Sunday, August 13, 2017

Don't let others kill your passion




Cukuplah ayat di atas dari akak-akak kabir (baca:besar) Sabtu lepas berjaya ketuk balik kepala ni untuk teruskan menulis. Passion menulis itu tidak mati. Mana mungkin mati kalau masih sanggup menaip pukul 1 pagi cenggini. Hah gitu! Terkeluar all the poyo-ness in me *cough

"Passion tu bila awak sanggup tak tidur untuk buat sesuatu" - Kak Mimi

Dengan laju sekali aku angguk gaya macam faham dan pernah alami je. Eh, pernah ke?

Tapi jujurnya pernah satu tahap passion untuk menulis hampir tenggelam, macam nyawa-nyawa ikan. Phew.

Tak tahu kalau ada readers (eh ada ke?) yang perasan this blog was purposedly being set to private for err two months? hahaha ceh 2 bulan je pun. Tapi ntah kenapa rasa lama. Hahh nampak tak passion tu buat kita rasa benda sekejap jadi lama.

Banyak sangat sebab untuk private blog. Tak mustahil pun lepas ni tetibe rasa nak private blog balik. Alasan yang paling cikai sebab pernah rasa macam konflik identiti setiap kali nak buat new post. Tak tahu nak guna kata ganti diri apa.

Aku?

Saya?

Akak? (lol)

Ana? 

ok yang last tu gurau je, yang serius sangat tu boleh ctrl+w dah hahaha

Sampai kadang-kadang memang terus elak untuk guna KGND. Tapi struggle jugak untuk bina ayat tanpa KGND tu. Elok-elok otak penuh dengan idea asal untuk entry tu terus poof* lesap sebab otak penat nak fikir "camne nak susun ayat supaya tak guna KGND ni"  alaaahai.

Well, it depends. Depending on the timing, the audience -- Me, myself could be my own audience huhu buat post untuk diri sendiri ibaratnya bercakap dalam hati yang kebiasaannya memang kita guna 'aku' lah kan.

Eh, ke korang tak? Hmmm k cemtu lupakan je lah alasan ni.

Konflik KGND ni berlaku bila masuk KMB dan bertemu dengan ramai sungguh orang yang baik-baik. Lepas je join DnT, jumpa orang yang first time kita berkenalan memang luar sedar pun guna kita-awak (and I feel comfortable tho) dan begitulah ia sehingga kini. Member KMB yang guna kau-aku tu semua yang sempat masuk air bersama sebelum diri ini disentuh tarbiah hahaha

Jadi begitulah kisah asal terciptanya kepelbagaian KGND ni. Harap yang membaca ni fahamlah kenapa Shahizan ni pelik sikit lately. Konflik jugak tu sebab kita tak tau audience yang membaca ni siapa, jadi awak nak saya guna KGND yang mana ya?

Taaruf sikit, ana fan of Patrick Star

Boleh jadi juga dalam satu entry tu malas nak fikir dan mix je semua KGND, ana pun ana lah eh hahahaha. Okay, enough with this alasan yang paling cikai antara alasan-alasan cikai yang lain. Let's go to a more serious part;

Pernah tiba masa rasa nak stop to publicize this blog. Insecure with things yang might easily get viral. Rasa macam tak best nak menaip. Living in this era yang semudah itu untuk screenshot di sana-sini, privating your twitter/instagram also didn't promise that you'll be safe *sigh

Plus, masa private tu memang tengah dalam proses nak muhasabah banyak benda dan pada akhirnya (hari ni) set to public balik lepas dah 'consult' dan mendengar pandangan dari kakak-kakak yang hebat dalam media ni.

Few things happened masa private blog ni jugak which 'a girl' unintentionally gave me new hope yang this blog need to be utilised for some other reasons :)

And just as how the title was stated....


Biiznillah!





2 comments:

  1. perasan je blog ni private dua bulan

    btw., i'm following this blog since 2011-ish :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aww your comment just made my day ;) didn't see this coming since these days orang tak baca blog dah haha

      I'll try to less merapu-ish and give more manfaat to the readers eheheh

      Delete

Have you said Alhamdulillah today?