sebenarnya memang nak kan."
Aku mulakan usrah seperti biasa, dan tentang teh ais tu aku dah lupakan. Esok-esok je lah aku belikan. Tiba-tiba ada satu gerangan datang dari arah kanan dan hulurkan aku sebungkus teh ais yang diikat mati :')))) Sebab aku pun tak sangka dan tak terfikir untuk minta tolong dia, jadi timbullah jugak rasa terharu tu haha
Dan dari air muka dia masa bagi teh ais tu pun macam nak kata "all the best" lol. Yelah sebab dia tahu usrah kali ni agak 'penting'.
Dan yang acah-acah kata "saya gurau je pasal teh ais tu akak", muka dia pun bersinar sekali :p
******
Tentulah banyak lagi pertolongan yang sering dia hulurkan,
dialah antara ukht yang sangat banyak membantu dalam jalan DnT ni. Kisah-kisah lain tentunya lebih manis dari kisah teh di atas. Tapi sebab kitorang ni kalau jumpa mesti order teh ais je, maka aku cop je lah muka ukht ni muka teh ais hahaha (datang Notts pun order teh ais -_-)
080818, Gombak
Gambar dekat atas tu, asalnya nak keluar belikan askem untuk adik-adik. Tapi tah camne boleh tersinggah beli teh ais pulak hahaha #pontengdaurah
Ok program besar summer banyak dah habis. Kita jumpa dekat UK pulak lepas ni ^^,
#WhatwouldIdowithoutyou game is going strong